2.10.16

--- Mendaki Batu Cina dengan Our Touch Community Service ---

Seperti yang telah direncanakan, hari ni kami akan meneruskan aktiviti cuti-cuti kami dengan mendaki Batu Cina. Yup, Batu Cina. Daya tarikkan ini tidak dapat dipisahkan dari Pulau Aur. Tak lengkap rasanya jika datang ke pulau ini tapi tidak mendaki ke sana. Itu apa yang diceritakan dalam kebanyakkan blog-blog yang kami baca sebelum sampai ke sini.

Oleh itu, untuk melengkapkannya, kami pun memdaki jugalah. Pendakian ini di pandu oleh Awie. Beliau merupakan salah seorang pekerja Blue Water Resort dan juga merupakan anak jati pulau. Ayanhnya imam di Masjid Jamek Pulau Aur.

Ada briefing tak sebelum mendaki? Takder dan tak perlu sebab kebanyakkan sukarelawan ini too many pengalaman. So they know do and dont in trekking.

By the way, aktiviti petang ni terbahagi kepada 2 kumpulan dan 2 aktiviti. Satu kumpulan nak mengelilingi pulau dengan menaiki lopek. Manakala sebahagian lain ingin mendaki. So we goes with that plan. The choice is setup.

Sorry tercakap mat salleh.

Dari bawah dah boleh lihat batu tersebut. Merupakan mercu tanda. Dari resort, kami naik dan turun melalui trek bersimen sehingga kami tiba di sebuah rumah usang. Dari rumah usang tersebut, terus pacak naik menuju ke Batu Cina.

Kebetulan ada satu group pelancong dalam perjalanan turun dari Batu Cina. Pelancong Teluk Sebukang jika tak salah.




Owh...hampir terlupa. Sukarelawan ini terdiri daripada pelbagai latarbelakang. Ada guru, jurutera, arkitek, doktor, wartawan, suri rumah, pelajar, artis dan bermacam-macam lagi. Ada juga yang merahsiakan pekerjaan atas sebab keselamatan. Hmmmm....perisik la tu. Apapun latar belakang, mereka semua ini very sporting.

Semasa kami dalam perjalanan tu, sempat kami mengajak dua orang anggota polis marin yang sedang lepak-lepak di jeti. Lagi ramai, lagi meriahkan. Aku perati ada yang suka apabila encik polis join. Hmmmm........

Dalam perjalanan pendakian ini, terdapat beberapa spot yang menarik untuk bergambar. Sangat tidak rugi.












Kurang 20 minit pendakian, kami tiba di kaki Batu Cina. Di sini kami berehat 5 minit menghilangkan lelah. Di sini juga boleh ditinggalkan barang-barang yang tidak diperlukan untuk ke atas. Why I'm say that? Because trek selepas ini lebih mencabar.

Pendaki perlu merangkak di bawah batu sebelum sampai ke hujung sana. So, bagi yang membawa beg berat, boleh la ditinggalkan di sini. Benda yang wajib hanyalah kamera. Hahahahahahaha...












Jujur cakap, trek ini banyak menggagalkan pendaki-pendaki. Hahahahahaha....kebanyakkannya tewas dek kerna gayat. So inilah cabaran sebenar Batu Cina. Tidak terkecuali pada hari ini. 3 orang tewas dengan gayat. Siapa? Perlu ke nak tahu? Hahahahahaha.... biarlah rahsia. Pada mereka yang memberanikan diri, pujian harus diberi. Tahniah.

Mudah atau senang pendakian ini? Berbaloi atau tidak? Tengok jer gambar-gambar ini.







Encik Polis Marin



Dari atas Batu Cina, kami dapat lihat lopek yang membawa kumpulan yang mengelilingi pulau. Sempat la kami melambai-lambai dari sini.







Tidak ada aktiviti yang lebih menyeronokkan di atas ini melainkan bergambar kenangan. Hihihihi....

Pada mereka yang suka berfoto, satu info yang berguna. Jika mendaki di waktu petang begini, banyak gambar seluloite  yang diperolehi. Macam gambar-gambar bawah ni. Ini kerana matahari terbenam di sana. Di laut sana. Gambar akan lebih banyak kejingga-jinggaan. Hahahahaha....

Tetapi jika mendaki di waktu pagi, pemandangan laut akan lebih owesome kerana matahari naik belakang pulau. Simple.....hahahahaha.....

Selain gambar pegun, banyak juga video boomerang diambil. Tapi macam cannot play jer kalau upload ke dalam blog.


Acah-acah sado





























Jam 6.30 petang, jurupandu kami Awie mencadangkan agar kami bergerak turun. Hari dah nak malam. Tak elok anak dara berada luar rumah.







Pendakian hari ini tamat dengan perasaan yang berbaloi. Esok dah nak balik. Huhuhuhu....

In shaa Allah, jika ada rezeki datang lagi.

6 comments:

  1. Next time optom team nak p pulakkk tapiii gayattt derr

    ReplyDelete
  2. Cikgu Tuah, walaupun telah dimomokkan dengan 'Gayat' oleh cikgu Syafiq tapi perasaan puas hati sbb dpt mengatasi kurang kenyakinan diri utk mendaki sblm ini...Terima Kasih pd Cikgu Syafiq dan Cikgu Tuah kerana layan kerenah kami. Lagipun perut dok meragam time nak mendaki, mslh gayat tu sikit je.Apapun suatu hari nnti akan kembali mendaki BATU CINA

    ReplyDelete
  3. klu dulu bila baca macam x ramai je yg datang ke sana... tp sekrang macam happening la pulak kt sana... h.. eeemmmmm jumpa bulan depan cuti tanpa gaji november ni... sooooo see u december..... harap ada cite lgi menarik bila masuk keje nnti... n tq menghiburkan...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...