Di Besut terkenal dengan Bukit Keluang. Di Semenyih popular dengan Broga. Beberapa bukit terkenal lain seperti Berekeh, Bukit Besi, Denai 3 Puteri dan lain-lain. Semua bukit ni boleh dikatakan sangat popular untuk pendakian santai pada hujung minggu. Di insta pastinya dipenuhi dengan aktiviti di bukit-bukit yang disebutkan.
Mersing....yes, Mersing pun ada. Aku tak pasti samada terkenal atau tidak. Sejak bila ia mula menjadi tumpuan walaupun aku dah kat sini hampir sepuluh tahun.
Bukit Selantai........gelaran diberi. Sejak beberapa minggu ini mula menjadi bualan di dalam group-group whatsapp. Pastinya ia memenuhi aktiviti mingguan orang-orang Mersing. Bukit ini sering menjadi tumpuan kumpulan-kumpulan mountain bike. Setiap minggu banyak kumpulan juga yang mendaki ke puncak bukit tersebut.
Alhamdulillah...kali ini aku berpeluang mendakinya walaupun terpaksa mengorbankan Halim yang dah plan ajak ngayuh ke Jemaluang. Hahahahahaha....sorry Halim. Kalau Hanif tak sebut pasal mendaki, pastinya kayuhan kita berjaya.
Jam 7.30 pagi dah berada di lokasi perjumpaan (maaf, lokasi tidak dapat didedahkan). Kemudian tiba lagi seorang sahabat dan guide. Dengan 2 buah kereta, kami pun bergerak ke Air Papan. Parking dan buat persiapan.
Sebelum-sebelum ni aku yang selalu berbasikal ke sini pun tak perasan yang dah ada pintu gerbang rupanya.