Hmmm...pening memikirkan cara untuk memulakan log trip kali ni. Hahaha... Pastinya ada sesuatu yang terjadi dalam trip, yang menyukarkan aku untuk memulakan cerita. Haaaaaa.... Walauapapun senarionya, itu satu pengalaman yang menarik apabila dikenang kelak. Tak semua orang mempunyai pengalaman ini. Pengalaman APAKAH itu? Haaaaa...ni yang nak story ni.
S E S A T T T T...!!!
Memulakan cerita kali ni, pada 28 Oktober 2011, cuti Deepavali yang lalu, aku sempat mengikuti rakan2 sepergunungan ke Gunung Batu Putih yang terletak di Perak. Mulanya 50-50 nak join tapi mengenangkan dah lama xnaik gunung, maka ikut la jugak.
Gunung Batu Putih berketinggian 2131.4664 meter dari paras air laut (6993 ft). Trek pendakian boleh dikatakan sangat mencabar dari segi tahap kepacakkannya. Oleh yang demikan, tempoh pendakian memakan masa yang agak lama. Bagi mereka yang ingin santai, 3 hari 2 malam adalah paling sesuai. Tidak laju dan tidaklah terlalu lambat. Kira sedang2 la. Kalu nak lagi santai, boleh jer buat seminggu baru sampai puncak. Hahaha.... Bagi mereka yang laju, tiada masalah. 2 hari 1 malam pun boleh sampai.
Dari Melaka aku bersama Bino menuju ke Cheras rumahnya Zul. Kami bertolak dari Melaka sekitar jam 6.00 petang. Sampai di tol Sg Besi, jam plak. Adoiii.....akibat lapo, kami singgah di KFC berdekatan dengan Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur. Zul telepon dan datang ke KFC bersama-sama Adha (MSU).
Selesai makan, kami bergerak menuju ke rumah kakaknya Zul. Di situ kami repacking ration2. Siap packing, kami pun bergerak menuju ke dengan menaiki kereta Zul. Langkah berjimat-cermat dan mengurang pencemaran. Hahaha.... Jam ketika itu menunjukkan 11.00 malam lebih. Cara Zul memandu seolah-olah sama macam aku naik bot dari Pulau Aur ke Jeti Mersing. Kurang sedikit. Sentap rasanya.
Exit Tol Tapah, kami tiba di perkampungan orang asli Kuala Woh sekitar jam 12.30 tengah malam. Hening dan sejuk. Terus tukar uniform. Buat sedikit regangan. Tepat jam 1.00 pagi, kami berempat pun mengorak langkah memulakan pendakian. Hmmm...ada jalan berturap baru rupanya. Jalan tak lama aku dah mula berpeluh banyak. Tak tahu kenapa. Hahaha...
30 minit lebih kami sampai di sungai. Terimbau kenangan masa mendaki Gunung Batu Putih ini suatu ketika dulu. Under KeReX gak. Guidernya adik Abang Ayien Carlos. Tak ingat plak nama tetiba. Hahahaha... Kami menlintasi sungai tersebut. Dalam keadaan gelap, suasana memang agak cemas gak la. Batunya licin. Kasut Colombia pun kalah. Mmmm.....
Kami meneruskan pendakian setelah mengharungi detik cemas melintasi sungai tersebut. Dalam kegelapan malam, kami mendaki dan meredahi apa jua. Entah kenapa, aku trekking kali ini sangat memenatkan aku. Tercungap-cungap giler aku. Ada sampai satu tahap tu, aku siap kena tiup wisel sebab diaorg laju sangat dan tinggal aku sorang2 kat belakang. Hahahaha....biler teringat balik memang kelakar. Hiiiii...takut dowww.....
Pendakian semakin lama semakin sukar. Trek pun dah tak macam trek. Banyak kali gak la kami lost. Ikut jalan ini, jalan mati. Cuba jalan lain, tetiba hilang. Oooo....memang mental time tu. Serius. Mental tu sebab kena test2 trek. Maksudnya kena agak2. Ikut hati nak suruh patah balik jer. Tapi melihatkan Zul tidak putus asa, teruskan jugalah. Tapi aku memang mental dow time tu. Kami plak boleh krem. Mula2 kaki kiri. Pastu kaki kanan pula. SERIUS...!!! Hahaha..... Seingat aku, masa dulu naik senang jer treknya. Aku ingat lagi sebab masa tu aku trekking pakai sandal rafting jer. Tapi kali ni trek bukan men susah lagi.
