Tasik Raban? Mmmmm....xpernah dgr la plak kan. Tp xkisah la kat mana, janji leh join. Hehehe.... 23~25 Nov 2010, mmg kebetulan time tu xder apa2 plan pun. Jadual pun kosong jer. Program ni anjuran Kelab Sukan Air UTeM atau nama glamornya K L A S K A....
Jadual asal yg aku tahu akan gerak pada 23hb malam. Tapi tetiba last2 minit dpt tau akan bertolak pada 22hb mlm. Hmmm...compiussss.... Bila jd mcm tu, maka Bino xdpt la nak join sbb dia ader presentation. Maka demi tuk Bino, aku, Ery n Chaer plan tuk pergi asing. Kami plan pergi ngan kereta ajer. Kisahnyaaaa.....
Dah settle kojer2 Bino tu, makanya kami pun bergerak la sekitar jam 6.30 petang pada 23hb dari Melaka. Kul 7 kami tiba di Seremban. Dalam keta bincang punya la bincang tuk makan malam. Cadangan Chaer dipersetujui iaitu makan kat KeyL. Nama kedai tu ialah Wong Solo. Area2 Ampang. Jam 9 lebih kurang, kami pun bergegas meneruskan perjalanan menuju ke Perak....
Amboiiii...bukan men pjg mukadimmah teman ni. Ye lah...ye lah...teman paham. Teman pendekkan je lah ye.
Berbekalkan informasi dari Zul dan panduan dari GPS Ery, maka kami pun sampai la di Tasik Raban, Lenggong. Masa kami sampai tu hujan mencurah2 dari langit. Yang lain pun dah tidur time tu. Mana taknya, kul 1 pagi dah.
24 Nov 2010
Semlm Aiman dah briefing kat kami tentang perjalanan program hari ni. Maka xder la terkial2 kami di buatnya. Pagi itu kami membuat acara memanaskan body terlebih dahulu. Acara tersebut diketuai oleh saudara Faisal aka Pejal.
Body dah paneh ke belum? Kalu dah paneh, moh le kite membuat xtvt yg diplan smlm. Sebelum tu ape kate kita semua dengar dulu taklimat keselamatan dan beberapa nasihat daripada empunya tempat ini iaitu Tuan Haji Johar ye.
Zul dah start panggil. Kome jgn le buat Zul marah wei. Moh le kite ngangkat kayak masing dan turun k. Memandangkan kayak tidak mencukupi, yg xder kayak tu naik bot dulu. Pastu nnti akan tukar kalu penat. Nak kayak sampai habis pun xkisah. Dialu-alukan.
Melihat dari jauh dgn sombongnya
Maka berkayuh la kami semua. Tuk permulaan, aku naik bot. Cam best plak nek bot. Xpenat. Hehehehe.....
Seronok jer tgk diorg berkayak. Suasana tasik pun damai jer. Langit cerah. Kami melintasi Jambatan Raja Muda Perak. Destinasi pertama kami ialah Kg Cherakoh. Di kampung ini terdapatnya perusahaan membuat ikan pekasam yang terkenal di Perak.
Sementara nak sampai tu, kami sempat mendgr cerita asal usul tasik ni dari kapitan kita. Kapitan adalah nama panggilan bg botman kami ye. Bot2man yg lain xtahu la teman.
Tasik Raban yang luas ini asalnya merupakan sebuah perkampungan. Rumah2 dibina pada dasar tasik ini suatu ketika dulu. Berikutan kawasannya yang strategik demi masa depan negara untuk sektor tenaga elektrik dan sumber air, kerajaan telah merancang untuk menjadikannya kawasan ini sebagai tasik. Penduduk2 kawasan tersebut telah dipindahkan ke kawasan2 yang ader sekarang.
Selesai pemindahan, empangan dibina dan maka wujudlah Tasik Raban ini seperti yang kita lihat sekarang hasil takungan air hujan dari tahu ke tahun. Pulau2 yang wujud ini merupakan puncak2 bukit. Kedalaman tasik ini menjangkau 20meter lebih. Ye ker? Mmmm....kalu salah bagitau ye.
Tasik Banding, Grik juga merupakan kawasan penduduk suatu ketika dahulu sama seperti Tasik Raban ini.
