31.8.17

--- Kerinci Ep 04, Gunung Tujuh ---


Guys...guys....guys..... Trip ke Kerinci belum habis.

Selesai breakfast, kami bergegas pula untuk ke pendakian seterusnya. Pagi ini kami akan mendaki pula ke Danau Gunung Tujuh. Kelihatan cuaca agak mendung. Mmmmm....mungkinkah akan hujan? Sama-sama berdoa.

Perjalanan tidak mengambil masa yang lama. Kami hanya menaiki pacuan empat roda sahaja.

Kurang dari sejam, kami tiba di Balai Besar Taman Nasional Kerinci Selat. Jet turun untuk menguruskan pendaftaran masuk. Bayaran? Hmmmm....I'm not sure. Bayar memang kena bayar. Jumlahnya? Jap nak tanya Jet.............................................................................................................................................................. (sedang mesej Jet)................................................................................................ ok, Jet tak ingat.

Jet ok ker?






Ok, kami tiba di pintu rimba. Buat persiapan. Bacaan doa oleh ustaz Amin Danial. Mula mendaki. Kata Jet, santai-santai aja jalur pendakiannya. Boleh pakai selipar sahaja. Kali ni Jet membawa kameranya kerana temannya sudah bawa bateri.

Eda tetap kelakar. Sentiasa menghiburkan dengan jeritan kecilnya. Siap nak tergolek lagi. Tak stabil ker Eda ni?









Kegembiraan


Aksi jurufoto profesional


Jam 12 tengah hari lebih sikit kami tiba di danau. Alhamdulillah...

Suasana agak berkabus di danau ini. Selain kami ada pelancong lain yang dah sampai di sini. Ada juga anak muda yang sedang berkhemah. Suasana sini sangat asyik.

Kami hanya santai-santai sahaja di sini. Nak mandi memang tak la. Sejuk. Sesekali terasa ada titisan air. Kemudian kami bersama-sama makan nasi padang yang telah kami bungkus masa dalam perjalanan tadi. Jet masak air kapocino.

Aku ada cakap, kapocina tak sesuai di minum bersama sambal kerana ia akan menjadikan kita sakit perut. Kemudian Jet tanya, "Abang nak teh ya?". Aku bilang, "eh! tak perlu. Saya cuma berkongsi informasi sahaja...hihihi.....". Entah dengan segera dia pergi cari air panas dan buatkan teh. Hahahahahaha.....adoiiiii.......



Kalau ada model kat situ.......

Kasih pada alam



Making a time lapse by Jet

Aku perhati kamera Jet. Aku dengar shutternya sedang berketik. Then aku tanya, adakah kamu sedang buat time lapse? Jet bilang, ya. Owh...... DSLR boleh buat time lapse meh? After that Jet pun berkongsi tips. Nice...... Balik nak buat? Owh.....aku memang kurang skit kalau video nih.



Sejam lebih berdrama di danau ini, kami pun bergegas untuk kembali ke pintu rimba. Kelihatannya hujan pun nak turun. Tepat....tak lama dari saat itu, hujan turun agak lebat. Masing-masing dah siap sedia dengan baju hujan. Memang lecak la trek. Macam sungai.







Destinasi berikutnya adalah Air Terjun Telun Berasap. Juga dikenakan bayaran masuk dan parkir. Masa di air terjun pun hujan agak lebat. Maka air terjunnya kelihatan agak besar dan ganas.

Air Terjun Telun Berasap








Lewat petang, kami beransur pulang ke homestay. Lawatan wisata tamat untuk hari ini. Mungkin ada yang bertanya, tak pergi Dano Kaco ker? Ok...ini ceritanya. Sebelum datang ke Kerinci lagi dah berbincang dengan Jet yang kami tak nak ke Danau Kaco kerana its too mainstream. Hahahaaha.... Asyik gambar kolam biru tu jer kalau datang Kerinci. Satu lagi, dari perspektif aku, rasanya danau tu tidaklah se wow seperti dalam pic orang ambil tu. Tapi disebabkan filter smartphone dan angle yang bijak, maka ia nampak wow giler. Rasanya danau tu tak besar pun. Takut tak berbaloi pergi. Maka aku minta cadangan dari Jet untuk bawa kami ke tempat yang rare. Yang jarang orang pergi. Jet mencadangkan Air Terjun Pancaro Rayo. Jika sempat katanya.

Kebetulan pada masa kami di Kerinci ini danau tersebut ditutup sementara berikutan ada kes lemas di situ beberapa hari yang lalu. Menurut Jet, danau tersebut agak jauh. Pergi balik, 10 jam.

Malam ini makan malam adalah di luar. On pakej. Esok akan kembali ke Padang untuk island hopping. horreeeyyyyy....!!!

Semasa makan malam, Jet ada benda nak disampaikan katanya. Mmmmmmmm.......... Nak tahu apa bendanya, next entry ok....muah......

Terima kasih juga pada Jet atas gambar-gambar beliau yang cantik.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...