7.9.11

---mOde rAya d'pUlau aUr : bEraya d'rUmah mArziah dan sHikin---

Haaaaa...selagi xhabis Syawal, maka moh la kita beraya lagi. Selesai cuti seminggu Hari Raya Aidilfitri, aku dan teman2 sambung lagi beraya ke rumah-rumah orang kampung di sekitar Pulau Aur ini. Kiranya nak mengeratkan silaturrahim gi tuuuu......


Struktur muka bumi Pulau Aur tidak sama dengan pulau-pulau lain. Lain pulau, lain coraknya. Memandangkan Pulau Aur ini membukit, maka secara wajibnya, rumah-rumah masyarakatnya dibina di atas bukit-bukit sana. Maka terpaksa la kami mendaki sikit untuk ke rumah-rumah.


First, rumah yang kami pergi ialah rumah Abg Pie iaitu ayahnya Maziah. Rombongan terdiri daripada aku, Ustaz Zamri, Nordasila (wife ustaz Zamri), Nisa (anak ustaz Zamri), Nasafi, Rahimeey, Amir dan Jururawat Desa, Cik Norhasikin.


Amboiiiii...bukan men seronok Amir. Suka la tu dapat makan kuih sambil berposing. mESTI BAGET KACAK kan.....hihihihi



Settle makan di rumah Abg Pie, kami menuruni bukit ke rumah lain pula. Rumah Pie jugak tapi Pie lain la. Pie kali ini ialah ayah kepada Norhashikin, Syida dan Imran.

Kuih2 tidak la semeriah masa raya pertama hari tu. Sapa suruh datang lewat2 kan... tapi ok la. Bukan nak makan sangat pun. Yang lebih penting, kunjungan itu dapat mengeratkan tali persaudaraan sesama saudara muslim.

Dalam dok berkunjung tu, sempat lagi berposing mode potrait. Cantikkan...

Bergroup foto kenangan di depan rumah Norhashikin.

Cerianya Ekin sbb pasni kami nak beraya ke Pulau Dayang plak iaitu rumah Pakcik Mat Tahir, ayahnya Sallehin.




Amboiiiiii...u all ni. Bukan main berposing gaya HOT gi tuuu...

Moto ni kami jumpa kat Pulau Dayang. Haaaa...antik kan. Entah siapa empunya pun tak pasti. Yang pasti ia menjadi daya penarik pengunjung yang berkunjung ke pulau ini.

Sedapnya bahulu....

Pemandangan Batu Cina dari Pulau Dayang.

Macam biasa bergambar kumpulan bersama-sama wakil rumah sebagai bukti bahawa kami pernah datang untuk berhari raya.

Selesai makan, kami pun meminta izin untuk mengundur diri.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...