18.8.18

--- Kunming, Stone Forest ---

Alhamdulillah...selamat mendarat di Kunming Changshui International Airport. Penerbangan mengambil masa hampir 4 jam. 3 jam 50 minit kalau tengok pada tiket.

Airport yang sederhana besar dan cantik. Nampak mewah. Sekarang kami berjalan-jalan melihat sekeliling dan mencari port untuk rehat sementara menunggu siang. Hihihihi....







Perbincangan oleh dua master mind


4 jam mingle mingle around airport, tidur, bangun, tengok henset dan bermacam-macam lagi sementara menunggu siang.

Tiba Subuh, kami menunaikan solat bergilir-gilir. Toilet dont worry, bersih.

Dari airport, kami menggunakan sub train untuk menuju ke East Couch Station. 40 minit juga nak sampai sana. Beg angkut sekali.




Lama sangat dalam train



Keluar dari East Couch Station, menuju pula ke Kunming Eastern Bus Station. Sebelah jer.




Ikut jadual, hari ini kami akan ke Stone Forest. Aku dah research sedikit tentang apa tempat tersebut. Cuma tak mendapat gambaran yang penuh.

Kami simpan luggage. Kemudian ke kaunter tiket. Menunggu bas.

Drop your bag





Bawa sendiri makanan

Tour guide






Membeli tiket masuk

Kemudahan mengecas smartphone

Kelaparan...berehat sebentar


Serasi




Beratur panjang untuk menaiki elektrik mini bus

Aku terfikir kenapa orang ramai sangat? Adakah cuti sekolah mereka ni sama di Malaysiakah? Semua tempat pelancongan, penuh dengan orang cina.

Stone Forest ini merupakan sebuah kawasan batu kapur yang terjadi sejak berkurun lama. Ia kelihatan seperti stalamit gua. Mungkin kawasan ini pernah di penuhi air suatu ketika dahulu.








































Berjam-jam kami berjalan di dalam taman ini. Kami kembali ke terminal bas dengan menaiki bas yang sama. Tiket adalah untuk 2 hala.

Penat? Yes...penat dan lapar. Dari East Couch Station, kami menuju pula ke Dongfeng Station. Kenapa ke sana? Di Dongfeng ini ada Kunming Railway Station. Ini merupakan stesen keretapi untuk ke daerah-daerah luar / negeri.

Malam ini kami akan ke Lijiang. So nak ke sana untuk beli tiket.



Keluar dari Dongfeng Station untuk ke railway tu agak mengelirukan. Ini kerana pintu masuk direct dari station ditutup. Pengguna perlu buat pusingan yang sedikit jauh untuk masuk dari pintu yang satu lagi.











Kunming Railway Station

Sibuk kawasan ni

Menunggu Daus dan Lina membeli tiket


Sangat popular beg tarik di sini

Sementara menunggu time train bergerak, kami ada masa lagi untuk berjalan-jalan. Kami bercadang untuk ke sebuah masjid yang terdapat di sini, Yongning Mosque.

Perjalanan yang menyakitkan kaki kerana sudah berjalan terlalu lama dan membawa luggage. Dalam masa yang sama, kami mencari kedai halal untuk makan. Di sekitar masjid ini ada beberapa kedai halal termasuk di dalam kawasan masjid itu sendiri. Tapi kami memilih untuk makan di kedai lain.

Kami menggunakan google translate untuk membaca menu. Nice...!!!

Selesai makan, kami solat di masjid tersebut dan menuju ke railway station. Perjalanan yang jauh malam ini.
Golden Horse And Jade Rooster Archway









Selamat malam guys....Jumpa di Lijiang esok...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...