Mmmmm......nak mula macam mana ek? Tuk entry kali ni rasanya agak ringkas kot sbb trip ni macam trip revisit bagi aku dan beberapa teman yang lain. Selain itu, pic pun mungkin agak kurang kerana trip ni paling banyak DSLR. Dalam banyak2 DSLR tu, aku jer xleh record. Mean camera aku xberapa canggih berbanding mereka. Segan la sikit nak show camera kita kan. Haaaaaa......
12hb April 2012
Aku mula bergerak dari Melaka seorang diri menuju ke Putrajaya. Y Putrajaya? Haaaa...sebab nak park keta kat umah my friend kat situ. Siapa my friend kat situ? Xyah la nak tahu kan...( baget orang nak tahu...hahahaha...). Jam 3 pagi gak la aku sampai umah mmber aku. Agak kelam kabut gak sbb dah lewat kan. Flight jam 6.45 pagi. Kena masuk 2 jam awal.
Sampai jer terus mandi dan bergegas minta mmber hantar aku ke LCCT. So aku tiba di airport around jam 4 pagi lebih. Nak dekat2 jam 5 pagi gak la. Terus tepon tanya diaorg kat mana? Mana lagi port kalu x food court.
Berkenalan-kenalan dengan mmber2 yang join this trip. That time ader Salam, Chaer, Fida, Ery, Golok dan 2 gadis baru. Cantik orang nya. Haaaaaa......
Berbual2 sekejap pastu kami pun gerak menuju ke bahagian lagej ( xtahu spell bi ). Macam biasa beratur tuk masukkan haversack. Sambil beratur dok tunggu 3 lagi orang iaitu Emy, Yana n Husband.
Sambil jalan tu, Chaer dok Abg Edd...Abg Edd...Abg Edd nak bawa g jalan2. Aku pun macam heran, naper Chaer ni? Naper Abg Edd? Hmmm....... Dalam flight pun Abg Edd... Aku tanya, Abg Edd tu rancangan tv kartun ker? TV apa? Tak pernah tgk pun. Chaer kata Abg Edd tu rancangan Travelog AAsia. Owh...
Mmmm....trip kali ni trip paling singkat pernah di buang untuk trip obersea. So dari segi kelengkapan just bawa santai2 jer. Barang2 khemah xyah. Gadis 2 orang tu ( masa ni xtahu nama lagi ) bawa beg sekolah jer. Haaaaa....kalu tahu macam tu baik aku bawa lagi kecik. Huhuhuhu.....
Masa dalam aeroplane dok sebelah gadis yg xkenal. Pastu tanya nama. Oooo....panggil jer Amy. Nice to meet u. Tetiba kan. Pastu tanya2 la skit, rupa2nya dia lagi power. Dah gi Korea, Jepun bagai2 semua. No wonder la just bawa beg kicik jer. Ok fine. Zzzzz.....
...W E L C O M E T O S U R A B A Y A...
Selamat tiba di Bandara Juanda Airport. Xrasa teruja sangat sbb tahun lepas dah sampai sini. So jalan seperti macam dah biasa la kan. Hihihihi......
Setibanya kami di sana tidak disambut oleh saper2. Hahahaha.....sambil dok terpinga2 cari kumpulan yang dah sampai tu, kami dok bergelut sedikit dengan jejaka2 indo yang sedang menjuat kartu pulsa ( kat Malaysia kita panggil kad prepaid ). Dalam dok jual2 tu, mamat indo yang tahun lepas tu masih ader menjual kartu tu. Hahahahaha.....teringat dalam gambar tu. Hihihihi..... Dulu pakai baju warna biru. Hihihihi.....
