2.1.11

--- Layankan Si Umi d' Chamah Ulu Sepat ---

Mmmm.....CUS a.k.a Chamah-Ulu Sepat. Satu nama / akronim yang pada penulis boleh disifatkan SERIK, MALAS, dan MENYUSAHKAN. Perghhh.....

Penulis pernah bertekad untuk tidak lagi mengulanginya ke sana. Namun, baru-baru ini penulis terdetik untuk pergi lagi. Adoiiiii...... Masa mula-mula dapat tahu bahwa KeReX akan membuat xpdc ke CUS, memang penulis tidak mahu ikut. Tapi melihatkan line-up yg best2, penulis cuba mempertimbangkan untuk menyertainya. Mmmm.....

Dari tarikh 24hb Dec, Wan as Leader, telah mengubah ke tarikh baru yang membolehkan penulis join iaitu 26hb Dec. Ini kerna 25hb tu penulis ada wedding photoshoot @Kota Tinggi. Ahakzzz....


Mengenangkan detik2 masa penulis ke CUS dua tahun lepas, memang begitu menguji mental. Hanya Allah saja yang tahu. Tapikan , naik gunung mana yang senang? Nak senang dok umah la woi. Hahahaha......

Takper-takper kita lupa citer lama, kita mulakan dengan new story. Harap2 kali ni lebih baik dari yang dulu. Insya-Allah.


25.12.2010
Penulis bergegas pulang ke Melaka dari Kota Tinggi. Dari sana jam 6.30 dan tiba di Ayer Keroh jam 8.30 malam. Seb bek dah packing2 aritu. Cuma balik masukkan ration jer. Tu pun nerbes dan kelam kabut gak.


Kat umah masa tu dah ramai peserta. Ada yang baru packing dan ader yang dah bersenang2 kerna dah siap semuanya. Happy la tu.

Jam 11 malam, penulis bersama rakan2 berjalan menuju ke Fasa B, kerna bas akan mengambil kami di situ. Sebelum terlupa, berikut adalah line-up yang join this trip; Wan, Chaer, Hakim, ........ ala, malas la nak taip. Line up sama jer dengan yang Pine Tree Hill. Tambah Umi, Mamu dan En Zulkifli. Pastu tolak Aizat dan Wani. So total ____ orang. Kira sendiri. Kahkahkah.....


26.12.2010
Bas yang kami naiki tiba di Masjid Kg Lalat sekitar jam 5 pagi. Dah nak Subuh pun. Kami membuat pengurusan diri di situ sambil menunggu matahari terbit. Hahaha..... tunggu 4x4 maaa.....



Jam 8.30 gitu-gitu, 4x4 pun tiba. Kami bersiap2 untuk naik 4x4 tersebut. Terdapat 2 buah 4x4 dan kami bahaginya kepada dua kumpulan.


Angin pagi begitu menggigit kulit dan kesejukkannya terasa hingga ke tulang. Perjalanan kami melalui beberapa post pekerja pembalakan yang aktif. Jalan balaknya agak berdebu dan menggangu penglihatan kami untuk melihat pemandangan nan indah.



Istimewanya CUS ialah ia menyajikan pemandangan gunung ganang tahap superb dari trek balak. Sambil terhuyung hayang dlm 4x4, kami menyaksikan keindahan tiada taranya. Tak bestnya ialah kurang view di ke dua-dua puncak.
Pada permulaan trek kami melihat beberapa kawasan hutan yang sudah di cerobohi. Nampak tompok-tompok sana dan sini. Hmmm..... Beberapa kali kami berselisih dengan lori2 balak yang mengangkut balak keluar. Entah halal atau haram pembalakan di sini.


Menaiki 4x4 selama 3 jam lebih agak memenatkan. Sakit bontot, lenguh kaki dan sebagainya. Hmmm.... Akhirnya kami sampai di persimpangan Post Simpon sekitar jam 12 tengah hari lebih. Kami di turunkan di situ. Kira lebih baik la dari masa aku dulu menapak dari jambatan sg nun sampailah ke sini.


