26.1.12

---.xPdc bSama sEmut yG rAjin ke GERAH BIEH BILAH ---


Gong Xi Fa Cai...!!! Gong Xi Fa Cai...!!! Gong Xi Fa Cai...!!!This year is DRAGON Lunar. Yeahhh...!!!

Malam 19hb Januari, aku menerima panggilan tepon dari my friend Bino.
Bino   :   Assalamualaikum Ben.
Ben    :   Waalaikumussalam.
Bino   :   Ada mana?
Ben    :   Pulau yang paling indah kat Malaysia leerrr...
Bino   :   Naik darat bila? Ada trip ni. Saja la nak ajak ko sbb ada kosong. Trip Zul.
Ben    :   Hmmm....trip apakah? Zul? Waaaaa....(masa Bt. Putih dulu dah xnak ikut Zul sbb dia laju sgt)
Bino   :   Gerah - Bieh - Bilah. Haaaaaaaaa.....menarikkan.
Ben    :   Hmmm....macam menarik tp aku xleh janji la sbb aku kena bergantung pada bot. Bot aku esok tapi tahu gerak bila. Ikut hati mmg nak ikut....(padahal aku dah set ngan Khazliyan nak g Tabur. Mampus la aku...)
Bino   :   Mmm...ok2, nnt bila dah sampai darat ko roger aku dan tengo mcm mana k.
Ben    :   Ok.

~!@#$%^&*....bla...bla....bla....slow talk ngan Khazliyan. Alhamdulillah dia faham. Itu namanya S A H A B A T.... hihihihihi.....

20 hb, aku selamat tiba di darat. Sampai sekitar jam 3.30 petang namun tersangkut di muara dek air yang cetek. Setengah jam basah kerna hujan, kami pun selamat berlabuh di Jeti Tangga Batu. Hujan lebat. Alhamdulillah Kak Zai dtg ambil. Tiba di PPD siap2 dengan pantas sbb nak kejar ke Melaka.

Namun siapa yg mampu melawan takdir Allah, mmber photographer aku ada masalah sikit dgn album weddingnya. So aku tolong settlekan. Dalam ngantuk2 drive tu, jam 3 pagi baru aku sampai Melaka. Kelam kabut aku packing. Then terus naik keta Bino dan gerak menuju destinasi. SUARA NAVIGASI BERMULA......

Sepanjang highway banyak plak keta. Maklum la Chinese New Year. Terdetik juga, kenapa la buat tarikh2 mcm ni. Aku n Bino mengikut jer suara navigasi sehingga lah kami tiba di Masjid Felda Lasah. Tika itu dah jam 8.00 lebih. Harap2 Zul xmarah sbb kami dah lewat sgt.

21hb, aku dan Bino selamat sampai di Masjid Kg Lasah. Terus parking kereta dan bertukar ke pakaian trekking. Masa mula2 sampai tu aku nampak Zul, Harith dan Wan atas 4x4. That time aku xkenal lagi la diaorg ni. Harith dengan rambut pjg mengurai. So aku dah fikir, ni mesti otai2 ni. Wan pun aku nampak mcm otai2 jer. Dalam hati dah pikio, mampus la aku kena tinggal lagi.

Di masjid, aku nampak plak Yaya, Ijal, Didi dan Nyonya. Waaaaa...xsangka diaorg pun ikut. Hihihihi... Rasa gembira dpt jumpa member2 masa trip V2 dulu. Cuma aku xperasan Lin jer masa tu. Aku nampak ada org dok berselubung, kecik2. So pikio mungkin mmber Wan kot. Sekali dia buka jaket tu, laaaaaaaaaa.....Lin rupanya. Adoiiii......sentap mak nox... don't do that again tau.









