Alhamdulillah....sedikit kelonggaran yang Allah berikan. Baru-baru ini kerajaan telah membenarkan beberapa aktiviti rekreasi yang berisiko rendah dijalankan dalam memperbaiki kesihatan mental masyarakat. Selain hiking, makan di restoran juga telah dibenarkan dengan syarat telah mendapat dua dos.
Dikesempatan ini, kami gunakan dengan pergi ke Pulau Mawar, Mersing. Jom layan gambar-gambar sepanjang kami di sana.
Program ini ad hock jer. Mesej-mesej kawan yang nak join. Siapa free on. Banyak cekadak, kita tinggal. Hahahahahaha....
Masa kami sampai tu, ada seorang pak cik tu sempat berkata kepada kami, "air surut ni, pergi la dulu Batu Tingkap". Aku pun macam tercari-cari gak kat mana Batu Tingkat itu. Tadi pak cik tu sempat menunjuk arah Batu Tingkat itu dengan pandangannya.
Oooooo....arah sana. Kebetulan dari jauh aku nampak macam ada orang berjalan ke arah sana. Sebelum ini aku tidak tahu apa ada di sana. Yes...memang time tu air surut. Maka aku pun membuka langkah dengan pantas menuju ke arah yang dimaksudkan. Teman-teman yang lain mengikuti tanpa banyak soal. Cuma dia orang bising kenapa saya tak cakap pakai selipar. Sebab mereka sekarang berkasut dan basah apabila melintasi lalui air. Hahahahahaha.......
Tips.....setiap kejutan adalah trill yang sebenar.
 |
| Sedang bervideo call dengan Aizat.... |
Alhamdulillah...akhirnya kami pun sampai ke Batu Tingkap. In personal juga, aku berbangga kerana tiba di sini. Batu Gerbang memang dah selalu pergi tapi ini adalah kali pertama.