Dari situ kami mula trekking untuk menuju ke Kg. Rekom. Waahhhh....!!! Jauuuuuhhhhhhh....!!! Layan kan ajer. Panas terik suria begitu menyengat. Tak tahan rasanya. Mental? Jangan cakap ar. Mental giler. Nasihat Ponco time tu ialah dengar lagu. Kalu suara sedap, nyanyi. Kalau tak sedap pun nyanyi gak.

Mulanya aku mcm tak caya. Last sekali aku cuba juga. Memang berkesan. Aku ambil MP3 dan nyanyi kuat2. Lantak la kan suara sedap atau tak. Hahaha.... Maka berjalanlah kami menyusuri trek balak. Ponco time ni dah kena bawa dua beg. Beg Ummi sapa lagi. Adoiiii...... nak kata injured, tak. Tengok boleh ja dok senyum2...... Hmmm......

Alhamdulillah kami sampai di Kg Rekom sekitar jam 4 petang. Yes...yes...yes... Berehat sebentar, kemudian sambung lagi menuju ke Kem Tengah. Plan asal nak campsite kat Tongkat Ali. Tapi tengok keadaan dulu kot. Dulu ader sebuah rumah panjang kat Kg Rekom ni. Tapi sekarang dah tak ada. Tinggal tapak jer. Mmmm....

Rumah tersebut dibina oleh pembalak-pembalak masa melakukan kerja2 pembalakan suatu masa dulu. Mungkin sekarang dah takder, maka ianya dirobohkan. Di kampung ini terdapat rumah lebih kurang 3-5 rumah orang asli.

Jam 5 lebih sampai di Kem Palma. Solat Asar dan meneruskan pendakian dan akhir tiba di Kem Tengah sekitar jam 6 petang lebih. Keadaan trail ok2 jer. Takder la mencanak sgt. Sikit2 jer.

Kami mendirikan khemah dan membuat pengurusan diri. Malamnya seperti biasa selepas makan kami pun Zzzzz...zzzz......



27.12.2010
Siap-siap untuk menuju ke puncak Chamah. Daypack jer tuk ke puncak. Kami bawa barang2 keperluan jer. Lain2 barang kami tinggal di
campsite. Jam 8 pagi lebih kami memulakan pendakian. Untuk sampai ke Kem Tongkat Ali masa yang di ambil adalah sekitar 1 jam.




Dari Kem Tengah tuk ke Tongkat Ali, tidak la semudah yang dijangka kerna terdapat sebuah bukit yang diberi nama Bukit Ampangan. Mmmm...dulu takder pun. Tetiba jer. Tidaklah tinggi sgt tp penat gak la nak lepasinya. Nama asal bukit ini ialah 'Gampang'. Ini kerna pendaki-pendaki menyumpah sebab penat masa daki bukit tu. Di sebabkan agak kurang sopan 'gampang' tu, maka terhasillah Bukit Ampang. Betul atau tidak, wallahualam....




Untuk rekod, ketiga-tiga campsite yang di lalui tadi mempunyai punca air. Dekat jer. So jgn risau ok.


Di Tongkat Ali kami berehat sekejap bagi menghilangkan letih dan penat. Sambil2 tu aku keluarkan kurma. Makan ramai2 gi tu.


Kul 10 kami menyambung kembali pendakian. Kem Tongkat Ali boleh dikatakan last waterpoint terbesar. Tapi menurut Ponco, terdapat waterpoint di atas sana. Itu pun kalau kecemasan jer. Kalau sebut mcm tu sendiri mau hingat la kan, KECEMASAN.


Dari kem ni, trek akan pacak sampailah ke puncak tipu yang pertama. Walaupun freebody, penat tetap terasa. Bayangkan kalau bawa beg. Perghhh......