Sekitar jam 10.00 kami pun bergerak menuju ke Kg Lelar dengan menaiki 4x4 yang telah ditempah khas. Sejam bergolek2 dan terhuyung hayang kat atas 4x4 tu, kami berhenti di sebatang anak sungai. Shahrul dah nak muntah sbb mabuk. Hmmmm.... 10 minit kemudian kami menyambung kembali perjalanan dan sampai di starting point ( Kg Rantau ) dan tiba sekitar jam 1.00 tengah hari. Lebih kurang la. Jauh dowwww..... Di situ kami pecah ration, lunch and solat. Packing2 dan siap2 tuk trekking.


Lentiknya body u nox...





Destinasi trip hari ini ialah berjalan sejauh mungkin dan campsite. Bila masuk trek ini ajer, mesti dah terbayang Bukit Bongok. Haaaaa.... Bukit Bongok ni kira halangan utama la yang nak kena ditempuhi kalu nak g Gerah. Tapi xper, dulu dah ada pengalaman sekali so aku dah set mental elok2. Hehehehe...


Perjalanan dari jambatan untuk sampai ke persimpangan Ulu Sepat dan Gerah boleh tahan gak la jauhnya. Turun naik, turun naik, pastu cross sungai, dalam 2 jam gak la baru sampai persimpangan tersebut. Huuuuuu..... Dari simpang itu trek akan terus mendaki sampai la ke Puncak Bongok. Sejam lebih diperuntukkan dari persimpangan ke Puncak Bongok. Mmmm.... Kami berehat sebentar di Puncak Bongok sambil menanti yang lain sampai semunya.





Perjalanan di teruskan lagi. Trek turun naik, turun naik lagi. Waaaaaaaaa......mental2. Bagi mereka yang ingin melihat view, ada satu tempat sebelah kiri masa on the way tu. Hehehehe.... Kalu tadi naiiiikkkkkkk, pastu turun naik, turun naik, sekarang tiba masa untuk turuuuuuunnnnnnnnn.....hihihihihi..... That y puncak ini dinamakan Bongok. Hahahaha..... Kami selamat tiba di Kem Agik ketika menghampiri jam 7.00 petang dan Zul memutuskan untuk campsite ajer di sini. Dia dah cuba untuk cari campsite lain tapi ini jer yang terbaek buat masa itu. Tapak agak lecak tapi still available.

Tidur malam itu kami ditemani sang agas yang xhenti2 menyerang. Hmmmm.... Suasana mlm tidak sunyi kerna kami ada penghibur iaitu Ijal. Dapur plak kemas sebab ada wanita2 yang sangat rajin. Yang lain? Haaaaa...yang lain tu support jer. Hehehehe.... Selesai makan, kami pun merehatkan diri. Alhamdulillah cuaca baik. Zzzzz....zzzz....

22hb, bangun pagi dan sarapan. Destinasi hari ini ialah Puncak Gunung Gerah. Dari Kem Agik kami cross sungai. Di situ terdapat satu perkampungan kecil yang dinamakan Kampung Agik. Masa kami cross tu ada la beberapa org asli yg kat situ dok tgk kami melintasi kawasan kampung mereka. Kawasan kampung tersebut ada pokok2 ubi kayu dan buah2an lain. Bino kata buah epal dan strawberi pun ada. Waaaaaa....canggihnya.





Kurang dari dua jam berikutnya, kami tiba di Kem Kunyit. Satu lokasi yang boleh berkhemah dengan sungai hanya bersebelahan sahaja. Kawasannya besar dan selesa. Lebih kurang setengah jam kemudian, kami tiba pula di Kem Perodua. Juga terdapat sungai di situ.




Yaya yang sedang berposing di tag Kem Kunyit


Samurai pun turut serta dalam trip kali ni

Perjalanan dan pendakian di teruskan lagi sehingga kami berhenti berehat di Pondok. That time, aku, Bino dan Harith kat group tengah. Group depan, Zul, Wan, Sharul dan Lin dan lama sampai kat Pondok. Kumpulan belakang atau sweeper, Ijal, Adha, Yaya, Nyonya dan Didi kat belakang. So Zul cadangkan agar tunggu yang lain.




