20.9.21

--- Family Time at Pulau Mawar ---

Sampai ke petang GM. Dah luar waktu bekerja ni. Hummmm.....

Jam 5 lebih baru habis. Aku dah macam stress-stress sikit. Berdenyut-denyut kepala. Langsung aku solat Asar. Terfikir macam mana nak settlekannya. Ok....keluar. Ke mana? Pulau Mawar jer yang terlintas di fikiran.

Atif : Tuah.....nak ke mana tu?
Tuah : Mawar berduri.
Atif : Nak ikut. Aku nampak kereta ko.
Tuah : Ko kat mana?
Atif : Depan ko. Kami berhenti kat kedai tayar.
Tuah : Ok.

Untuk gambar-gambar ini, aku shoot dari jauh. Tak tahu nak cari subjek apa. Tetiba terfikir family member aku ni. Hope dia orang tak saman aku. Hahahahahahaha......















18.9.21

---- Repeat Lagi Pulau Mawar ---

Setelah mengetahu jalan denai yang di tunjukkan oleh Cikgu Azhar dan Azri tempoh hari, aku kembali lagi ke Pulau Mawar untuk mengikuti denai ini lagi sekali. Saja nak ulang agar ingat. Kali ini datang bersama Aizat.

Disebabakan air pasang maka kami tidak sampai ke Batu Tingkap. Separuh jalan jer pergi.

Kemudian kami patah balik dan menuju ke Batu Gerbang.







12.9.21

--- Pulau Mawar Sorang-Sorang ---

Adalah dendam tak terucap
Rahasia yang tak terungkap
Inikah perih yang tertahan?
Hingga ku tak sanggup melawan?

Adanya aku pernah diminta
Sosok terindah yang dipuja
Kini lepas jauh terhempas
Karenamu 'kan terbang bebas

Cintaku dicela, rasa dilupa
Olehmu, olehmu
Dan aku disapih perlahan jadi buih
Olehmu, olehmu

Bangun seawal pagi. Menanti Subuh sambil bersandar di kerusi ala-ala gaming. Tanpa membuka komputer. Perlahan-lahan menarik dan menghembus nafas. Semalam macam susah tidur walaupun sudah in-hale eo lavendar. Rasa macam nafas tak cukup. Ku sapu pula eo peppermint di dada. Ingin lari keluar dari rumah. Sambung tidur hingga terjaga.

Ada sesuatu yang membuat emosi dan fikiran ku terganggu. Ligat otak ku fikir untuk ke mana? Ok, Pulau Mawar. Mesti ada sesuatu di sana awal-awal pagi ni. Ku capai A6000 dan A7R2. Owh....tripod juga. Walaupun aku jarang guna tapi just in case.

Sebenarnya petang kelmarin juga aku ke sini. Niat nak photo-photo tapi hujan.

Jam menunjukkan jam 7 pagi... Aku mempercepatkan pemanduan agar tidak terlepas sesuatu. 

Setibanya di sana, ada sebuah van dan sekumpulan lelaki dan wanita sudah berjalan menuju ke destinasi. Gaya dari jauh, bukan orang Malaysia. Pekerja asing. Hahahahahaha.......

Aku menanti sahaja di dalam kereta kerana hujan renyai-renyai. Pemandangan mendung dan berjerebu. Tak tahu nak shoot apa. Angin sesekali bertiup kencang. Dari jauh kelihatan hujan mula lebat dan tiba di kawasan ini. Lepak jer la dalam kereta.

Lebih kurang setengah jam berlalu, hujan mula reda. Aku keluar untuk cuba cari bahan. Sedang asyik mengambil foto yang tidak wow!!! itu, aku di sapa oleh seorang kenalan. Seorang cikgu, Azhar. Borak-borak. Kemudian aku mengambil keputusan untuk follow dia. Katanya mau ke lokasi yang baru. Amazing. Bersama beliau adalah ex-studentnya yang kini belajar di UPSI. Azri nama panggilan. Betul atau tidak aku tak pasti. Aku dengar-dengar gitu je.

Cikgu Azhar nak ke Batu Tingkap tapi bukan laluan biasa. Katanya ada satu jalan yang boleh cross melalui denai.

Berikut beberapa keping gambar yang sempat aku potretkan. Cuaca memang mendung so gambar kelihatan malap gituuuu. Hihihihi......

Laluan denai

Laluan biasa apabila air surut



9.9.21

--- SV Di PPV Bergerak Mega, Politeknik Mersing, Hari Terakhir ---

Ok guys..... Ini hari terakhir walk-in. Rugi...sangat-sangat rugi pada mereka yang tidak datang. Tempat nice dan selesa. Tapi sayang seribu kali sayang kerana kurang mendapat sambutan. Selama 3 hari walk-in ini diadakan.

Sebelum ini kita dengar orang merungut tidak mendapat panggilan atau temujanji tapi selama tiga hari peluang telah diberi. Takper mungkin bukan rezeki. Hihihihi....

Alhamdulillah...sepanjang 3 hari berlangsung, segalanya berjalan lancar dan mendapat kerjasama yang baik dari semua pihak. Tidak pernah memperlihatkan wajah yang kecewa (kerana semua pakai mask). Tahniah...!!! #kitajagakita #kitamestimenang

Selalunya orang letak video akhir, aku saja nak letak awal. Hahahaha....



Takut jarum... Normal




8.9.21

--- SV Di PPV Bergerak Mega, Politeknik Mersing, Hari 1 ---

Bagi mencapai imunisasi kelompok yang disasarkan, daerah Mersing terus mempergiatkan aktiviti PPV Bergerak. Kali ini berskala mega dan walk-in. Di buka selama 3 hari berturut-turut di Politeknik Mersing. Terima kasih kepada pengurusan politeknik kerana memberi kerjasama yang baik. Dewannya selesa dan sejuk. Alhamdulillah.

Seawal jam 7.30 pagi, para petugas sudah beransur-ansur datang untuk membuat persediaan. Sangat bersemangat. Bukan itu sahaja, masyarakat juga ada yang sudah datang beratur seawal pagi.

Selesai bersarapan, maka bermulalah program vaksinasi.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...