Kami berehat beberapa kali sehinggalah masuk waktu Subuh. Kami bersolat terlebih dahulu. Selesai solat, kami meneruskan pendakian. Kali ini kami dalam trek. Ada trek. Tapi bila jalan sampai satu tahap, tetiba trek tu ada tanda blok. Akhirnya kami mengambil kata putus untuk redah menuju ke kawasan tinggi. Kalu tak jumpe juga trek yang sebenar, kami akan cari jalan pulang. Teringat masa sesat di Gunung Serudum.
Redah punya redah akhirnya kami sampai ke satu tempat di mana kami nampak di mana kami nampak batu berwarna putih. Aku ingat tempat tersebut. Batu Kak kalu tak salah. Ketika nampak tu hati dah berasa lega sikit. Seterusnya Zul melihat GPS nya dan mencari trek untuk menuju ke sana. Kali meneruskan lagi perjalanan dan akhirnya sekitar jam 10 pagi lebih, kami menemui trek sebenar. Perasaan syukur dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu. Tanpa membuang masa kami megikut trek tersebut. Kurang sejam, kami pun sampai la Gua Azan. Gembira tak terkata.
Ketika kami sampai, masih terdapat mereka2 yang belum bergerak. Biasa yang belakang2 ni otai2 jer seperti Kabilah, Ejab, Wan, Eja, Gadis, Nas, Uder dan lain2 yang aku kenal la. Alhamdulillah. Yang lain dah bergerak dulu. Aku pun tidak berhasrat untuk berehat panjang kerna nnt kena tinggal lagi maka aku pun terus bergerak.
On the way mendaki tu, jumpa pula geng2 MSU seperti Yaya, Ejal, Mat Rock dan Ai. Haaaaa...ni geng2 masa V2 dulu. Waahhh..!!! Lama dow tak jumpa ngan diaorg ni. Still ceria macam dulu. Nice friendsss.... Seterusnya jumpa pula dengan Ru dan Ayen. Ni kenalan masa trip Chamah Ulu Sepat dan Tahan.
45 minit mendaki sampai la kami di persimpangan menuju ke Batu Kak. Untuk sampai ke simpang tu jer bukan main teruk lagi. Kena memanjat dow. Gayattt.... Pastu nak naik ke Batu Kak tu pun teruk gak. Tapi kerna dah sampai ke sini, maka kuatkan semangat, teguhkan iman untuk naik juga.
Ternyata ianya berbaloi naik ke Batu Kak ini. Dapat tengok view yang cantek walaupun kebanyakkan pemandangan dilitupi kabus tebal. Tahniah juga pada mereka yang gigih untuk naik ke sini tanpa mengira keadaan fizikal masing2. Itu yang kita nak. S E M A N G A T yang K E N T A L.
Kami mula bergerak dari Batu Kak sekitar jam 1.00 tengah hari. Check-point berikutnya ialah Air Terjun Terbunuh. Perjalanan lebih kurang 2 jam 30 minit. Lebih kurang la. So setelah dihitung kira, aku sampai di Air Terjun Terbunuh sekitar jam 4.30 petang. Solat Asar, makan ringan2 dan sebagainya.
Nak story tak Air Terjun Terbunuh ni? Mmmm...aku rasa u compom dah boleh agak naper dinamakan sedemikian. Takkan la org sesajer kasi nama macam tu kan. Kalu nama dia macam Air Terjun Lenggang ker, Air Terjun Senyum Selalu ker, Air Terjun Ceria ker, mesti la kita akan pikio mesti air terjun ini seindah namanya kan. So sama la kesnya kenapa dinamakan Air Terjun Terbunuh. Trek turun ke bawah memang membunuh. Pacak 90 darjah dan treknya licin dan basah. So pikio2 la kalu nak turun tu. Pada mereka nekad untuk turun, anda mendapat ganjarannya di mana sumber airnya tidak mengecewakan. Boleh mandi sepuas-puasnya. Air terjun ini merupakan last water-point. Hahahaha...maka hendak atau tidak, pada mereka yang memerlukan air dipuncak, maka terpaksalah turun juga. Selamat Mencuba...
Pendakian diteruskan menuju ke puncak. Tak pacak sangat tapi menaik la. Dah tentu menaikkan sebab nak ke puncak. Kalu turun, memang xsampai puncak la jawapnya. Tanda bahwa puncak semakin hampir ialah apabila sampai ke sebuah batu yang besar. Selepas melepasi batu itu, pokok-pokok berlumut mula menemani anda. Pastu banyak gak la nak kena tunduk2 ni. Arghhhh.....
