2.3.19

--- Sri Lanka epi 1, Pusing-pusing Bandar Colombo ---

Dari hari ke sehari melihat perbandingan harga tiket. Antara MAS dan AA. Akhirnya kami beli MAS kerana harganya mahal seratus lebih kurang berbanding AA. Berkata pada hati, "apa salahnya naik flight yang lebih berkualiti sekali sekala". Maka dibelilah oleh kami tiket MAS dengan harga RM1045 pergi dan balik.

Kami berempat terbang sehari awal. Katanya nak menerokai bandar Colombo dengan lebih mendalam disamping tidak suka akan suasana rushing apabila tiba dan menuju ke pintu rimba. Siapa mereka 3 orang itu selain dari aku? Hihihi...... Macam biasa, salah seorang dari rakan traveler aku ni ialah Firdaus aka Daus. Kemudian Sem. Juga rakan hiking yang selalu mengoffer trip pada aku dan Daus. Termasuklah trip Adam's Peak ini. Seorang lagi ialah seorang wanita. Pastinya kami belum pernah trip bersamanya. Lagi pasti kami tidak mengenali beliau. Hanya sekadar mengenali beliau dengan panggilan DJ atau Katy di dalam whatsapp group.

Flight beliau sejam awal dari flight kami dan beliau di airport sebelah iaitu AA.


Kami sudah berada di ruang menunggu sejam awal dari waktu pernerbangan. Flight kami sepatutnya pada jam 10.25 mlm. Tapi delay atas alasan yang tidak diketahui. Yeaaa.....email telah dihantar untuk memaklumkan perkara tersebut. Tapi apa gunanya.

Aku dalam masa menunggu dah beberapa kali muntah angin. Semasa berjalan masuk ke dalam kapal terbang, sekali lagi aku mual-mual. Pramugari bertanyakan keadaan aku yang pada pandangan agak serius. Kertas muntah laju diberikan.

Sekali lagi dia bertanyakan, "adakah aku perlukan bantuan perubatan?". Aku tidak tahu kerana ini kali pertama aku mengalami air sickness teruk sebegini. Aku cuba tenangkan perasaan dengan memejam mata. Kedengaran suara pramugari membuat panggilan telefon meminta bantuan tentang hal tersebut.

Untuk flight ini, kami bertiga duduk sebaris tapi bukan sebelah-sebelah. Malangnya kami dapat seat paling belakang. Waktu itu suasana sedikit kelam kabut dengan orang beratur nak ke bilik air. Bilik air pula yang kelas economy hanya dibelakang ini. Di tambah lagi dengan pilot meminta semua penumpang berada di tempat duduk kerana mahu berlepas. Maka anak-anak kapal lagi sibuk meminta semua orang kembali ke tempat duduk.

Aduuuuuuuuhhhh.....semak jadinya suasana.

Aku tanpa fikir panjang menyelubungkan diri aku dengan selimut yang dibekalkan kerana hendak mengawal perasaan nerbes, paranoid dan mabuk. Arghhhhh....semua perasaan ada. Beberapa kali aku terjaga dari tidur. Flight masih di udara. Kembali tidur. Sesekali terdengar suara anak kecil menangis.

Aku ada sedar yang Daus mengejutkan aku semasa makanan hendak disajikan. Tapi aku tak kuat untuk itu. Aku terus dalam selimut dan kembali tidur. Cuba mengawal rasa mual. Si Sem dah mula membahan aku. Aku hanya mampu tersengih.

Setelah beberapa jam, aku terdengar suara kapten memberitahu akan mendarat sekejap lagi. Sedikit perasaan gembira tapi masih takut.

Sebaik sahaja touch down, aku berasa sangat lega. Barulah aku berani keluar dari selimut. Alhamdulillah... Sebelum keluar, aku mengucapkan terima kasih kepada anak kapal yang sedia membantu. Aku juga ada minta ubat yang dipohonnya tadi. Katanya, tak dapat. Tapi beliau menasihatkan aku untuk membelinya di farmasi.

Semasa berjalan menuju ke tempat mengambil bagasi, kami sempat berbincangg tentang servis MAS.

1. Makanan tak sedap.
2. Suasana tidak selesa. Orang kelam-kabut di satu tandas sahaja.
3. Saiz kapal terbang. Kami ingatkan dapat saiz yang besar dan selesa. Kalau dapat  saiz macam AA, baik kami naik AA. Hahahahaha.....

