Saturday, September 12, 2015

--- Sebukang Bay Resort ---

Alhamdulillah….syukur pada Ilahi kerana masih diberi kekuatan untuk meneruskan hidup ini. Seterusnya diberi kekuatan dan semangat untuk menulis entry dan berkongsi maklumat dengan rakan-rakan sekalian.

Entry kali ini istimewa kerana ia berkaitan dengan salah satu resort yang terdapat di Pulau Aur. Apa tujuan menerbitkan entry berkaitan resort ini? Ok soalan yang bijak. Tujuan utama ialah untuk berkongsi info bagaimana untuk datang melancong ke Pulau Aur. Kerap kali member-member bertanya, macam mana nak ke sana. Maka inilah salah satu jawapannya dari beribu-ribu cara yang lain.

Kaedah lain adalah dengan menyewa bot sendiri dan pergi jer ke sana. Boleh pilih.

Adakah saya bertindak selaku agen? Owh…!!! Nop. Aku tak ambil apa-apa keuntungan. Hanya sekadar perkongsian.

Pada mereka yang ingin melawat ke Pulau Aur, anda boleh layari web sebukangbayresort.com. Segala pakej dan kemudahan yang disediakan, ada di situ. Dalam entry ini, aku tidak fokuskan pada pakej, harga sebilik, aktiviti dan lain-lain. Semua tu korang boleh rujuk lama sesawang di atas. Actually aku pun belum explore web tu sebab tulis bahasa omputih. I tak faham sangat. Shhhhhhh…..jangan bagitau orang k.

Untuk itu, aku dan beberapa orang rakan, pergi sendiri ke sana untuk melihat-lihat keadaan di sana dan alami. Kami bertolak dari Kampung Telok Berhala. Asalnya nak berjalan kaki jer tapi kebetulan ada bot yang nak ke Telok Sebukang. So…why not kami tumpang. Hihihihi….

Masa site visit kami tu, angin agak kuat bertiup dan berjerubu. Namun ada jer pelancong-pelancong yang berkunjung ke sini. Pada masa ini ada beberapa pelancong dari France dan Jerman sedang bercuti di Sebukang Resort ini. Mereka sedang bersarapan dan bersiap-siap untuk aktiviti snorkeling.

Fyi, Pulau Aur merupakan salah satu pulau yang terdapat dalam Taman-Taman Laut Iskandar. Ini memberi makna bahawa pulau ini cantik.

DSC00736

DSC00738

DSC01762

DSC01763

Kelihatan jeti Kampung Sebukang agak lusuh. Bumbungnya sudah lopong. Mungkin di terbangkan angin yang bertiup kencang. Namun begitu, jangan risau kerana jeti lama ini masih utuh berdiri menyambut tetamu-tetamu.

Secara peribadinya, aku lebih suka nilai tradisionalnya dipelihara. Cuma baiki juga dengan kayu-kayu baru. Tidak perlu diubah kepada jeti konkrit atau besi.

Terasa begitu tenang berada di sini.

DSC01769

DSC01770

DSC00742

DSC00744

DSC00749

DSC01773

DSC01775

DSC01777

DSC00752

DSC01782

DSC01788

DSC00754

DSC00756

DSC00761

Kami berjalan dari kepala jeti menuju ke hujung. Kelihatan beberapa orang lama sedang berborak, Pak Su Bedul dan Pak Manap. Kami menyapa dan berborak bersama-sama. Sambil teman-teman yang lain sedang berbual dengan orang lama, aku berjalan persisir pantai untuk mengambil gambar.

Pak Su Bedul adalah penduduk tempatan di telok ini. Pak Manap pula merupakan tuan punya resort ini.

Banyak benda menarik dan cerita-cerita pulau sepanjang hidup mereka yang kami dengar dan kami rasa kagum. Hasil dari kisah mereka, diketahui bahawa penduduk sini mempunyai dialek pertuturan sendiri. Bunyi dialeknya bercampur-campur. Ada macam bunyi Timur, Sabah dan Sarawak. Yang pasti ianya bukan Bahasa Melayu. Sesuatu yang menarik. Pihak kajian bahasa negara patut datang untuk merekod dan mengiystiharkan ini adalah salah satu khazanah negara. Seriusly, dialek ini makin lama makin pupus kerana generasi muda yang bersekolah jarang sekali menggunakan dialek ini dalam pertuturan mereka. Bila perginya generasi lama, tidak akan ada lagi generasi pelapis.