Penantian memang satu penyeksaan. Agas dan nyamuk menemani sepanjang penantian tersebut. Zul dah berselimut dalam ponco. Wan dan lin dok bakar2 kayu. Sharul merokok. Konon2 nak halau agas la. Tapi agas Gerah ni kebal sikit. Hahahaha....


Kami menyambung kembali pendakian bila yg belakang dah sampai. Terputus lagi sehinggalah kami benti rehat sebentar di Kem Sarsi sekitar jam 4 lebih2 kot. Tak berapa nak pasti. Aku xsnap sbb that time hujan turun agak lebat. Hujan turun sebelum kami sampai Sarsi lagi. Masa kat Sarsi, plan tu nak tunggu yang belakang tapi Zul putuskan untuk terus jalan kerna sejuk. Maka kami pun meneruskan pendakian.

Ray of light

Last water point b4 peak of Gerah

Aku dan Bino dah terputus dgn group Zul. Malam kian menjelma. Di kala senja, aku dan Bino sampai di last waterpoint. Masa tu group depan dah lama sampai. Siap buat air lagi. Aku dan Bino seterusnya terus ke bawah untuk ambil air dan solat. Lokasi air tidak jauh sangat cuma pacak la. Hihihihi...

Penantian lagi memang satu penyiksaan. Dengan sejuk, agas dan nyamuk kami menunggu group belakang. Hampir 2 jam gak la tunggu. Zul putuskan tuk turun semula tuk tengok apa yang terjadi. Sambil menunggu tu sempat la aku tidur2 ayam. Aku guna plastik hitam jer sebagai penahan sejuk. Sebelum tu Harith ada kasi windbreaker nya. Tq Harith. Tapi sekejap jer aku pakai, pastu aku pakai semula plastik hitam. Ternyata plastik hitam juga yang terbaik.

Dah nak dekat jam 10.00 mlm kot baru la diaorg ni sampai. Masak2 air pastu terus jalan. Menurut guider, puncak dah tak jauh dari situ. Sejam lebih kurang. Hmmmm...sejam tu sejam Zul kot. Yang lain2 ni mungkin 2 jam. Walaupun dah semakin dekat, namun pndakian tidaklah semudah yang disangka. Banyak plak nak kena bongkok dan tunduk. Yang tinggi2 macam aku ni mmg jenuh la. Siap panjang2 plak tu kena bongkok. Waaaaa......

Alhamdulillah kami selamat sampai di puncak dengan selamat walaupun agak lewat. Fly terus ditarik dan ground terus dihampar. Kami membuat pengurusan diri. Geng2 dapur terutamanya Lin begitu pantas melakukan tugas memasak. Walaupun penat, malam itu tetap ceria dgn telatah Ijal. Klako2... zzzzzz....

23hb, SELAMAT PAGI GERAH. Aku mula terjaga takkala hari dah mula siang. Aku lihat langit mula cerah. Sharul ajak keluar tgk matahari terbit. Aku malas benarnya sbb mmg xnampak punya. Tapi aku gagahi juga bangun. Dah cuba panjat beirut tapi xnampak juga. Then aku masuk semula bawah fly. Sharul gi mana tah.

Ijal        :   Waaaaa...Nyonya, muka ko macam Maya Karin la bila bangun tidur.
Nyonya :   ( Menjeling sahaja ke arah Ijal )
Adha     :   Tu mesti tgh pikio, betul ker muke aku macam Maya Karin? Hihihihi....

Aku dah gelak2 mendengar gurauan mereka. Ijal memang terkenal dengan lawak2 sengalnya dari V2 lagi. Hiburan2.



Dah biasa hidup susah






Selesai sarapan, kami berkemas2 tuk ke Puncak Bieh. Sambil2 berkemas tu, kami dihiburkan oleh Ijal dengan nyanyian ,

Kenangan manis kau dan aku
Takkan terluput
Duri ranjau dalam bercinta
Lumrah dunia

(everybody)
Sayang menyayang
Cinta dikenang
Perasaan menjadi rindu





Sketsa pagi : Siapa dia hati Yaya? Ringgo? Ponco? Abang Mat?




