Sebaik sahaja lepas up status di facebook yang bertanyakan trip, member aku Zu, mesej mengajak ke trip Trans Jerging. Wow.....apa tu Trans Jerging? Trans Jerging ialah trip yang meliputi puncak Suku, Irau, Yellow dan Pass. Irau dah pergi, tinggal 3 puncak jer belum.
Kebiasaannya trans ini dilakukan 3 hari 2 malam tetapi Zu punya plan nak buat day pack. Macam biasa, soalan akan aku tanya ialah samada trip ni hakkur atau tidak. Kata Zu, biasa-biasa jer. So, ok la. Aku join. Gerak malam ni sekitar jam 9.00 malam.
Dengan apa yang ada, aku packing. Selesai Maghrib, terus ke Alamanda cari bekalan. Kemudian terus ke rumah Zu di Kajang. Tunggu pula yang lain datang pick up.
Jam dah melewati 10 malam tetapi rakan-rakan belum sampai.
Setelah lama menunggu, sebuah Kelisa tiba di depan rumah Zu. Kami pun cergas dan bergerak menuju ke Subang Jaya untuk pick up seorang lagi (Alep). Kelisa nak masuk 5 orang. Ko rasa. Hahahahahaha.......
Kami bertemu dengan sebuah lagi kereta di Hentian RnR RTC Gopeng. Jumlah ke semua line up adalah 9 orang. Semua lelaki. Makan dan tapau breakfast dan lunch pack.
Starting point
Sekitar jam 3 pagi lebih, kami tiba di starting point. Sebuah kereta ditinggalkan di sini manakala sebuah lagi di seberang jalan signboard SELAMAT DATANG KE CAMERON HIGLAND. Kenapa parking di situ? Sebab itulah ending trip trans ini.
Exit point
Kami memulakan langkah 45 minit lewat dari plan asal. Sesekali terasa ada titisan air. Embun mungkin. Mendahului kami ada satu group.
Fisrt kami akan menuju ke puncak Gunung Suku. Dikatakan trek ke puncak Suku ini mencanak hingga ke puncak. Yes...betul la tu. Memang mencanak. Mencanak satu hal. Menambahkan lagi kesukaran apabila treknya ber step macam tangga. Psiko.
Kami berhenti Subuh di last waterpoint. Kemudian menyambung kembali pendakian. Sempat berselisih dengan team satu lagi. Kata mereka dari Penang. Mereka buat trans ini, 2 hari satu malam. Malam ini mereka akan bermalam di puncak Irau.
Kalau ikut rekod kamera, kami tiba di puncak Suku menghampiri jam 8. Zu dan 3 orang lagi dah lama sampai. Berdesup hilang dari pandangan mata.
Take 5 katanya di puncak. Kami punya guide, Zu plak terus cari port tidur. Ye la....dia dah 5 kali bawa orang trans ni. So no wonder la dia tak kisah sangat. Hihihihihi...
"Ben, ko memang senyap ek?", tanya Tim. Aku hanya mampu senyap jer. Hihihihi.... Guys...kejutkan Zu. Kita dah nak jalan ni. Daypack tak leh lama-lama berehat. Jam di tangan 8.30 pagi.
Owh...tadi aku ada cakap yang kami semua lelakikan. Sebenarnya ada seorang gadis. Bapak padu. Nama manjanya Tim. Atau Timmy...entah la. Bunyi-bunyi macam tu la.
Seterusnya dari Suku, kami akan menuju ke Puncak Irau. Tapi on the way tu kami akan singgah di Kem Bear untuk breakfast. Yes...di situ ada waterpoint.
Pemandangan dari Irau ke Kem Bear
Setelah hampir sejam kami berehat di Kem Bear, kami meneruskan perjalanan. Semua masih ok nampaknya. Jam menunjukkan 11.47 pagi masa kami nak gerak. Berapa jam dari Bear nak ke Irau? 2 jam gak.