Alhamdulillah, cuaca hari ni baik sahaja. Tiada tanda-tanda hujan akan turun. Maka mendakilah kami dan terus mendaki. Penat berhenti kemudian sambung lagi dan sampailah kami di puncak tipu pertama. Sekitar jam 12 kot. Tak sure plak aku sbb aku tiada rekod dalam kamera. Berehat sebentar. Masa tu yang sampai dulu adalah Ponco, Mamu, Hakim, Shahrul. Diikuti penulis, Chaer, Aiman dan Bino. Selang 10-15 yang lain2 pun sampai. Wan ngan Ummi jer belum nampak.

Trail seterusnya adalah turun. Kemudian naik balik untuk beberapa kali. Menurut Ponco, terdapat enam puncak tipu. Pendapat penulis plak, enam puncak itu yang utama kot. Dalam perkiraan penulis, terdapat lebih termasuk yang kecil-kecil. Kecil2 pun dah menipu. Hahaha.....

Sepanjang perjalanan menuju ke puncak ada la beberapa adegan yang lucu bila dipikirkan ketika penulis menulis blog ini. Antaranya :-Adegan 1.
Masa tu penulis, Chaer dan Zafran di satu trail ketika mendaki.

Zaf : Korang ader makanan tak? Lapar dow.....

Penulis : (Tersenyum sahaja)

Chaer : Ada tu mmg ade. Nasi goreng aka lunch pack la. Kalau ko lapar makan la. Tapi nnt masa kat atas, kami makan, ko jgn minta.

Hahaha
Kami gelak ramai2.

Kami meneruskan pendakian. Chaer depan, Zaf tengah dan penulis belakang. Penulis nampak Zaf mengeluarkan sesuatu dari beg nya. Yang pasti bukan lunch pack. Penulis dpt hidu bau kacang. So penulis cuma senyum jer. Malas nak minta sebab nak perhatikan saja gelagat dia. Bunyi plastik begitu ketara. Akhirnya Chaer pun pandang belakang. Chaer terus memandang Zaf. "Aku ada ini jerrr....." itulah yang terkeluar dari mulut Zaf. Memang kelakar.


Dalam perjalanan menuju ke puncak, penulis menjumpai tanda waterpoint menggunakan botol. Tanda tu ada pada kawasan yang turun tu agak jauh ke bawah. Pastu naik balik. Kalau tidak salah penulis, ianya selepas puncak tipu ke dua. Kalau xsalah la. Kalu nak kan kepastian, korang gi la check sendiri. Hahahaha......

Adegan 2.
Masa tu penulis ngan Chaer jer. Zaf dah tertinggal sama Fifi kat belakang.
Chaer : Ko tahu tak apa yang sedang bermain di fikiran aku?

Penulis : Hmmm.....pasal nasi? Betul?

Chaer : Memang pandai. Aku tgh pikir nasi goreng pagi td sikit ar. Tak cukup plak aku rasa masa ambil pagi tadi. Semalam ko masak berapa pack?

Penulis : 1pack setengah.


Terhenti sekejap dan meneruskan pendakian. Di satu trail pendakian yang lain,

Chaer : Ko tahu tak apa yang akan aku buat bila sampai puncak nanti?
Penulis : Hmmm...entah la

Chaer : Aku bila sampai atas nanti, aku nak makan nasi goreng. Lapo giler dah ni.

Penulis : Hmmmm......
Senyap dan meneruskan pendakian.

Di satu trail di mana dah nak sampai puncak,


Chaer : Cuba ko teka apa yg tgh aku fikirkan sekarang.

Penulis : Nak makan nasi goreng?
Chaer : Aku dah tukar. Aku bila sampai puncak nak tidur. Ngantuk plak aku rasa.
Penulis : ~!@#$%^&*


Turun naik, turun naik, akhirnya group penulis pun sampai. Jam 1.33 petang, lewat 15 minit dari group depan. Tanda nak sampai adalah, anda akan nampak 2 puncak lagi di hadapan dari salah satu puncak tipu. Haaaaa.....tip tu k. Ye...ye...ye.....bertenang2...sabar2.....

