Sunday, January 2, 2011

--- sElamat dAtang tAhun 2011 ---

Syukur alhamdulillah kepada Allah s.w.t yang telah melanjutkan usia ku. Kesibukkan dunia melalaikan aku tentang masa yang berlalu dengan pantas. Di kala detik jam menghampiri 00:00 tahun 2011, aku masih lagi berada di atas bas UTeM menuju balik ker Melaka. Baru keluar dari XPDC Chamah-Ulu Sepat.

Usia ku tahun ni kini mencecah 29 tahun. Itu kalu ikut tahun. Tapi kalau ikut tarikh lahir, aku masih lagi 28 tahun. Sweet gi tu. Hahaha.....

Perkahwinan? OMG.... Runsing untuk aku memikirkannya. Bila di tanya, aku pun tidak ader jawapannya. Di mana silapnya pun aku tak tahu. Nak kata tak der rupa, aku rasa ok2 jer aku. Mungkin aku pemalu sgt kot. Hihihihi.... Apa-apa je lah. No komen.

Kerjaya pula, syukur pada Allah yang senantiasa melimpahkan rezekinya sepanjang 2010. Terasa bahagia jer sepanjang 2010. Tapi aku tidak lokek dan lupa pada mereka yang serba kekurangan. Dengan kawan-kawan rasanya aku tak der la kedekut sgt. Tahun 2010 boleh di katakan tahun yg aku agak boros.

Sejak ader Neo 1.6 CPS, mmg panjang kaki. Melaka - Mersing macam sebelah-sebelah jer. Bil minyak kereta dan tol, jangan cakap la. Walaupun boros, aku masih siuman dalam mengatur perbelanjaan. Takder la diisytiharkan muflis.

Wedding job pula antara kerja partime untuk aku mengasah skill-skill photographer aku. Aku banyak belajar dari teman-teman seperjuangan seperti Amli dan Topek. Yang lain pun ader gak cuma xhingat nama. So jangan marah k.

Tahun 2011, aku berazam untuk menyimpan. Menyimpan dalam unit-unit amanah yang di tawarkan di bank-bank. Terbaru aku join ASB dan Amanah Saham Hartanah. Kini aku kembali ke Pulau Aur. Tempat di mana aku menabur bakti pada anak bangsa ku.

Ku berdoa pada Allah semoga tahun ni lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Janganlah Engkau membiarkan diriku terpesong dari jalan yang diredhai-Mu. Amin....

~~~end~~~

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...