Dalam beberapa minit kemudian kelihatan wajah yang dikenali, Wan. Mmmm....orang MALAYSIA gak Wan ni. Macam mana la leh jumpe kat sini kan. Hahahaha....selang beberapa saat, teman2 seperjuangan, Rifky, Joko dan Salim pun muncul. Kami bersalaman dan berpelukkan. Haaaaaaa....... Dengan ini maka kami pun bergabung dengan team yg dah terbang dahulu. Berikut adalah line up xpdc :
Salim ( Guider )
Rifky ( Guider )
Lin ( Gogo )
Pak Syed
Salam
Golok aka HOT guy
Chaer aka Abg Edd
Ben
Emily
Amy
Sa
Ery
Wan
Na
Na's husband
Dahu
Penky
Tanpa membuang masa kami pun bergerak menuju ke Ponorogo dengan menaiki bas yang telah ditempah khas. Kira agak selesa la kali ni berbanding sebelum ni. Hihihihi..... Jarak perjalanan hampir 200km dari airport.
Keterujaan jelas terbayang pada muke Abg Edd apabila mendapat air Soda Gembira | Menu aku simple jer tanpa sayur | Dalam xsedap2, ikan tinggal tulang gak | Oren, minuman kegemaran Ery
Perut mula berkeroncong. Kami benti makan di satu kedai makan otw tu. Aku pun xtahu apa kawasan situ. Masa tu baru bangun tidur. Mamai... keterujaan untuk makan memang tiada tandingan. Lin kata makan apa saja. Perghhhh.....terus kami bergegas tuk pilih makanan. Tapi bila dah nak pilih, masing2 terkedu sbb xtahu nak makan apa. Ye lah dia punya menu nampak macam sedap tp entah la....
Hasil makan kat situ, ramai yg kurang puas hati sbb xsedap. Xsedap mungkin pada selera tekak kami. Tgk orang indo lain senyum jer makan. Mean sedap la tu. Hihihihi.....yuk kita gerak kerna masih jauh.
Tidur...jaga...tidur....jaga.... Selamat sampai. Sampai mana? Hmmm.... Kami selamat sampai di SEKOLAH TINGGI AGAMA ISLAM PONOROGO. Haaaaaa...... Di sini kami disambut ceria oleh warga MAPALA PASCA. Actually xsangka plak di bawa ke sini kan. Di sini juga merupakan tempat di mana Joko dan Rifky menuntut ilmu. Haaaaa..... Joko dah habis S1 nya. Sekarang dalam proses ke S2. Manakala Rifky pula sedang menunggu pekerjaan. Institusi ini menawarkan jurusan bidang pendidikan. Fokus institut ini adalah melahirkan warga pendidik. Joko ambil jurusan BI manakal Rifky jurusan Syariah. Hah kau....syariah gi tu. Ai....macam dah salah topik ni. Ok2...sorry....
Setiba kami di situ, kami dijemput ke markas diaorg. Baguihnya diaorg ni sebab siap buat air dan bagai2 lagi. Siap buat banner lagi semata2 tuk ketibaan kami ni. Ya Allah....terharu giler. Tabik spring. Dalam kesempatan itu, kami solat terlebih dahulu.
Lepas gambar n solat Maghrib tu ingatkan dah settle, rupa2nya ader lagi makan. Alahai....baik nya. Makan panjang secara beramai-ramai. Adat pencinta alam memang makan reramai gi tu.
Dah konyang moh ler kita gerak. Kalu lama lagi kat sini nnt apa lagi yang keluarkan. Hahahaha......sebelum bergerak ada sedikit taklimat kecilan daripada beberapa orang penting dari kedua-dua belah pihak. Disamping itu, kaimi juga berkesempatan berkenalan dengan orang penting MAPALA PASCA. Beliau merupakan pengasas pertama MAPALA PASCA.
Makan sudah, solat sudah, berbicara sudah, berfoto pun sudah. Makanya jom la wei... Perjalanan menuju ke kaki gunung Lawu mengambil masa hampir 4 jam dengan jarak sekitar 48km SAHAJA. Hmmmm....... 48km jer tapi masa lama giler kan.
Kami tiba di pintu rimba Gunung Lawu ( 7°37'41.60"S 111°11'42.28"E ) sekitar jam 11 malam. Waaaahhhh.....cuacanya dingin sekali. Berkabus tebal. Best...!!! Packing2...