Sebelum bergerak ke Bieh, kami sempat bergambar mesra gi tu. Menurut guider, Bieh tak jauh dari sini. Maka kami  pun memulakan langkah menuruni dari puncak menuju ke Bieh. Dok turun2, sekali tersalah jalan plak. Perghhhhh.....dah la turun jauh tadi, ni nak kena naik semula. Arghhhhh......

Jam 12 lebih kurang, kami pun sampai di Puncak Bieh. Xder beirut, cuma tag jer yang menandakan ia adalah Puncak Bieh. Mmmmm.... Snap2 pix. Seterusnya nak ke Belatuk. Katanya sebelah sinun jer. Kami pun bergerak mengikut Zul. Hmmm...trek tak teruk cuma banyak duri. Huhuhuhu...






Cari punya cari, kami jumpa satu puncak yang di tag juga. Tapi tagging nya ialah Puncak Bieh juga. Hmmmm....compius2. Zul try cari yg lain namun tidak menjumpainya pun. So kami pun xtahu lah samada yg kami jumpa tu benar2 Belatuk yg tersalah di tagging atau memang itu Bieh 2. Huhuhuhu...

Tag yang dijumpai selepas Bieh. So mana satu Bieh or inikah Belatuk yang tersalah tag?


Kami pun kembali ke Puncak Gerah dan lunch. Sambil lunch, kami bincang samada nak terus shoot keluar hari ini atau esok? Kami dah packing2 sebenarnya. That time masa kami lunch pun macam dah lewat. Kalu pergi Bilah pastu patah balik dah makan masa 3 jam. Mean tiba semula di puncak dah senja. Pastu nak gerak turun malam2. Huuuuuu..... Apapun keputusan, lepas Bilah k. Jom.....

Last waterpoint antara Gerah - Bilah

Otw ke Bilah kami tersasar lagi di simpang. Kami dah terlajak turun hampir sampai ke last waterpoint semlm. Seb bek aku dok belakang. So sikit jer kena patah balik. Hihihihi.... Antara Bilah dan Gerah terdapat satu waterpoint. Kami tiba di waterpoint tersebut sekitar jam 4.15 petang. Jauh gak la. Meneruskan perjalanan sampai ke puncak Bilah mengambil masa kurang sejam. Puncak Bilah sama jer macam Bieh, tiada beirut. Dari sini akan kelihatan puncak Gerah. Tapi kena panjat pokok la. Hahahaha....




Sebelum pulang, kami berfoto gedik dulu macam biasa.

Chorus lagu Anuar Zain:
Ku tak percaya kita
Terpisah karena berbeda
Ku cuma berdiri kaku hampa
Kau didakap mesra si dia
Semuanya pudar tak bermaya








Group foto at Bilah Paek

Kami tiba semula di Gerah jam 7.15 petang. Memang bertepatan timing Zul. Bincang punya bincang, kami putuskan tuk stay one night lagi di Gerah. Esok pagi2 gerak turun dan terus keluar. Kami dah lantik ayam tuk berkokok esok pagi iaitu Ijal.

Dialog dari Ombak Rindu versi Ijal, "Ko suke aku sentuh ko begini? Suke? Suke tak?"

Makan mlm ni agak istimewa. Masa otw balik dari Bilah, kami dah ambil daun pisang. Rupa2nya nak buat lapik dinner. Mlm ni makan panjang. Very nice. I like... Gong Xi Fa Cai to all Chinese member.

Makan malam istimewa


24hb, kami bangun seawal jam 4.30 pagi. Ayam dah berkokok time tu. Ada yg bangun dan ada yg xbangun. Yg pasti bangun ialah chef. Rajin la chef2 kita bangun tuk masa. Yela kan, nak gerak jam 7 pagi maaaaa..... Menu pagi ini ialah nasi lemak. Sedapnya. Sama seperti semlm, kami makan panjang. Terima kaseh pada chef2 sekalian.

