8.9.21

--- SV Di PPV Bergerak Mega, Politeknik Mersing, Hari 1 ---

Bagi mencapai imunisasi kelompok yang disasarkan, daerah Mersing terus mempergiatkan aktiviti PPV Bergerak. Kali ini berskala mega dan walk-in. Di buka selama 3 hari berturut-turut di Politeknik Mersing. Terima kasih kepada pengurusan politeknik kerana memberi kerjasama yang baik. Dewannya selesa dan sejuk. Alhamdulillah.

Seawal jam 7.30 pagi, para petugas sudah beransur-ansur datang untuk membuat persediaan. Sangat bersemangat. Bukan itu sahaja, masyarakat juga ada yang sudah datang beratur seawal pagi.

Selesai bersarapan, maka bermulalah program vaksinasi.












Kelengkapan memudahkan pengumuman



Perbincangan

Taklimat









Persediaan sukarelawan









Lawatan Tuan Pegawai Daerah menyuntikkan lagi semangat kepada para petugas. Beliau begitu mengambil berat tentang program ini agar kesejahteraan masyarakat Mersing dapat diperbaiki. Kita harus bersama-sama menghadapi dugaan ini.

Malah beliau turut menyeru agar diwar-warkan program ini kepada seramai orang yang mungkin. Seluruh masyarakat daerah Mersing agar datang ke sini.





Mendengar taklimat dari doktor



Berbual dengan orang awam

Memberi semangat kepada para barisan hadapan



Bertanya khabar dan memberi semangat kepada orang awam






Menunggu giliran untuk disuntik










Bantuan memudahkan







Keceriaan ketika bertugas




Membuat hebahan




Mendapat khidmat nasihat











Menyantuni orang awam yang datang

Macam naik kapal terbang



Kawalan keselamatan







Tamat hari pertama. Esok kita sambung lagi.


Full video dalam entry berikutnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...