Di kesempatan singgah di kampung tersebut, tidak kami persiakan. Kami sempat bertanyakan tentang proses2 membuat ikan pekasam. Keramahan dan kemesraan makcik tersebut amat2 disenangi. Sebelum berpisah, kami sempat meng order ikan pekasam tersebut. Ikan2 tersebut akan di hantar pada keesokkannya di sana nnt.
Menemuramah
30 minit kemudian, kami pun menyambung kembali xpdc. Di kala ini terik matahari begitu terasa. Padahal jam belum pukul 12. Ini disbbkan pantulan air yg menjadikan suasana terasa terik. Bahang air naik dan mmbakar kulit.
Peta xpdc
Aku rasa peta kat atas ni mengelirukan la. Nama2 kampung tu. Xlalu pun. Ini amat2 menyukarkan aku tuk membuat log ni. Aduhaiiii...... Kg Beno? Kg Batu Beno?
Destinasi berikutnya ialah Pulau Pak Ngah di mana di sana nnt kami akan berhenti untuk solat Zuhur dan makan tengah hari. Dalam perjalanan tersebut kami melintasi Kg. Sadang, Kg. Beng dan Kg. Batu Ring.
Kampung Sadang
Di Kg. Sadang ini kami berhenti seketika dan membuat penukaran pertama. Kampung ini merupakan satu2nya kampung yang mempunyai sekolah dan masjid.
Kampung Beng
Bertentangan dengan kampung itu ialah Kg. Beng di mana ia pernah menjadi lokasi penggambaran iklan Petronas sempenan Hari Raya Aidilfitri. Tahun bila entah la. Alah yang iklan kerbau tu. Pastu ader budak Sign. Bla...bla...bla.... Kalu nak tahu iklan tu, klik di sini. Payah sgt nak xplain kan.
Time ni yg xtukar ialah aku, Chaer n Chepul. Lain semua tukar dan diganti dengan ahli2 baru seperti Ayen, Ismi aka 'Ngap' dan 3 org lagi budak lelaki. Nama lupa. Sorry. W E L C O M E to the C L U B.
Dari tasik kelihatan tersergam indah Banjaran Bintang Hijau. Banjaran ini adalah pecahan kecil dari Banjaran Bintang yang utama.
Banjaran Bintang Hijau
'Ngap' adalah nickname untuk Ismi Atiq. Mcm mana dpt nick yg cute tu? Itu story by Chepul. Tapi aku berbesar hati gak la tuk story kat sini. Izin kan saya ye Chepul.
Al kisahnya begini, masa dia naik bot kitaorg, on the river to Kg Batu Ring, dia dok masukkan tangan atau jari dalam air. Chepul ni kan krestif orgnya. Chepul pun nyayi sambil sebut 'ngap' konon2 tangan Ismi Atiq kena gigit dek ikan. Masa dgr 'ngap' tu Ismi ni mcm terkejut la. Pastu dia ulang lagi dan Chepul pun 'ngap' lagi. Aku n Chaer dok gelak2 melihatkan gelagat Ismi. Ceritanyaaaaaa....... 'ngap'.
Bot yg aku naiki bersama2 Chaer, Chepul dll sempat singgah di Jeti Kg. Batu Ring. Menurut lagenda yg di ceritakan oleh kapitan, asal nama Batu Ring ini ialah sempena berlakunya gegaran sebuah gunung/bukit di kawasan negeri Kelantan. Batu tersebut terpelanting sampai ke sini. Lebih kurang la. Maka dinamakan Batu Ring. Bukan kerna Lord Of The Ring k. Kalu salah tolong betulkan ye....
Menuju ke Jeti Kampung Batu Ring
Tekun mendengar cerita
Bukan itu sahaja, di kampung ini juga terdapatnya homestay tercantek di Perak. Berikutan itu, ia sering dikunjungi oleh pelancong2 mat salleh dan tak mat salleh. Ikut musim gak la. Drama2 tempatan juga kerap dtg ke sini tuk membuat penggambaran.
Sedang kami bersantai2, tetiba kelihatan sebuah bot yang di pandu oleh seorang wanita. Di depannya terdapat seseorang sambil memegang sekaki payung. Chepul kata macam Harry Potter. Scene dia masa diaorg ramai2 nak ke Hogwart. Hehehehe....