Sarapan pagi yang meyelerakan di puncak Gerah





Cerianya wajah

Dah lewat, so kami bergegas packing. Foto2 gedik with bag masing. Buat kenangan gi tu. Kurang dari 2 jam, kami sampai di Sarsi. That time group depan, Zul, Adha, Lin dan Wan dah jauh meninggalkan kami. Kami jer yg slow2 jalan. Hihihihi.... Kurang sejam kemudian, kami tiba di Pondok dan lebih sejam kemudian kami sampai di Kem Perodua. Masa kami sampai tu ada Wan dan Lin yang sedang solat. Zul n the geng xder. Kata nak lunch kat Perodua. Huhuhuhu....lapar perut dah ni.

 

Pondok orang asli




Kami menganggapkan Zul dan Adha mungkin tunggu kat Kunyit sbb Perodua dan Kunyit xjauh. So, kami pun bergerak menuju Kunyit. Kami pun jalan la. Lama gak la kami jalan. Tetiba kami dah lalu rumah org asli. Eh! Dah sampai sini? Kami macam hairan sikit. Kami berjalan lagi.

Sebelum itu kat dlm trek, Nyonya tetiba benti dan terus meletakkan bag. Suddenly...! Mmmm....sambil memegang perut dan duduk. Katanya gastrik. Huhuhhu....siaaaaannnn.... Aku kasi Snickers. Haaaaaa......rehat sekejap pastu jalan semula. Jalaaaaaannnnnnn...tetiba Wan datang dari depan. Terkezut mak. Dia bertanyakan samada jumpa Zul tak kat Kunyit? Kami kata, Kunyit pun kami belum lintas. Wan plak kata dia dari Agik ni. Dia pun xlalu Kunyit sbb dia dan Lin dah sampai Agik kat depan sinun. Tapi Ijal, Harith dan Bino plak kata, diaorg lalu Kunyit. Waaaaaaa.........

Dari Perodua tadi kami dah terpisah 3 kumpulan. Lin dan Wan, Aku dan 3 gadis dan belakang ialah Ijal, Bino dan Harith. So entah macam mana Wan, Lin, Aku, Yaya, Didi dan Nyonya xlalu Kunyit manakala Ijal, Bino dan Harith lalu plak. Padahal kami xjauh pun. Mungkin kami telah dipisahkan oleh DEMENSI LAIN. Dalam erti kata lain DUNIA KHAYALAN. Waaaaaaa.......mesteri2.

Kami semua benti di perkampungan Agik kecuali Zul dan Adha. Mmmmmm....kemanakah mereka pergi sebenarnya? Kami bertanyakan pada org asli tp kata mereka tiada org yg lalu sini sebelum kami. Didi siap gambarkan lagi bagaimana Adha tu dengan rambut kerinting2 lagi. Tu pun xberkesan. Nenek tu siap jamu kami dengan ubi kayu bakar lagi. Dapat la mengalas perut ini. Kami buat sistem bater gi tu. Kami bagi apa yang termampu jer masa tu seperti gula2, obat sapu, maggi dan lain2. Hihihihi....Kami sepakat meneruskan perjalanan kami hingga ke Kem Agik dgn harapan Zul dan Adha akan ada di sana.

Ladang starwberi dan epal Kg Agik



Namun harapan kami sedikit kuciwa apabila Zul dan Adha tiada di situ. Oh..! Apa yg telah terjadi pada mereka berdua....Haaaaaaa....seday gi tu. Macam2 tanggapan, ada yang kata diaorg gi cari line tepon, ada yg kata mereka dah keluar dan mungkin mereka sesat. Tapi Zul ada GPS, takkan la sesat lagi kot. Hmmm.... Yaya as GO-GO kata, kita luch sahaja di sini. Kalu pukul 6 mereka xder, kita campsite ajer di sini. Beliau yakin bahwa Zul takkan meninggalkan kami tanpa sepatah kata....( ayat novel gi tu ).

