2.5.19

--- Anual Grand Meeting, Kelab Rekreasi dan Sukan Ekstrem ke 11 ---


Kita mulakan entry agm ni dengan satu status ig seorang sahabat di mana beliau tidak dapat hadir ke majlis ini. Kawe tak kisah apa pun, nanti buat surat tunjuk sebab ok...!!! Hahahahahahahaha....


Seriously, tak ada niat untuk hadir. Just follow untuk mengetahui what perkembangan selepas agm tersebut. Tapi, one day tu, si Syafik pm tepi siap bagi link untuk daftar. So i guess it a personal invitation. Rasa macam tak manis plak kalau kata tidak. Lepas baca, nampak plak tema Bollywood. Alahai...!!! Rasa macam tak mampu ikut tema tu sebab dah tua.

Selesai kerja, terus ambil kereta dan bergerak. Agak lewat sebab tetiba ada meeting. Alhamdulillah....aku selamat sampai di masjid UTeM sekitar jam 8 malam. Buat pengurusan diri.

Cergas menuju Bangunan Canselori. Text dia orang, "kenapa macam tak ramai orang? Awal sangat ke sampai?". Mesej reply, "sorry, tempat dah berubah ke Pusat Bahasa dan Pembinaan Insan. Bergegas pula ke lokasi yang dihantar.

Sekitar jam 9 malam lebih, ketibaan para VIP seperti @amrasnizam, Omar, Kapten dan Jane. Semua orang sudah memenuhi dewan.

Time to start the agenda.

Ucapan aluan oleh pengacara majlis, Dizo dan Faizah.

Ucap utama oleh mentor KeReX, Kapten (B), Ahmad Shakir bin Yahaya seterusnya merasmikan AGM KeReX kali ke 11.

Tayangan montaj yang memaparkan aktiviti KeReX sepanjang sesi lalu. Dak-dak urban sekarang sebut #throwback. Diikuti oleh setiausaha kelab yang membentangkan laporan aktiviti sepanjang sesi 2018-2019. Beliau juga memohon maaf kerana pembentangan sedikit bosan (spontan). Lawak...........hahahahahahahaha......

Acara paling ditunggu-tunggu, ucapan Presiden KeReX 2018-2019, saudara Syafik. Beliau membawa 4 helai kertas. Pastinya itu karangan yang telah dibuat sempena malam ini. Semua macam terkejut dan berkata, "jam berapa nak habis kalau 4 helai?". Hahahahahahaha......

Ok....aku bergurau jer kat atas tu. Hahahahaha....Dalam ucapan presiden, beliau menceritakan bagaimana minat beliau yang hanya pada freesby bertukar kepada mendaki seterusnya mendapat kepercayaan rakan-rakan memikul tanggungjawab sebagai orang nombor satu KeReX. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakan-rakan yang memberi kerjasama sepanjang 2018-2019.

Sebelum mengakhiri ucapan terakhir beliau sebagai presiden, beliau mengumumkan pembubaran ahli jawatankuasa 2018-2019 seterusnya perlantikan ahli jawatankuasa baru bagi sesi 2019-2020. Berdebar tak? Taaaaaaaaakkkkkkkkkkkkkkk....!!!

Proses berjalan lancar. Ada ajk yang bertukar dan ada yang maintain yang lama. Tahniah kepada Tahir di atas perlantikan sebagai presiden KeReX yang ke 12. Pelantikan ajk adalah berdasarkan perbincangan di kalangan ajk lalu dan mereka yang terpilih pastinya mereka yang aktif dan minat dalam dunia outdoor. Tahniah sekali lagi.




Mentor KeReX




Pengacara majlis

Pembentangan oleh setiausaha


Ucapan presiden 2018-2019

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderamata kepada rakan kongsi KeReX iaitu tasapparel.my.

Persembahan yang dinanti-nantikan oleh hadirin ialah persembahan akustik daripada Nurul Mutiah dengan petikkan gitar oleh Zarif. Sedih lagunya. Sampai ke hati. Nyanyi dengan hati dan penuh emosi. Deep.... Mungkin banyak memori sepanjang bersama KeReX.....Hummmm..... 👉👈.

Persembahan sedih bukan bermakna acara sudah hampir tamat ye. Seterusnya majlis menjemput mantan presiden, saudara Sharul. Mantan presiden yang masih closed dengan junior-junior. Selalu mmberi dorongan dan panduan kepada pelapis-pelapis baru.

Beliau dan teamnya struggle membangunkan semula KeReX takkala zaman gelap. Mengembalikan kegemilangan nama KeReX di dunia outdoor universiti seterusnya luar universiti. Syabas...syabas... haa tepuk...!!!

Terima kasih kepada Sharul yang sponsor madu kelulut untuk cenderamata kepada jemputan-jemputan khas.

Apabila ada tema, pastinya ada hadiah, Raja dan Ratu Bollywood. Tahniah kepada Tahir yang terpilih sebagai Raja Boll manakala Ratunya pula ialah Nurul Nisa.

Majlis bersurai dengan jamuan di bawah dewan.













Presiden baru bagi sesi 2019-2020


Persembahan yang menyentuh hati


Gift for special guess. Tq pada Sharul atas madu kelulut beliau


Raja dan Ratu Bollywood


Kita sedia maklum, KeReX terdiri daripada 5 disiplin sukan atau aktiviti. Tapi dalam banyak-banyak disiplin, hiking paling dominan. Presiden juga boleh dikatakan semuanya terdiri dari kalangan disiplin hiking. Walaupun pada asalnya tak minat hiking tapi ia akan berakhir dengan hiking. Adakah hiking sahaja boleh jadi presiden? Disiplin lain tak boleh? Anda penentunya...

Untuk senarai ajk terbaru, tunggu carta organisasi rasmi dari KeReX ok.....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...