Di kala orang lain sibuk2 nak celebrate new year di ibu kota2 dan bandaraya2 megah seperti Kuala Lumpur, Ipoh, Johor Bahru dan Singapore, kami memilih untuk menyambutnya dengan aktiviti melihat kelip-kelip di Kampung Kuantan, Kuala Selangor. Nama memang macam kat Kuantan tapi kat Kuala Selangor. Ni koordinatnya 3°21'38.78"N 101°18'4.67"E. Haaaaaaa....zaman skrg kan GPS bagai2. So bukan hp zassssss......terus sampai. gi tuuuu....
Aku dan Din bergerak dari Melaka sekitar jam 5 petang. Singgah di Seremban untuk bergabung dengan Fadil, teman seKPLI masa di Maktab Perguruan Teknik. Di situ kami naik kereta Fadil sbb keta dia jimat sikit. Hihihi....
Seterusnya kami bertemu dengan rakan2 yang lain di restoran ikan bakar apa tah namanya. Area2 Kuala Selangor gak la. Mereka yang lain itu ialah Fida, Ery, Golok, Ara, Lin, Kawan Fida dan Salam. Memandangkan kedai tu ramai sangat orang, kami pun cari kedai lain.
Selesai makan kami pun bergerak menuju ke Kampung Kuantan di mana lokasi kelip-kelip dapat dilihat. Bagi sape2 yang xtahu tu, kawasan Kelip-Kelip ini mula terkenal selepas TNB membuat iklan Hari Raya tahun bile tah. Pastu mula terkenal.
Di jeti, kami ternanti-nanti pula 3 orang teman yang mahu turut serta. Mereka ialah Roza, Adha dan mmmm.....alaaaaa.....xhinggat la nama. Hihihihi....sorry.... Sambil tunggu tu kami bersnap2 la dulu kan. Macam biasa, aku la yg pulun dok snap pic diaorg ni kan.
Ini merupakan kali pertama aku melihat kelip2 yang begitu banyak. Selalunya tgk sekor dua ekor jer kat dlm hutan, Tapi kali ni, haaaaaa......banyak giler. Menurut pendayung sampan kami yang merupakan student UiTM tahun akhir jurusan Senibina ini, terdapat pokok yang menjadi makanan kelip2 tersebut. That y la banyak kelip2. Dah macam pokok krismas yang berkelip2 plak.
Sembil menikmati kelip2 dan bintang2 di langit, jam telah pun menunjukkan detik masuknya Tahun 2012. SELAMAT TAHUN BARU. Semoga masa dan peluang yang diberi Allah ini dapat dimanfaatkan sebaik2nya. Amin...
Selesai berkelip2 kami bergerak menuju ke Pantai Remis. Kami bercadang untuk lepak2 sambil berbual2 di situ. Aku tidur je dalam keta sebab ngantuk giler. Dia orang yg dok sembang2 kat luar. Jam 3 pagi aku terjaga pun diaorg masih dok bergelak tawa. Iskh3x...
Bak kata pepatah 'langit malam xselalunya disinari bintang2', hujan pun mulai turun dikala Subuh menjelang. Kami bergegas masuk ke dalam kereta dan menuju ke Masjid Jamek Sultan Ibrahim Kuala Selangor. Kami berehat sebentar menunggu Subuh.
Sesudah itu, kami berjalan2 seketika di Bukit Malawati. Bukit Malawati ni merupakan antara kubu pertahanan Tanah Melayu suatu ketika dahulu. Banyak kisah2 sejarah yang terdapat di sini. Kalu nak tahu, masuk la dalam muzium nya.
Penat musing2 di Bukit Malawati ini, kami pun lapooorrrr...... Kami putuskan untuk makan di MacDonald yang berdekatan. Saja nak makan mcD sebb konon2 Western la. Di mcD ni Adha, Roza dan temannya mohon berangkat awal sebab mahu ke Bukit Kutu. Bawa student mana tah. Tak hinggat. Apapun, tq for join us. AUTeM.
Dah penat mengenyangkan perut, kami merancang semula perjalanan kami. Salam ajak gi masuk Taman Alam Kuala Selangor. Area yang sama jer. Kat bawah Bukit Malawati tu jer. Trek Taman Alam ni berpusing sebenarnya. Pemandangan yang cantek gak benarnya. Dikatakan juga kawasan ini merupakan antara kawasan migran bagi beberapa jenis burung2. So bagi para peminta burung2, memang sesuai lah. Lagi satu yang menarik tentang Taman Alam ni, lokasi alamnya boleh untuk fotoshoot wedding. Serius lawa.
Kami berjalan sehinggalah sampai ke satu pintu pagar yang telah di kunci dari dimasuki oleh orang awam. Salam bertegas untuk masuk. Katanya dulu dia datang boleh masuk. Katanya lagi, jalan itu akan membawa kami ke hujung sana dan boleh menyaksikan pemandangan laut paya bakau. Ceritanya membuatkan kami teruja. Maka kami pun masuk juga.
Baru jer masuk terus ada halangan. Jambatan depan tu runtuh la plak. Maka bertungkus lumus la kami tuk melintasinya. Ada beberapa antara kami yang jatuh dalam lumpur tu haaaaa.....Hihihihi..... tq pada Ery, Salam, Din dan Padil yang berusaha membantu gadis2 kita tuk melintasinya. Aku snap pic jer. Huuuuu.....
Sian Fie haaa.... Dah la time ni dia pakai kasut HAND MADE dan HANDBAG BRABDED. Tak pasal2 kena berlumpur-lumpur kat paya ni. Aduuhhh.....
Kami pun sampai la penghujung jalan itu. Pemandangan tidaklah selawa dikatakan. Tapi boleh la nak layan2 kan. Sedang dok rileks2 tu, tetiba Din terpelosok jatuh ke bawah. Kayu2 bahagian dia duduk tu dah reput. Kesian Din. Habis basah. That time dia pegang camera Ery kot. Adoiiii.....dugaan2. Hihihihi.....
Bila dah berlaku macam tu, masing2 dah beware di mana berdiri. Ye la takut terjatuh jugak kan. Tanpa membuang masa, kami pun beredar dari situ.
Kami meneruskan perjalanan kami yang belum habis satu pusingan itu. Kami sempat menaiki menara tinjau bagi melihat kawasan sekeliling dengan lebih luas. Penat letih tidak dihiraukan demi kepuasan berjalan2. Haaaaaaa....betul ker? Hahahaha....
Kami menamatkan perjalanan kami sekitar jam 1 tengah hari lebih. Dari situ, kami mencari kedai makan. Lapor katakan. Kami makan di sebuah kedai makan Mee Udang terkenal kawasan itu. Katanya laa....tapi memang ramai orang pun.
Selesai makan, kami pun berpisah. Masing-masing ke destinasi masing2. Apapun selamat tahun baru dan jumpe di trip yang lain.
No comments:
Post a Comment