Bergambar kenangan dengan nenek

Sekitar 6.00 lebih kot, kedengaran suara Zul dan Adha memekik-mekik. Alhamdulillah.....akhirnya mereka sampai juga. Zul kata mereka tersesaaaaaaaatttttttt....... 4 jam tersesat. Dia kata dah sampai perkampungan apatah. Selain itu dpt tgk view Ulu Sepat lagi. Mmmmmm..... Mereka mula sesat selepas Kem Sarsi dan kembali jumpe trek di Pondok. Waaaaaaaa.........jauhnya. Tapi xper, mereka punya level dah tinggi. So xder hal lah sesat. Untuk ketahui cerita sebenar dan selanjutnya, boleh bertanyakan pada tuan punya diri k.

Kami bincang lagi skali samada nak teruskan atau nak stay di Kem Agik dan keputusannya ialah campsite DI SINI. Hihihihi... Atas permintaan Wan untuk mencari campsite lain di penuhi oleh Zul. Zul segera mencari lokasi yang lebih baik di mana kalu boleh sambil masak boleh ceduk air di tepi. Haaaaaaa......

Zul, Adha, Sharul dan Harith pun berusaha la menebang2 pokok kat seberang sungai sana. Kem Agik juga tp kat sebelah sungai sana. Siap ada titi buluh lagi yang di buat oleh Zul. Kem tersebut di namakan kem Zul sbb dia yg buka. Boleh cenggitu?

Malam itu kami rasa best sgt sebab dapat campsite yang best. Cuaca pun, alhamdulillah baik. Agas plak xbanyak sangat sbb dah pasang ubat nyaaaaaaaaamuk. Menu mlm itu ialah menghabiskan ration yg ader sbb esok dah nak keluar. Lepas makan kami main teka/i yang dikepali oleh Lin.

Teka/i yang membuatkan aku pecah perut gelak ialah teka/i dari Ijal. Teka/i nya ialah "artis mana paling cantek?" Dengar jer teka/i tu terus aku gelak berdekah2. Bukan sebab aku tahu jawapan tp memikir jawapan yang bakal di sebut oleh Ijal nnt. Hahahahahahahahahahahaha.....

Nak tahu jawapan dia apa? Jawapannya ialah FASHA SANDA. Bila di tanya kenapa? Katanya sbb dia suka Fasha Sanda. Sebab tu jawapannya begitu. Mmmmmm....... :P

Next game ialah KEMAHIRAN BERFIKIR. Jika ini fly, ini sudu, ini apa? Jika ini baju, ini jam, ini apa? Jika ini sudu, ini senduk, ini apa? Waaaaaa....mmg tricky giler. Puas teka tp xdpt. Asyik Ijal jer yg betul. Dia ulang2 sebut buah hati dan pulau. Mmmmm.....

Yang dpt time tu rasanya Bino jer kot. Yang lain dan aku dah malas nak teka. Game seterusnya ialah ANGKASAWAN. Haaaaa.....game ni aku dpt. So kepada yg xdpt tu kena tinggal lah ye. Bye...bye... Hihihihi..... Permainan seterusnya ialah apa benda tah can trough the glass gi tu la. Benda boleh dan xboleh. Tapi paham la game tu. Hohoho...

Nak tahu mcm mana wujudnya semut yang rajin? Haaaaa....... That time Adha sedang basuh pinggan lepas makan kot. Pastu Lin nak story semut yang rajin. Entah mcm mana sape tah tanya siapa semut yang rajin. Ijal terus tunjuk Adha yang sedang basuh pinggan tuuuuuu... Hahahahaha......

Teka teki seterusnya dari Ijal. Dengan menggunakan botol gas, dia pun pusing2 then tanya, " ini apa?" Masing2 xtahu jawab. Jawapannya ialah, "guna untuk masukkan kat dapuuuuurrrrrrr......" Siut kan jawapan. Hmmmm.....

