20.11.22

--- Bukit Mok Cun ---

Jom balik ngundi guyssss..... Undi apa bukan lagi rahsia tapi lokasi mengundi yang rahsia. Hahahahaha....

Dikesempatan balik mengundi aku dengan Zizi mengambil peluang untuk mendaki Bukit Mok Cun, Kodiang. Ni kira antara wish list beberapa tahun dulu. Masa mula-mula viral dulu macam tak teringin sangat nak pi. Tapi bila dah tak viral sangat, baru nak pergi. Hahahahahaha....

Thanks to Zizi Kirana kerana beliau sanggup temani insan ini untuk mendaki. Kami plan masa keluar kopi-kopi pada malam sebelum itu.



Jam 6.30 pagi, aku memandu menuju ke rumah Zizi. Siap sesat lagi. Akhirnya dah cerah baru sampai umah Zizi. Tapi its ok.

Parking kereta. Naik kereta dengan Zizi menuju ke kaki Bukit Mok Cun. Waaahhhh....!!! Tak ada kereta dooowwwww........ Baik gak ek.

Warm up dan memulakan pendakian.

First tangga and second tangga boleh layan lagi. Mai tangga yang ke tiga dan ke empat....... Cannot go. Gayat tahap gaban. Berderau darah dan kecut _________ masa tu. Aku ada cakap kat Zizi yang sampai sini je lah. Tak mau naik lagi. Tak boleh dah. Aku punya jantung dan seram dah semakin meningkat.

Aku deep breath beberapa kali. Zizi pun bagi support baik. Selangkah demi selangkah anak tangga aku daki dan lepas tangga yang tegak 90 darjah itu, ingatkan dah habis, ada satu lagi. Kali ini ditambah dengan cabaran melangkah batu yang tinggi. 

Huisshhhhhhhh....terasa sampai sekarang guyssss.........

Sampai di puncak, terdapat banyak port view untuk snap-snap gambar. Cantik pemandangan sawah padi. Wishlist tercapai sebelum masuk 2023. Kali ini aku tak bawa camera balik kampung.


















Naik tadi dah satu hal. Turun pun problem juga aku ni. So pada sesiapa yang mempunyai gayat yang keterlaluan, not recommended untuk mendaki Mok Cun ini. Unless korang nak cabar diri. Kerana apa, kerana takut menyusahkan orang atau rakan. Hope korang ada rakan yang jenis tak kisah dan always bagi support apa jua yang berlaku kepada anda.

Zizi ada tanya samada aku akan naik lagi? Hmmmm......jujurnya, aku tarik nafas panjang-panjang dan hela. Aku cuma ada 10% jer kalau nak mendaki lagi Mok Cun ini. Hope aku akan semakin pulih dari hari ke hari dan 2023 adalah tahun yang lebih baik untuk aku dan semua korang.


Bestnya dengan Zizi ni, dia dah sedia ada info-info port untuk makan. Tengok instagram dia pun kita dah tahu. Untuk sarapan, kami ke Ngulang Kopitiam. Kedai ni selangkah jer dari sempadan negeri Kedah. Hahahahahahah.....

Kedai ni bahagian depan macam rumah Melayu lama. Menu paling special ialah nasi goreng. Ya Allah. Tak tahu nak gambarkan macam mana. Nasi gorengnya seakan-akan nasi goreng arwah tok aku buat masa aku kecil dulu. Nasi goreng ni tok aku buat sebelum atau bawa pergi bendang. Nasi goreng ni belah utara style rasanya. Ada ikan goreng. Adudududu........ Satu lagi ialah jagung yag dicampur dengan nyok. Kampung aku dulu tak guna jagung tapi umpi padi.












Selesai isi perut, kami bergerak pula ke Tasik Timah Tasoh. Panasssssss...... Menarik gak tasik ni sebab dia dah jadi port orang camping dan healing, Hahahahahaha..... Tapi still tak boleh lawan Indonesia punya konsep.




Kopi ni dekat je dengan rumah Zizi

Hasil

Zizi ada syorkan ke kampung pelangi. Tapi disebabkan masa tidak mengizinkan, So next time lah. Simpan sikit.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...