Kenapa dinamakan Titi Gajah vol. 2? Haaaaaaaaaaaa.....pandai. Sebab ini merupakan trip ke dua yang dibuat oleh Abang Nas. Vol 1 dulu aku tak dapat join sebab faktor cuti. Its ok. Rezeki datang, tahun ini ada lagi trip ni. So aku grab.
Dalam nak join tu, nak drive dari Mersing ke Dabong bukanlah satu perjalanan yang dekat. Makan ratus gak la. Gagahi jua membelah malam untuk sampai ke sana.
Alhamdulillah....Subuh aku sampai di masjid yang berdekatan dengan RnR Jelawang. Kemudian dalam group, gogo dah minta semua berkumpul di RnR.
Kami breakfast dan tapau untuk lunch.
Untuk line up kali ni, memang tak kenal sesiapa kecuali Key dan Abang Nas je. Time to make a friends. Hahahahahahaha....
Sebelum bergerak, kita punya Key aka guide ingin memberi sepatah dua kata.
Hari ini punya destinasi hanya Baha Camp jer. Perjalanan lebih kurang 2 jam lebih katanya. Patut la santai jer hari ni. Ye la. Dah nak dekat jam 10 pagi kot.
Macam biasa, naik hilux Abang Nas akan membawa kami masuk ke pintu rimba.
Taklimat daripada guide
Cubaan untuk naik lebih atas gagal. Maka sampai sini jer hilux mampu hantar. Kami buat final packing sebelum mula mendaki.
Memang santai habis. Sebelum meneruskan pendakian buat sedikit regangan badan. Dalam taklimat Key, ada satu frasa yang menarik iaitu, "nak laju-laju gi mana? Bukan G7 pun kita nak g ni". Hahahahaahhahaha.....
Taklimat ke 2
Bacaan doa




















