Harry Potter n Prisoner of Azkaban
Bila dah semakin dekat, rupa2nya seorang makcik dengan anaknya. Bukanlah Harry Potter yang dikatakan oleh Chepul. Kami sempat beramah mesra dan menolong makcik tersebut mengangkat barangannya. Makcik tu kata dia dari kampung seberang (Kg Ban) membeli barangan keperluan harian. Alahai, ayat mcm cerita dulu2, "dari kg seberang....". Makcik tu mempelawa aku n Ismi buah mangga. Aku ambil sebiji dan Ismi ambil sebiji. Hehehe....
Sebelum berpisah, kami nak bergambar dgn Makcik tu tp makcik tu malu. Atas pujukan Ismi, Makcik tu ok kan ajer. Aterrr.....
Jam dah menunjukkan pukul 12.30 tengah hari. Bila la nak sampai Pulau Pak Ngah ni...??? Pak Ngah ni pun dok jauh2 buat per la kan. Hahaha.... Jom kayuh lagi. Segala belukar kami redahi. Semak samun kami tebas. Arus tasik kami harungi dan akhirnya kami pun sampai ke destinasi. Sejam gak la dari Kg. Batu Ring ke Pulau Pak Ngah. Aduhaiiii.....
Ucapan syukur tidak terhingga kerna dapat berhenti berehat. Makan2 dan sebagainya. Siap ader yang tertidur lagi lepas makan.
Jam 2.30 petang, kami meneruskan lagi xpdc. Kali ni yg dok santai2 atas bot tadi, kena berkayak plak. Termasuk la aku. Alahai, lemahnya...hahaha.... tp semangat2. Aku naik single kayak. Siap bawa camera lagi. Chaer n Bino pun tidak terkecuali. Kayak single yg aku naik tu punya la susah habaq mai. Asyik2 nak terpesong jer. Jadah punya kayak kan. Tapi kena semangat ma.
Ery kata, kayak tu memang mcm tu. Itu kayak tuk kecemasan. So tuk handle kayak mcm tu depend pada lower body dan pinggang. Mmmm...setakat teori memang la kan. Apa2 pun aku berusaha jugak la. First tu aku ketinggalan belakang. Ye la sementara nak serasi.
Panas jgn cerita la. Perghhh..... Sambil kayak tu sempat la berselisih dgn beberapa bot org kg. Diaorg dok p memukat kot.
Xplorasi di teruskan lagi dgn arah tujuannya ialah Empangan Chenderoh. 45minit berkayuhan dan akhirnya sampai. Dari jauh dah nampak pedal di naikkan tanda isyarat berkumpul atau dlm bahasa Sanskrit nya 'rafting'. Lebih yakin lagi kelihatan tanda SJ CHENDEROH aka STESEN JANAKUASA CHENDERUH. Horeyyyy......
Time ni la diaorg ni nak buat mcm2 aksi. Berdiri la. Berjalan la. Kuak lentang dan sebagainya. Aku snap jer. Tp ketidakseimbangan kayak aku ni mmbuatkan aku susah tu snap. Cuba yang termampu je lah ye.
Ketua xpdc dah beri arahan tuk bergerak ke destinasi pelancongan berikutnya. Wahhh...!!! Trip pelancongan ke ni? Mmmm.... Seterusnya ialah Pulau SukaSuka. Sebuah pulau yg small jer. Nice n cute. Macam cerita dogeng gi tu. Tapi sayang sekali tuan rumah xder masa kami pergi tu. So kami singgah sekejap jer.
Pulau Suka Suka
So apa lagi. Dah tuan rumah xder, xreti2 nak blah la kan. Sendiri mo ingat. Maka kami pun berkayuh la lagi. Guider kata dari situ ader 30 minit jer lagi tuk sampai ke basecamp. Aku mcm xpercaya jer. Mesti tipu ni kan. Mmm...layan kan ajer la. Jom2....
Langit dah mula menunjukkan tanda2 akan hujan. Memang xsalah tekaan ku. 30 minit kemudian hujan turun dgn lebatnya. Best gak berkayak dalam hujan2 ni kan. 1 jam 30 minit masa di ambil oleh aku tuk sampai ke base. Huhuhu...alahmdulillah. Hujan makin lebat mencurah bila dah dekat nak sampai.
