2.8.19

--- Jepun Hari ke 2, Bandar Kofu ---

Kurang dari 3 jam tidur, terjaga dek alarm dari handset bawah (handset Epi). Tetiba terkejut pula apabila alarm handset aku pula berbunyi. Punya la semangat nak tengok waktu pagi di Kofu ni, boleh bangun awal. Semalam sebelum tidur dah niat. Lagi pun waktu Subuh di sini jam 3.15 pagi guys.

Selesai Subuh, naik rooftop. Pemandangan biasa sahaja. Sepi dan tenang suasana pagi. Tiada kedengaran bunyi kereta. Tiada kesesakkan. Mungkin terlalu awal bagi orang Jepun untuk bangun bekerja. Hanya kelihatan sorang dua warga emas berjalan. Itu tekaan aku.

Epi turut join di rooftop. Mungkin punya hasrat yang sama.





Aku turun ke pantry untuk minum pagi. Ada beberapa orang Jepun sedang membuat persediaan aktiviti mendaki. Gunung mana nak mendaki tu? Hahahahahaha.... Tanya aku dalam hati.

Aku teka jer orang Jepun. Mungkin orang Korea, China or lain. Tapi muka sama sahaja. Hihihihi....

Aku buat air teh panas. On televisyen. Tengok softball Jepun. Tukar siaran. Begitu seterusnya sehingga disapa oleh seorang uncle. Beliau sedang membuat persediaan mendaki. Beliau bertanya adakah aku dari Myanmar? Aku jawab, Malaysia. Dia pun, “Owh, Malaysia” ,sambil tersenyum.

Dia tanya lagi, datang untuk apa? Aku jawab, mendaki gunung Kita. Dia macam terkejut pandang aku atas bawah. Ye la sebab time tu aku pakai kain pelekat. Tapi aku Jawab bukan hari ni tapi esok. Barulah reaksinya, "haaaaaaaaaa…..", sambil tersenyum. Aku juga rasa dia sangka aku Myanmar sebab kain pelekat. Kan orang belah sana suka pakai kain. Hihihi.....

Aku sambung tonton berita pagi Jepun. Aku cuba memahaminya.




Rakan-rakan lain masih beradu. Aku plan nak pergi jalan-jalan ke 7E. Nak pergi jauh kang sesat plak. Nak sewa basikal macam mahal.

Naik ke bilik tukar pakai seluar. Masa keluar tu ingat nak sendal pintu guna kad tapi terlepas dan terus terkunci plak. Adududududududu….. Maka berjalanlah menuju ke 7E. Saja nak minum kopi.










Sempat lagi, tengah lepak kat 7E terbeli rak pinggan di Shoppe. Aku roger Hakim, minta dia belikan dulu. Nanti balik bayar. Muraaaaahhhhhhhhhhhhhh....!!!

Memang bersih dow Jepun.

Suhu ketika ini sangat panas. Ingatkan musim panasnya sejuk seperti negara lain. Rupanya memang panas betul. Hahahahahaha…. 😑

Jalan berturapnya kelihatan sangat sempurna. Langsung tak ada bumping dan lubang-lubang. Selain itu dia banyak buat benda yang sangat praktikal dalam kehidupan seharian. Contoh gambar di bawah, bonggol pakir. Semasa mengundur, tayar akan menyentuh bonggol tersebut menandakan setakat itu sahaja pakir. Tak perlu sensor.



Sinilah Naruto selalu lepak



Banyak ruang parkir di sana sini


Rasa hampir sejam kot. Aku ada mesej dalam group. Hihihi..... Aku naik atas cuba nasib. Kedengaran ada orang keluar dari toilet. Aku terus ketuk pintu dan Faiz membukanya. Syukur. Aku masuk dan buat pengurusan diri. 

Azri pula dah datang untuk buat sarapan.

Sambil makan, membincangkan aktiviti hari ini. Pastinya lebih kepada seeing site di sekitar Kofu.


Macam ayah-ayah

Done dimuatnaik ke ig story

Teksi

Selesai bersarapan, kami bergerak menuju ke stesen bas Kofu. Di situ terdapat sebuah pusat informasi pelancongan. Sementara Azri sedang mendapatkan informasi, aku santai-santai ke dalam pejabat tersebut. Panas la kat luar. Dalam ada air-con. Aku masih belum boleh terima yang Jepun ni panas.