Detik jam 6.30 petang, aku pun sampai la ke puncak Gunung Batu Putih dengan beberapa orang peserta lain. Syukur alhamdulillah. Masa sampai tu geng-geng yang sampai dulu dah siap dirikan khemah sudah. Cuma tunggu beberapa fly n ground jer. Cuaca baik dengan kadar tiupan angin sepoi-sepoi bahasa dan sekali sekala kuat. Letak beg, terus buat pengurusan diri.
Aktiviti malam macam selalu la, mana yang letih tu dah tidur dah. Loteh bonar. Aku pun sebenarnya tak tidur dari semalam. Mula gerak jam 1 pagi. Sesat lagi. Pastu terus sampai puncak xtidur. Makan berat langsung tak. Haaaaa.....seb bek ada makanan ringan. Alhamdulillah... Bino dah lama tidur. Hahahaha....
Dapur juga merupakan port terbaek setiap perkhemahan. Aku pun lepak dapur gak. En Shahrul begitu rajin di dapur. Sesuai ni kalu nak buat menantu. Hmmmm.... Zzzzzz....Zzzzz.....
Keesokkan paginya, kami bangun dengan ceria. Seceria kanak2 riang. Buka mata, sarapan pagi dah siap. Terima kaseh pada jurumasak dan konco2 dapur sekalian. Selesai makan, sesi gambau2. Ada yang nak bergambar ikut universiti la, ikut fakulti la, ikut tema la, ikut warna baju, ikut poli. Last2 ikut suka hati. Hahahaha.....
Pemandangan tidak berapa nampak kerna kabus tebal. Bukan itu sahaja, kalu nak tengok view, kena panjat beirut. Mmmm....
Keceriaan jelas terbayang di setiap wajah para pendaki. Sonok la sebab dah sampai puncak kan. Pastu jap lagi dah nak turun pulang. Paling penting semua penat lelah mendaki dan galas beg semalam hilang takkala sampai di puncak Gunung Batu Putih ini.
Senja baru kami sampai di Sungai Y. Cuaca baik mempercepatkan proses menyeberangi sungai tersebut. Aku macam biasa la gayat sikit. Muatan lebih. Yang lebih tu camera sebenarnya. Hahaha...kena berhati-hati banyak2 sebb camera tu ibarat nyawa la. Hahaha....
Kami Maghrib di Sungai Y sambil menunggu teman-teman di belakang sana yang belum sampai. Sambil tunggu tu buka dapur haram dulu kot. buat kopi O dan masak maggi. Nikmat nya. Hujan plak mula turun renyai2.
Mulanya Eja as go go minta semua berkumpul supaya sama2 gerak dan senang nak hitung kira. Mana la tau kot-kot terlebih orang. Entah ada makluk lain ikut balik kan. Haaaaa..... Atas sebab2 dan alasan munasabah, Eja lepaskan beberapa group lain untuk gerak dulu.
Aku dan beberapa peserta lain dah sampai di kampung orang asli. Siap membuat pengurusan diri. Hujan turun dengan lebat. Teman-teman UTM Skudai terpaksa tidak menunggu lebih lama kerna destinasi mereka masih jauh.
Kami masih menunggu. Menurut beberapa teman, group sweeper paling belakang belom sampai lagi di Sungai Y. Ada sumber mengatakan ada yang injured teruk. That's y lambat. Aku plak nak kena balik Mersing ni. Zul pun ada kerja. Maka kami pun turut bergerak dulu selepas bersalaman dengan rakan-rakan.
Mengakhiri log kali ini, trip kali ini memberi pengajaran berguna pada aku bahwa tak selamanya kita akan sentiasa success dan tidak selalunya kita kuat. Maka sebelum mengikuti mana-mana trip kena fikirkan tahap kemampuan kita dengan tahap sesuatu trip. Jangan sampai menyusahkan orang lain. Susahkan diri sendiri tak pe. Hahahaha.... Terima kaseh pada Zul, Adha dan Bino. Korang laju sangat la. Tak terkejar mak. Ye la kan...badan dah tak serupa dulu.....Hahahaha...... Lebih kurang minta halal k....wassalam.
*Nota kaki : andai terdapat gambar2 yang menyinggung perasaan atau sensitif, terus bagitau aku agar aku leh remove. Hihihihi.....
*Lagi pic tentang trip ni di sini.
*Lagi pic tentang trip ni di sini.
TAHNIAH BRO...LAMA SUDAH TAK TGK BLOG KO NIH...MAKIN MENGANCAM GAMBAR2 KO TUE....versatyle ;)
ReplyDeletehiihihihi....
ReplyDeleteBatu Putih ni mmg slah satu gng yg ad cite tersendri jer kalu masuk...tersgt rare kann :)
ReplyDeletehihihihi......
Delete