13.11.20

Penatnya Kayuhan Petang Ini

Mersing ni kalau nak kayuh, tak ada sangat tempat nak tuju. Balik-balik itulah. Hahahahaha....Tapi takper. Senang tak sakit kepala nak fikir.

Roadbike ni aku tak faham. Kenapa aku kayuh semakin slow. Salah basikal atau aku? Hahahahahaha..... aku naik MTB ok jer.  Aku rasa, basikal ni tak sesuai la dengan aku.

Ini jelah untuk petang ini.


Partner ride



 

6.11.20

Mana Bukit Pondok?

Alhamdulillah masih diberi kesempatan bernafas hari ini.

"Esok tak ada offroad ker?", tanya aku dalam group ERCT. Bincang punya bincang, dapat la 3 ketul lagi yang boleh on esok pagi. Kita ada Payed (budak 4 patnam slowmo), Farid (karbon ungu), Matju (Aloi Hitam Slowmotion) dan Fitri ( bakal karbon).

Lately ni hujan. Esok pagi kompom trek baik punya.

Macam biasa, jam 7.30 pagi tayar bergolek dari depan 7E.




Hari plan nak tawan Bukit Pondok seperti biasa. Ikut laluan sama.

Pagi ni tiada anjing yang menyalak pada rumah pertama tu. Sebelum ni siap kejar lagi. Angin betul. Mungkin pagi ni tuan dia bawa jalan-jalan keluar. Kalau kena kurung, paling tidak mesti ada yang menyalak?......

31.10.20

Jalan-Jalan Pantai

Pagi tadi kami di Bukit Panorama, seterusnya kami mengatur perjalanan balik ke Mersing. Aku plan kepada ustaz dan Hafiz agar kita singgah di beberapa lokasi pantai yang menarik pernah aku singgah. Sebelum ni aku singgah masa solo ride dengan Rs150. Maka aku nak shared tempat-tempat menarik tersebut. 

First lokasi adalah sekitar mmmmmmmmm....mmmmmmm.......ok, aku tak tahu nama lokasi sebab ia hanya tepi jalan utama jer. Lokasi boleh check di koordinat ini, 3°17'42.48"N, 103°25'49.20"E.

Kami singgah dan lepak kejap. Menghirup angin pantai.





Bukit Panorama

Seperti yang dirancang, seawal jam 5.30 pagi, kami check out. Solat Subuh di sebuah masjid tidak jauh dari hotel. Hujan sedikit renyai.

Di luar kereta hujan yang tadi renyai-renyai dah mula lebat. Kami bersarapan dengan roti dan biskut yang dibeli semalam di Tunas Manja. Detik dalam hati, "Boleh mendaki ke hujan-hujan ni? Mungkin kita lepak dulu dalam kereta sehingga hujan berhenti".

Hujan mula berhenti ketika kami dah mula masuk Sungai Lembing. Kelihatan banyak kereta pakir di kaki Bukit Panorama. Macam-macam ragam-ragam. Ada yang sedang tukar baju. Ada yang seakan-akan kesejukkan disebabkan kebasahan. Mungkin mereka ini mendaki seawal pagi kemudian hujan. Huhuhuhuhuhu......

Kami membuat persiapan diri untuk mendaki. Trek pendakian ini adalah bermula dengan anak tangga. Berakhir juga dengan anak tangga. Pacak dari mula sehingga puncak. So, warm up dulu k. Jangan terus mendaki. Takut semput nanti.


Antara pemandangan yang boleh dilihat

Jika penat, boleh berhenti berehat ambil nafas. Jangan tergesa-gesa. Layan dulu beberapa port view. Foto-foto dulu. Hihihihi.... Memandangkan pagi ini hujan maka sedikit berkabus. Hampir-hampir tak nampak pekan Sungai Lembing di bawah sana.

30.10.20

Singgah Sekejap di Taman Negeri Endau Rompin

Ia bermula dengan, "Ben, minggu ni apa plan?". Aku jawab, "Makan Sushi King".

Jam 9.00 pagi, dijemput oleh Hafiz dan Ust. Izan. Tq guys datang jemput. Hihihihi.... Tayar pun bergolek. Singgah makan di Nasi Kerabu Honey, Endau. Sambil makan, sempat membawang, "Kenapa geng-geng haritu tak suka makan kat sini ek?". Tiada jawapan sahih kerana semuanya hanya sekadar andaian.

Terus menuju ke Taman Negeri Endau Rompin. Ini bukan kali pertama aku datang ke sini. Firstime datang masa aku student di POLISAS. Kali ke dua bersama dengan Ust. Amir dan Akrmey. Ke tiga datang sorang. Ini, kali ke empat aku datang. Kali ke dua dan ke tiga tu ada sedikit kekeliruan urutan samada kejadian aku ditegur oleh perhilitan atau dengan Akrmey dulu.

Masa mula-mula masuk tadi kami sesat sikit iaitu kami terlepas simpang. Kami patah balik selepas bertanya dengan pekerja ladang. Alhamdulillah, selamat sampai.

Kali ini datang, dah ada gate. Nak masuk kena bayar RM30 per kepala. Aku cakap, "mahalnya", sambil menghulurkan duit. Bising-bising tapi bayar. Dah alang-alang datang. Guide cakap, nanti kat dalam, akan ada staf tunggu. Ada sedikit feel-feel macam filem Jurassic Park. Nampak staff dia semua pakai pakaian uniform yang sama.


Pertama sekali, kami dibawa masuk ke dalam galeri dan diakhiri tayangan video. Menarik..... Ada kuiz-kuiz tanpa hadiah. Sekadar menguji pengetahuan am.

Selesai itu, aku sempat berbual dengan staf. Tak tanya nama plak. Takper. Hasil perbualan tersebut, katanya taman dengan konsep terbaru ini bermula pada awal tahun 2020. Ia diswastakan kepada sebuah syarikat atau individu yang sama menguruskan Pulau ______ . 

Bagus la. Nampak sikit terurus. Good job guys. Nak banyak info, mudah jer sekarang. Aku bantu korang. Layari ni https://rompinpark.my/.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...