Menariknya orang Jepun ni ialah dia akan bantu sebaik mungkin. Itulah yang aku lihat masa staff sini memberi penerangan.

Dapat jer informasi, kami terus bergerak ke destinasi yang pertama iaitu Kofu Castle, Maizurujo Park ( 35°39'55.00"N 138°34'16.12"E ).





Apa motif binaan iluminiti kat sini pun tak pasti. Rasanya tiada dalam budaya Jepun binaan ni. Ni binaan seperti yang dekat Amerika tu. Huhuhuhu....

Semasa ketibaan kami di sini terdapat 3 orang pakcik yang sedia menunggu. Dari segi pakaian dan map yang dipegang mereka, dah boleh jangka meraka adalah pemandu pelancong.

Nampaknya istana Kofu ini hanya meninggalkan tapaknya sahaja. Dari atas ini boleh lihat pemandangan bandar Kofu yang dikelilingi bukit. Bagi korang yang nak tahu sejarah istana ini, don't worry. Ada sebuah mini muzium di sini.

Panasssssssssssssssssss....!!!



Sembang apa tu Epi?


Muzium atau pusat penerangan tetang istana ini

Rehat jap sebab panas





Seterusnya kami berjalan menuju ke Masjid Kofu (35°39'23.86"N 138°33'59.61"E) untuk menunaikan solat Jumaat. Alhamdulillah, ketibaan kami sempat lagi. Masjid ini bukanlah sebuah struktur yang mempunyai kubah seperti kebiasaan. Ia merupakan sebuah bangunan biasa sahaja.

Ambil wuduk dan terus ke ruang solat. Ruang solat tak besar. Orang pun tak ramai. Boleh bilang dengan jari. Orang Pakistan/India mendominasi. Biasa la, mereka ni kan suka berdagang. Ada 3 orang anak muda dari Indonesia yang bekerja di sini. Sempat berbual-bual.

Solat Jumaat di sini ringkas sahaja. Mereka hanya melakukan yang rukun dan wajib sahaja. Isi kutbah pun ringkas walaupun kami tak faham kerana ia dibacakan dalam bahasa Arab. Kurang 10 minit, selesai solat.

Kami meninggalkan masjid dan berjalan kembali ke stesen bas. Destinasi seterusnya adalah Shosenkyo Gorge.



Lapar dan dahaga


Shosenkyo Gorge merupakan sebuah taman rekreasi. Berjalan sambil menikmati suasana alam semulajadi. Tenang...!!! Dapat mengirup udara segar sambil mendengar bunyi air terjun dan kicauan burung. Ada burung ker?

Perjalanan dari bandar Kofu tak lama. Kurang 45 minit dah boleh sampai. Dalam perjalanan tu hujan. Bas akan turunkan penumpang di satu point (starting). Kemudian kita berjalan menelusuri sungai menuju ke ending point. Jarak pun tak jauh. Berjalan kaki pun sejam lebih dah sampai. Bergantung.......

Tapi jangan leka sangat. Nanti terlepas bas. Perlu di ingat bahawa Jepun dengan masa sangat tepat.




 




















Ini adalah ending point. Juga merupakan pick up point bagi bas.

Semasa kami tiba di sini, kebetulan ada pula larian marathon.

Bandar Kofu juga terkenal dengan penanaman buah anggur.



Acah-acah marathon

Menunggu bas


Setibanya kami di hostel, Azri terus mengajak ke mart mencari bahan mentah untuk makan malam. Bahan mentah tersebut juga adalah untuk pendakian esok.

Along dan Faiz tinggal di dorm. Kami bertiga berjalan agak jauh menuju ke mart. Pergi balik dah sejam. Azri pesan kepada anak buahnya agar masak nasi.

Untuk info, Jepun tidak terkecuali dalam penggunaan beg plastik dalam urusan jual beli. Ada yang mengenakan caj dan ada yang tidak. Di 7E dan Family Mart, walaupun kita beli hanya satu item, tetap diberi plastik.

Point aku ialah walaupun dia banyak menggunakan plastik, tapi negaranya bersih. Tak ada sampah. Air sungainya juga sangat jernih. Serius guys.










Selesai makan, sedikit taklimat dari gogo. Esok kena bangun awal. Malam ni sebelum tidur dah boleh packing. Barang yang tak nak bawa, boleh tinggalkan di sini.

Selamat malam guys.....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...