Dah sampai mana guys? Bagi pejuang-pejuang SV lain mungin dah jauh
menjelajah dalam daerah Mersing. Aku baru nak jauh sikit iaitu
Tenggaroh. Tenggaroh 3 lebih spesifik khususnya. Felda ni lebih mudah
kerana lebih tersusun.
Jika kita makan kek, kita makan bahagian
demi bahagian kan? Lama-lama kita nampak kek itu akan habis berbanding,
kita makan ambil sana sikit...sini sikit...situ sikit.....bila nak
habis. Kita akan rasa banyak. So begitulah analoginya.
Dengan
sebuah van (RISDA) dan 2 buah kereta kot, kami bergerak menuju ke
Tenggaroh 3. Bro driver agak ramah berbual sepanjang perjalanan.
Berhenti
di stesen petrol sekejap kerana ada SV kita sakit perut. Kemudian
meneruskan perjalanan yang sudah tidak berapa jauh. Hihihihi..... Rasa
macam terlalu jauh perjalanankan cara bercerita... Hahahaha....
Kami
diturunkan di Hentian Kasih, Tenggaroh 3. Berkumpul di sini. Macam
biasa akan diberi taklimat. Taklimat penting tau guys bagi melancarkan
perjalanan aktiviti. JKKK Tenggaroh 3 pun sudah siap sedia. Kami terus
dibahgikan mengikut kumpulan dan ikut JKKK. Sporting habis akak-akak ni.
Owh....lupa nak mention,
bancian ini turut dibantu oleh SV Tenggaroh. Rasanya mereka terdiri
daripada murid-murid lepasan sekolah menengah dan dibimbing oleh guru
mereka. Good...good... Setidak-tidaknya mereka menghabiskan masa mereka
dengan aktiviti berfaedah untuk masyarakat. Sesuai dengan hadith
Rasulullah :
"Sebaik-baik manusia adalah orang paling bermanfaat bagi orang lain"
Hadis Riwayat Ibn Hibban
Alhamdulillah....