12.10.19

--- Menghabiskan Ujian Manikayu 3 Bahagian 2 Pengakap Kanak-Kanak, Hari Ke Tiga ---

Masa hari pertama agak awkward. Bila hari terakhir, rasa sayang. Sob...sob...sob.....

Persiapan breakfast dont worry. All perfect by chef-chef. Membuat persiapan untuk pemeriksaan pagi. Hope tak ada yang macam semalam yang pakai tali pinggang terbalik. Ops...!!!

Pemeriksaan pagi ini masih mengekalkan jurulatih yang sama. Dari segi penambahbaikan? Tiada sangat sebab sama jer macam semalam. Hahahahaha....

Sebelum dipanggil untuk Laung Agong, sempat berposing-posing gambar kenangan secara kumpulan.






11.10.19

--- Menghabiskan Ujian Manikayu 3 Bahagian 2 Pengakap Kanak-Kanak, Hari Ke Dua ---

Seawal pagi, akak-akak dah bangun untuk menyiapkan sarapan pagi. Terima kasih pada akak-akak. Sebenarnya tak akak-akak sangat kerana mereka lebih muda dari aku. Aku kan dah 40 tahun. Hihihihihihi......

Sambil sarapan, sambil ketawa girang apabila Shamila berkongsi tentang soal jawab dengan PU Azman. Korang boleh cari dalam facebook.

Kemudian bersiap-siap untuk pemeriksaan pagi. Jam 7.30 pagi dilawati oleh penilai bagi pemeriksaan pagi. Antara teguran yang sekawan kami dapat ialah nombor kumpulan, nama pada baju dan kedudukan dapur yang berada di hadapan. Mohon perbaiki. Kikikiki.....

Menariknya ujian manikayu kali ini ialah jumlah yang ramai berbanding masa 3.1 pada tahun 2017. Kedua, dalam sekawan ada mak-mak. Memudahkan kerja-kerja dapur terutama masakan. Aku rasa macam camping family-family. Hahahahahahaha.....

Ok, kejap lagi Istiadat Pagi. Jangan lewat naaaaaaaaaaaa... Sekawan hijau bertugas. Persetiaan Pengakap dibacakan oleh Amirul, Doa oleh Hafiz. Manakala kibar bendera oleh Mawardi.

Selepas ini ada pembentangan kerja kursus dan micro teaching. Untuk 3.2, ini merupakan kemuncak ujian. Yang sidang-sidang tu hanya hiasan jer. Hiasan yang penting dan dituntut. So full commitment pada pembentangan ini.







--- Menghabiskan Ujian Manikayu 3 Bahagian 2 Pengakap Kanak-Kanak ---

Sebelum pergi jauh coretan kali ini, aku ingin merakamkan satu kata-kata yang diungkapkan oleh Tuan Rody. Ungkapannya membuatkan aku begitu tersentuh that time.

"Pengakap kanak-kanak bergantung sepenuhnya kepada guru. Aktif gurunya, maka aktiflah dia dan sebaliknya. Jangan kisah pada orang lain. Cikgu-cikgu gerakkanlah pengakap di sekolah cikgu-cikgu."

Untuk rekod, aku menangguhkan ujian ini sebanyak dua kali. Ujian Manikayu 3 Bahagian 1 boleh klik di sini. Pada tahun 2017, tertangguh berikutan tarikh pindaan ujian jatuh pada trip aku bermotosikal di Bromo. Pada tahun 2018 pula, aku demam agak kuat menyebabkan aku tak mampu nak ikuti.

Kemudian aku tekad tak nak sambung atau habiskan kerana sudah hilang matlamat/tujuan. Lagipun aku bukannya ada sekawan macam rakan-rakan lain di sekolah. Di tambah lagi dengan fobia malam kebudayaan. Aku pernah cakap pada Zainiq, di mana aku malas nak habiskan.

Tapi kata-kata semangat dari Tuan Sabri (Pesuruhjaya Daerah) dan Tuan Anuar (mentor pengakap Mersing), membuatkan aku bangkit semula dan teruskan. Tak nak tulis kata-kata semangatnya kat sini sebab takut disalah erti. Hahahahahaha.....

Hari ni, seawal pagi dah bangun untuk kemas dan packing barang masuk ke dalam kereta. Semalam dah kemas tapi pagi ini ada jer benda nak dikemaskan. Jam 9 pagi tayar bergolek menuju ke Kem Jubli Intan Tanjung Laboh. Sepanjang jalan mainkan lagu Pengakap. Saja nak refresh mode agar mode Pengakap tu datang.

Berdebar sebenarnya setiap kali jarak semakin dekat dengan kem. Sebaik tiba di pintu kem, aku macam agak terkejut sebab kereta banyak. Dalam hati, why so ramai orang ambil manikayu? Dulu masa 3.1, sejemput jer. Lagi rasa berdebar apabila datang lambat. Hahahahahahaha....

Nak ucap terima kasih juga kepada Tuan Kama kerana memberi peluang aku habiskan manikayu ini. Untuk pengetahuan rakan-rakan luar sana, manikayu ni ada tempoh luput.  So, boleh tangguh dalam tempoh tertentu sahaja. Lepas dari itu, kena ulang dari awal. Sekian, terima kasih.

Ok...sampai jer kem, terus berlari anak ke dewan untuk pendaftaran. Tuan Kama plak ada. Kantoi di situ datang lambat. Malunyaaaaaa.... Mujur waktu rehat. Rakan-rakan pun sedang rehat di khemah.

