Bangun pagi seawal jam 4 untuk pengurusan diri. Elektrik pula masih tak ada. Dari semalam lagi. Ananda dah siap sedia menanti.
Subuh dalam van jer.
Dalam 15 minit, kami pun tiba di pintu masuk Pidurangala. Selain menaiki kenderaan, banyak cara boleh digunakan untuk sampai ke sini. Antaranya berjalan kaki dan tut-tut. Berjalan paling popular dikalangan pelancong barat.
Entry fee ialah 500 rupee. Pelancong haruslah menutup kepala dan berpakaian sopan ketika melalui pintu masuk ini kerana ia merupakan kawasan ibadat.
Pendakian tidak mengambil masa yang lama. Cuma sedikit jem di kawasan batu. Itu pun kerana laluannya sempit dan menyukarkankan individu bersaiz besar. Kalau semuanya slim, lancar jer.
Kurang 30 minit, kami dah sampai di puncak dan sempat sebelum matahari terbit. Alhamdulillah, dapat lihat pemandangan yang awesome. Atas puncak ini ia berbatu dan luas.
View 360 la sebab ia seketul batu yang besar. Siapa pernah naik Batu Cina di Pulau Aur? Haaaaa....macam tu la atas Pidurangala. Cuma ia lebih besar.
Kebiasaan dalam mana-mana trip, aku yang akan entertain bahagian kamera. Tapi untuk trip kali ini, beruntung kami kerana gogo sangat fasih dengan semua angle. Dia boleh baca mana yang terbaik. Disamping itu, dapat la aku belajar beberapa tips penting. Teruja bila dapat kemahiran baru.
Jam 1.30 pagi bangun buat persiapan diri. Buat solat sunat sikit. Yelah nak mendaki di kawasan yang penuh dengan Buddha. Satu lagi, masih dibayangi perasaan mabuk.
Kami ada juga berbual-bual dan bertanya-tanya samada terdapat hadis berkaitan dengan lokasi turunnya Nabi Adam? Kalau ada pun ia bersifat lemah atau dhaif.
Jam 2.30 pagi, mula bergerak. Kiri kanan kedai sudah beroperasi. Rasanya memang 24 jam kedai-kedai sini. Orang agak ramai. Dari tua hinggalah ke bayi yang didukung untuk mendaki ke puncak Adam's. Malah ada juga yang oku. Di sini nampak begitu kuat iman mereka untuk beribadat.
Menurut gogo aka Hanif, terdapat musim-musim tertentu di mana puncak atau lokasi ini menjadi sangat sesak dengan penganut agama Buddha. Pada masa itu, penganut lain tidak dibenarkan mendaki kerana faktor-faktor keselamatan. Jalur pendakian ini juga di buka 24 jam. Maka masa pendakian, kami akan berselisih dengan orang yang turun.
Aku tertanya-tanya, antara Dewa Hindu dan Buddha, mana satu paling atas? Hummmm.....
Bangun jam 4.00 pagi. Mmmmmm....malasnya nak bangun. Keempukkan tilam dan kelambu pink memanggil-manggil untuk terus beradu. Aaaaaaaaaaaaaaargggggghhhhhhhhhhhhh...!!!
Selesai Subuh, kami bergegas menuju ke van yang lama menunggu. Pasang headlamp dan berjalan menusuri jalan bersimen. Selain kami, ada beberapa pelancong dan family turut menuju ke puncak. Suhu tidak sejuk sangat.
Trek? Yes, bertangga hingga ke puncak. Mujur puncaknya tidak tinggi sangat.
Atas puncak ini ada ________ .
Semua orang menanti akan kemunculan sang mentari. Hummm.....
Assalamualaikum guys di luar sana? Apa khabar Malaysia? Kami di Sri Lanka, baik-baik aja. Hahahaha... Sebelum memulakan entry episod ini, just nak kongsi satu falsafah or kata-kata panduan mengenai foto dari seorang idola. Katanya begini :
"Lihat sekeliling. Tetapkan subjek. Adakah ia berguna dalam gambar. Shoot bila semua telah dipertimbangkan"
@amirulhaniff
Bangun pagi dan buat pengurusan diri. Kemudian berjalan sekejap ke pantai sana. Saja nak tengok apa yang ada. Di kaki langit sana kelihatan awan mendung yang mungkin membawa hujan.
Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan, maka berjalanlah merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan kepada Allah jualah (kamu) dibangkitkan hidup semula.
Surah Al-Mulk ayat 15
Shared sedikit ayat al-Quran. Mana tau dapat hidayah. Amin....
Ok...ok...Apa program kita hari ini? Hari ini dont worry sebab kita dah ada gogo yang akan merencanakan perjalanan. Gogo dan 2 orang lagi telah tiba di hostel tengah malam semalam. Sedar ketibaan mereka tapi hanya mampu di atas katil jer. Ngantuk....!!!
Bangun Subuh dan buat pengurusan diri sebelum jem dengan rakan-rakan yang lain. Tengok dalam group, gogo mesej minta semua berkumpul untuk breakfast jam 8.30am. Van akan datang pick up dalam jam 9.00am.
Officially kami berkenalan di meja makan pagi ini. 😂 😂 😂… Semalam hanya sempat bersalaman jer dengan gogo yang baru tiba dari Malaysia.
Selesai makan gogo buat sedikit taklimat berkenaan perjalanan hari ini. Line up trip kali ini bermula dgn gogo iaitu Anep, Alep, Anis, DJ, Sem, Daus dan Aku. Masing-masing memperkenalkan diri seperti nama, warna kegemaran, makanan dan minuman, sukan, dan tempat terakhir dilawati.
Rupa-rupanya gogo ni main kamera juga. Sekarang beliau menggunakan A6000 dengan 3 lens prime. Its truly emezing. Dahsyat. Terus rasa kecil. Beliau fully bekerja sebagai tour guide under brandOHANA sejak setahun yang lalu. Lebih kurang la. Beliau juga ada misi yang ingin di lengkapkan. Sempat nampak dia punya list-list negara yang ingin di jelajahinya. Semoga sukses.
Sorang lagi dalam misi 7 summit dengan mengorbankan kerjayanya. Sanggup mengambil cuti tanpa gaji. Outdoor is emezim guys…. Owh! Lupa seorang lagi, Anis. Baru touchdown di Malaysia untuk mengundi di Semenyih. Terus terbang ke sini pula. Sebelum itu dia di London. Beliau dalam mode menghabiskan cuti wajibnya. Kerja apa dia? Rahsia….. 😂. Jangan terkejut kerana selepas trip ini dia akan fly pula ke Surabaya if im not mistake. Tanpa rehat ok. Banyaknya duit. Hahahahaha.....
Wajid dengar cerita sejarah dari gogo kerana banyak input.
Driver kami ialah Ananda.
Perjalanan hari ini bermula dengan melawati Red Mosque - Jami Ul-Alfar Mosque. Nak cerita macam mana ek?
Ok, mula dibina pada tahun 1908 dan siap setahun kemudian. Senibinanya menarik perhatian sehingga menjadikan ia satu tourist attraction. Ini kerana designnya ada mix culture. Masjidnya berada di tengah-tengah bandar dan dalam deretan lot-lot kedai. Mempunyai 6 tingkat (if im not wrong) dengan warna yang menarik. Mimbarnya berada di tingkat paling atas. Senang citer korang baca di wiki jer. Kang aku citer salah maklumat plak.
Alhamdulillah...kami berjaya solat sunat 2 rakat di situ.