Dah delay di Kuala Lumpur, maka masa ketibaan juga sedikit lewat. Beza masa antara Malaysia dan Sri Lanka adalah 2 jam 30 minit.

Kami puji dari segi visa Sri Lanka kerana ialah mudah. Mohon online sahaja. Approving melalui email. Di Sri Lanka hanya dapatkan sticker sahaja. Simple. Kaunter visa on arrival disediakan.




6.2.19

--- Ride to Pekan, Pahang dengan RS150 ---

Hummmm....macam tak tahu nak buat apa cuti Tahun Baru Cina ni. Tetiba terfikir nak ride dengan RS ke Pekan, Pahang. Why not kan.... Banyak tempat menarik sepanjang ke sana. On......esok pagi cakap banyak tak nak. On jer.

Tak awal sangat aku gerak. Dalam jam 8.00 pagi lebih kurang. Semalam motor pun dah basuh cantik-cantik. Terus laju meneruskan perjalanan. Tapi satu jer aku terlupa dan terpaksa patah balik. Terlupa nak spray rantai. Hummmm.....

Perjalanan lancar. Bumping tu normal la jalan Mersing ni. Sesekali gelong sikit akibat angin dan jalan yang bumping.




Tanjung Gemuk


Sini pernah menjadi lokasi aku dan rakan-rakan menumpang bot maritim untuk ke Pulau Aur. Duluuuuuuuuuuuuu.......

Untuk info, selain Mersing, Tanjung Gemuk juga merupakan jeti bagi pelancong ke Pulau Tioman.



2.2.19

--- Trans Panti ---

Entry kali ni nak buat seringkas mungkin. Sebab banyak kijer nak buat.

Aku terus kepada istimewanya trip kali ini ialah ada KPI. KPI Sem ialah "tak guna headlamp".

Semua peserta berkumpul di kedai Roti Canai Noor dalam jam 6.00 pagi - 6.30 pagi. Kalau nak tembak map, cari Balai Polis Batu Ampat. So kedai roti canai seberang jalan sahaja. Kedai tu pun sebenarnya dah ada dalam map berikutan kekerapan para pendaki menjadikan kedai itu port pertemuan acap kali hendak mendaki.

Selesai sarapan, semua drive menuju ke exit trip iaitu jalan masuk Panti Barat. Sebelum sampai air terjun. Membuat final packing. Menerima lunch pack dan terus naik pick up / lori yang telah sedia menunggu. Memang tak cakap banyak punya. Semua kena alert.

Lori tersebut terus membawa kami ke pintu rimba yang jaraknya agak jauh. Percaya atau tidak, pintu rimba tersebut di Hutan Simpan Kekal Panti. Berdekatan dengan pintu masuk Panti Bird Sanctuary. Kematu punggung.

Hujan renyai-renyai semasa kami atas pick up. Katanya salam pengenalan bagi semua peserta. Time tu kedengaran keluhan...."tak bawa baju hujan"...."ada plastik lebih tak".... Tahniah guys. That mean u all a normal.

Sebaik tiba di pintu rimba, semua cari port nak buang air kecil.

Sebelum memulakan trekking, macam biasa taklimat oleh gogo iaitu Pak Sem. Nama lain ialah "Sanggul Hikmat". Cerita tentang trek, check point dan puncak-puncak. Apa yang boleh dan tidak boleh sepanjang trekking. Pastinya, aku takkan cerita secara terperinci keadaan trek yang ditaklimatkan oleh Sem. Kebiasaannya ia adalah tidak sama dengan yang bakal peserta alami. Selalunya cerita gogo ni indah-indah belaka. Hahahahahaha.... 

Walaubagaimanapun....itu adalah motivasi untuk semua peserta.
Terdiri daripada 32 orang keseluruhannya. 29 orang adalah peserta dan 3 orang adalah kru. Sem akan sweep, Amy as center dan Akimy akan lead. Simple guys. Peraturan mudah sahaja. Jangan dihadapan guide dan jangan di tinggal oleh sweeper.

Majoriti peserta adalah dari HSI iaitu Hospital Sultan Ibrahim. Dikalangan mereka adalah doktor, jururawat dan seangkatan dengannya 🏥 . Turut diperkenalkan ialah OAT's Team.

Bacaan doa oleh doktor.

Jam 11 kami sampai di Batu Tenggek setelah mendaki selama kurang 2 jam. Rehat dan foto-foto sambil menunggu yang dibelakang tiba. Selesai bergambar, sambung kembali perjalanan. Trek masih boleh layan tapi sesekali mencanak.

