Perkongsian…!!!
Jangan selalu bertanya pada gogo or guide tentang masa dan jarak perjalanan. Boleh mental. Tanya sekali jer. Pastu jangan tanya lagi. Selalunya jawapan yang pertama jer betul. Next tu dah kurang betul Kita boleh mental sebab kita akan mengira. Tetiba tak sampai. Then, tanya lagi. Guide mula la bagi jawapan sebatang rokok la, turun naik la….bla…bla….bla…. hihihi…… just sharing jer.
25 Oktober 2014, selamat pagi semua. Yeaaaaay…! Hari ni dah nak keluar hutan. Seronok la tu. mesti tak sabarkan. Pagi ni kelihatan agak leisure masing-masing. Maklum la hari ni akan terus keluar. Kata Nas, nak buat rekod peribadi keluar siang. Sebelum ni, semua tripnya keluar malam. Hihihihi…..
Pagi ni, ruang dapur dibantu oleh sweeper kita iaitu saudara Arep. Kata Arep, trip-trip sebelum ni, memang dia masak. Cuma bila follow trip orang ni, dia rasa malas. Mungkin motif statement tu nak bagitau dia pandai masak. Eh…!
Breakfast siap…!
Sedang seronok memasak, gulai untuk lunch tertumpah. Kejadian sebenar yang berlaku tidak pasti sebab aku tak perasan that time. Hihihi….. Sayang…… Takper, bukan rejeki.
Kami siap packing sekitar jam 10.45 pagi. Jam 11.00 pagi, kami pun mula bergerak keluar setelah house keeping settle.
Macam biasa, Pak Dak dan David dah hilang di depan. Hihihihi… Perjalanan dijangka ambil masa 6 jam.
Trek hari ni santai-santai jer sebab dah nak keluarkan.
Kami melalui Kem Hari, Kem Botol Kicap dan Kem Lengkuas sebelum tiba di Kem Y Besar.
Kami berhenti lunch sekitar jam 2.45 petang di Kem Y Besar atau Persimpangan Tok Nenek. Zuhur dulu. Sedang enak makan, kedengaran guruh dilangit. Itu tandanya apa? Hari mau hujan. Huhuhuhu…..
Tanpa membuang banyak masa, kami cergas bergerak. Terasa rintik-rintik hujan mula turun. Waaaaaaaaaaaa…… Plastik hitam dah ready. Yesss….!!!
Seterusnya kami akan melalui trek buluh yang sangat mencabar mental. Why so mental? Sebab beg acap kali tersangkut. Pastu nak kena merangkak. Aku la yang nak kena berlutut dan merangkak. Dalam masa yang sama hujan turun sangat lebat. Kilat sabung menyabung. Guruh berdentum. Angin juga agak kuat sehingga meranapkan buluh-buluh.
Laluan trek dipenuhi air. Dah macam sungai pun ada. Hihihihi…..
On trek, kami dihiburkan oleh Arep dan Ayat dengan lagu-lagu nasyid yang sungguh merdu. Untuk info, diaorg berdua ni ahli kumpulan nasyid. Dalam suasana hujan lebat pun diaorg boleh nyanyi pelbagai lagu nasyid dan lagu patriotik. Rasa sungguh terhibur. Cuma aku lupa dan tak sempat nak tanya nama kumpulan nasyid diaorg. Takper, nextime aku tanya.
Perjalanan kami terbantut apabila tiba di satu sungai dengan kelajuan air yang sangat deras (4.55 petang) . Waaaaaaaaaa…….. Ini disebabkan hujan yang sangat lebat, air pun naik la. Masa datang hari tu, paras air sungai ni paras lutut jer.
Dengan kelajuan arus yang deras dan warna air yang keruh, kelihatan gerun pula nak melintas. Tapi takper. Gogo kami, Abg Nas, dengan semangat kepimpinannya, sanggup berkorban untuk mengharunginya dulu sambil membawa tali. Kelihatan, paras air hingga pinggang.
Alhamdulillah berjaya….!!!