DSC01789 copy

DSC01793 copy

DSC01795

DSC01797

DSC01800

DSC00763

DSC00767

DSC01802

DSC01803

DSC00770

DSC01804

DSC01806

DSC00771

DSC00773

DSC01807

DSC00775

DSC00778

DSC00779

DSC00780

DSC00781

DSC01809

DSC01813

DSC01814

DSC01815

DSC01816

DSC01819

DSC01820

DSC01821

DSC01823

DSC01825

DSC01826

DSC01827

DSC00784

Bersebelahan Sebukang Bay Resort ni, terdapat satu lagi resort yang tinggal sejarah. Kisahnya tidak sempat aku nak bertanya. Sekali  tengok resort ini dibina daripada kayu-kayu berkualiti tinggi dan pastinya ia sangat cantik dan mewah. Tapi apakah sebabnya ia tidak berfungsi.

Maka, antara benda yang boleh dilawati oleh pelancong-pelancong yang berkunjung ke sini. Mungin nak buat photoshoot ala-ala seram ker. Pun boleh. Atau boleh buat aktiviti Burung Hantu. Korang tahu tak aktiviti Burung Hantu tu? Mmmmmm…….

DSC00786

DSC00788

DSC00789

DSC00790

DSC01828

DSC01829

DSC01830

DSC01835

DSC00793

DSC00796

DSC00797

DSC00798

DSC00800

DSC00802

DSC00803

DSC00804

DSC00805

DSC01839

DSC01837

Menurut info dan kajian marin, di sini terdapat spesis kerang gergasi terbesar di dunia. Spesis kerang ni ada banyak tapi ada satu spesis tu tidak ada di tempat lain. Spesis tu hanya boleh di dapati di Pulau Aur sahaja. Buktinya, tengok la gambar cengkerang kat bawah ni. Haaaaaaa….kita tak cakap kosong punya.

DSC01840

DSC00806

DSC00807

DSC00808

DSC00809

DSC01855

DSC01841

DSC01847

DSC01849

DSC01851

DSC01853

DSC01857

Lebih 2 jam kami lepak-lepak di sini. Kami pun beransur untuk kembali ke Kg. Telok Berhala. Dari sini, kami menyusuri laluan bersimen. Jika jalan pantas, kurang 30 minit sudah sampai ke Telok Berhala. Jalannya tidak teruk cuma turun naik bukit sahaja. Hahahahha….

Ok….ini je lah yang nak aku shared. So jangan cakap #abangtakpayung ok.

DSC01856

DSC01858

DSC01860

DSC01861

DSC01866

DSC01867

DSC01872

DSC01873

dan…….nak mention satu perkara tentang pulau ini. Pulau ini bukanlah sebuah tempat yang sama seperti Pulau Langkawi, Pulau Redang, Pulau Tioman dan lain-lain yang pernah korang pergi. Pulau ini tidak menyediakan hiburan tetapi lebih kepada ketenangan. Pulau ini kosong. Tak ada restoran, tak ada makanan sedap, tak ada banana boat, tak ada ATM, tak ada internet….semua tak ada.

Sekian, terima kasih.

6 comments:

  1. salam..masih lg bertugas di Pulau Aur ke? Bru last week gi pulau pemanggil..n kpg buau..best!!!

    Feez.

    ReplyDelete
  2. ok...nnt datang la pulau aur plak....

    ReplyDelete
  3. salam..saya haidar..saya dah sebulan baca blog ni psl pulau aur..
    saya rancang nk ke sana bulan 11 ni,style backpackers..boleh tak kongsikan info sikit kalau nk ke sana tnpa ikut pakej?

    ReplyDelete
    Replies
    1. November ek? Monsun bulan nov tu..... takper....ok, untuk xnak pakej boleh jer tapi hati kena kental la. Datang mersing. Pergi ke Jeti Batu, Sg Muka Dua. Kena ringankan mulut bertanya ada tak bot nak ke Pulau Aur. Nak tumpang. Cakap la awak sorang jer. Tak ada sangat nak sewa bot....bla...bla...bla.... Jika rezeki, mungkin time tu ada org Pulau Aur yg nak balik ke pulau........

      Delete
  4. Salam
    Ada kontek nombor Pak Manap tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. jia berkaitan cuti2 di sebukang, boleh call 0197391284

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...