23.9.12

--- bErsantai-sAntaian di bUkit kUtu ---

Bukit Kutu? Hmmm... nice. Ok ON!

Bak kata Ery, "2 jam jer..." Jom layan Bukit Kutu.  Atas usaha Ery yang gigih itu, maka dapat dikumpulkan beberapa orang rakan yang ingin menyertai trip ini.  Dalam trip ini kita:

Ery
Acap
Tetikus Keegoan
Syafiq
Syukri
Ihsan
Chaer
Golok
Nas
Intan
Nur Shazriena
Ezaty Fazira
Ben

Kami pergi by car pooling jer.  Ada Navara, Saga, Neo dan MyVi.  Meet Point telah ditetapkan iaitu di R&R Sungai Buluh.  Pergerakkan seawal pagi sekitar jam 3.00 pagi.

Yeah..!!! Aku orang first sampai di situ.  Lama menunggu Ery dan lain-lain, aku tertidur sekejap selepas makan Mac'D punya kentang goreng.  Jam 4 pagi lebih2 gitu, mereka pun sampai.  Tanpa membuang waktu yang dah lambat itu kami pun bergerak.  Chaer naik ngan aku.  Ery drive MyVi seolah2 tak cukup highway. Memandu dengan penuh emosi katanya.  Emoooo...

Kami exit di Tanjung Malim dan bertemu dengan member2 Ery yang akan join this trip.  Salam2 n kenal2, kami pun terus ke Pekan Kuala Kubu Baru.  Singgah makan kat kedai mamak yang 'femus' di situ.  Femus mean, itu je kedai yang 24 jam yang ader.  Hmmm.....

Selesai makan, kami ke masjid berdekatan tuk Subuh dan persiapan diri.  Selesai jer, kami pun bergerak menuju ke pintu rimba Bukit Kutu.  Ambil jalan untuk menuju ke Fraser Hill.  Then akan jumpa satu simpang belah kanan selepas satu jambatan.  Simpang tersebut merupakan simpang menuju ke Perkampungan Orang Asli Perta (3°34'50.58"N, 101°43'46.50"E).  Ke depan sikit sana dan parking.

Dah parking semua, sebelum memulakan pendakian, kami panaskan badan sikit dengan diketuai oleh saudara Nas.  Dia mmg dah terlibat dalam dunia memanaskan badan ni agak lama.  Cuma kurang menonjol. Kurang publisiti gi tu.  Apapun dia nice guy ok.  Dah terasa panas, baca doa plak.  Tiada yang layak untuk memimpin bacaan doa, tak lain tak bukan ialah Ustaz Ery.  Walaupun dia drive td mcm orang gile, tp dia still mampu baca doa.

Ops terlupa nak khabar yang dalam trip ni kita ada orang paling ensem iaitu Golok.  So kalu nak kenal2 tu leh la add kat fb dia.

Permulaan langkah pendakian macam biasa2 jer.  Ader melalui 3 anak sungai kalu tak salah.  Mula2 tu boleh elak2 tak nak basah kasut.  Ader satu sungai tu mmg kena redah la.  Trek yang mulanya santai, mula pacak. perjalanan kami bermula sekitar jam 8.00 pagi.  Kami berehat di beberapa port bagi menghilangkan penat sambil menunggu rakan yang di belakang.

2 jam berikutnya kami sampai di CP 4.  Disini terdapat satu gua kecil melalui celahan susunan batu.  Dalam trek tadi ader sorg mmber tu injured.  Krem katanya...  Seb bek kami ader paramedic iaitu saudara Chaer.  Pengalamannya sangat luas dalam dunia medic2 ni.

Langkah seterusnya tidak semudah yang di sangka.  Santai tak santai sangat la.  Trek dia cerah jer cuma pacak.  Arghhhhhhh...........

