Hari 3 & 4 Hari 5 & 6 Hari 7 & 8 Hari 9 & 10
Anjuran : Kelab Rekreasi Baling dengan kerjasama YAYASAN SULTANAH BAHIYAH
Destinasi : Merapoh – Gunung Tahan – Kuala Tahan
Tarikh : 07 ~ 18 November 2007
07 November 2007
Perjumpaan di Pejabat Belia Daerah Baling. Mendengar taklimat daripada penyelarasan dan sesi suaikenal. Peserta adalah dari pelbagai daerah di dalam Kedah dan pelbagai kategori umur. Paling senior berumur 60 tahun ke atas. Tak ingat umur sebenar beliau. Hihihihi….
Pada sebelah malamnya pula, sebelum kami bergerak, sedikit majlis diadakan dan ucapan dari wakil Yayasan Sultanah Bahiyah. Ala-ala majlis perasmian cenggitu.
Ration telah dipecahkan sebelum kami bertolak lagi. Ini bermakna semua peserta dah fitkan beg masing-masing. Ration dibahagi mengikut tarikh dan masa ration itu bakal digunakan. Kaedah undian digunakan bagi menentukan siapa yang mendapat ration terdahulu digunakan dan terkemudian digunakan. Hihihihi…..adilkan.
Kebaikan kaedah ini adalah mudah dan tidak bercelaru. Aku dapat ration yang bakal digunakan hari last. Korang rasa macam mana? Hmmmm……layankan aja.
08 November 2007
6 jam perjalanan dengan menggunakan bas, kami tiba di stesen keretapi Tanah Merah, Kelantan. Jam menunjukkan 4.28 pagi.
Kami menunggu kaunter tiket dibuka. Dari stesen ini, kami akan menuju ke stesen keretapi Merapoh.
Alhamdulillah….kami tiba di stesen keretapi Merapoh sekitar jam 10.35 pagi. Dari stesen ini, kami akan diambil oleh 4x4 yang telah kami deal untuk di bawa masuk ke dalam Pejabat Perhilitan Taman Negara Sg. Relau.
Hari ini, kami akam bermalam di sini. Menariknya pejabat perhilitan di sini ialah ia bukan sahaja berfungsi sebagai pejabat ranjer, malah ia juga seakan-akan tempat pelancongan. Di sini disediakan kemudahan penginapan, tempat penternakkan, kajian dan macam lagi. Nak terang pun susah sebab aku bukan dari kursus pelancongan. Pendek kata, boleh dijadikan tempat percutian keluarga atau kumpulan.
Lebih menarik, pejabat ini mendapat sambutan dan menjadi lokasi bagi para pencinta burung. Saban tahun, pencinta burung datang dengan membawa pelbagai jenis dslr untuk menangkap gambar burung-burung. Ini termasuklah pengkaji-pengkaji burung dari negara Eropah.
Semasa ketibaan kami di sini pun memang terdapat beberapa kumpulan pencinta burung sedang menginap di sini dan sedang melakukan aktiviti menangkap gambar burung.
Kami memasuki dorm yang telah ditempah untuk penginapan kami malam ini. Kemudian aktiviti memasak berjalan secara gotomg royong.
Selepas makan malam, sesi taklimat dari pihak Perhilitan Taman Negara. Taman Negara ni ketat sikit. Setiap peserta perlu men declare setiap barangan yang dibawa dan diisi di dalam borang yang telah diedarkan. Berapa kuantiti, perlu diisytiharkan. Nanti di Kuala Tahan, akan disemak semula jumlah barang tersebut samada sama dengan bilangan masuk dengan bilangan keluar. Tujuan adalah untuk menjaga kebersihan hutan Taman Negara.
Selesai taklimat, kami packing-packing untuk esok. Kemudian tidurrrr…….
bersambung…
Hari 3 & 4 Hari 5 & 6 Hari 7 & 8 Hari 9 & 10
No comments:
Post a Comment