Kami memulakan pendakian dalam suasana yang dingin. Hujan tetiba turun. Mulanya renyai2 tp bertukar menjadi lebat. Waaaa.....basaahhhh.... Hujan yang lebat itu membuatkan kami terpaksa berteduh sekejap di sebuah pondok.
Hujan berhenti, kami menyambung kembali pendakian. Trek dah basah tp tidak menyukarkan kerana trek menuju ke puncak adalah berbatu. So tak la lecak. Kami mendaki selama hampir 6 jam setelah melepasi 5 checkpoint. Checkpoint 1 hingga 3 ada pondok manakala checkpoint 4 dan 5 tidak ader. Kami selamat sampai di checkpoint sebelum puncak ketika hampir Subuh. Kami rehat sebentar sambil layan sunrise.
Sepanjang pendakian, terdapat sebuah rumah. Dikatakan itu rumah merangkap gerai. Haaaaa....pada musim2 libur atau ada acara, kedai ini dibuka. Macam xcayakan. On trek ader kedai. Mudah la. Kalu kat Malaysia, kalu g trekking selalu kita macam main2 kata ader KFC kat atas la, MacD la. Haaaaa.....kat Indon dah ader benda tu. So kalu saper yang ponek tu, dont worry, kerna ada boleh berehat hilangkan penat sambil minum2 and makan2. Hah...mudah.
Dah settle layan sunrise, kami bersiap2 pula untuk menuju ke puncak dari lokasi yang kami rehat ini. Perjalanan kurang dari 30 minit. Jauhnya tidak terasa sangat sebab cuacanya yang sejuk dan sedap mata memandang gi tu.
Sampai di puncak, rehat sekejap pastu shoot2....
Perjalanan turun berjalan dengan lancar. Betemankan Golok yang ensem sepanjang perjalanan menjadikan suasana begitu ceria sekali. Kepada Golok, kawe minta maaf deh. Sorry la. Seb bek Golok maaf kan. Tq Golok...muah.
Sementara menunggu yang laian sampai, akmi sempat menjamu selera dengan makanan Indonesia yang dipanggil PENTOL. Haaaaaaaaa....cuba tengok muke Ery tu, dah pentol la tu sbb makanan tu. Sedap..... Mulanya aku ingat orang jual aiskrim. Dah la cuaca sejuk2 begini kan. Hahahahaha....
Mula2 makan tadi herge satu Rp 4000. Datang jer yang terkemudian ni, terus jadi Rp 5000. Cis...!!! Kami membuat penguurusan diri di masjid berdekatan tu. Seberang jalan jer pun. Yang mana kulit kebal tu, boleh la mandi. Aku tak ler mandi. Sekadar lap2 badan jer.
Destinasi seterusnya ialah Bromo. Katanya kita akan rafting kat sana nnt. Horeeeeyyyy... Dari Lawu, kami singgah di STAIN dulu bagi menurunkan Rifqi. Rifqi tidak dapat join kerna ada urusan. Seday gak la sbb Rifqi xjoin. Dari sana kami ditemani Maulana dan Pres PASCA.
Destinasi seterusnya ialah Bromo. Katanya kita akan rafting kat sana. Horeeeyyyyy....!!! Dari Lawu, kami singgah di STAIN bagi menurunkan Rifqi. Rifqi tak dapat join kerna ada urusan. Seday gak la sbb Rifqi xjoin. Dari sana kami Maulana dan Presiden PASCA yang akan ikut.
Makan malam kami di Ponorogo. Menunya ialah SATE. Waaaaaa......Chaer mcm biasa dari mula2 naik bas, 'Lin, lapar...', 'Lin, lapar...', 'Lin, nak makan...'. Haaaaa.....so malam tu kami di bawa makan sate. Horeeeyyyy...!!!
Bus parking, kami pun berjalan la kan. Kesian Wan sbb kena jalan jauh. Dah la kaki dia problem. Salah dia juga sebb ikut petua uncle yang kat Lawu tu. Uncle tu kata kalu nak lega lepas turun dari gunung, kena mandi air sejuk kat masjid tu. Maka, Wan pun mandi... Hmmmm......bukan semakin ok, tapi makin teruk ada la. Aiyaaaa.....