Setengah jam dari CP 4, kami sampai di satu batu yang sangat besar.  Keadaannya ala2 Gua Azan, Gunung Batu Putih.  Tapi yang ni batunya lagi besar.  Luas dan boleh berteduh dari hujan.  Di situ kami bertemu dengan satu group pendaki yang dalam perjalanan turun.  Rasanya mereka camping di puncak.  Bersama-sama mereka ader budak kecil yang sangat comel.  Aniq namanya.  Anak kepada pasangan pendaki.  Umur sekitar 4 tahun kot.  Maknya masukkan dia dalam beg hiking.  Galas kat belakang.  Waaaaaa...so sweet.....

Sambil menunggu rakan2 yang lain di belakang dan Chaer yang dok gayut tu, tiba sorang pendaki tioghua.  Berbual sekejap dan meneruskan pendakian.  Aku dan Golok join that guy.  Pacak dan terus pacak, aku dan Golok pun selamat sampai di puncak sekitar jam 11.30 pagi.  Alhamdulillah.......

Di Bukit Kutu ini terdapat sebuah peninggalan sejarah sebenarnya.  Cuma detailnya aku tak berapa pasti.  So u all cari sendiri lah ye info nya.  Apa yang pasti, terdapat sebuah corong batu di Bukit Kutu ini.  Lain2 menumen tidak kelihatan.

Dalam dok tunggu tu, tertidur sekejap...zzzzzzzz

Towing....towing...towing....

Aku terbangun apabila terdengar suara pendaki2 tioghua lain tiba.  Mana la yang lain ni kan.  Dah lama tunggu, sampai la yang lain sorang demi sorang.  Nasi lemak menjadi hidangan tengah hari kami di puncak.  Berselera sungguh kami makan.

Acara seterusnya bergambar dipuncak.  Haaaaa.....yg tadi tu bukan la puncak.  Yang tadi tu campsite.  Hihihihi....  Tak jauh pun.  Macam Gunung Datuk.  Puncaknya adalah batu kat atas sana.  Aku naik separuh jer.  Yang atas sekali tu malas.  Hihihihi......  Bukan malas tapi gayat.

Selesai gamba2 segala, sekitar jam 2.30 petang, kami mula menuruni Bukit Kutu.  Dari atas puncak lagi, cuaca dah mula mendung dan menunjukkan tanda-tanda hujan akan turun.  Kami mempercepatkan langkah. Tak sampai setengah jam perjalanan, hujan pun turun dengan lebatnya dan angin kuat.  Kedengaran buluh2 bergesel dek tiupan angin.  Ngeri rasanya takut-takut ditimba pokok tumbang dan patahan buluh.  Dah lama rasanya tak alami suasana begini.  Nostalgia sangat.  Hujan, lecak, dan basah kuyup.

Nas, aku dan Golok sampai di batu besar.  Di situ terdapat kumpulan pendaki tioghua tersebut.  Mereka berhenti berteduh.  Beberapa minit kemudian rakan2 kami yang lain sampai di batu besar tersebut.  Kami putuskan untuk meneruskan perjalanan alang-alang basah kuyup.

Kemudian kami pun sampai di satu anak sungai.  Kami berhenti berehat dan menunggu semua rakan-rakan lain tiba.  Ini berikutan paras dan kelajuan air anak sungai itu dah meningkat.  Kelihatan agak berbahaya.  So biar cross sama2.

Penantian satu penyiksaan.  Kumpulan tioghua telah sampai dulu dan mereka cross that sungai.  Hampir sejam gak kami tunggu, maka 3 rakan kami yg di belakang pun sampai.  Terus berpegangan tangan dan cross sungai tersebut.

Selepas sungai tu jer, masing-masing dah laju.  Dah nak sampai katakan.  Dah tak sabar2.  Alhamdulillah, semuanya selamat sampai di parking sekitar jam 6 petang.  Kami kembali ke masjid di Kuala Kubu Baru untuk membuat pengurusan diri.  Kembali ke Kuala Lumpur, makan dan balik.

Jom layan gambar-gambar pula.....
























































6 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...