Si Bino n Cik Sara nak pergi mana tah. Macam2 gelagat aku tgk diaorg berkayuh dan akhirnya aku berjaya potong mereka. Seb bek xjd org paling last. Yes2..... Ader gak siap masuk semak pun ader. Nak pergi mana tah. Aduhaiiii.....
Tamat xpdc berkayak hari ni...........
Sebelah mlmnya, kami bersolat Maghrib n Isyak secara berjemaah. Kemudian makan malam. Xtvt seterusnya ialah berkongsi pengalaman berkayak siang td. Mmmm..ala2 kem motivasi la plak rasanya. Layan kan ajer. Tuan Haji minta 3 org tuk tampil ke depan. Masing2 diam. Besa la kan. Dari zaman sekolah lagi tabiat ni.
Aku rileks je. Pegang camera n snap2. Mesti xkena suruh punya. Hehehe..... Dok suruh org itu, orang ini, alih2 hero kita si Chaer yg kena. Hahaha..... Memang lawak la dia ni.
Antara intipati pengalaman dia ialah dia cerita mak dia xkasi datang xpdc. Berkayak ni merupakan pengalaman pertama dan sebagainya lah. Macam2 lagi lah. Nnt tanya dia sendirilah. Hehehe....
Cerita pengalaman
Selesai story2 pengalaman, masuk plak bab xtvt keesokkannya pula. Esok akan ader satu xpdc trekking. Destinasinya ialah sekitar Banjaran Bintang Hijau. Nama bukit tu aku xhinggat. Tujuan ke sinun adalah untuk menyaksikan serpihan bangkai kapal terbang British yang meletup di bedil oleh puak2 komunis pada masa Tanah Melayu di era peperangan. Tuan Haji ader tunjukkan slideshow sikit2.
Bersuraiiii..... Zzzz...Zzzz...
25 Nov 2010
Solat Subuh berjemaah seperti biasa. Panaskan body dan bersarapan. Acara panaskan body diketuai pengarah program kita sendiri iaitu saudara Zul. Menu sarapan pagi plak ialah mee goreng.
Mengejek Zul ek...
Jam 8.30 pagi bas pun bergerak ke persimpangan masuk ke hutan. Bas xleh masuk, maka kena la jalan. Kebetulan ader 2 buah 4x4 masuk situ gak. Student2 UTeM ni kan ramah dan ringan mulut. "Bang, tumpang bang..." Apa lagi, dpt la tumpang. Tapi xsemua la. Separuh lagi jale kaki deh. Jauh gak la berjalan sbb naik 4x4 pun dah rasa mcm jauh maaaaa....
15-20 minit kami pun sampai ke penghujung jalan. 4x4 menurunkan kami di situ. 10 minit kemudian, Zul pun sampai. Dia berlari rupanya. Pantas giler. Dah mcm 4x4 dah. Perghhhh....!!! Mu meme power.
Setengah jam kemudian, yang lain pun sampai. Kemudian mendgr taklimat dari kapten aka guider.
Jom masuk huteeee.......
Trek pendakian yg biasa pada tafsiran aku. Kategori U la. Mean semua org leh daki. Hehehe.... Awal2 trek dah nampak pacat. Eeee..... Dalam pendakian, kami melintasi beberapa anak sungai kecil dan sederhana besar. Best2.
Dah berpeluh ni. Si Chaer dok psiko seorg peserta perempuan kat depan. Bukan men psiko lagi. Seb bek budak tu xpatah semangat. Hehehe....
40 minit kemudian kami sampai di lokasi di mana ia pernah menjadi salah satu campsite askar2 komunis suatu ketika dulu. Di lokasi itu jugalah komunis membedil pesawat perang milik British sehingga terhempas. Sebelum meletup di udara dan terhempas, kapal terbang perang tersebut sempat melepaskan sebutir bom ke lokasi komunis tersebut dan kesannya masih kelihatan. Rujuk pada gambarajah di bawah. Si Ery dah macam ala2 majalah MASTIKA gi tu. Siap tunjuk lagi. Hehehehe....
Kesan letupan bom
5 minit berjalan ke depan, kami menjumpai serpihan pertama bangkai kapal terbang perang tersebut.
Sambil menunggu tu sempat lagi posing ala2 artis di tepi air terjun kan.
Pendakian di teruskan. Next penemuan ialah roda dan tayar pesawat.
