25.9.22

--- Jom Ke Gunung Datuk ---

Assalamualaikum... Bila last naik Gunung Datuk? Seingat aku, masa Trans Naning pada 8 Disember 2018. Klik ini untuk lihat catatan Trans Naning yang lalu. Sebelum-sebelum itu dah banyak kali.

Macam biasa la ini planning last minute. Bincang punya bincang samada Bukit Selantai atau Gunung Datuk maka keputusannya adalah Gunung Datuk. Plan asal nak gerak selepas Jumaat membawa kepada lepas Isyak. Akibat meeting terlalu lama. Hihihihi.....

Persiapan ringkas sahaja kerana ini merupakan pendakian harian. English kata daypack.

Berganti-ganti memandu dengan Aizat. Morris santai jer kat belakang. Di Kluang singgah MacDonald untuk beli breakfast pack.

Jam 1.47 pagi kami tiba di 7E Taman Woon, Tampin. Singgah beli roti dan air mineral untuk company.

Sambil menunggu member dalam kereta, tiba-tiba pintu kereta aku dibuka dari luar. Terkejut aku. Ingatkan kena rompak. Rupa-rupanya Ustaz Ezan dan Dr. Hafiz. Adooooooiiiiii.....Bikin berdebar jer. Hahahahahaha...... Borak punya borak, mereka nak mendaki Gunung Datuk juga cuma ada beza sikit iaitu mereka buat trans. Tak pasti mereka parking kereta di kaki Gunung Datuk atau Tampin. Semoga suksess guysss..... Sebenarnya dah tahu dia orang nak buat trans Naning. Hihihihihi........ Dia orang select-select punya buat satu hari jer trans. Aku dulu buat 2 hari.

Kami bertiga meneruskan perjalanan ke kaki gunung. Dalam kereta aku memberi cadangan agar kita mendaki awal pagi bersama team trans itu. Maka kita sempat melihat suasana matahari terbit di puncak. Naik awal, balik awal. Mereka mengiyakan tanda setuju. Mmmmm..... dia orang ni cakap apa pun semua setuju. Huhuhuhu........ Cermin depan kereta mula kelihatan titisan air hujan. Ini cabaran guys. Masak kita kalau hujan awal pagi ni. Hujan on trek is good. I like. Tapi hujan sebelum trekking, memang bercinta sikit.

Di dewan kaki gunung kelihatan bercahaya dengan lampu kerana ada sekumpulan anak muda atau pelajar. Ada program motivasi mungkin. Sebaik sahaja parking, hujan mulai lebat. Kami cepat-cepat mencari tempat berteduh di surau hadapan. Hampar canvas dan landing. Hujan semakin lebat membuatkan suasana semakin sejuk. Kami terlelap seketika kerana hari masih awal. Hajat nak mendaki seawal pagi nampaknya terbantut.

Masa terus bergerak menghampiri Subuh. Hujan masih lebat dan mula beransur-ansur reda. Kami menunaikan solat terlebih dahulu. Seterusnya bersiap-siap untuk pendakian.

Sebelum jam 7 pagi, kami dah mulakan pendakian. Sebelum tu ada jer pendaki-pendaki lain dah mula mendaki walaupun hujan masih turun. Rasanya ada lagi yang lebih awal kot berdasarkan kereta-kereta yang parking sini. Mungkin dia orang dah mendaki jam 12 tengah malam semalam. Wiiinnnnnn.......

Pendakian pun bermula. Macam biasa trek sebelum check point pertama tu memang pacak dan licin. Layan jer.



Aku tiba di check point pertama kurang dari 30 minit mendaki. Rehat sebentar sambil menunggu dua orang rakan ku. 30 minit kemudian Dr Hafiz dan Ustaz Ezan muncul. Diikuti dengan Morris dan Aizat. Belum sempat dia orang duduk berehat, aku ajak teruskan pendakian. Aku bagi kata-kata semangat bahawa sementara tenaga masih membuak-buak tu, jangan berhenti berehat. Ayuh teruskan. Hahahahahahahaha.......






Trek seterusnya boleh dikatakan tidak pacak sangat tapi masih memenatkan. Hihihihi......

Sekitar jam 8.15 pagi, Morris dan Aizat telah tiba di puncak Gunung Datuk. Kira laju juga la sebab kurang 2 jam dah sampai. Tanpa membuang masa, aku ajak dia orang terus ke puncak dan bergambar di port-port menarik. Ye la sementara belum ramai. Cepat siap, cepat turun dan cepat balik. Aizat kena sampai umah sebelum jam 4 petang. Huhuhuhu....


Untuk rekod, mereka pertama kali mendaki gunung

Berjaya pertahan kesucian walaupun trek lecak
















Terlalu bahagia








Macam nak gaduh


Belanja tekan tubi satu set







Ni satu perkongsianlah. Ye lah puncak tu bukan milik siapa-siapa dan aku pun tak ada kuasa nak kata mana betul, mana salah tapi secara siviknya kena sedar sendiri. Di batu puncak tu tempat tumpuan orang naik dan bergambar. Jangan la kita buat port situ. Masa aku kat atas tu, ada pula yang boleh baring tidur. Kemon la. Ko dah menyusahkan pergerakkan orang. Selain itu ada juga yang buat port makan nasi lemak. Aku tak boleh brain la. Puncak tu tempat tumpuan. Tindakan sedemikian menyusahkan pergerakkan orang. Adoooiiiii......... Benda ni aku belajar dari Azri masa aku mendaki di Jepun dulu. Beliau direct sound pelancong Itali yang selamba port dekat signboard Hotakadake tempat orang ramai nak snap gambar. Mmmmm...... Benda ini juga terjadi masa aku pergi Melaka di signboard I Love Siring. Dah terang-terang situ orang ambil gambar, ada satu couple ni boleh parking belakang signboard sambil makan jajan. Menyirap jer aku tengok. #doneberleter

Kami masak maggi dan makan burger McDonald sebagai pengisi perut. Team Dr Hafiz dan Ustaz Ezan tiba. Makan-makan dan borak-borak. Jam 10.00 pagi kami pun mula bergerak turun. Morris dah hilang terus. Aku temani Aizat yang agak perlahan kerana kasutnya asyik tergelincir.




Team select pergi trans Naning









Alhamdulillah, kurang jam 1.00 petang kami pun sampai bawah. Terus naik kereta menuju ke air terjun Gunung Tampin untuk pengurusan diri.

Tengah mandi, nampak kereta tetiba gerak turun. Menggelabah aku berlari untuk kuatkan handbreak. Ya Allah........ Berderau darah gak.

Kami pun pulang. Happy ending.


4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...