Sambil tunggu yang lain sampai, kami makan makanan personal dan luch pack. Tp di sebabkan lama sangat menunggu, diaorg masak koktail dulu. Bahagi kepada tiga. Mean yang mana ada makan dulu dan simpan tuk yg lewat sampai gi tu.




Lama gak la tunggu. Jadi ada baiknya kami tidur dulu. Hahaha.....cuaca yang sejuk menyebabkan tidur kami tidak berapa selesa. Sejuk dowww.......


2 jam berikutnya, Wan dan Ummi pun sampai di puncak. Time tu penulis tengah tidur. Cuma dengar samar-samar segala perbualan mereka. Mmmmm...... malas nak story lebih2. Selesai Wan n Ummi makan koktail, penulis dan beberapa teman bergambar kenangan di kawasan view dalam sana yg tidak jauh dari puncak tersebut. Tiada pemandangan gunung ganang kecuali awan2/kabus2 yang memutih.




Jam 4, kami kumpulan paling belakang bergerak turun dari puncak Chamah. Sampai semula di Kem Tongkat Ali pada jam 6.30 petang. Penulis dan rakan2 sempat solat Asar dulu sebelum meneruskan perjalanan ke Kem Tengah.


Waktu Maghrib masuk ketika kami sampai di puncak Ampangan. Kami berhenti seketika. Sambil2 tu makan kurma gi tuuu.... Alhamdulillah, kami selamat sampai di Kem Tengah dengan selamat sekitar jam 8 lebih.

Masak tuk makan malam. Kemudian packing untuk bergerak turun. Titisan air hujan mula di rasai. Renyai-renyai. Sampai di Kampung Rekom sekitar jam 12.00 tgh malam lebih. Sayang sekali rumah panjang tu dah takder. Kalau tak senang je mlm tu. Kami berusaha mendirikan khemah di kawasan lapang tersebut. Kena la cari kayu untuk dijadikan pancang.


Ketika kami sampai tu dah ader khemah kumpulan lain. Mmmm.....kumpulan mana tak tahu tapi guider nya ialah Sham. Zzzz...zzzz....


28.12.2010
Pagi itu kami makan nasi lemak. Harum baunya dari jauh. Siapa yang masak? Mmmm.....tentu la ketua chef kita iaitu Chaer dan konco2nya. Katanya dia bangun jam 4 pagi tuk masak berikutan dia tidak boleh lelapkan mata sbb teringatkan family kat rumah. Alo...alo...alo....


Kami memulakan trekking arini lewat jam 10 pagi. Group yang satu lagi dah lama bergerak. Berdasarkan taklimat, kami akan cuba try test untuk sampai ke Kem Sg. Retak menanti belah. Kami melintasi Sg Rekom dengan selamat.





Pada awal trail, kami melalui satu trek balak baru. Berbeza masa penulis datang dulu di mana belum ada trek ini. Menurut Ponco, laluan ini memudahkan perjalanan dan memendekkan masa perjalanan. Laluan balak ini mengambil masa hampir 1 jam untuk dihabiskan. Mental2..... Bateri MP3 habis la plak. Eeeee......

Melepasi dari trek balak tersebut, kami melalui pula denai yang penuh dengan resam kiri dan kanan. Gatal-gatal kalu terkena. Lama trekking dan busan, Chaer bertanya soalan pada Wan. Ikuti perbualan mereka?

Chaer : Wan, kalu pendapat ko, cara mana lebih baik, samada yang injured tu di depan atau belakang? Kalau macam skrg ni yg injurd kat depan. Dia akan melambatkan perjalanan. So yang lain-lain ni akan mental. Mana lebih baik? Sorang jer mental atau 13 orang yang lain? bla...bla...bla...
Wan : Aku rasa macam ni pun ok.
Chaer : Oooo...ko sanggup la kami-kami ni mental?
Wan : Aku rasa yang 13 tu tak mental. Diaorg kuat.
Chaer : Mana ko tau?
Wan : Mmmmm..... ~!@#$%^&*

Chaer xpuas hati maka di tanya pula penulis.

