26.6.21

--- Jauh Membantu, SV Ke Tenggaroh 3 ---

Dah sampai mana guys? Bagi pejuang-pejuang SV lain mungin dah jauh menjelajah dalam daerah Mersing. Aku baru nak jauh sikit iaitu Tenggaroh. Tenggaroh 3 lebih spesifik khususnya. Felda ni lebih mudah kerana lebih tersusun.

Jika kita makan kek, kita makan bahagian demi bahagian kan? Lama-lama kita nampak kek itu akan habis berbanding, kita makan ambil sana sikit...sini sikit...situ sikit.....bila nak habis. Kita akan rasa banyak. So begitulah analoginya. 

Dengan sebuah van (RISDA) dan 2 buah kereta kot, kami bergerak menuju ke Tenggaroh 3. Bro driver agak ramah berbual sepanjang perjalanan.

Berhenti di stesen petrol sekejap kerana ada SV kita sakit perut. Kemudian meneruskan perjalanan yang sudah tidak berapa jauh. Hihihihi..... Rasa macam terlalu jauh perjalanankan cara bercerita... Hahahaha....

Kami diturunkan di Hentian Kasih, Tenggaroh 3. Berkumpul di sini. Macam biasa akan diberi taklimat. Taklimat penting tau guys bagi melancarkan perjalanan aktiviti. JKKK Tenggaroh 3 pun sudah siap sedia. Kami terus dibahgikan mengikut kumpulan dan ikut JKKK. Sporting habis akak-akak ni.

Owh....lupa nak mention, bancian ini turut dibantu oleh SV Tenggaroh. Rasanya mereka terdiri daripada murid-murid lepasan sekolah menengah dan dibimbing oleh guru mereka. Good...good... Setidak-tidaknya mereka menghabiskan masa mereka dengan aktiviti berfaedah untuk masyarakat. Sesuai dengan hadith Rasulullah :

"Sebaik-baik manusia adalah orang paling bermanfaat bagi orang lain"

Hadis Riwayat Ibn Hibban 

Alhamdulillah....















Terkejut ker tu?




Siapa SV ni? Hahahahaha....

Lagi sekali aku tidak dalam kumpulan bancian. Aku bersama koordinator program (Puan Azie) menyusun SV-SV ke sana ke sini. Aku dengan kamera je. Macam mudahkan kerja. Hummm.....



Dari Tenggaroh 3, SV-SV bergerak pula ke  bergerak pula Tenggaroh Timur 2. Bancian ini turut mendapat kerjasama padu dari wakil penduduk sini.










Mengintai dari tirai kamar



Sambil banci, sambil usha mangga













Key-in data





Alhamdulillah....bancian berjalan dengan lancar sekali. Bagus yer SV-SV buat kerja. Sekejap jer siap. SV mendapat pujian. Tapi ini juga atas bantuan Pengurusan Felda, JKKK dan masyarakat felda sendiri. 

Tahniah...!!!

Hujan lebat guyssssss......

#southernvolunteer #sukarelawanjohor #sukarelawanmersing
#savepalestine #freepalestine #koyak

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...