Ensem dah tu
Selepas 2 jam perjalanan turun naik, kami pun sampai di simpang antara Yellow dan Irau. Team depan tengah tunggu kami yang belakang ni. Then, kami pun bergerak ke puncak Irau untuk foto-foto.
Tak sampai 10 minit pun berjalan dari simpang ini untuk sampai ke puncak Irau.
Zu tidur di setiap check point
Manja
Masa berehat sambil makan lunck pack, Zu dah buat kiraan yang kami akan tiba di penghujung trek pada jam 9.00 malam. Wow.....
Dah la headlamp aku tetiba rosak. Mujur bawa spare. Perjalanan turun dari Irau menuju ke Yellow katanya 2 jam lebih.
Tiada view sepanjang perjalanan. Huhuhuhuhu.......
Sekitar jam 5.00 petang lebih, aku tiba di Taman Bunian. Group depan ni dah lama rehat katanya. 15 minit borak-borak, katanya nak gerak. Group belakang sampai jer terus nak gerak.
Acctually tak ok kalau kita jalan dulu tanpa menunggu. Just my opinion. Hihihi....
Sebaik sahaja kami bangun nak gerak, tetiba Azam datang minta tolong carikan cermin mata Hafiz yang terpelanting. Dan dari situ kami dapat tahu yang Hafiz kena sengatan. Keadaan beliau katanya lemah dan tidak sedarkan diri. Beliau mendapat sengatan lebih dari 10 ekor. Azam dan Hanif juga terkena sengatan tapi mereka ok. Kebal kot.
Patut la kami jerit diaorang tak respon. Diaorang di bawah tu jer. 30 langkah dari Taman Bunian.
Membantu membuat jalan
Jam menghampiri 7.00 petang. Zu sebagai guide mencadangkan agar proses dapatkan bantuan dilakukan apabila melihat Hafiz tidak menunjukkan tanda-tanda positif. Menurut Zu, exit Yellow dah tak jauh dari sini. Kurang 30 minit. So...kami plan nak exit situ jer tapi sahabat kita ni dah tak mampu berjalan.
Zu mengajak aku untuk keluar dapatkan bantuan. Tanpa fikir panjang, kami pun cergas berlari turun. Dalam masa 10 minit, kami pun sampai di kebun. Sesampai kebun jer, Zu terus berlari dan melambaikan tangan meminta tolong takkala melihat lori masuk.
Kami berjaya dapatkan bantuan pekerja untuk menghantar kami ke kereta. Dari situ nanti kami akan ke balai polis untuk membuat laporan. Sebelum membuat laporan kami cuba mendapatkan pandangan dari beberapa orang sahabat otai seperti Areb, Ayam dan Nas tapi gagal dihubungi. Akhir sekali Zu call Ayen Carlos. Yes....dapat. Dengan pantas Abang Ayen bertindak menghubungi pihak berkuasa dan meminta kami menunggu di pondok polis bantuan Agroto.
Hujan agak lebat turun ketika kami sedang menunggu bantuan. Sejuk mencengkam kulit. Bagaimanakah sahabat-sahabat yang di dalam sana. Tentu lagi sejuk.
Agak lama menunggu, ambulan pun tiba. Kami bertanya, tidakkah bomba datang sekali? Katanya tak tahu. Kami terus membawa ambulan ke lokasi yang jauhnya dalam 15 minit.
Line pula tiada di kawasan ini. Aku pun turun semula ke pondok polis bantuan untuk menunggu bomba. Lebih dari sejam juga menunggu bomba tapi tidak sampai. Bosan menunggu, aku pun naik semula. Aku ada call Abang Ayen memberitahu hal tersebut. Tapi Abang Ayen kata bomba memang dah gerak. Bomba Simpang Pulai.
