1.8.22

--- National Rugby Development Program (NRDP), Sri Mersing B17 vs MOZAC ---

MOZAC ni team apa? Macam nama muzik mat salleh kan. Hahahahahahaha....... MOZAC ni ialah Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah, Melaka. Datang mana MOZAC tu? Hmmmmm........ Google je lah. Aku cari gak tapi tak jumpa sejarahnya.

Takpa. Biarkan sejarah itu. Berbalik kepada game seterusnya, Sri Mersing bertemu dengan MOZAC. Dalam game ini seorang player kita injured sehingga terpaksa dibawa ke hospital.

Senior menyampaikan harapan



31.7.22

--- National Rugby Development Program (NRDP), Sri Mersing B15 vs SMK Telok Mas, HSBP Highlanders dan JB EC ---

Berikut adalah beberapa perlawanan yang menemukan Sri Mersing dengan SMK Telok Mas, HSBP Highlanders dan JB English College.



Kata-kata semangat



Fisio yang tidak pernah mengecewakan

30.7.22

--- National Rugby Development Program, Sri Mersing (B17) vs SSTMI (B17) ---

Seterusnya perlawanan yang dinanti-nantikan iaitu Sri Mersing bertemu dengan SSTMI Bawah 17.

Jika ada yang bertanya kenapa banyak gambar dari belakang SSTMI? Jawapannya mudah. Jurufoto berada di posisi Sri Mersing menyerang. Aku berharap banyak gambar Sri Mersing menyerang. Namun tak banyak peluang. SSTMI sangat teguh pertahanannya.

Lepas game ni, baru aku gi sarapan kat McDonald's. Hahahahahaha.....



Post mortem mungkin

Bekas player ragbi dulu?




Bonding

--- National Rugby Development Program, Sri Mersing vs English College ---

National Rugby Development Program, NRDP Zon Selatan berlangsung sehari di Politeknik Merlimau. Zon selatan ni melibatkan tiga buah negeri iaitu Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Harap-harap betul la fakta aku. Hihihihi..... Aku sebagai freelance jer. Follow dak-dak SMK Sri Mersing ni ha. Tak ada buat apa kat umah. Cikgu Yusuf pun pm tepi ngajak.

Memang susah cari hotel area Merlimau ni. Lebih kepada homestay jer. So aku menginap sedikit jauh iaitu di Seri Chendana Resort. Owh maaf. Susah berdekatan dengan Politeknik, bukan dalam Merlimau. Hahahahahahahaha....

Ok, jom tengok first game Sri Mersing bertemu dengan English College. English College ni Melaka kot. If I'm not mistake. Ni game B15.

Result nanti korang pm dia orang. Aku tak ingat. Hahahahahaha......



10.7.22

--- Air Terjun Jaang ---

Assalamualaikum dan selamat pagi guysssss.....

Macam mana tidur semalam? Ok tak? Rasanya semua ok sebab cuaca pun cantik.

Kedengaran suara sejenis burung yang berkicauan berirama. Bukan kicauan biasa. Kicauannya seakan-akan burung dalam cerita Hunger Game tu. Serius.... Layan beb.

Namun begitu tidak bagi dua orang yang memiliki master dalam kos environmental. Dari semalam kita banyak mendengar taklimat berkaitan perkara tersebut. Dari tumbuh-tumbuhan sehingga ke haiwan iaitu katak dan biawak.

Semalam ada yang bertanya pada aku, Areb tu, "betul ke apa yang dia cakap?" Aku kata, "....dia memang belajar dalam bidang tu dan kerja dalam bidang tu. So apa yang dia cakap adalah benar." Mereka memuji yang Areb tu kelakar la. Apa yang di cakap semua lucu. Aku hanya mampu pandang ke atas je. Hahahahahahaha........ 😆😆😆

Sarapan pagi sedang disiapkan oleh master chef terkenal, aku berjalan-jalan untuk shoot beberapa keping gambar alam. Sebenarnya buntu dan tiada idea tapi sedang usaha.

Destinasi hari ini adalah Air Terjun Jaang. Pada mulanya aku ingatkan hanya ada satu jer air terjun. Rupa-rupanya ada satu lagi iaitu Jaang ini. Tak tahu kenapa ia tak viral. Padang Batu sahaja yang berlegar-legar di media sosial.



Terbaik yang ini

Sarapan ala-ala western

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...