4.5.22

--- Raya Terkejut ---

Permainan media memang macam tu. Yang baik sedikit jer dipamerkan berbanding yang sensasi, fitnah, tak betul, kontroversi dan lain-lain. Dia claim dapat informasi. Tapi mana bukti sumbernya? Semuanya hanya andaian dan juga ambil dari sosial media.

Aku tak rasa ramai orang terkejut atau kelam-kabut raya Isnin. Terkejut tu ada la cuma tidaklah seperti yang digembar-gemburkan. Hakikatnya orang ramai lebih banyak yang layan sahaja. Tak kisah raya bila pun. Tapi media menunjukkan bahawa satu Malaysia panik. Adakah itu cara mendidik generasi?

Nak tanya, kalau raya jatuh Selasa, adakah semua orang bersedia? Hmmm...sama jer. Jem tetap jem. Barang tetap mahal. Baju tetap tak siap 100%. So why bother..... Hahahahahahahahaha......



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...