Berbalik pada sate yang kami nak makan malam. Tengah dok tunggu nak order, tetiba black out daaaaa..... tp xlama sgt, pastu ader balik. Order sate...... Mmmmm.....firstime tgk sate cam gini. Hmmmm..... Rasanya pelik sekali. Nak habiskan 10 cucuk sate tu agak seksa gak la. Lagi sekali citarasa teruji.
Selesai makan, kami pun naik bus.....zzzzzz....zzzzz..... Beberapa kali aku terjaga dari tidur. Jaga jer, masih dalam bus....jaga jer, masih dalam bus. Tak sampai-sampai lagi ker ni? Tidur balik......
14 April 2012... Maghrib terlepas, Isyak terlepas. Subuh pun terlepas. Mana tak nye, dari semalam gerak, sampai sekarang xsampai2. Yang ni meme kompius. Emily dok bagi2 roti dan air kotak. Lepas minum, aku terus poning. Rasa mabuk dan nak muntah. Dah macam dalam bot plak. Aku terus g depan supaya senang kalu nak muntah. Lama gak, pastu aku cakap kat driver nak g tandas. Padahal Pak Syed yang nak terberak. Syukur, kami benti kat sebuah stesen minyak.
Kat situ jer dah ambil masa sbb semua ader urusan dengan tandas. Haaaaaaaaaaaaaaa......... That time kami dah berada di kawasan Kota Wisata Batu. Suddenly aku dgr Salam kata akan rafting kat sini. Hahhh....!!! OH MY GOD...!!!
Kami diturunkan di hadapan sebuah kedai rafting. Barang2 semua turun kerna itu bus last. Pasni naik angkutan jer. Tanpa membuang masa, kami pun bergegas tukar pakaian basah. Ambil kelengkapan rafting seperti helmet dan life jacket. Then dengar taklimat...
Ok, selesai bab rafting. Seronok atau tidak, layan kan ajer. Seterusnya kami akan kembali ke Kota Malang iaitu ITN. Dari Batu, kami menaiki angkutan. Masuk ramai2 dalam tu. Hihihihi.... Kami sampai di ITN sekitar jam 1 tengah hari lepas ( jam Malaysia ). Kami membuat pengurusan diri kerna lepas ni nak g shopping. Yeaaahhh......
Lunch? Owh...lunch kami bungkus jer kat kedai lalapan ayam tu then makan kat ITN. Kat ITN ni nostalgia sikit sbb dulu pernah datang tahun lepas. Masa tu firstime berkenalan dengan HIMAKPA. Hihikhik.....
Memandangkan waktu flight pulang tidak sama, maka putuskan untuk shopping dulu agar lebih mudah dari segi transport. Macam biasa, antara lokasi atau barangan yang hendak dishoppingkan ialah outdoor stuff. 4 atau 5 kedai gak la kami pergi. Duit banyak, so macam2 beli. Hihihihihi....
Settle semua, dah happy2 shopping, kami kembali ke ITN untuk packing2 barang. Malam ini kami cuba untuk sampai ke Bromo. Dari ITN juga kami akan naik angkutan yang sama. Salim dah kautim. Kami bergerak selepas dinner kat kedai biasa tu. Owh tidak lupa, kami sempat bertemu dengan Joko dan Budong. Teman masa pergi Arjuna. Yeaahhh.... Dah maju dah Budong skrg. Siap pakai Samsung yg besar tu lagi. Benda apatah panggil tu. Yang macam iPad tu. Untung laaaa....
14hb April 2012...
Impian untuk makan bakso paling sedap di Tumpang tidak kesampaian. Kami tiba di sana agak lewat. Jam 2 pagi kot. Plan asal nak terus ke Bromo tapi tukar sbb masa dah lewat. Kami bermalam di rumah driver 4x4 yang akan bawa kami Bromo tu di Tumpang. Kami akan berehat dulu sehingga jam 4 pagi.
Owh, our Gogo and Pak Syed xjoin g Bromo sbb ader urusan sikit. Salam takeover....
