08 Jun 2016
Dalam perjalanan berliku-liku tu, kami melalui Rohtang-La. Satu kawasan percutian bersalji dari arah Manali. menurut Sonam, jalan akan jem dari bawah sana untuk ke sini.
Dalam bas, kami banyak tidur. Waktu berbuka, kami minum air dan biskut. Bas berhenti di satu RnR, kami makan berat di situ.
Bangun sahur macam biasa. Aku buatkan teh Kashmir. Kami makan Brahim tapi tak boleh pergi sangat. Tak habis makan. Kemudian, kami sambung tidur.
Aku bangun untuk mandi. Kedengaran pintu diketuk. Sonam datang untuk mengejutkan kami. Itu tandanya kami dah lewat. Hahahahaha....
Selesai aku mandi, Daus plak. Kami packing secara pantas.
Sebelum beredar, aku pergi membuat pembayaran bilik. Rupa-rupanya, dah termasuk dengan bil makan semalam.
Best...best...best..... Penginapan malam tadi antara paling selesa. Murah plak tu. Sepanjang malam layan movie channel jer. Habis satu movie, layan movie lain plak. Sampai la tertidur.
Hari ini, kami akan menuju ke Manali. Kalau ikutkan plan asal, malam tadi kami dah berada di Manali. Tapi last minit, Sonam mencadangkan bermalam di Keylong. Menurut Sonam, jarak antara Keylong dengan Manali lebih kurang 100 km je.
Adakah hari ini layan view lagi? Hmmmm..... Soalan yang bijak. Yer, hari ni layan view lagi. View hari ni lebih kepada gunung-gunung yang hijau. Gunung-gunung salji dah berkurang dikawasan ini kerana kami sudah turun pada ketinggian yang rendah. View masih lagi di tahap yang menakjubkan.
Tak banyak gambar aku snap kerana anglenya agak sukar disamping dah malas. Lebih kepada nak santai-santai layan view jer. Kalau snap pun, snap guna henset dan tidak buka tingkap. Sejuknya masih membuatkan aku tidak selesa.
Tidak sepanjang jalan adalah berturap. Harus melalui lagi jalan-jalan yang berbatu-batu. Dah macam dalam botol yang digoncang.
Ada pemeriksaan keselamatan di Koksar.
Dalam perjalanan berliku-liku tu, kami melalui Rohtang-La. Satu kawasan percutian bersalji dari arah Manali. menurut Sonam, jalan akan jem dari bawah sana untuk ke sini.
Rohtang-La
Ku sangkakan cabaran perjalanan hari ni lebih mudah. Tapi tidak sama
sekali. Rasanya, hari ni lagi mencabar gila. Laluan bukitnya sempit dan
sangat curam Cuak giler takkala berselisih. Sipi-sipi jer tayar kereta
dengan curam. Namun begitu, driver-drivernya memandu dengan agak laju
dan cekap. Hon pastinya medium komunikasi paling penting.
Betul kata Sonam, masa kami melepasi kawasan pentaftaran untuk ke Rohtang-La, kereta beratur sangat panjang. Laluan untuk turun ke Manali, clear.
Alhamdulillah, kami selamat sampai di Manali sekitar jam 10.42 waktu tempatan. Bandar yang agak sibuk kelihatannya. Ada Old Manali dan New Manali. Sonam terus membawa kami ke guesthouse membernya.
Kami punya perancangan, jika ada tiket hari ni, kami akan terus ke Delhi. Jika tidak ada, check-in dan esok kami ke Delhi.
Member Sonam telah mengatur perjalanan kami ke Manali petang ini. Semetara menunggu ketibaan masa tersebut, kami diberi satu bilik dengan harga INR 600. Half price katanya. Kebetulan pula kawasan Manali time tu blackout. So tiada connection internet. Katanya memang selalu berlaku begini. Tak stabil.
Kami lepak dalam bilik sementara menunggu jam 4.30 petang iaitu masa bas bertolak. Air pula tak ada kat bangunan guesthouse ni. Hmmmmm.... Aku turun untuk tanya, tapi pekerjanya sedang sibuk mengepam air dari sungi untuk ke bangunan. Bila nak siap pun tak tahulah.
Selesai solat, kami meninggalkan guesthouse. Kami check out awal sejam.
Sebelum berpisah, kami bersalaman dengan Sonam. Lama gak la kami bersama Sonam. Dari Leh hinggalah ke Manali. Kami bagi INR 1500 kepada Sonam sebagai tips. Dia tak minta, tapi kami dah mula faham budaya sini. Hmmmm....
Kami mula berjalan menuju ke stesen bas. Dalam tiket tulis river site. Kami ingatkan area bandar situ. Walhal, jauh gak la nak kena jalan. Rugi plak rasanya tolak pelawaan Sonam untuk hantar. Dalam perjalanan tu, kami tidak membeli sangat. Malas nak usha-usha barang.
Dalam bas, kami banyak tidur. Waktu berbuka, kami minum air dan biskut. Bas berhenti di satu RnR, kami makan berat di situ.
No comments:
Post a Comment