Penat GBB belum hilang, datang plak xtvt baru. BENUM...... Mula nya memang xplan pun nak join sebb kena balik report ke pejabat dengan seberapa segera. Sok sek...sok sek...sok sek... terjoin la plak kan. Hmmmm..... Owh, trip ni anjuran AMT bersama2 Pak Syed.
Mulanya dok pikio2 gak, Benum ni gunung apa kan? Macam best tapi kurang info about that kan. Tetiba omputih plak. Sorry. Tapi terdengar juga masa kat Gerah, diaorg sebut pasal 7-11. Punya la pikio apa la yang 7 11 tu? Hmmmm.....Ooooo.....Rupanya2 ader 4 gunung dalam kumpulan tu apabila bergabung ngan G7 akan menjadi 11. Haaaaaa....betul ker? Mmmmm....ok la tu kan.....hihihihihihi..... Jom usha log perjalanan aku untuk melengkapkan gunung 7 to 11 ni.
Seperti biasa dan mmg dah biasa dah pun, kami pool car dan terus bergerak menuju meeting point yang telah dipersetujui. Group aku bersama2 Bino, Shahrul, Hakim dan Joe agak kelewatan akibat permasalahan masa nak gi ambil Joe. Voice Navigation pun kurang bertindak cemerlang that night. Hmmmm.... Malas story panjang2 sbb nnt xhabis.
Kami tiba di Masjid Qariah Sungai Chalit (3°45'28.89"N, 102° 0'22.31"E), Raub, Pahang awal pagi, 27 Januari 2012. Kami buat pengurusan diri dan repacking di masjid tu sementara menunggu 4x4 datang.
Ingatkan xyah 4x4 bagai2, rupa2nya kena gak. Permulaan trek tu macam ok2 sebab melalui ladang kelapa sawit. Tapi dah tengah2 tu, bukan men teruk lagi. Macam nak patah pinggang. Mujur xjauh sangat tapi azab la gak. Mmmm.....
Bukan kata CUS jer problem trek balak sampai 4x4 stuck. Haaaa....Benum ni pun. 4x4 just sampai kat sini jer sbb dah xmampu nak mengharungi selut2 tu. So kena la jalan kaki ye.
Koordinat Air Terjun Lata Berembun adalah 3°46'57.79"N, 102° 3'50.61"E
Perjalanan dari 4x4 sangkut ke starting point tidak la jauh sangat. Sikit je depan tu. Sebelum memulakan perjalanan ini, kami mendengar sedikit taklimat daripada our guider iaitu sandara Azaman. Member2 AMT dan Pak Syed gak. Beliau juga merupakan teman sepersekolah Bino sewaktu kecil dahulu. Sekampung rupe nye. Hmmmm....
Dalam taklimat tu baru aku tahu bahwa, ader laluan lain selain dari laluan ini untuk ke Benum. Satu lagi laluan ialah melalui Taman Negara belah Ulu Cheka sana nun. Bila sebut Taman Negara ni, faham2 jer lah. Selain permit, akan ada bayaran tuk memasukinya sama macam nak gi Gunung Tahan.
So laluan jimat, adalah melalui trek ni lah. Sebelum memulakan pendakian, kami baca doa dulu. Bacaan doa dipimpin oleh Ustaz Joe. Hihihihihi....
Tak sangka, awal2 dah kena randuk air
Trek tidak sesukar mana. Kebetulan cuaca pun baik. So trek kering. Tu yang senang. Pacak tu xder la pacak2 sangat. Entah la. Aku pun xtahu nak explain macam mana treknya. Rasa mcm sama jer mana2 nek gunung. Puncak kan kat atas. Mesti la mendaki. So dont worry lah.
Trek just menyusuri air terjun jer. Pas sejam pendakian, kami berhenti rehat.......
Penat sangat Joe
Kami berhenti berehat sejam kemudiannya dan meneruskan kembali pendakian untuk ke next R&R yang lebih kurang sejam lebih pendakian dari situ. Di situ kami berhenti berehat untuk lunch dan solat. Lokasi tersebut juga merupakan last waterpoint sebelum sampai ke puncak.
