23.8.18

--- Yunnan, Old Town of Lijiang ---

Pengurusan diri. Bangun awal makan pek kembara. Minum white coffee. Misi menghabiskan ration. Layan movie. Sempat lagi. Hahahahah.....Masih awal. Bas jam 10. Plan check out jam 9 pagi dengan mengambil taxi. Rate antara 8-10 yuan.

Masa packing tadi, Epy tanya tentang oksigen tank samada nak bawa atau tinggal. Kalau nak buang, rasa sayang sebab belum habis dan ada yang belum guna. Aku bagi cadangan agar bawa jer. Nanti di mesin scan kita tahu samada lepas atau tidak.

Tiba di station bas awal 30 minit. Tadi nak tahan taxi pun banyak yang tak dapat disebabkan ramai pelanggan. Waktu pagi kot. Orang nak pergi kerja. Dengan bantuan hostel boy, berjaya!!! Dia juga memberitahu taxi untuk ke stesen bas Shangri La (27°50'9.54"N,  99°42'36.93"E). Kalau tak, memang nak kena guna google translate lagi la.

Perjalanan hari ini ialah menuju ke Lijiang semula. Perjalanan mengambil masa 3 jam lebih. Sebelum berjalan, driver akan mengarahkan semua penumpang memakai tali pinggang. Sambil beri arahan, beliau akan berjalan membuat pemeriksaan. Baguskan...!!! Bas dah jalan. Ambil mode utk lena. Hahahaha....

Suhu semasa ialah 13 darjah Celsius.



Dalam perjalanan menuju ke Lijiang akan melalui TLG yang kami daki semalam. Hahahaha....

Tiba di Lijiang Bus Station (26°51'33.23"N, 100°14'4.71"E) dalam jam 1346.

Simpan luggage. Berjalan menuju Lijiang Old City. On the way tu ada jumpa beberapa kedai halal. Kami singgah di satu kedai untuk makan tengah hari.




Jangan buang masa, jom kita ke Lijiang Old Town. Haritu pergi malam, kali ni pergi siang. Berjalan kaki kurang 3 km. Personal opinion, macam biasa-biasa jer old townnya. 😉 Thats why tak banyak sangat gambar-gambar yang menunjukkan signature of old town. Satu lagi faktor ialah orang ramai sangat. Susah nak clear shot.














Bomba






Masjid


Apa maksud?


Puas berjalan, kami singgah minum kopi. Saja nak layan view old town. Pemandangan yang nice sambil layan kopi. Suhu suam-suam kuku.

Menariknya di China ialah kebanyakkan mereka di sini menggunakan QR Code. Semua benda QR Code. Malah, mereka juga dalam trek untuk proses e-wallet. Di kedai yang kami singgah ni, menggunakan QR Code untuk pesanan.


Balik semula ke stesen sekitar jam 1813 untuk ambil luggage. Sebelum jam 1830 kena ambil luggage. Memandangkan terlalu awal, kami berbincang samada nak terus ke train stesen or lepak sini dulu. Kat train sana tak ada apa-apa. Krik...krik... Tapi jika tunggu sini pun macam tak ada apa-apa. Hahahahaha......

Keputusannya ialah terus ke train. Maka, Daus mendapatkan maklumat tentang transport ke sana. Kalau naik teksi, 30 yuan. Naik bas 6 yuan jer. Perjalanan ke train ambil masa 40 minit dengan bas. 

Berjaya tiba.

Lijiang Train Station

Terus ke gate untuk scanning. Gas oksigen dikesan dan tidak dibenarkan. Persoalan samada gas lepas atau tidak kini terjawab. Lepak ruang menunggu sambil makan maggi. Solat dan buat pengurusan diri.

Mencari port nak caj kerana kami sudah kehabisan powerbank. Namun begitu, semua port penuh.

Sedang mesyuarat



Jam 2250, dah panjang orang beratur. Kali ini kami tekad untuk masuk awal sebab tak nak ada orang switch katil macam tempoh hari. Sentap. Kami berjaya kali ini. Main kasar sikit. Tak kira. Taktik kami simple. Daus, Lina dan Eda pergi dulu. Aku, Epy dan Azizah yang datang lewat, pura-pura datang dan berbual dengan Daus dan terus masuk line. Kahkahkahkah........

Gate buka jer, kami terus laju bergerak.

Sampai jer di katil, terus parking termasuk dengan power plug. Horeyyy...

Perjalanan ke Kunming mengambil masa 10 jam. Wow...naper tak sama 8 jam dari Kunming ke Jiliang? Landasan lain-lain ek? Hahahaha.... Tetiba rasa rindu pada Malaysia.

Hidung agak sakit dan berdarah. Pedih pulak.

Asyik berborak, tetiba lampu dipadamkam dan gelap gelita. Jam tangan turut berbunyi. Owh....dah jam 0000. Kami pun senyap dan membuat hal masing-masing. Ada yang main game di telefon. Ada yg melihat-lihat gambar. Ada yang menulis di whatsapp walaupun tiada line. Rindu katanya. 

Alaaaaaa.......hahahahahaha....

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...