Chaer : Ko macam plak Ben?
Penulis : Sependapat dengan Wan. Sebenar-benarnya, mana-mana pun boleh yooo...
Chaer : Ko pasti ker? Tu ko tak dgr depan2 tu dok mengeluh. Kang nnt ko pun akan masuk dalam 13 org yang mental tu.
Penulis : ~!@#$%^&*

Chaer meneruskan lagi kajiannya kepada En Bino pula.

Chaer : Ko Bino mcm mana?
Bino : Mmmm.... aku ok jer. Tapi bila ko tanya jer terus aku mental. Baik ko jangan tanya.
Chaer : Alaaaaa..... Aiman tanya boleh. Nape aku tanya xboleh? Apa bezanya Aiman dengan aku.
Bino, Penulis, Wan : .........................

Pendakian diteruskan jua walau apa cara sekali pun. 6 jam trekking, kami pun sampai di Kem Maggi. Trail yang tidak sukar dan tidak mencanak. Cuma masa yang terlalu panjang, cukup untuk memenatkan sesiapa sahaja.


Kami berhenti berehat sekejap di Kem Maggi sambil mengubati kaki Aiman yang melecek. Sambil tu kami tertanya-tanya mana team yang depan td? Katanya mahu campsite di Kem Maggi. Hmmm.....mungkin nak terus ke puncak kot. Selesai kes Aiman, kami meneruskan pendakian. Hujan mulai renyai2 dan sekali sekala lebat sikit.





Dalam perjalanan, kami melintasi beberapa ahli group Sham yang berhenti berehat. Jam 6 petang lebih, kami pun tiba di Kem Sg. Retak. Kelihatan khemah-khemah group Sham memenuhi ruangan tapak perkhemahan. Tidak ada ruang untuk kami nampaknya.

Frust gak la. Guider kami yang kental, Ponco tidak berputus asa. Dia dan beberapa perserta lain berusaha membuka campsite baru di tepi-tepi sinun. Menurut sumber yang sahih, kesekapatan telah dibuat dan dipersetujui bahwa mereka akan berkhemah di Kem Maggi, manakala kami di Kem Sg Retak. So naper tetiba jd mcm ni? Adoiiiii..... apa la....... Tersentap perasaan mak tau. Tujuan persetujuan tu adalah untuk elakkan pertembungan macam ni la. Now apa dah jadi.....

Siap memasang khemah, kami membuat pengurusan diri dan acara memasak. AJK dapur begitu pantas memainkan peranan. Tq pada mereka.

Paling best di Kem Sg Retak ini ialah agas. Perghhhhhh.............memang betul-betul perkampungan agas. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa banyaknya agas kat sini.


29.12.2010




Selamat pagi semua. Packing-packing weiiiii....... Hari ni matlamat kami ialah puncak Gunung Ulu Sepat. So........ semangat2.....


Selesai sarapan, kami sempat bergambar-gambar. Sedikit info, kem ini mencatatkan sejarah apabila seorang pendaki telah meninggal dunia di sini dalam program menawan G7 secara serentak, MALAYSIAN BOOK of RECORD. Penulis tidak dpt info yang sahih mengenai punca kematian. Ada berbagai2 citer. So malas nak tulis kat sini. Kalu ader sapa2 yang tahu secara sahih boleh la berkongsi2 agar menjadi ikhtibar pada pendaki2 yang lain. Di sini juga terdapat plat memperingati arwah. Plat tu terdapat pada sebuah pokok betul2 di tengah campsite.


Jarum jam dah menunjukkan jam 11 pagi lebih. Ponco dah bagi arahan supaya kena gerak sekarang. Maka berjalanlah kami meneruskan pendakian. 30 minit mendaki, penulis dan teman2 yang lain sampai di Kem Sempadan. Sesuai dgn nama kem tersebut, kerna di situ terdapat batu sempadan antara Kelantan dan Perak. Kesahnyaaaaaa......