Diikuti dengan enjin pesawat.
10.21 pagi kami berhenti berehat sebentar bersama kit kat di sebuah air terjun. Sambil2 menunggu yg belakang nun.
Sambil menunggu tu sempat lagi posing ala2 artis di tepi air terjun kan.
Pendakian di teruskan. Next penemuan ialah roda dan tayar pesawat.
Roda dan tayar pesawat
Diikuti dengan enjin pesawat.
Hati semakin berkobar2 tuk next penemuan. Teruja nya. Mendaki lagi kami jumpa kipas pesawat. Menurut guider, dari situ pendaki boleh meneruskan pendakian untuk sampai ke puncak bukit tersebut.
Sebenaranya terdapat banyak lagi serpihan2 pesawat ini dalam radius atau lingkungan 15km sekitar kawasan ini. So kalu u all rajin sgt gi la cari. Terdapat sebuah lagi bangkai pesawat dan helikopter yg terhempas dalam banjaran ini. Pesawat yg satu lagi tergantung atas pokok manakala heli tu plak, kipasnya dah tercabut. Kalu nak terokainya kena ambil masa 2hari 1 malam perjalanan. Nextime kita buat k.
Menurut sumber maklumat, British menghantar 4 buah pesawat penggempur dan satu heli, namun yang berjaya pulang hanya 2 buah sahaja. Lagi 3 buah tewas di medan perang. Ceritanyaaaaaa.....
Hasil pencarian aku, gambar di bawah adalah gambar penuh pesawat yang terhempas tu. So korg boleh agak part2 yg ditemui tu bahagian mana. Hehehehe..... Kalu korg xpercaya, cari la lagi. Huhuhu.....
Ok masa is time. Pendakian dan maklamat telah tercapai kata guider. Dah naik, kena la turun kan. Masa ni meme parah la. Trek plak lembab sbb hujan. Licin la jawabnya. Macam2 style yg turun. Gelungsur meme dah. Chaer plak Wanie suruh 'mu mapuh keras' kat atas. Hehehe.... Kalu ingat2 balik masa perjalanan turun tu mmg kelakar habis. Jalan yg rata pun boleh tergelincir. Terbaring pun ada. Hahaha....
Kami berhenti makan lunch di air terjun yg kami rehat tadi.
12.30 tgh hari, guider kata leh start turun. Group depan siap berlari lagi turun. Iskh3x.... power la u olang. Kurang sejam group depan sampai starting point. Kami sempat mandi2 di sungai berhampiran sementara menunggu ketibaan yang lain.
Chepul punya tapak kasut siap dah tertanggal. Nampak tapak kaki jer. Dasyat la Chepul punya trekking. Hehehe...
Alhamdulillah, jungle trekking hari ni berjalan lancar. Selamat sampai di basecamp sekitar jam 2 petang. Terus buat pengurusan diri. Pengarah mengagihkan t-shirt program. Kemas tempat tidur dan yang sepatutnya. Masuk sesi penutup majlis.
Bermula dari kata2 penutup dari pengerusi majlis. Diikiuti dengan sepatah dua kata dari Pegawai Pengiring UTeM, Cik Sara merangkap Pegawai Unit Sukan UTeM seterusnya kata2 nasihat dari Pengerusi Kem Top Advanture. Beliau berterima kasih dan mengalu-alukan kedatangan kita untuk next program. Antara kata2 nasihat yg patut di tanam dalam sanubari ialah, jgn lupa solat. Jgn kasi masyarakat luar beranggapan bahwa org2 rekreasi tidak solat ye. Gi tuuuu.....
Sebelum berpisah, sesi group photo kat tepi tasik. Biasa la kan.
Kami bersalam2 dan mengucap jutaan terima kasih pada semua fasilitator yg menyediakan perkhidmatan terbaik sepjg program ini berjalan.
Akhir kata, program ini sangat mmberi manfaat dan pengalaman. Apa yang lebih penting ialah kita mendapat sesuatu dari program ini. Bukan penat lelah tetapi ilmu. Tanamkan ilmu tersebut dalam hati dan aplikasikanlah ilmu tersebut. Ilmu lah yg mengangkat darjat manusia di muka bumi dan di sisi Allah.
~~~end~~~
No comments:
Post a Comment