26.9.20

Trip Mak Mak Ke Janda Baik dan Bukit Tinggi, Hari Ke Dua

Morning guyssss....!!! Nak buat apa hari ni ek?

Owh.... Testimoni sikit tentang penginapan. Bilik ok. Toilet ok. Penghawa dingin ok. Satu jer. Mohon pasang lampu banyak sikit bagi terang.

Ok, pagi ni nak menunaikan hajat untuk mandi sungai. That why datang bercuti di sini iaitu sungai. Berjalan sambil berpegang tangan, kami ke sungai yang jauh sikit dari penginapan ini.






24.9.20

Trip Mak Mak Ke Janda Baik dan Bukit Tinggi, Hari Pertama

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." (QS. Al-Baqarah: 286).

Sebelum ini, kalau mendengar ayat di atas, aku akan rasa. Tapi sekarang, aku lebih merasainya. Sangat mendalam buat diri aku.

Ok guys, trip hujung minggu datang lagi. Time-time PKP ni, setiap percutian sangat-sangat berharga. Ke mana kali ini? Yup, minggu ini kita ke Pahang lagi. Hahahahaha...... Pahang macam popular plak. Kita akan ke Janda Baik dan Bukit Tinggi.

Entry kali ini rasanya susah sikit aku nak kembangkan cerita berikutan line up nya. Line up kali ni sukar dipredict kerana tak kenal. Sehinggakan kuasa telepati aku pun gagal membacanya.

Ok....aku akan story tentang perjalanan sahaja. Jam 8.30 pagi aku di ambil oleh 2 orang sahabat, Hafiz dan Ustaz. Menuju ke tempat berkumpul iaitu di SK Bandar Mersing. Selesai parking dan memindahkan barang, kami pun bergerak.

Perbincangan di dalam group (aku tidak ada di dalamnya), nak breakfast di mana? Macam biasa, aku mencadangkan Nasi Kerabu Honey. Dan macam biasa, cadangan ditolak oleh majoriti team wanita. Katanya tak sedap. Uik...aku pun hairan kenapa semua tolak. Mesti ada sesuatu ni. Tanpa ada keputusan, akhirnya kami berhenti di sebuah kedai makan yang aku pun tak tahu nama apa. Tapi aku pernah sekali makan di situ.

Semua kelihatan happy makan di situ. Dengan tema no rushing untuk sampai ke destinasi, maka kami pun tidaklah stress mengatur perjalanan.

 

5.9.20

Gunung Berembun, Negeri Sembilan

Aku seakan-akan boleh mengagak bahawa dunia pendakian buat ku berada di hujung. Pendakian yang bersifat hardcore maksud aku. 2 atau 3 malam trekking. Kondisi ku tidak seperti dulu. Tersimpan sebagai kenangan terindah.

Trip ini under OHANA. Dalam kelonggaran PKP, dikit-dikit aktiviti pendakian diberi kebenaran beroperasi. Seawal jam 7 pagi kami sudah berkumpul di pintu rimba. Perlahan-lahan pendaki group lain mula tiba.

Urusetia sedang mengedarkan borang SOP katanya. Tah, tak faham SOP apa sebenarnya. SOP Covid kita faham la. Tapi kita follow jer lah. Sebelum memulakan pendakian, sedikit taklimat disampaikan oleh leader. Isi-isi taklimat ni macam biasa guys. Tapi yang aku nak highlightkan ialah cut of time. Jam 1 kalau tak salah aku. Sekiranya jam 1, semua line up tak sampai, secara automatik kena turun semula.




22.8.20

Taman Negara 3 Episod Terakhir

Semalam lagi dah ada perbincangan tetang Canopy Walk Way. Ia berkisarkan waktu samada sempat atau tidak. Katanya hari ni akan ada jem di situ berikutan hari cuti. So kalau lambat, memang tak sempat. Ye lah, hari ni dah check out.

Ok, macam biasa, tunggu depan lobi. Awal pagi tadi sebenarnya hujan guys. Pagi ni pun hujan renyai-renyai. Menurut driver 4x4, akan ada masalah di canopy jika hujan. Samada buka atau tutup pada hari ini. Maka berdoalah kami agar diberikan perancangan yang baik.

Breakfast tidak disediakan. Sendiri-sendiri. Mujur ada kakak baru buka meja jual kuih. Sarap dulu. Sarapan seadanya.

Penantian satu penyeksaan guyssssss......!!!

21.8.20

Taman Negara 2

Morning guys... Macam mana aktiviti semalam? Best? Haaaaaaa.....jangan tipu. Jawab jujur jer. Hahahaha.....

Seperti yang di ingatkan oleh Husna semalam, jangan lewat. Kami pun turun berkumpul seawal jam 7 pagi. Tak boh dah kena tinggal macam semalam.

Tapi kami tidak bernasib baik apabila katanya jam 10 pagi pula. Tak ingat apa sebab. Siapa ingat sebab kita lewat? Tulis kat komen k.

Sarapan dulu di warung berdekatan.

Tidak dapat detect gambar dari kamera siapa

Gambar Wan Nazri

Hari ini akan ada beberapa destiansi menarik yang telah disusun oleh Labu. Destinasi pertama hari ini ialah Lata Bakoh. Tahu apa yang istimewanya. So nanti sampai baru kita tahu.

Satu bot hanya boleh dinaiki 3 hingga 4 orang shaja. Perjalanan hari ini lebih jauh berbanding semalam. Sampai ada yang tertidur. Tak ada basah-basah sebab kumpulan dah pecah. Hummmm... Selamat kamera.

Banyak melayan keindahan hutan sepanjang perjalanan. Sedap mata memandang dan damai. Bestnyaaaaaa....... Boleh baring atas bot tengok atas.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...