Kami ada juga berbincang samada hendak meneruskan perjalanan atau bermlm sahaja di situ. Bincang punya bincang, meeting punya meeting, kami meneruskan perjalanan dengan memikul air. Kena ikut cakap guider ok. Pendakian dijangka memakan masa lagi 3 jam. Ada lagi sumber air kat atas sana tu lebih kurang 20 minit pendakian. So kita kira sekali la kan. Yang atas sana nu, korang kena turun2 nak g ke air tu. Kalu yg biasa ni, biasa2 jer. So pilih la mana satu. Punca airnya pula tidak la besar sangat.
Kurang jam 6, kami selamat sampai di Kem Bulat. Haaaaaaa.......nama KEM BULAT. Hihihihihi.... Alhamdulillah sepanjang pendakian, cuaca begitu baik sekali. Oh ya, dalam perjalanan tadi tu kalu xsalah aku, akan melintasi 3 kali sungai kot. Xsure la dan tak ingat. Yang pasti cross sungai la.
Sampai di campsite, kami terus mendirikan khemah dan membuat pengurusan diri...
Masa otw trekking tu, aku memang dah tekat, sesampai jer kat kem, aku nak buka baju. Nak tengok samada aku tahan tak dengan sejuk di kem. So mmg aku buat la masa kat puncak. Masa tu xhinggat bahwa Eja ader. Ingatkan semua lelaki. Tapi xper. Eja ok jer. Hahahahaha...... Perut dah boncit.
Suasana malam di Kem Botak tidak sunyi. Kami berbual2 dan bermain teka teki. Kalu aritu masa kat Gerah, Lin yang dok jual teka teki, tp malam di Kem Bulat, kami berjumpa sifu segala teka teki. Sapa lagi kalu bukan Pak Syed dan AMT. Dia org bawa macam2 teka/i.... Ayat dia, INI ADALAH UJIAN PENGLIHATAN.... Itu je yg diaorg kata.
Esok pagi 28hb Januari, kami bangun awal tuk membuat persiapan menuju ke puncak. Awal tak awal sangat la. Hahahaha.....
Sepanjang pendakian cuaca sangat baik dan nyaman. Trek plak terang dan tidaklah terlalu sukar. Terdapat beberapa kawasan trek yang sangat indah dan gayat. Haaaaaa....yang gayat tu yang kat area batu besar dan ader lubang yang sangat dalam. Huuuuuuu.........
Tanda bahwa anda sudah menghampiri puncak ialah tag berwarna kuning kehijauan ini. Ini merupakan tag dari Taman Negara belah sana punya. So kalu nampak je yg ni mean, mmg dah xjauh lah ye. Teruskan uasaha.
Ada la dok tengah trekking2 tu tetiba si Bino ni dok tanya macam2 plak. Mula2 tu sikit jer, pastu makin banyak plak. Bila aku xjawab, dok tanya lagi. Ah! dah macam Chaer plak si Bino ni. Eeeee...... Ingatkan dah habis, ader lagi solan. Antara yg aku masih ingat dia tanya naper aku suke daki gunung. Eeeeeeee..... entah apa2 solan kan. Tengah mental la tu. Aku bukan boleh orang dok tanya2 waktu trekking sbb nnt aku pun MENTAL..... Arghhhhhhh.....!!!
Alhamdulillah, kami selamat sampai di beirut puncak Benum sekitar jam 1 tengah hari lebih. Rileks2 kejap dengan berfoto2. Tunggu orang belakang sama. Mula trekking dari bawah, sampailah puncak, tidak ader pemandangan yang menarik k. Nak kata kecewa tu xder la sangat.
Walaupun xder view, treknya yang cantik sudah cukup membuatkan xpdc kali ini menarik pada pandangan aku. Orang lain xtahu la. Dengan sampainya aku dan kami yang lain, maka lengkaplah siri gunung 7 to 11. Haaaaaaaa....... gembira tak? Perasaan? Hmmmm....xrasa apa2 kot. Rasa mcm biasa jer..... Hahahahahaha...... boleh jawapan gi tu? Buleeehhhhh....
