2.9.17

--- Kerinci Ep 06, Hari Terakhir ---


Hari terakhir di Republik Indonesia. Hahahahahaha.... Kami packing-packing dan check out. Malas dah nak balik nanti. Kiranya terus keluar dan ke airport.

Destinasi pertama pagi ini ialah Pantai Malim Kungdang. Pantai yang semalam kami datang. Hahahahahaha...... Ketika kami sampai dah ramai kelihatan para pengunjung. Aktiviti pun dah rancak. Ada yang ber ATV semua bagai.

Ada tak yang tak tahu cerita Malim ni dan kenapa pantai ini antara yang terkenal? Hmmmm..... #mohonmeninggal dan #mohongoogle. Hahahahahaha....

Di Malaysia, kita lebih kenalinya sebagai Tanggang. Haaaaa.... Di sini ada monumen tersebut. Tinggalan seakan-akan sebuah kapal / bahtera. Kemudian ada batu berupa manusia sedang ber'sujud' atau menjadi batu. Kisah yang sangat popular. Kisahnya berkisarkan seorang anak muda yang bercita-cita tinggi untuk mengubah kehidupannya dari miskin menjadi kaya. Pemuda ini berubah apabila dilimpahi dengan kekayaan dan seorang isteri yang cantik. Dia menderhakai ibunya apabila tidak mengakui akan ibunya yang datang untuk menjenguknya. Takkala kesedihan seorang ibu akan kelakuan anaknya, maka si ibu memohon kepada Allah akan balasan terhadap perbuatan anaknya tersebut. Alaaaaaaa.....tak mau cerita lagi sebab cerita ni sedih ok.

So apa yang boleh dipersoalkan ialah kisah ini adakah benar atau hanya sekadar mitos? Asal mana kisah ini? Malaysia atau Indonesia? Itu semua tak penting. Yang penting adalah pengajarannya.






Nak ke mana tu Eda?

Si Malim Kundang atau Si Tanggang





Sebuah kisah













Seterusnya, kami bergerak menuju ke pantai lain pula. Pantai Tablau.  Kata Ustaz Duan, dia pernah kuliah di sini tapi cuma bertahan 2 bulan sahaja. Katanya tak tahan panas. Itu jer alasan dia untuk tidak meneruskan pengajian di sini. Sebab cuaca. Jet pun bilang yang sama. Dia tak tahan panas di Kota Padang.







Seterusnya kami ke Masjid Raya Sumatera Barat. Masjid agak besar. Senibinanya berbumbung minang. Sangat gagah kelihatan dari luar. Pada waktu malam sangat cantik apabila disimbahi dengan cahaya lampu. Mengkagumkan.

Kami selesaikan solat kami di sini.

Suasana di dalamnya sangat sederhana



Masjid Raya Sumatera Barat






Kenapa Eda?

Tidak sah kalau ke Indonesia jika tidak shopping. Kami shopping di 2 buah kedai jer. Tu pun dah rambang mata.

Selesai shopping, kami bergegas ke airpot. Salam-salam dengan Jet dan sebagainya.

Akhir kata, untuk Jet, service dia terbaiklah untuk trip Kerinci. Sangat recomended. Terima kasih kepada kawan-kawan yang sama-sama dalam trip ini.

Aku akhiri entry kali ini dengan kata-kata, '...yang penting ialah perjalanan bukannya destinasi...'. Liburan ialah sesuatu yang telah dirancang. Ada tentatif. Ada perancangan. Travel pula lebih bersifat spontan, berani mengambil risiko dan siap sedia dengan segala kemungkinan....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...