Di rumah ini terjadilah satu peristiwa di mana membuat semua orang ketawa terbahak2. Chaer aka Abg Edd mimpi. Sedang tidur tu tetiba,'Hoi..!!!' sambil mengayunkan tangannya terkena Ery. Ery terus bangun. Pastu tetiba gelak terbahak2. Bila di tanya, katanya, dia mimpi rafting tadi. Yang tangan tadi tu dia macam libas padel gi tu lah. Mungkin nak cedok air guna padel nak basahkan mmber yang lain. So kejadian itu telah memecahkan keheningan pagi itu. Peristiwa ini juga menunjukkan bahwa Chaer betul2 happy sepanjang rafting...TAHNIAH...!!!
Jarum jam belum lagi jam 4 pagi, kami dah bersiap2 dan packing2. Takder apa nak di packing sangat pun. Kami tak bawa apa2 kecuali sehelai sepinggang. Banyak barang kami dah tinggal di ITN. Sejuk2 tu kami pun bergerak dengan 2 buah 4x4. Ada duduk, ader berdiri. Mula2 tu xsejuk lagi. Pastu bile dah semakin tu, haaaaaaa....kan. Memang sejuk la. Teringat masa datang tahun lepas.
Apa yang membuatkan aku suka time2 ni ialah cuacanya yang dingin dan damai sekali. Serius..... Masa lalu area kampung tu ader sekumpulan penduduk dok mengelilingi bara ramai2. Mungkin rukun tetanga kot sambil lepak. Tgh layan tu tetiba 4x4 aku tu berhenti di satu lokasi siap bawah lampu jalan lagi. Sekali tayar dia panjit daaaaaaaaaaaa.......
Kami turun untuk abg driver tukar tayar. 4x4 yang belakang tiba tidak lama selepas itu. Lepak sekejap sambil tunggu ditukar. Dingin amat...... Ok dah siap, kami pun cont. our journey. Kalu tadi kami naik bukit, skrg turun pula. Dalam kegelapan ini memang xnampak apa2 lah kan. Tapi bg mereka yang pernah melaluinya, ini ialah kawasan yang dinamakan Teletubies.
Setelah beberapa jam terhuyung hayang atas 4x4 tu, kami pun sudah memasuki kawasan Bromo. Dari jauh kelihatan lampu2 di atas bukit sana. Kami tidak menuju ke sana. Di satu simpang, kami terus mengambil laluan menuju ke Pananjakan 1. Dalam gelap tu xnampak la Gunung Bromo. Actually kami melalui depan Gunung Bromo.
Kalu tahun lepas aku ke Pananjakkan 2 di sana, kali ni aku ke Pananjakan 1 pula. Perjalanannya lebih jauh sedikit dan laluan ke puncak jugak agak seram sebb gaung. Tapi gelap, so xnampak sangat. Dingin tetap dingin.
Alhamdulillah, kami selamat sampai dan parking sekitar jam kurang 6 pagi. Suasana di puncak ramai orang. Kenderaan bermotor juga tidak kurang banyaknya. Macam biasa, kat atas tu ader la kedai2 minum dan kedai2 makan. Bagi mereka yang kesejukkan, ader perkhidmatan sewa jacket. So dont worry.
Seterusnya kami ke View Area. Sesak gak la. So aku macam malas2 nak berasak2. Diaorg ni berpusu2 nak snap pic sunrise. Macam2 jenis camera keluar. Paling banyak camera HP Blacberry. Waaaaaaaa............ Aku tak la teruja sangat nak snap sunrise tu sbb sama je mana2 pun. Hmmmm....
Lama sikit baru berpeluang snap pic Bromo, Batuk dan Semeru. Yeaaahhhh....!!! Keindahan? Superb. Tak tergambar dengan kata2. So layan let pic story k. Hihihihi....
Kelihatan Semeru sedang meletus
Jika diikutkan perasaan, macam belum puas menikmati keindahan alam dari Pananjakkan 1 ini. Namun masa begitu mencemburui. Kami menamatkan foto2 di puncak sana sekitar jam 7.00 pagi. Seterusnya kami akan pergi ke Gunung Bromo.
