2.2.22

--- Bukit Buluh Red Forest #mantap ---

Macam biasalahkan, un-plan punya trip. Azhar just bisik-bisik nak ke Jerantut. Nak naik Bukit Merah. Bukan Bukit Merah Lake Town, Perak tu. That time kami tengah berbasikal di Rompin. Mulanya aku belum bagi kata putus sebab memikirkan tak cuti. Sambil meneruskan berbasikal, perkara itu berlegar- legar di minda. Terus aku minta Azhar ceritakan plannya. Selepas mendengar, aku terus on.

Hari yang direncanakan, 30 Jan 2022. Sekitar jam 1 petang, aku drive ke rumah Azhar dan park di rumahnya. Naik satu kereta jer. Azhar, Azry, Arif dan Fitri. Huish....aku jer F. Hahahaha..... Alhamdulillah, tak jem sangat walaupun time-time ni orang nak balik kampung. Perjalanan lancar sahaja.

Setelah beberapa jam dalam kereta, akhirnya kami pun tiba di pekan Jerantut. Terus ke hotel yang telah ditempah oleh Azhar, Town Inn Hotel (Latitude 3°56'15.12"N, Longitude 102°21'45.08"E). Rehat sekejap dan buat pengurusan diri. Pekan ni pun dah sunyi jer. Malamnya mati awal. Selesai buat pengurusan diri, keluar untuk mengisi perut.

31 Jan 2022 , hari yang dinantikan.... Bangun pagi seawal jam 6 untuk membuat pengurusan diri. Dah set jam 7.00 pagi tayar dah bergolek. So jangan lambat.

Perjalanan dari hotel ke parking (Latitude 4° 0'52.58"N, Longitude 102°23'35.57"E) memakan masa kurang setengah jam. Parking tepi jalan jer. Macam naik Broga tu. Tetiba teringat. Broga masih wujud ker?











Cari jalan masuk. Mulanya tersasar sedikit. Tapi kemudian jumpa. Rasa ada lebih dari satu jalan masuk. Tergantung di mana anda parking. Mujur Azry ada smartphone Pixel. So boleh detect map. Canggih woooo.....

Trek awalnya adalah ladang kelapa sawit. Tengok dalam google map pun dah boleh nampak ia merupakan ladang kelapa sawit. Kemudian baru jumpa hutan apabila trek mencanak. Pacak dari bawah hingga atas guys. Tapi bila pacak, cepat la sampai.

Pada yang takut pacat, tiada pacat ditemui di sini.





Alhamdulillah.... kurang satu jam dengan jarak jalur pendakian lebih kurang 1.5km, kami pun sampai. Puncak ada beirut seperti puncak-puncak bukit dan gunung yang lain.

Sesuai dengan namanya Red Forest, memang kulit pokoknya berwarna kemerahan. Tanpa membuang masa terus dengan sesi photoshoot. Ikut kehendak dan citarasa masing-masing. Dan ikut tema instagram masing-masing juga. Hahahahahahahaha.....

Akhirnya sampai juga ke lokasi ini. Dulu asyik tengok member-member up gambar pokok merah ni kat socmed. Teringin nak datang tapi belum rezeki pada masa itu.

Menariknya follow trip orang adalah kita dapat ilmu baru. Contohnya aku ikut Azhar dan Azry ni di mana mereka boleh dikatakan intrend dalam social media (socmed). Maka aku ni tidaklah ketinggalan sangatkan. Asyik dengan style kita yang lama kan. So boleh belajar how pic-pic atau video-video yang in-trend sesuai dengan anak-anak muda zaman TikTok ni. Boleh follow dia orang ok. Aaaaagichuuuuu......Hahahahaha.... Life is learning process.



















Lebih kurang sejam kami di puncak, satu pasangan tiba. Kami meneruskan aktiviti bergambar sehingga Azhar kata "dah boleh slow-slow kita". Perjalanan turun lebih pantas dan berselisih dengan beberapa pendaki lain. Tak ramai pun. Yelah hari ini masih bekerja. Tu yang best sebab tak ada orang. Banyak ruang nak bergambar. Hihihihi......

Hidayat, member diaorg mengatur kedai makan pagi ini, kedai makan Syed A.Aziz (Latitude 3°56'1.69"N, Longitude 102°21'31.39"E). Kami balik membuat pengurusan diri dan terus check out. Terima kasih kepada Hidayat yang belanja kami makan pagi. Jumpa lagi nextime.



Kami meneruskan perjalanan menuju ke Dungun. Dalam 50 meter bergerak, patah balik sebab Arif tertinggal botol air. Huhuhuhu.......

4.15 petang dah mula memasuki daerah Dungun. Exit highway. Check-in di D'Pengkalan Nature & Lodge (Latitude 4°52'32.41"N, Longitude 103°23'11.79"E). Katanya ini yang tinggal. Lain semua dah full booked. Hotel-hotel arae Kuala Terengganu dan Marang semua dah sold outNice juga tempatnya sebab banyak pokok-pokok dan boleh berjalan ke pantai. Sayangnya tak ada water heater dan tv no signal. Sekali jer jumpa signal pastu sampai ke sudah. Rehat dan buat pengurusan diri.