Aku diletakkan di Sekawan Hijau. Aku terus ke khemah Sekawan Hijau untuk sesi perkenalan. Hahahahahahahahahahahahaha...... Berikut adalah Sekawan Hijau yang terdiri daripada :
  • Amirul (ketua sekawan)
  • Ustaz Asri
  • Hafiz
  • Mawardi
  • Fitri
  • Syamsila
  • Lenda
  • Ikin
  • Norlidah
  • Rodhiah
Oklah, kat campsite ni pun tak semua complete lagi. Rakan-rakan yang lain baru juga tiba. So, sekarang hanya pasang khemah jer. Jam 2 dah nak mula sidang. Sidang adalah berdasarkan silibus. Sila rujuk buku skim.

Sebelah petang ada kembara. Ia adalah merujuk kepada beberapa lencana hobi. Setiap sekawan akan mendapat sampul di mana di dalamnya mengandungi tugasan yang perlu dilakukan sepanjang kembara tersebut. Tugasan itu akan disemak pada akhir aktiviti.

Antara tugasannya adalah :
  • Kutip benang 
  • Lima jenis daun dan kegunaannya
  • Lima jenis serangga
  • Lima orang sahabat baru
  • Melukis satu pemandangan yang menarik

29.9.19

--- Yong Yap via Gepeh Hilir, Hari ke 2 ---

Jam 1.00 pagi bangun. Geng dapur sedang bertungkus lumus menyediakan sarapan and lunch pack.

Jam 3.25 pagi gerak. Team awal sebelah dah sejam bergerak mendahului kami. Namun dengan kepantasan Epi as runner, berjaya memintas group tersebut. Aku dan Ayat mampu follow sekejap jer.

4.30 pagi….. Sejam kemudian. Aku dan Ayat berehat di satu kawasan lembah menanti rakan lain di belakang. Epi? Jangan ditanya.

Tak sampai seminit berehat, terus rasa sejuk. Proses panas kepada sejuk begitu pantas. So…. Jangan berehat lama-lama.

Lama atau tak, orang belakang belum sampai. Sempat terlelap sekejap.

Pendakian menjadi agak perlahan berikutan trek yang mulai pacak. Trek menuju ke puncak ni dah tak ada yang landai-landai. Pacak jer. Akan melalui satu kawasan mossy. Pastu putus sedikit dan sambung kembali mossy sehingga ke puncak.

Aku dan Ayat bertemu dengan Epi semula di ketinggian yang aku pun tak tahu. Hahahahaha... Bersama beliau adalah dua orang dari team awal. Laju gak dia orang mendaki.

Alhamdulillah...kami tiba di puncak Yong Yap pada jam 6.30 pagi. Buat pengurusan diri dan solat Subuh. Syukur...

Layan view matahari terbit dan berfoto-foto.





28.9.19

--- Yong Yap via Gepeh Hilir, Hari ke 1 ---

Bagi trip kali ini, aku mengambil pendekatan yang sedikit drastik. Aku buat catatan atau log ini on trip. Senang, balik terus copy paste. Touch up dengan gambar sahaja. Aku buat macam ni berikutan beberapa log trip yang tak siap-siap. Paling lama, trip Beijing-Xian-Chengdu. Diikuti Ladakh, Gunung Merapi, Gunung Apo, Filipina dan terbaru, Jepun. Ops…. Satu lagi trip, air terjun dengan Abang Nas. Arghhhhhh….. Yang air terjun ni confirm dah lost story.

Sebelum nak mula menulis ni, nak shared satu tips/isu. Perkara ini rasanya common sense cuma kadang-kadang kita/pendaki terlupa. Bagi rakan-rakan pendaki yang nak mandi semasa di campsite yang mempunyai sumber air terutama sungai, lokasi mandi perlulah di bawah paras khemah. Jangan mandi di paras sama dan di atas paras khemah. Logiknya apa? Kawasan air bersih untuk dimasak dan minum. Itu tujuaanya. Lagi-lagi kalau kita dari team yang berbeza-beza. Perkara ini boleh mencetuskan ketegangan. Benda ni berlaku dalam trip ini. Kalau korang baca blog ini, akan terjumpa di mana kejadian itu berlaku.

Dah kawtim dengan Medan masa dan tempat perjumpaan. Jam 12 tengah malam lebih, aku bergerak dari P18 menuju ke Hospital UiTM Sg Buloh. Katanya nak gerak dari sini jam 2.00 pagi. Disebabkan awal tiba, aku tidur dulu di tol Hospital Sg. Buloh.

Jam 1.30 pagi, aku pun mesej Medan dan bergerak ke hospital.

Jam melepasi jam 2.30 pagi, rakan seorang lagi pun tiba. Namanya Zarin. Kami akan menggunakan keretanya untuk ke Sungai Siput. Dalam fikiran aku, jam berapa nak sampai sana? Nak berehat lagi. Bersedia atau tidak? Macam-macam bermain difikiran. Gunung Yong Yap bukan gunung biasa-biasa. Tapi Medan cool dan katanya, "semua ok".

Alhamdulillah, kami tiba di Masjid Bawong jam 6.30 pagi. Solat Subuh dan pengurusan diri. Jumpa Ayat, Azri dan lain-lain.

Masjid Bawong


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...