No pic at that camp sbb tangan dah kotor so malas nak pegang camera. Jom jalan lagi. Jangan lengah-lengah, kang tak sampai.

Trek semakin lama semakin teruk kerna hujan turun tidak henti-henti. Walaupun tidak lebat, tapi lama. So trek dah mula lecak. Dah macam sungai pun ada. Berlumpur. Sejuk jangan cakap la kan. Bila dah penat ni, beg yang ringan pun jadi sangat berat. Sakit bahu la. Sakit pinggang la. Macam2 lagi. Fikiran pun melayang-layang mikirkan rumah. Terdetik di hati,"siapa la yang suruh datang. Buat susah2 jer. Dah tahu CUS ni teruk, nak datang juga......". Hahaha...... Bila pikir2 balik rasa kelakar jer. Mental-mental.

Trail dari Rekom hingga la skrg ni, ader jer tahi-tahi gajah. Ada yang dah lama dan lama sikit. Terbaru punya, xder la plak penulis jumpa. Kalu lama tu sampai dah tumbuh cendawan gi tu. Hahahaha......

Lebih rare trail dari Sg Retak ke Sg Peres, lebih banyak kesan-kesan gajah di jumpai. Tapak kakinya yang besar begitu menggerunkan. Kawasan-kawasan yang dimusnahkannya pun jelas kelihatan.

Senja makin menjelma sedangkan kami masih dalam trek. Kami sampai di Sg Peres dikala Asar sudah dihujung-hujung waktu. Alhamdulillah kami sempat menunaikan solat Asar. Kumpulan Sham dah lama sampai di situ. Kawasan Sg Peres ni sebenarnya agak lecak. Dulu penulis sampai pun lecak gak. Mmmmm......

Menu malam ni mihun sup. Sejuk2 macam ni memang best giler. Berasap mulut dowww.... Selesai makan, kami packing2. Time ni Ponco minta beg Ummi di kosongkan. Ponco dah tak boleh nak bawa beg tu malam-malam macam ni. Tak nampak jalan. Hmmm.... Ye la kan, dari mula sampai sekarang, Ponco yang bawa beg tu. Mana tahan. Maka diagih-agihkanlah barang dalam beg tu. Bino paling berat kot sebab kena bawa baju basah. Nasib la Bino. Ko memang kental dowww.......

Jarum jam menghampiri 8.30 malam, kami pun memulakan pendakian. Hawa sejuk begitu menusuk sampai ke tulang. Pendakian mlm agak perlahan. Hujan dari tadi tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti. Trek pula dari Sg Peres terus mencanak sehingga tiba di persimpangan. Keadaan trek, masya-Allah berlumpur. Akar-akar pokok bersimpang siur. Mmmm...

3 jam kemudian kami melepasi persimpangan ke puncak dan trek turun ke Sg Leweng. Trek menuju puncak lagi best dari tadi. Lumpur-lumpurnya sampai ke peha. Dah macam bersawah dah hah. Kalau tak percaya tanya Zaf. Hahahaha.... Penulis pun siap tergelincir dan jatuh. Arghhhh....... Kaki pun dah tak macam kaki. Macam beatfoot. Mental gila melalui trek sedemikian. Serius.

Akhirnya kami pun sampai di puncak Ulu Sepat. Syukur pada Allah. Sejuknya memang tak tertahan. Serius sejuk. Masing-masing dah malas nak gerak sebab sejuk sangat. Titisan air terasa seolah-olah hujan. Angin lagi bertiup. OMG......

Khemah terus didirikan. Satu di tengah dan 2 lagi di tempat lain. Kami ketiduran dalam kepenatan..... Zzzzz....zzzzz......