Borak-borak dengan geng ambulan. Kesian diaorang. Tunggu lama kot. Tapi diaorang kata, dah biasa. Memng ambulan begini. Ini disebabkan bomba ada SOP yang...yang.....berlainan. Kes berlaku dalam Negeri Perak, tetapi bomba terdekat di sebelah Pahang. Bomba Pahang tidak boleh datang kerana kes dalam Perak. Maka terpaksa menunggu bomba Simpang Pulai datang sedangkan bomba Pahang lebih dekat.
Kita tak boleh salahkan pihak bomba kerana mereka hanya menjalankan tugas.
Ok....entah jam berapa, kelihatan sebuah pajero/hilux datang ke lokasi. Ingatkan anggota bomba tetapi Abang Ayen Carlos. Dia memperkenalkan diri kepada anggota ambulan. Zu bagi briefing sikit pada Abang Ayen. Tanpa membuang masa, beliau terus ambil langkah awal dengan membawa stretcher masuk ke lokasi mangsa.
Zu stay dulu di luar untuk menunggu dan membawa anggota bomba. Aku bawa Abang Ayen dulu. Mula-mula rasa tak yakin sangat sebab aku bukan jenis menghafal trek. Malam plak tu.
Mula-mula aku yang galas stretcher tapi tak sampai 10 minit bawa, Abang Ayen yang bawa sebab aku pancit. Mendaki kot. Sehabis laju dah aku jalan dengan diikuti Abang Ayen. Mengah beb.
Kurang 30 minit, kami sampai di lokasi mangsa. Abang Ayen terus buat pemeriksaan terhadap Hafiz. Menurut Abang Ayen, itu sengatan Tanduk Rusa. Dalam keluarga penyengat juga. Beliau menambah, selepas sengatan ini, kalau Hafiz kena lagi sengatan dah tak ada apa-apa sebab sistem body dah boleh detect. Sekarang ni sebab belum pernah kena serangga berbisa dan mempunyai alergi.
Tanpa membuang masa, Abang Ayen terus cadangkan kepada kami untuk membawa mangsa keluar secara perlahan-lahan sementara menunggu bomba. Pertama, angkat mangsa ke atas stretcher dan ikat. Semua cergas mengemas barang untuk keluar. Maka secara perlahan-lahan dan bergilir, kami mengusung mangsa keluar. Jam ketika itu sekitar 11.30 malam.
Lebih dari sejam kami mengusung mangsa kemudian kelihatan anggota bomba tiba untuk mengambil alih. Syukur tak terhingga.
Alhamdulillah....jam 2.30 pagi kami selamat tiba di pintu keluar. Mangsa terus dibawa ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom dengan ambulan yang telah lama menunggu. Sebelum beredar menuju ke hospital, kami bersalaman dengan anggota bomba dan Abang Ayen tanda terima kasih atas keprihatan mereka.
Viral tak? Ada sahabat-sahabat di luar sana mendapat informasi tentang KEHILANGAN pendaki. Hilang? Hmmmm...... Abaikan....
Kami ke Masjid Kg Raja untuk membuat pengurusan diri sebelum ke hospital. Di hospital dah ada Hafiq sebagai teman Hafiz.
Kami tidur di hospital sehingga keesokkan pagi. Hafiz pun dah ok dan dibenarkan keluar. Kami bersiap untuk breakfast dan terus pulang.
Berita penuh di sini.
Tahniah geng. Kita hadapi situasi dengan baik sekali. Jumpa next trip. Kalau ada la. Adakah trans Jerging kita suksess? Rasanya tak kot. Kan...kan.... Hahahahahahahaaha......
Ini kes kedua buat aku selepas Loser.
mohon ripit trans jerging!!!
ReplyDeleteok jom...kita masuk kot yg kita keluar mlm tu dan samb ke pass jer...complete la nnt....
DeleteBen...bnyk pengalaman kau menghadapi situasi kritikal masa hiking. Pengalaman di Leuser pun genting juga kan. Syukur semua selamat.
ReplyDeletehahahaha...alhamdulillah......
Deletehebat adik dan team! moga dipermudahkan pula urusan kalian kelak
ReplyDeleteterima kasih......
Delete