Apa lagi, yang lain pun turut melintas seorang demi seorang. Aku compom la nerbes. Alhamdulillah…semua selamat melintasi sungai tersebut. Kami pun nak cergas la berjalan. Sekali sungai kecil yang kat depan pula kelihatan merbahaya untuk dilintasi. Arus airnya kelihatan lebih deras. Risiko untuk dihanyutkan adalah tinggi. Maka, gogo cadangkan kami tunggu sehingga keadaan terkawal.
Maka, dapur haram pun dibuka. Masak maggi dan nescafe.
Sambil tu, Abg Nas and the geng cuba mencari jalan untuk melintasi sungai tersebut. Daaaaaannnn……mereka diserang pula sang penyengat. Aduuhhhh…..!!!
Rasanya sejam jugak la tersangkut. Akhirnya, Abg Zul berjaya mencuba melintasi sungai tersebut. Semua bersorak gembira. Abg Zul HERO….
Alhamdulillah….kami berjaya sampai di Kampung Kuala Regil sekitar jam 6.50 petang. Kumpulan David sampai di kampung ni seawal jam 3.50 petang. Hmmmm…..diaorg berjalan ke lari? Adooiiii…… takper, kita ada pengalaman melintasi sungai berarus tinggi. hihihihihi…..
4X4 Kumar dah sedia menunggu. Kami pun bergerak keluar menuju ke Bali Polis Lojing. Sempat lagi dalam 4x4 tu kami bernyanyi riang. Arep lead.
HIDUP KELI…! HIDUP AYAM…!
Pengurusan diri…
David dan Acap bergerak dulu selepas selesai pengurusan diri. David nak balik Penang. Nanti dia akan drop Acap kat Ipoh.
Ada 3 kereta lagi. 2 kereta nak makan malam kat Brinchang. Kereta Abg Man, terus bergerak balik KL. Sebelum berpisah, kami bersalaman dahulu dan snap pic. XPDC…….. t a m a t !
Tahniah diucapkan kepada semua line up kerana berjaya menawan 4 puncak, Berhid, Yong Yap, Bubu dan Tok Nenek. Kita berjaya kerana usaha dan kerjasama yang diberikan oleh semua line up. Personally, aku seronok dalam trip ni. Walaupun tak berapa kenal sangat dia orang tapi dia orang semua cool. Tak sombong. Sangat friendly.
Mereka adalah insan-insan yang cintakan alam. Mereka adalah pelapis yang bakal menjaga alam (gunung-gunung). Mereka adalah pelapis guider-guider. Semangat mereka sentiasa berkobar-kobar. Belum habis trip, dah plan trip minggu depan .
Sebelum ending, saya mohon maaf sekira terdapat perkara-perkara yang tidak disenangi sepanjang dalam trip. Kurang bercakap, bukan kerana sombong. Tapi pemalu….. Lagi pun ni kan trip pertama. Kadang-kadang nak snap pic lebih-lebih pun takut. Takut tidak disukai. Kang kena tumbuk. Hahahahahaha……. Jika terdapat pic-pic yang dimuat naik ini kurang enak, jangan malu dan segan untuk beritahu. Nanti saya akan remove. Jika terdapat kesalahan fakta juga, sila beritahu.
Walau apa cara kita beriadah, jangan sesekali tidak solat. Jadikan setiap apa sahaja aktiviti kita ini satu ibadat. Mendaki untuk melihat ciptaan Allah. Lagi seronok jika kita selalu ingat pada Nya…..amin. Sama-samalah kita berusaha ke arah yang lebih baik. Saya memperingati diri sendiri.
Assalamualaikum…..jumpe next trip. In shaa Allah…
Setiba kami di rumah, gogo kami terima mesej whatsapp dari group yang kami bertembung dalam trip aritu. Ada betulnya dan sama-samalah ambil ikhtibar.
Wuuu.. Terharu... Seb bek ko xpost gambaw aku korek hidung.
ReplyDeleteTQ utk santapan minda ni Ben. Jumpa lagi :)
ok....no hal....
Delete