30.12.2010
Buka mata, tengok jam, masya-Allah dah jam 11.30 pagi. Lewatnya bangun. Letih la katakan. Orang dapur dah lama bangun menyiapkan sarapan. Suasana berada dipuncak tidak terasa langsung. Mana tidaknya. View pun tak ada. Hanya melayankan sejuk dan titisan awan lalu jer.




Selesai makan, kami mula packing-packing. Time ni lagi masalah. Nak sarungkan tight pun terkial-kial. Sejuk la katakan. Stoking dan kasut lagi. Eeeee....... Layankan ajer.




Sebelum bergerak turun, penulis dan rakan-rakan yang lain bergambar kenangan tanda kami sudah sampai di puncak Ulu Sepat. Untuk rekod, masa kami bersarapan tadi, kumpulan Sham dah sampai di puncak. Diaorg sekejap jer.
Snap2 pic pastu terus blah.


Jam 2 petang, kami mula bergerak turun. Lagi sekali melalui lumpur-lumpur semalam. Arghhhh......... Kami tidak melalui persimpangan semalam. Malah terdapat potongan dan terus ke trek turun. Tanpa disedari jer dah sampai ke trek yang lebih baik. Dah boleh berlari-lari. Penulis plak terpaksa menukar stoking berikutan stoking semalam dah berlumpur dan bercampur yang baru lepas tadi. Ini menjadikan ianya licin dengan permukaan kasut. Menyirap giler. Masa turun tadi siap berkaki ayam lagi. Lepas tukar jer, terus ok. Hahahaha......

Trail dari puncak ke Sg Leweng menurun sahaja sehingga sakit lutut. Treknya tidak teruk, cuma panjang dan menurun secara landai. Tiba di Sg Leweng sekitar jam 6 petang lebih. Kami berhenti solat Asar sambil menunggu sweeper. Aiman melecek manakala Fifi urat kaki lari apatah. Hahahaha......

Terdapat dua pilihan samada nak campsite di situ atau terus keluar ke Post Kemar. Sebulat suara memilih untuk terus keluar. Ok fine. Kami akan bergerak selepas Maghrib. Sementara itu masak makan malam dahulu. Mihun tomyam.

Kami overtime lagi malam ini. Kaki penulis dah mula menunjukkan tanda-tanda melecek. Biasa la bila dah sampai hujung-hujung xpdc. Macam tahu-tahu jer. Trek tidak sesukar mana cuma melayankan trek balak kecil dan usang. Melintasi beberapa bukit kecil. Anak-anak sungai. Mental gak la sebab perjalanan boleh dikatakan perlahan.

Penulis yang berada di belakang takder la mental sangat. Ok2 jer cuma melayankan si Chaer dok bertanya itu ini. Haaaaaahhhhhh....... Dari Kg Rekom lagi di dok jd profesor kajian itu ini. Mmmmmm...... Sebenarnya ok jer dengar dia cakap. Cuma bila kita tak respon, dia tanya lagi. Hahahaha.... memang kelakar la Chaer. Happy jer benarnya. Kahkahkah......

Petanda untuk semakin hampir ke Post Kemar ialah, sebuah jambatan kayu yang akan melintasi aliran Sg Leweng. Sepanjang trek kedengaran aliran sungai tersebut. Kami sempat berhenti berehat di beberapa tempat menghilangkan penat. Salah satunya persimpangan ke Gunung Gerah. Itu merupakan kaki Bukit Bongok. Hahahaha......

Harapan berbunga-bunga takkala kami mula melintasi sungai tersebut. Terus berjalan sehinggalah ternampak rumah orang asli pertama di atas bukit sebelah kanan. Disebabkan malam, maka tak nampak la rumah tu. Hahaha..... Actually selepas jambatan itu, kiri dan kanan adalah kebun-kebun orang asli.

Seperti diramalkan oleh Bino, jam 3 pagi kami selamat sampai di Post Kemar. Seterusnya mencari lokasi perkhemahan. Kami mendirikan khemah di satu kawasan lapang di atas bukit. Dirikan khemah dan membuat pengurusan diri. Masing-masing kepenatan dan terus tidur. Penulis tidur selepas menunaikan solat Subuh.