Jangan pernah melupakan siapa disebalik gambar yang cantik itu








Rehat sebentar kemudian keluar site seeing sekitar Pantai Teluk Bidara. Foto-foto dan sebagainya. Sebelum pulang, singgah makan malam dahulu. Kelaparan. Last tadi makan roti sardin di Jerantut. Huhuhuhu.....

Rehat dan buat pengurusan diri. Tidurrrrr....

1 Feb 2022. Bangun awal pagi buat pengurusan diri dan solat Subuh. Jam 7 tayar kereta dah bergolek menuju ke Marang iaitu jeti ke Pulau Kapas. Hujan renyai-renyai membasahi jalan raya. Alhamdulillah...

Berhenti sarapan di simpang masuk ke jeti. Bungkus juga makanan untuk bekalan di pulau kelak. Katanya makanan kat dalam pulau harga kayangan. #katanya....


Parking dan segera ke kaunter. Azhar dengan pantas ke kaunter untuk dapatkan ticket yang telah ditempah. Dapat ticket, terus ke jeti dan naik bot. Ada kekecohan sikit masa tu tapi company sebelah. Kakak tu marah-marah sambil berkata "pengurusan awak sangat teruk....bla...bla...bla..." sambil ditenteramkan oleh suaminya. Kami ok cuma bot rosak sikit. Tak lama kemudian kami dipanggil untuk menaiki bot. Permulaan pelayaran agak melambung apabila laut beralun. Ye lah bot keluar masuk. Tapi kemudian stabil sikit dan terus bergerak. Kurang 20 minit, kami pun sampai.

Terus rancak berjalan menuju ke Bukit Singa dan photoshoot. Itu matlamatnya. Berbatu-batu kami lalui untuk sampai ke sana.



















Disebalik sekeping gambar adalah jurufotonya











Kenapa aku nampak ketot dalam gambar di atas?





Jam 12.45 kami dah berada di pantai. Lokasi bot  menurunkan penumpang pagi tadi. Sambil menunggu, kami makan tengah hari berbekalkan nasi bungkus yang kami bawa. Bot pulang adalah jam 1.30 petang. Jam 1.20, bot belum muncul. Terus ke kaunter bertanya. Katanya kami perlu ke jeti utama kerana bot tak boleh masuk sini sebab air surut. Perghhhh....kena scam. Maka kalutlah kami berjalan ke jeti utama dan alhamdulillah sempat. Ni kalau tak tanya, buat diam la kaunter tu kan. Hummmmm.....

Meneruskan perjalanan ke Sg. Lembing. Dalam perjalanan, singgah di Kg. Jambu Bongkok. Port yang jarang tak singgah jika berjalan ke Terengganu. Kalau sebelum ini pantai ini lebih tenang dan tak ramai orang, tapi kali ini suasana agak berbeza kerana ramai pengungjung di samping ada group sedang shoot drama or film something. Selain itu,dah banyak benda menarik yang dibina oleh orang kampung sebagai daya penarik.




Meneruskan perjalanan.....

Berhenti rehat sebentar di sebuah RnR yang aku tak ingat. Pada masa itu baru aku perasan yang spec aku tak ada. Aiseeehhh..... Arghhhh...... Kali ke dua spec yang sama cicir. Dah la yang ni baru 2 3 kali jer pakai. Adoooiiii...... Sedang berteka-teki di mana aku tercicirkan spec tu. Azry kata dia dah tak nampak aku pakai spec masa beli air mineral kat jeti. Huhuhuhuhu...... So aku pun terbayangkan yang aku letak di kerusi sebelah masa aku menunggu dia orang ke tandas.

Menghampiri jam 7, kami tiba di Sg Lembing, Pollock View Resort. Menurut plan asal Azhar, kita check-in di Kuantan tapi disebabkan semua hotel full house, dan yang ada kosong hanya di Sungai Lembing ni jer.

Pengurusan diri, makan dan rehat.

2 Feb 2022, paginya aku rancang nak morning walk tapi tak sangka pula terdaki Bukit Panorama. Tunggu Arif bersiap, 3 hari. Aku pun jalan dulu. Hahahaha..... Santai-santai jer mendaki. Masa kat puncak ada sebuah family minta aku snap gambar dia orang. Hahahahaha....







Jam 11.30 pagi, tayar bergolek menuju ke Kuantan. Azahar ada urusan sikit dan akan terus balik Mersing.

Alhamdulillah, selamat tiba di Mersing sebelum malam menjelma. Lalulintas pun tak sesak dengan kenderaan. Lancar sahaja. Itu sahaja coretan percutian pendek aku kali ini. Terima kasih kepada Azhar yang sudi ajak. In shaa Allah....nextime jika ada rezeki ke destinasi lain pula.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...