Perjalanan turun begitu damai dengan cuaca yang dingin. Di tambah dengan pemandangan yang tidak kelihatan pada pagi yang gelap tadi. Sesuatu yang tidak dpt digambarkan dengan kata2. Malah lensa dslr juga tidak mampu merakamkan keindahan ciptaan-Nya ini.
Kami selamat parking. Sebelum berjalan or berkuda menuju ke Bromo, kami mengisi perut terlebih dahulu dengan roti dan air kotak. Macam2 perisa. Pilih jer mana satu nak k.
Kelihatan sekitar Bormo ini masih diselaputi debu2 putih akibat letusan dari Bromo tahun lepas. Tahun lepas Bromo ini pernah meletus pada sekala yang agak besar sehinggakan amaran berpindah kepada semua penduduk kawasan sekitar.
Terdapat tiga pilihan kepada pelancong yang ingin menuju ke kaki Bromo. Pertama dengan menggunakan kedua-dua belah kaki untuk berjalan menuju ke kaki gunung. Kedua boleh menaiki kuda yang disediakan. Bukan free tapi bayar ye. Ketiga ialah menaiki speda ( motosikal ). Tu juga berbayar. Hikhikhik.....Tepuk dada tanya selera. Tetiba plak kan...hahahahaha.....
Contoh mereka yang menaiki kuda
Setiba di kaki, perlu pula menggunakan tangga untuk naik ke puncak. Dua lane jer. Turun dan naik. So berhati2lah ye. Orang agak ramai la that time.
Setiba di lereng puncak Bromo, memang gayat. SERIUSSSSS........ Firstime aku tgk Chaer gayat. Hahahahaha...ingatkan tak takut. Hmmmm...... Walaupun gayat, gambar xnak kalah.
Jelas terbayang kegayatan Chaer
Kuil Hindu
Bagi mereka yang berani banyak, boleh la meneruskan perjalanan menuju ke puncak Bromo yang lebih tinggi dari sini. Nampak tak yang hujung nuuuunnnnnn......haaaaaa....sana tu ader bendera Indo kot. P la sana kalu berani. Tapi kalu tergelincir jatuh dalam lubang kawah Bromo ni, nasib la kan.
Selesai sudah lawatan kami di Gunung Bromo. Kami bergegas untuk pulang semula ke Malang. Ini berikutan terdapat mereka yang akan pulang awal. Tiket awal. Xsama time.
Dalam perjalanan pulang itu, kami sempat berhenti seketika di kawasan yang dinamakan Teletubies. Aku pun xtahu mana dapat nama tu. Tahun lepas datang xsempat nak snap2 kat situ, so kali ni peluang tidak dilepaskan. Taman Nasional Tengger ini luas dan sangat indah.
Selamat tiba di ITN Malang sekitar jam 2 petang waktu Malaysia. Kami segera membuat pengurusan diri untuk pulang. Sbelum pulang seperti biasa kami akan bulatan dan buat ucapan sikit2. Huhuhuhu....bila nak pisah seday la skit. Huhuhuhu.............
Ayat yang biasa kita dgr, 'Setiap yang bermula, pasti ada perpisahan'. Sesungguhnya kami dari Malaysia sangat2 berterimak kaseh kepada semua sahabat MAPALA atas segala pertolongan sepanjang kami berada di Bumi Indonesia. Tanpa kalian, mungkin sukar kami untuk berjaya. Itulah untungnya sahabat Alam. Kita sama2 mencintai ALAM.
Terima kaseh juga buat kita punya Gogo, Saudari Haslinda atas kejayaan trip ni. Tidak lupa Abd Salam yang sangat banyak membantu. Minta maaf sekiranya gurauan saya dan rakan2 mengguris perasaan. Walaupun trip kali ini agak rushing, namun kepuasan tetang di rasai. Bukan mudah untuk memenuhi kehendak semua orang. Yang pernah jadi gogo saya yang memahami. Sampai jumpa next trip..... Amin.
bestnya :)
ReplyDeletehihihihihi....
Deletekapan2 jumpa lagi yaaa.....
ReplyDeletePOnorogo peole