31.12.2010
Bangun bersiap-siap untuk pulang. Tapi 4x4 belom datang lagi maaaa....... Cubaan menghubungi 4x4 akhirnya berjaya selepas beberapa kali gagal. Sekali 4x4 akan sampai petang. Aduhhhhh....... maka tersadai lagi la kami di sini sampai petang. Dah semangat packing-packing lagi. Bagi mengisi masa lapang, kami masak saki baki
ration yang tinggal.

Selain itu kami juga berjalan-jalan sekitar perkampungan orang asli tersebut.







Jam 6 petang, 4x4 pun sampai. Kami pun bergerak keluar menuju ke Kg Lasah. Trek balak yang sangat panjang dan jauh, mengambil masa 4 jam untuk sampai di Kampung Lasah. Pemandangan siang sama seperti masa mula masuk aritu. Bila malam, sejuknya amat terasa. Sedikit demi sedikit kami trek balak habis dan keadaan jalan lebih baik.









Suasana happy seketika takkala melintasi rumah orang asli yang berlampu. Mungkin kami sudah tidak jauh. Sebenarnya tidak. Jauh lagi rupanya. Hahahaha...... Kami juga melintasi sebuah sekolah rendah. Nama sekolah tidak tahu kerana gelap malam.

Jam 10 mlm kami pun sampai di Masjid Kg Lasah. 10 minit kemudan bus UTeM pun sampai. Kami terus naik dan bergerak keluar selepas selesai bersalaman dengan pemandu 4x4. Kami berhenti makan malam di bandar dan terus balik ke Ayer Keroh.


1.1.11
Kami selamat sampai di Ayer Keroh jam 5 pagi.

Sepanjang berxpdc bersama team KeReX kali ini di CUS, dapat menyaksikan pelbagai kerenah para peserta. Ada yang dapat mengawal mental dan ada yang tidak. Ada yang terseksa dan ada yang lenggang kangkung mengharap simpati.

Apa-apa pun tepuk dada tanya hati masing-masing. Di mana kita ketika itu. Dalam xpdc ini para peserta dapat membuat pengurusan sampah yang lebih teratur. Tidak perlu memekik sampah siapa. Tahniah.

Jutaan terima kasih kepada leader kita iaitu saudara Wan yang bertungkus lumus menjaya xpdc ini. Beliau mempunyai daya komitmen yang sangat tinggi. Beliau juga antara pelapis-pelapis guider pada masa akan depan yang setaraf dengan Ponco dan lain-lain. Semuga berjaya.

Tahniah buat semua yang menjaya menghabiskan xpdc CUS ini.

*Note : Segala jalan cerita ada di tokok tambah untuk perisa yang lebih sedap dan dramatik gi tu. Andai tersalah atau menyentuh di hati anda, harap maaf yer.....

~~~end~~~

5 comments:

  1. atlast berjaya sampai(thx to ben kerna bagi aku 'supplement' diwaktu aku memerlukannya hahaha)!! btw geli plak aku tgk kaki aku masatu smpai skrg gatal tau hahah..

    ReplyDelete
  2. no hal lah...kena tolong menolong kalu dlm hutan ni....

    actually log CUS ni lom siap. baru letak pic jer....

    ReplyDelete
  3. seronok aku baca log ko ni ben sampai tergelak2 hahaha...
    ada gak info aku baru tau mcm tahi gajah. tak tau plak tahi gajah tu sampai atas gunung tu..aku main pijak je hehehe anyway thx!

    ReplyDelete
  4. haha..tanks ben..ble dibace2 blk..kelakar pun ader sweet pun ader..mmg kenangan la org kate..huhu
    sekali lagi trimasih byk2 ben..

    ReplyDelete
  5. no hal...best trekking ngan u all....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...