Mereka yang K-Pop
Perut tu sila cover sikit
Kami bersantai2 sambil masak maggi dan buat air teh di kawasan lapang. Nice place at there. Sesuai sgt tuk campsite. Rata.... Cuma air je la kan. Sambil rehat2 n makan2, kami sambung ber test2. Kali ini lebih mencabar. AMT master nya saper lagi kan.... This time juga akhirnya aku berjaya meneka pemainan sudu dan batang kayu tu. Tq pada Eja kerna kasi klu. Eja juga merupakan antara student paling pick-up dlm teka/i dari AMT dan Pak Syed ni. Hihihihi.....
Agak pelik teknik ni. Senaman biawak namanya
Bagi teka/i 'INI UJIAN PEMERHATIAN' teknik seperti ini sangat membantu untuk mendapatkan jawapan. Dengan teknik inilah Bino berjaya memecah kod sudu di atas. Tahniah Bino. We pround be ur friend...
Tahniah !!!
Waaaaa.....gembira ek u all. Mana tak gumbira sebb santai sangat diaorg ni. Pasni ni bermalam lagi kat Kem Bulat. So apa kisah kan. Huray2 la.....lama gak kami lepak puncak ni. Selesai foto2, sekitar jam 3, kami mula ngorak langkah menuruni puncak menuju ke campsite.
Muka pewai oleh Bino
Dalam sangat ni. So jaga2 ye
Kami selamat sampai di Kem Bulat semula dengan riang nya. Kami membuat pengurusan diri dan sebagainya. Hari pun malam.....
Malam tu sambil masak2, ada plak yang kata macam nampak SOMETHING lalu kawasan khemah ni smlm. Hmmm...ada2 ajer kan. Seram rasanya. Sambil2 tu aku kasi teka/i paling susah. Nak tahu tak teka/i apa? Susah sampai Joe pun xbuleh jawap. Aku tanya, DALAM BANYAK2 BINATANG, BINATANG APAKAH YANG KERIS DI KAKI? Haaaaa...korang boleh jawap? Hanya mereka yang sekolah kampung jer yg tahu k. Sekolah2 bandar macam Joe xtahu. Hahahahaha.....
Selain itu AMT dan Pak Syed ajak main lagi game. Antaranya BENDA APA YANG BOLEH DI BAWA KE BULAN? Hahahahaha......so pada Hakim dan Salleh tu, cuba tahun lain k nak ke Bulan. Hahahaha...... Masih ingat ayat Hakim, ' Napa Salleh boleh bawa, aku xleh bawa'. Hahahahaha..... Sian kena tinggal.
29 Januari 2012... Hari terakhir. Kami memulakan perjalanan sebaik sahaja selesai membersihkan kawasan perkhemahan.
Pelajar bermasalah
Dengan keadaan trek yang begitu baik, perjalanan turun kami berjalan dengan lancar. Kami tiba di starting point seawal jam 3 petang. Haaaaa...awal sangat. Tapi x awal gak la sbb dah janji ngan 4x4 jam 4 petang rasanya. Masa2 yang banyak itu, kami masak lunch dan mandi manda. Masing-masing dengan penuh peraan riang dan ria. Haaaaaa......
Jangan main jauh2 Eja
Lebih best menyaksikan otai Qabil pakai seluar trekking. Rare giler. Lagi rare lagi suke dia pakai. Ni dia pakai sampai puncak dan turun semula k. Hahahahaha....
Sebelum berpisah, kami buat round table. Konon2 sesi luahan perasaan gi tu. Tapi alhamdulillah la sebb semuanya komen yang baik2 dan seronok join this trip. Ye la kan, takkan nak kata xbest kan. Cari pasal la tu. Nanti xleh ikut dah kalu komen yg bukan2. Hahahaha.....
Trip ni walaupun hanya Eja jer sorang, namun tidaklah mengecewakan sgt. Line up semua ok. Tidak memberi banyak masalah. Cuaca plak sungguh baik. Terima kaseh pada semua yang terlibat. Tahniah kepada mereka2 yang berjaya melengkapkan kumpulan gunung 7 to 11. Semoga terus berekreasi. Jumpe nextrip k.....Assalamualaikum...
SAlam ,boleh beri number guider x???
ReplyDeletesaudara sudah ada tarikh untuk trip tersebut?
Deleteok...boleh kontek Dee Hiking 0132894232..... hihihihihi
ReplyDelete