Setelah bergelak tawa dengan teka/i, kami pun nak tidur. Sambil tidur tu dgr la Lin bercerita tentang SEMUT YANG RAJIN..... Naik ngantuk gak la dgr cite tu. Hihihihi.....After that diaorg men pula sambung2 ayat supaya jadi cerita mengikut tema. Sampai jer kat Ijal, mesti perkataan 'kerinting', 'kerinting', 'semut', dan lain2 yang berkaitan dgn semut yg rajin ituuuuu....( Adha ). Memang kelakar la malam tu.....Zzzzz...Zzzzz....

25hb, bangun pagi dan buat pengurusan diri. Semua santai2 jer. Ye la sbb dah nak keluar. Melewati jam 11 baru kami bergerak mendaki Bukit Bongok. Perlahan2 kami mendaki dan sampai puncak sekitar jam 12. So lebih kurang 1 jam gak la pendakian Bongok. Sek bek cuaca nice. Rileks kat puncak pastu meneruskan perjalanan ke bawah. Menuruni puncak Bongok tidaklah menyusahkan sangat. Biasa2 jer. Kurang sejam kami pun sampai di persimpangan bawah.


Ijal sedang mendendangkan sebuah lagu untuk Yaya





Tiba di persimpangan Ulu Sepat-Gerah


Kami jalan lagi. Jauh dooowwwww... dari persimpangan nak ke jambatan. Huhuhuhu...... Sekitar jam 3 kami berhenti berehat di jambatan tersebut dan makan manggi. Lapooorrrrrr...... Selesai makan, solat dan mandi manda, kami pun bergerak menuju starting point yang sudah tidak berapa jauh. Ketibaan kami sudah sedia menanti 4x4. Beg terus dinaikan dan mula bergerak. Perjalanan mengambil masa yang sama masa datang aritu. Tapi kali ini lebih ceria sebab kami ada penyanyi yang tidak mengenal erti penat. Sebut jer lagu apa, pastu Ijal akan menyanyi dalam versinya yang tersendiri. Hahahahaha......

Ijal sedang menelefon dengan menggunakan GPS. Entah siapa la yang dihubunginya




Pokok yang tumbang semasa perjalanan pulang

Menikmati udara segar hutan yang nyaman dan sejuk

Kami selamat tiba di Masjid Kg Lasah dikala azan Maghrib sedikit lagi akan berkumandang. Pakcik2 dan adik2 dah ramai memenuhi masjid untuk solat Maghrib berjemaah. Kami bergegas untuk membuat pengurusan diri dan sempat solat berjemaah bersama2. Selesai semuanya, kami bergerak dari Kg Lasah dan menuju ke kedai makan di luar sinun. Kami berhenti makan di KFC Sg. Siput dan berpecah mengikut haluan masing2 dari situ.


Trip GBB ini telah memberi banyak pengalaman menarik. Alhamdulillah kami berjaga selesaikannya dengan selamat dan semuanya happy. Terima kaseh kepada GO-GO dan rakan2 semua yang lain. Jika ada salah sepanjang trip, minta maaf lah ye. Hihihihi...... Jumpe nex trip......

6 comments:

  1. hahahahha..gerah2..pnat r gelak..
    thanx ckgu wat blog besh ni..pnat yaya gelak.nice2

    ReplyDelete
  2. thanks ben..jasamu ttp ku knang...next trip ti ak call ko ag ea..tp jgn la tlis lam blog cm kt tas ni..segan laa ak..hahahaha

    ReplyDelete
  3. trip yang mempunyai line up best akan dikenang selamanya dalam memory....u all the BEST....

    ReplyDelete
  4. Salam sahabat! Tahniah..makin POWER blog ni dgn pics yg sgt BESH&enjoy...boleh pergi jauh bro..indah permai alam semulajadi ;)

    ReplyDelete
  5. rindu sume line up bila bac balik ^__^
    ~ Lin :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. paling rindu ialah teka teki....hahahahahahaha

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...