Saturday, February 2, 2019

--- Trans Panti ---

Entry kali ni nak buat seringkas mungkin. Sebab banyak kijer nak buat.

Aku terus kepada istimewanya trip kali ini ialah ada KPI. KPI Sem ialah "tak guna headlamp".

Semua peserta berkumpul di kedai Roti Canai Noor dalam jam 6.00 pagi - 6.30 pagi. Kalau nak tembak map, cari Balai Polis Batu Ampat. So kedai roti canai seberang jalan sahaja. Kedai tu pun sebenarnya dah ada dalam map berikutan kekerapan para pendaki menjadikan kedai itu port pertemuan acap kali hendak mendaki.

Selesai sarapan, semua drive menuju ke exit trip iaitu jalan masuk Panti Barat. Sebelum sampai air terjun. Membuat final packing. Menerima lunch pack dan terus naik pick up / lori yang telah sedia menunggu. Memang tak cakap banyak punya. Semua kena alert.

Lori tersebut terus membawa kami ke pintu rimba yang jaraknya agak jauh. Percaya atau tidak, pintu rimba tersebut di Hutan Simpan Kekal Panti. Berdekatan dengan pintu masuk Panti Bird Sanctuary. Kematu punggung.

Hujan renyai-renyai semasa kami atas pick up. Katanya salam pengenalan bagi semua peserta. Time tu kedengaran keluhan...."tak bawa baju hujan"...."ada plastik lebih tak".... Tahniah guys. That mean u all a normal.

Sebaik tiba di pintu rimba, semua cari port nak buang air kecil.

Sebelum memulakan trekking, macam biasa taklimat oleh gogo iaitu Pak Sem. Nama lain ialah "Sanggul Hikmat". Cerita tentang trek, check point dan puncak-puncak. Apa yang boleh dan tidak boleh sepanjang trekking. Pastinya, aku takkan cerita secara terperinci keadaan trek yang ditaklimatkan oleh Sem. Kebiasaannya ia adalah tidak sama dengan yang bakal peserta alami. Selalunya cerita gogo ni indah-indah belaka. Hahahahahaha.... 

Walaubagaimanapun....itu adalah motivasi untuk semua peserta.
Terdiri daripada 32 orang keseluruhannya. 29 orang adalah peserta dan 3 orang adalah kru. Sem akan sweep, Amy as center dan Akimy akan lead. Simple guys. Peraturan mudah sahaja. Jangan dihadapan guide dan jangan di tinggal oleh sweeper.

Majoriti peserta adalah dari HSI iaitu Hospital Sultan Ibrahim. Dikalangan mereka adalah doktor, jururawat dan seangkatan dengannya 🏥 . Turut diperkenalkan ialah OAT's Team.

Bacaan doa oleh doktor.

Jam 11 kami sampai di Batu Tenggek setelah mendaki selama kurang 2 jam. Rehat dan foto-foto sambil menunggu yang dibelakang tiba. Selesai bergambar, sambung kembali perjalanan. Trek masih boleh layan tapi sesekali mencanak.

Ada siapa tahu sejarah atau mitos berkenaan batu ini? Maybe boleh kongsi.

Trek seterusnya layan "permatang yang landai". Jam 1221, tiba di Panti Timur setelah satu jam berjalan dari Batu Tenggek. Makan tengah hari telah dibekalkan oleh pihak penganjur. Itu termasuk di dalam pakej RM 80. Satu lagi item ialah khidmat foto oleh gogo secara percuma. Sambil berehat sempat terlelap sekejap.

Jam menunjukkan 1.30 petang. Menyambung kembali pendakian. Tiba di permatang pada jam 2.15. Trek agak mencanak untuk sampai ke permatang ini. Mohon tabah. Owh...kalau dilihat pada tentatif rasanya ada Panti Utara. Tapi macam tak singgah pun. Hummmm...

Menarik dalam trek ini ialah anginnya yang agak kencang dan mendamaikan.
Jam 3.06 petang, tiba di Panti Tengah. Rehat dan solat 😂. Di sini ada sebuah kolam takungan air. Boleh digunakan untuk masak atau sebagainya. Airnya kekuningan disebabkan akar kayu dan daun kering.

Jam 3.50 petang, tanpa membuang masa, kembali berjalan. Jangan lupa, misi dan visi trip iaitu tidak menggunakan headlamp.

16.18 petang...Tiba di Panti Barat. Rupa-rupa aku pernah sampai di sini 😂 dengan Yan, Lin, Babu, Topek, Golok dan Topek. Klik sini. Agak lama kami berehat di sini. Ada yang nyenyak tidur.

Dah jam 5 petang lebih. Kena siap-siap untuk turun. Dari puncak ini, peserta akan melalui satu trek berbatu yang agak bahaya. Ia digelar "dinding". Sila berhati-hati dan jangan leka. Aku pun ketar kaki masa turun.

Alhamdulillah....tanpa injured yang berat, kami berjaya keluar sebelum gelap. No headlamp.

Semoga bertemu di lain trip dan diucapkan terima kasih kepada team penganjur yang sudi buat trip ini tanpa prejudis pada mana-mana individu yang ingin menyertai. Kepada rakan-rakan peserta yang terlibat, anda adalah terbaik. Manis sangat kata-kata....hahahahaha......


Menuju ke pintu rimba

Di pintu rimba



Taklimat oleh gogo


Warming up










Baru sampai

Batu Tenggek


Taman Bongsai





Lunch time



Permatang



Tadahan air
















Dinding











No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...