Ni morning walk sebelum game final bermula. It like santai-santai. Hilangkan stress berlatih. Bina mode. Bina bonding dan segalanyalah.
17.12.21
16.12.21
--- Hari 6, Konvoi RX100 RXS RXK Pusing Malaya ---
Mungkin ada yang bertanya kenapa aku harus bergerak dahulu? Tidak saing dengan teman-teman motor yang lain. Jawapannya adalah kerana aku ada job pada 17hb. Maka aku kena sampai di Mersing lebih awal. Simple jer jawapan. Huhuhuhu....
Siap-siap untuk meneruskan perjalanan hari ini. Di luar hujan masih turun. Bukan renyai-renyai turun. Tiada pilihan. Kami redah juga.
Dalam on the way, niat juga jika jumpa kedai motor, nak singgah untuk beli baju hujan. Sehinggalah kami tiba di pekan Permaisuri, Setiu. Nak makan KFC tapi belum buka. Kebetulan ada DIY situ. Aku pun singgah mentar untuk cari baju hujan. Nak cari yang berkualiti tapi yang ada itu jer. Maka ambil sahaja apa yang ada.
Singgah sarapan di warung tepi jalan.
Ride sehingga tiba di Kuala Terengganu. Hajat nak bergambar dengan Drawbridge Kuala Terengganu yang merupakan mercu tanda baharu di Kuala Terengganu.
Ride kami berdua diteruskan sehinggalah kami tiba di Mersing sekitar jam 10.30 malam. Alhamdulillah.....
Aku rumuskan ride kami seperti di bawah yer:
Hari Pertama : Mersing - Tapah
Hari Kedua : Tapah - Kangar
Hari Ketiga : Kangar - Pulau Langkawi
Hari keempat : Masih di Pulau Langkawi
Hari kelima : Pulau Langkawi - Jerteh
Hari keenam : Jerteh - Mersing
Tamat..... Ops!!! Tamat bagi aku tapi tidak bagi member aku Fadil. Pusingan Malayanya belum selesai. Dia akan menyabung ride ke Seremban esok. Then baru lengkap. Hahahahahahahaha..... Malam ni dia bermalam di Mersing dulu.
#honda #rs150 #ride #ridemalaya
15.12.21
--- Hari 5, Konvoi RX100 RXS RXK Pusing Malaya ---
Salam ceria guys..... Assalamualaikum....
Puas pusing-pusing pulau lagenda ini? Bahagia rasanyakan. Hahahahahahaha....
Masa untuk meneruskan perjalanan. Destinasi hari ini adalah Penang. Next station, Penang. Alhamdulillah...cuaca pun baik-baik sahaja.
14.12.21
--- Hari 4, Konvoi RX100 RXS RXK Pusing Malaya ---
Apa plan hari ni guyssssss?
Awal pagi CIP dah hilang entah ke mana. Dia siap-siap. Pastu ajak-ajak orang. Pastu hilang. Hmmmm..... Cepat nau.
Maka pagi atau hari ini aga bersepah-sepah aktiviti memasing. Mungkin itu temanya kot. Tema sepah. Hahahahaha.....
| Sempat memcuci motonya |
Ada yang nak pergi sarapan. Ada yang nak pergi beli cekelat. Ada yang nak cari bengkel untuk baiki motor dulu dan macam-macam agenda. Aku follow yang mana sempat jer. Hahahaha..... Bagi aku, Langkawi ni biasa jer. Depend what kind of travel you make it and what you want to achieve.
13.12.21
--- Hari 3, Konvoi RX100 RXS RXK Pusing Malaya ---
Selamat pagi.
Seperti yang direncanakan, awal-awal pagi kami dah lincah bangun membuat pengurusan diri. Jam 5 dah bangun untuk siap-siap. Terus solat Subuh sebaik sahaja habis azan.
Target hari ini adalah melihat matahari terbit di Puncak Wang Kelian. Tak semua yang ikut. Yang tak ikut katanya motor tak mampu nak naik sampai atas. Hikhikhik......
Wow...! Dah lain la puncak ni sekarang. Telah dinaik taraf dan cantik tempatnya. Kali terakhir aku datang dulu, macam tempat usang jer. Pada waktu itu ada sebuah menara pandang yang agak uzur keadaanya. Tahun 2017 atau 2018 kot masa tu datang. Masa tu on the way nak ke Thailand. So singgah sebentar sini. Bila dah cantik macam ni, memang macam semut menghurung gula. Pagi ni pun memang ramai orang. Ditambah pula dengan cuti sekolah.
Ok, cari port parking motor dulu.
Subscribe to:
Posts (Atom)














