18.8.18

--- Kunming, Stone Forest ---

Alhamdulillah...selamat mendarat di Kunming Changshui International Airport. Penerbangan mengambil masa hampir 4 jam. 3 jam 50 minit kalau tengok pada tiket.

Airport yang sederhana besar dan cantik. Nampak mewah. Sekarang kami berjalan-jalan melihat sekeliling dan mencari port untuk rehat sementara menunggu siang. Hihihihi....







Perbincangan oleh dua master mind

17.8.18

--- Kunming, Hari Pertama Terbang ---

Masa dah tiba guys untuk fly ke Kunming. Salah satu daerah di dalam wilayah Yunnan, Republic of China.

Merupakan kali ke dua aku ke republik tersebut. Pengembaraan sebelum ini adalah ke Beijing, Xi'an dan Cheng Du. Malangnya catatan gagal dihabiskan berikutan kesibukkan yang melanda. Kahkahkahkah..... However, I'm always looking forward about that to finish it. Hmmmm....

Perjalanan ke airport petang ni macam agak kelam kabut sedikit. Sedikit jer. Tak tahu samada salah faham atau salam info. Yang aku faham mereka (Daus dan Lina) nak datang ke Putrajaya dan parkir sini. Tapi tak. Mereka mesej otw ke sini dan nak pick up aku dan Epy ke airport terus. Asalnya aku dan Epy plan nak ke airport naik train jer.

Kami just follow jer apa yang berlaku. Agak sempit juga la naik kereta sebab penuh dengan beg. Kemudian sedikit rushing kerana masa dah lewat. Hanya mampu berdoa je lah. Azizah pula masih di highway from Perak. Ditambah pula katanya ada kesesakan di highway. Eda? Eda dah senang lenang kat airport. Dia tiba di sana awal.

Kami deal dengan Azizah untuk parkir di Masjid KLIA bagi langkah penjimatan. Dalam rushing-rushing tu, Azizah dah sampai di masjid. Kami tiba 5 minit selepas itu. Dengan pantas kami keluarkan barang dan grab pun ngam-ngam sampai.

Tanpa membuang masa terus sumbat beg-beg ke dalam avanza. Sedikit sempit tapi terpaksa.

Tiba di airport, kami pantas bergerak menuju ke ruang drop luggage. Ada masalah pula iaitu aku tak boleh check-in. Tapi dengan bantuan AA assistance, settle. Beratur pula untuk melepasi semakan passport.

Disebabkan tadi kelam kabut, kami kelaparan. So, lepak makan dulu sementara gate dibuka dan dipanggil. Makan mee jer. Apatah nama kedai tu. Ni dah kat ruang boarding.

Flight on schedule.



Tiket kali ini dibeli oleh aku. Bersama aku ialah Eda, Daus dan Epi. Aku ambil value pack. Dalam tu dah merangkumi luggage, meal dan seat yang boleh pilih. Nama jer boleh pilih tapi ada caj tambahan dikenakan mengikut kategori tertentu. Aku buat pilihan seat agar Daus dan Epy sebaris dengan aku. Pergi dan balik.

Menu makan pula rupanya tidak boleh pilih. Telah ditetapkan iaitu spaghetti. Tapi masa beli tu tidak ditunjukkan menu tersebut. Then aku call bertanyakan perkara tersebut. Dia kata boleh pilih. Pastu dia cakap value pack tersebut memang mengelirukan sedikit. Cis......staff sendiri buat pengakuan yang value pack tersebut mengelirukan. Malah jawapan yang diberikan pun sukar difahami.

Dengan membuat andai sendiri, aku pun pilih menu baru iaitu chicken rice. The price is up. Aku layankan aje. Bila di atas flight dapat serba dua. Nah....padan muka. Tips..... spaghetti kalau dah sejuk, memang tak sedap. Malah rupa pun dah tak menyelerakan.

Penerbangan memakan masa, plus minus 3 jam. Layankan...


Time Daus baca buku atas flight ni membuatkan aku teringat masa kat Srinagar. Time tu Daus bawa buku juga. Baca tak? Hmmmmm...... So untuk kali ni diharap ada perubahan. Amin....


Selamat tiba di Changshui International Airport pada 18 Ogos sekitar jam 0125. Kami lepak di airport jer. Tunggu first train.

Zzzzz...zzzz..... Sambung esok.....

7.7.18

--- Visa China Siap ---

Alhamdulillah...selepas seminggu seperti yang dijanjikan oleh pihak ejen, maka siaplah sudah visa. Kebetulan pula memang ada meeting di Kluang, singgah sekali lah ambil. Satu peringkat settle.


29.6.18

--- Visa China di Kluang ---

Hasil pertanyaan daripada Yana dan Yan tentang agen yang boleh buat visa, maka ditemui Xin Xin Travel Sdn Bhd ini. Terletak di Kluang jer. Tengok map yang aku dah sediakan. Aku hanya diminta menyediakan passport original, 2 keping gambar berlatarbelakangkan warna putih dan salinan tiket penerbangan. Caj yang dikenakan ialah RM180. Mesti ada yang cakap, wow! mahalnya. Hahahaha..... Anda boleh terus pergi sendiri ke kedutaan di Kuala Lumpur. Harganya lebih murah. Hihihihi.....



12.5.18

--- Hujung Minggu Di Pulau Aur, Hari ke 2 ---

Aku ingat hari ke dua gambar tak banyak, tapi tidak. Lebih banyak dari semalam. Fuuuuuhhhhh...! Semalam aku dah brief sikit pada Eiz tentang aktiviti kita pada hari ke dua. Masa makan malam tu, ada cikgu Wan sekali. Beliau berminat untuk join aktiviti mendaki Batu Cina. Alhamdulillah....

So pagi ni seawal jam 7 pagi, kami dah bersiap-siap untuk memulakan pendakian. Cikgu Wan sudi menjadi pemandu arah kepada kami. Cikgu Wan merupakan GPK Koku di sekolah sini. Dengan beliau sebagai pemandu arah, memudahkan lagi aktiviti.

Nak sarapan tapi Kak Ngah belum buka kedai. So kami gamble jer lah. Pendakian sangat berjalan lancar sehingga kami tiba di kawasan batu.

Menurut cikgu Wan, bermula dari sini part paling susah. Ramai yang terkorban di sini. So be careful.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...