15.12.21

--- Hari 5, Konvoi RX100 RXS RXK Pusing Malaya ---

Salam ceria guys..... Assalamualaikum.... 

Puas pusing-pusing pulau lagenda ini? Bahagia rasanyakan. Hahahahahahaha....

Masa untuk meneruskan perjalanan. Destinasi hari ini adalah Penang. Next station, Penang. Alhamdulillah...cuaca pun baik-baik sahaja.


















Tiba di Kangar, aku dan Fadil mohon gerak dulu. Kami tidak akan bersama group untuk ke Penang. Sebaliknya akan terus ke Terengganu.

Sebelum itu, aku singgah di kampung sebentar jumpa mak. Pastu jumpa Mak Lang. Terus ke Pekan Gerik. Target kami mesti melepasi Gerik sebelum malam. Ini kerana first time melalui Gerik dengan motor. Perkara paling merisaukan adalah minyak motor. Samada cukup atau tidak. Huhuhuhu.....

Shell Gurun

Tiba di Gurun, kami terus exit ke arah Baling selepas mengisi minyak di Shell. 40km lebih kurang ride, kami singgah pula di Petronas Parit Panjang, Baling. Seperti kebiasaan aku guna debit card untuk buat pengisian. Maka aku pun park la dekat bahagian yang ada kad. Tapi mamat jaga kaunter minta aku ke pam khas motor yang tidak ada card. Aku pun tunjuk la card. Tapi dia still minta aku ke sana. Aku dah macam sikit tak puas hati. Apa masalah mamat tu. Sepatutnya dia menggalakkannya. Ni tak, dia minta aku ke sana. Untuk tidak memanjangkan emosi, aku pun menolak motor RS150 ke sana. Pergi ke kaunter dan bayar. Isi minyak. Pastu ambil baki. Meninggalkan stesen minyak itu dengan sedikit emosi. Tapi takperlah. Biarkan dia.


Petron Bandariang, Gerik




Kami pun ride 70km lebih lagi dan tiba di Petron Bandariang. Ini merupakan stesen minyak terakhir sebelum memasuki laluan berliku Gerik - Jeli. Hahahahaha...... Jam ketika itu sudah menunjukkan jam 6 petang. Waduuuuhhhh.... sempat ke sebelum gelap ni?

Masa nak isi minyak di sinilah aku baru perasan yang ada sesuatu kehilangan. Wind breaker dan baju hujan aku guys. Arghhhhh........ Aku tertinggal di petronas tadi. Aaaaaaaaa........ Bagaimana tertinggal? 2 benda itu aku letak dibahagian belakang dengan menggunakan jaring. Masa nak buka seat untuk isi minyak, aku buka jaring dan letak 2 benda itu atas pam. Tapi lepas isi dengan mode yang sedikit marah that time, aku lupa ambil semula. Kebetulan pula memang jarang guna jaring dan letak barang-barang itu. Ini pertama kali dalam ride ini. Beli kat Langkawi jaring itu. Huhuhuhuhu..... Hilang jaring tak kisah sangat. Tapi wind breaker dan baju hujan yang agak ralat. Wind breaker tu beli kat Indonesia dan baju hujan pula untuk cover diri dari hujan. Aduuuhhhh....frust guys.

Tips......jangan biar amarah menguasai diri mu. Begituuuuuu......

Takperlah. Teruskan sahaja perjalanan. Ada tanya kakak Petron itu samada cukup tak minyak motor untuk sampai ke Jeli? Kata kakak Petron, tak cukup. Maka aku pun isi ke dalam botol 4 liter yang aku dah spare.

Hari makin gelap sambil kami melayan selekoh-selekoh jalan raya. Ada juga beberapa kumpulan motor datang dari arah Jeli. Ada yang bawa sopan dan ada yang tak sopan hingga makan jalan kami. Geng-geng motor besar. Kasi panas jer. Keadaan jalan? Ada yang elok, ada yang tak elok. Nasib la.

Kami sempat melewati Tasik Banding ketika hari belum gelap. Snap sekeping dua gambar sebagai kenangan. Nak explore lebih-lebih, masa tidak mengizinkan.

Langsung aja....

Rintik air hujan mulai terasa. Teringat baju hujan yang tiada. Huhuhuhuhu......

Maka malam pun berlabuh. Kami berdua masih belum mengakhiri laluan Grik-Jeli ini. Hampir 100 km jarak laluan ini, kami pun tiba di Petron Batu Melintang, Jeli. Jam 8.18 malam. Memang agak mencabar juga ride tadi. Jarak pandang sangat terhad apabila visor helmet pula tinted. Hujan dan serangga terbang yang menerpa ke muka, lubang hidung dan mata. Adudududududu........

Isi minyak dan rehat sebentar. Target aku malam ini ialah Kuala Tereangganu. Gerak sedikit dan kami berhenti untuk mengisi perut. Jika ikut tentatif induk, selepas Penang ialah Kota Bharu. Tapi aku tak ke ke sana kerana agak jauh.

Petron Batu Melintang, Jeli

Dalam sedar dengan tak sedar ride motor dalam hujan, kami beserah sahaja. Dah cakap pada Fadzil, untuk sampai ke Kuala Terengganu dari sini, jarak lebih kurang 200 km lagi. Sekarang dah jam 9.00 malam. Kita for sure akan sampai kuala sekitar jam 12 tengah malam atau lebih berdasarkan kondisi sekarang. Dia ngikut sahaja.

Akhirnya kami tewas apabila tiba di bandar Jerteh. Kami mengambil keputusan untuk mencari hotel untuk berehat. Hasil cari maka kami check-in di Grand Business Hotel. Jam dah menghampiri 12 tengah malam. Hujan lebat lagi. Memang kebasahan.

Pakaian rasmi bila hujan

Owh.....lupa nak mention. Sebenarnya jumlah minyak motor masa melalui laluan Grik - Jeli tadi hanya 3 bar jer. So nextime, atau pada sesiapa yang plan nak bermotor sini, tak perlu risau akan minyak. Kakak Petron tadi mungkin nak jual minyak sama kot. That why kata tak cukup. Atau dia nak kami lebih berwaspada. Hahahahahahaha......

Pengurusan diri dan rehat. Serius penat...... zzzzzzzz......


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...