10.11.07

--- Hari 3 & 4 : Gunung Tahan YSB ---

Hari 1 & 2   Hari 5 & 6   Hari 7 & 8   Hari 9 & 10

09 November 2007

Selamat pagi semua…..!!!

Bergotong-royong menyediakan sarapan pagi. Untung la pada orang yang dapat ration pagi ni. Huhuhuhuhu……..

Selesai sarapan, kami menunggu 4x4 yang akan membawa kami menuju ke pintu rimba, Kuala Juram. Di Kuala Juran, terdapatnya Santuari Ikan Kelah.

Apa itu Santuari Ikan Kelah ni? Haaaaaa….ia merupakan pusat penternakkan dan kajian bagi spesis ikan kelah. Ia dipelihara dan dibiakkan di dalam sungai secara semulajadi.

Boleh tak jika kita nak tangkap dan makan? Owh…! Haruslah tak boleh. Menjadi satu kesalahan maha besar pada mana-mana individu menangkap ikan kelah, mencabut tumbuhan dan membuang sampah di kawasan yang diwartakan sebagai Taman Negara ini.

Tapi jika orang-orang kenamaan atau VIP nak makan, BOLEH. Itu tidak menjadi kesalahan kerana mereka adalah dari kasta tinggi. SEKIAN, TERIMA KASIH.

Untuk kumpulan kami, pihak perhilitan telah menyediakan 2 orang guide atau pemandu arah. Maaf tak ingat nama. Adoooiiii……sorry, very poor memory.

DSC01757

DSC01759

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

IMG_1345

DSCN3101

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

DSCN3099

IMG_1348

IMG_1351

IMG_1353

DSC01769

IMG_1354

IMG_1356

DSC01776

IMG_1357

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

DSC01780

DSC01782

DSC01784

DSC01787

Trek mula-mula ni memang santai-santai jer. Belum pajak. Dia kasi layan dulu. Kami melintasi 3 anak sungai dan anak sungai yang keempat agak deras airnya, Sungai Luis. Di sini juga terdapat campsite yang dikenali sebagai Kuala Luis. Perjalanan tadi memakan masa kurang dari 2 jam. Kami berehat sebentar sebelum melintasi sungai tersebut sambil ambil mode dan semangat kekuatan untuk melintasinya. Aku kompom la nerbes.

Alhamdulillah……atas kerjasama semua pihak, kami semua selamat melintasi sungai tersebut. Selepas lintasan sungai tersebut, kami break dan isi perut.

Trek mula naik dan turun. Kami tiba di Lata Luis / Kem Luis / Campsite Luis.

Di lokasi ini ketika itu terdapat beberapa kumpulan penyelidik hutan sedang memasang khemah untuk bermalam. Kata guide, ini perkara biasa. Memang ada keluar masuk penyelidik. Tapi mereka tidak sampai ke puncak. Hanya sekitar ini sahaja.

Malam ini, kami akan campsite di Kem Kor. Pasang khemah dan buat pengurusan diri. Masak untuk makan malam dan sleep.

IMG_1360

IMG_1362

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

IMG_1367

DSC01817

DSC01820

DSC01827

DSC01843

 

10 November 2007

Bangun pagi, pengurusan diri dan sarapan. Fotogroup dan memulakan perjalanan.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

IMG_1369

IMG_1374

IMG_1377

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Dari Kem Kor, singgah sebentar ambil nafas sebelum pacak di situ, Kem Permatang. Masak maggi. Asyik berehat jer. Masa di Kem Permatang ni, hujan turun agak lebat. Kami pun cergas dan meneruskan perjalanan. Perjalanan hari ni agak jauh.

Hujan berterusan sehinggalah kami tiba di Kem Kubang. Kami tiba di Kem Kubang di kala hari hampir senja. Dalam kebasahan dan kesejukkan, kami bertungkus lumus mendirikan khemah. Hujan yang sangat lebat menyebabkan kawasan perkhemahan berair. Aktiviti membuat longkang dijalankan. Seriusly memang susah sebab tak tahan sejuk.

Aku tidur hemock dan ponco. So no hal sangat. Kesian tengok yang kat khemah sebab bawah ground ada air. Huhuhuhu……. ada yang tidur sambil duduk berbaju trekking lagi. Kental sungguh.

IMG_1380

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

DSC01868

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

bersambung…

Hari 1 & 2   Hari 5 & 6   Hari 7 & 8   Hari 9 & 10

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...