26.9.20

Trip Mak Mak Ke Janda Baik dan Bukit Tinggi, Hari Ke Dua

Morning guyssss....!!! Nak buat apa hari ni ek?

Owh.... Testimoni sikit tentang penginapan. Bilik ok. Toilet ok. Penghawa dingin ok. Satu jer. Mohon pasang lampu banyak sikit bagi terang.

Ok, pagi ni nak menunaikan hajat untuk mandi sungai. That why datang bercuti di sini iaitu sungai. Berjalan sambil berpegang tangan, kami ke sungai yang jauh sikit dari penginapan ini.






Berjalan menyusuri sungai menuju ke penginapan. Tak puas mandi tadi, mereka sambung mandi pula kat sungai ini. Bahagia sungguh tengak mereka. Tahniah....!!! Tidak kurang juga yang mengambil kesempatan membaca novel. Novel berbahasa Inggeris dik non. Bukan biasa-biasa.






Bersarapan selepas mandi. Sarapan depan bilik jer. Ada pondok. Sarapan beli dari luar. Macam family-family. Ayah dan mak pulang bawa sarapan. Anak-anak tunggu nak makan jer. Ni kelebihan kalau bercuti atau camping dengan mak-mak.

Bersiap-siap membuat pengurusan diri. Next destinasi ialah Bukit Tinggi. On the goooooooo.....


Depan bilik resort





Sampai di Bukit Tinggi, ada masalah parking sikit. Bilik kat mana? Nak parking kat mana? Ok....parking kat kota istana dulu. Jalan menuju ke resort. Try adjust bilik dan dapat parking bawah resort.

Tak ingat kenapa lewat sangat proses check in. Samada tak ingat atau aku yang tak ambil tahu? Hahahahaha........ Takper lah. Ramai yang lapar. Ini kerana jalan-jalan pusing tadi semasa menuju ke sini membuatkan kami rasa lapar. Perut pusing-pusing. 

Masalah nak makan pula kerana nak makan ikut perut kampung memang tak ada. Semua Itali punya makanan. Aku dan pasta, ok. Ngam.... Itali punya makanan ni mudah sebab  tak banyak sayur. Hahahahahahaha...... Kalau ada pun dah asing-asing. Kan......



Perut dah kenyang. Rasanya bilik dah sedia kot. Ok...dah ingat sikit. Kita sampai awal di resort. That why tak boleh check in lagi.

Sehinggakan itu, kami pun dapat kunci. Ambil kereta dan parking bawah. Naik ke bilik untuk membuat sedikit pengurusan diri. Solat yang penting.

Ok, jom guys jalan-jalan. Kita pergi dulu ke Taman Jepun. Mendaki sikit sebab namanya bukit. Taman ni direka ala-ala di Jepun. Cuma tak sejuk jer. Kami sempat sewa kimono untuk bergambar. Nak up kat sini gambar berkimono tu tapi maluuuuu....... Kelakar plak tengok.

Lepas tu kami pusing-pusing lagi sekitar Bukit Tinggi ni. Dah macam tak ada apa-apa. Banyak tempat dah tutup dan bangunan tinggalan. Tak pasti samada kesan PKP atau sebelum itu lagi. Yang masih ada adalah Taman Arnab. Tu pun dah macam reban. Hahahahahaha.......



Kembali ke resort. Rehat sekejap di bilik. Kemudian turun semula pusing-pusing resort ini.



Ada conflict sikit tentang bilik apabila dapatannya macam tak kena. Kami yang bertiga ni, dapat bilik yang ada 2 katil. Yang lain dapat bilik bukan main luas lagi. Dalam tu ada bilik lagi. Ada dapur. Bilik air sebesar master room. Arghhhhhh.......

Waktu malam semua dalam bilik jer. Tapi plan katanya nak turun makan malam kat Genting Sempah sana. Hujan renyai-renyai. Kami sesat. Misteri apabila jalan yang kami lalui seram. Walhal jalan tu normal sahaja. Tapi disebabkan gelap menambahkan lagi drama.

Akhirnya kami makan di RnR Genting Sempah sahaja setelah berpusing-pusing mencari kedai Melayu.

Sedang mengaji Quran

Hasil

Keesokkan pagi. Last day today. Turun breakfast di tempat yang telah disediakan. Follow SOP ok. Pastu pusing-pusing lagi resort. Tengok kolam dan sebagainya. Saja kasi kena cahaya matahari kulit ini.

Dah bosan, kami pun naik dan buat pengurusan diri. Packing-packing untuk pulang.

Hajat dan rancang tak nak jem masa pulang ke Mersing maka ambil keputusan lalu highway. Terlepas mulut naga, jatuh ke mulut harimau. Allah itu Maha Perancang. Highway plak sesak sepanjang perjalanan. Allahuakbar...... Semua kereta dah tak boleh follow dekat. Akhirnya berpecah. Just shared live location jer.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...