Ada siapa tahu sejarah atau mitos berkenaan batu ini? Maybe boleh kongsi.

Trek seterusnya layan "permatang yang landai". Jam 1221, tiba di Panti Timur setelah satu jam berjalan dari Batu Tenggek. Makan tengah hari telah dibekalkan oleh pihak penganjur. Itu termasuk di dalam pakej RM 80. Satu lagi item ialah khidmat foto oleh gogo secara percuma. Sambil berehat sempat terlelap sekejap.

Jam menunjukkan 1.30 petang. Menyambung kembali pendakian. Tiba di permatang pada jam 2.15. Trek agak mencanak untuk sampai ke permatang ini. Mohon tabah. Owh...kalau dilihat pada tentatif rasanya ada Panti Utara. Tapi macam tak singgah pun. Hummmm...

Menarik dalam trek ini ialah anginnya yang agak kencang dan mendamaikan.
Jam 3.06 petang, tiba di Panti Tengah. Rehat dan solat 😂. Di sini ada sebuah kolam takungan air. Boleh digunakan untuk masak atau sebagainya. Airnya kekuningan disebabkan akar kayu dan daun kering.

Jam 3.50 petang, tanpa membuang masa, kembali berjalan. Jangan lupa, misi dan visi trip iaitu tidak menggunakan headlamp.

16.18 petang...Tiba di Panti Barat. Rupa-rupa aku pernah sampai di sini 😂 dengan Yan, Lin, Babu, Topek, Golok dan Topek. Klik sini. Agak lama kami berehat di sini. Ada yang nyenyak tidur.

Dah jam 5 petang lebih. Kena siap-siap untuk turun. Dari puncak ini, peserta akan melalui satu trek berbatu yang agak bahaya. Ia digelar "dinding". Sila berhati-hati dan jangan leka. Aku pun ketar kaki masa turun.

Alhamdulillah....tanpa injured yang berat, kami berjaya keluar sebelum gelap. No headlamp.

Semoga bertemu di lain trip dan diucapkan terima kasih kepada team penganjur yang sudi buat trip ini tanpa prejudis pada mana-mana individu yang ingin menyertai. Kepada rakan-rakan peserta yang terlibat, anda adalah terbaik. Manis sangat kata-kata....hahahahaha......

23.12.18

--- Serius aaarrrrrrrr, Adhoc Sungai Lembing ---

Suasana pagi


Semalam kami dah tempah untuk pakej ke Air Terjun Pelangi. RM 60 dikenakan.

Jam 0530 bangun untuk buat pengurusan diri. 0630, kami dah sedia menunggu pick up di lobi resort. Tak lama menunggu, pick up pun muncul. Tapi sebelum pick up kami tiba, sudah 8 buah pick up penuh muatan telah melintasi resort ini menuju ke destinasi.

Tidak lama dalam pick up, kami tiba di satu kawasan view point. Di sini layan pemandangan matahari terbit. 30 minit kemudian, sambung kembali perjalanan.







Gembira melihat matahari terbit



22.12.18

--- Adhoc Sungai Lembing ---

Jam 7.30 pagi, tayar kereta bergolek menuju ke Kuantan. Perjalanan dari Mersing ke Sungai Lembing di jangka mengambil masa dalam 3 jam 15 minit berdasarkan google map. Raiz dan Daus juga sudah dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Sungai Lembing.

Trip kali ni lebih meraikan Raiz yang ingin menghabiskan saki baki cuti tahunannya. Sebab itu nama trip ni 'adhoc'. Plan percutian ini 3 hari 2 malam.

Aku berhenti sarapan di MacDonald Pekan kerana Raiz dan Daus kata nak berhenti sarapan juga. Ok...fine...!


Settle makan, dapat mesej dalam group menyatakan makan tengah hari di Warung Pak Su dan Mak Su di Tanjung Lumpur, Kuantan. Aku tak sedar sebenarnya dari Pekan ke lokasi tersebut tidak jauh. Hanya dalam 20 minit.

Maka aku sampai awal di warung tersebut. 2 lagi member memberi ETA 1138 ke lokasi tersebut. Beza masa dengan aku dalam 45 minit. Hmmmm.....aku tunggu dalam kereta je.

Disebabkan ketibaan kami agak awal, maka makanan yang ada belum cukup. Daus mencadangkan makan di tempat lain. Follow google ke Gobang Maju Ikan Bakar Tempoyak. Tak jauh dari warung tadi.

Selesai makan, terus menuju ke Sungai Lembing. Jarak sekitar 45 km lagi.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...