21.11.12

--- Gunung Murud, Boring...Boring...Boring ---

Cuti sekolah akan bermula xlama lagi, maka bermacam2 la trip yg diatur oleh member2 di luar sana.  Ada yang nak g obersea, dan ader juga just area Malaysia2 jer.  Trip mendaki, pastinya akan bersepah2.  Dalam fb banyak la dok invite join their trip.  Kannnnn....!!!

Dalam banyak2 invitation tu maka telah ku pilih satu trip yang dianjurkan oleh Abg Jept dan Loe Bomba.  Trip menerokai Gunung Murud, Sarawak.  Waaaaaaa......best ni.  Berikut log dan gambar2 yang sempat aku titipkan tuk entry kali ini.

Day 1 11 November 2012
Berkumpul di LCCT.  Tiket fligt jam 7.20 pagi.  So kena berkumpul untuk check-in awal 2 jam.  Aku tiba di sana sekitar jam 5 pagi.  Trip line up is Abg Jept ( ketua kontijen ), Loe ( Naib ketua ), Awin, Ayen, Abg Bauk, Shakey, Kak Min, Fitri dan Saiful. Setibanya aku di sana, aku bukanlah yg terakhir sampai ok. Ader lagi yg lambat. Selamat aku. Aku salam2 ngan diaorg semua sbb xkenal dan xpernah trekking pun ngan diaorg kecuali ngan Abg Jept dan Abg Bauk.

Dah2, jgn manyak celoteh, jom check-in bagasi........



Settle bahagian bagasi, kami selesaikan dulu solat Subuh dan menunggu di bahagian pelepasan. Kami beratur dan berjalan ke kapal terbang dan bersedia untuk take off.






Makan ni jer atas kapal terbang sbb xmampu.

Kusyuk konon.

Waktu flight crew dok bg tip2 keselamatan, nyonya ni selamba jer buat xreti. Konon kusyuk giler baca buku. Seat belt pun xpakai. Dalam hati ku, kalu aeroplane ni crush, mmg aku xselamatkan ko. Baru ko tahu. :P


Penerbangan mengambil masa hampir 2 jam dan kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Miri, Sarawak. Rasa bersyukur sangat sbb selamat sampai. Teruja? Tak sangat sebab masih dalam Malaysia. Cuma cuaca di Miri panas sangat. Omg....

Dengan menggunakan kabel Loe, kami akan menginap di rumah En. Nazri. Seorang pegawai anggota bomba yang berpangkat jugak la. Actually, ketibaan kami ini turut menggunakan jasa baik En Nazri datang mengambil kami dengan van bomba. Tq En Nazri.


Kami makan tengah hari di sebuah restoran makanan Indonesia yg ala2 wong solo tu. Kemudian kami ke Giant untuk membeli kelengkapan ration. Terkejut gak kami sbb hergenya boleh dikatakan mahal 2x ganda dari herga Semenanjung. Redha je. Sebelum pulang, En Nazri membawa kami melihat drift show. Tak lama sangat sbb panasnya, masya-Allah. Miri is MAHAL n PANAS. Sekian. Jom balik berehat.


Malam di rumah tersebut, kami membuat persiapan dari segi ration dan taklimat dari Abg Jept selaku kapten. Tak lupa, setiap peserta kena sign AKU JANJI ok. Mmmmm..... langkah berjaga2 sangat. Curlazzzzz...... nak nek gunung pun ader AKU JANJI. Korang ader?


Aku Janji


Day 2 12 November 2012
Ok2....cergas2. Pagi itu kami bangun awal untuk menuju ke airport kerna flight ke Bakelalan ialah 7.45 dengan menggunakan MAS WING. Seperti biasa kami melalui prosedur yg telah ditetapkan tapi ader sedikit masalah pabila gas xlepas. Omg........ Plan B diaktifkan dan berjaya. Oh terlupa. Ade timbang berat orang ok kali ni. Setiap orang akan diambil berat masing2.



Ketika di ruang pelepasan, aku sempat melihat MAS WING punya foker. Dah berdebar2 plak jantung ku. Layan jer lah. Buat2 mcm xtahu apa2. Hahahahahahahahahaha......






Saiznya yg kecil membuatkan foker ni mudah bergoyang takkala membelah awan. Namun paras penerbangannya tidaklah setinggi kapal terbang yang bersaiz besar. Bilangan tempat duduk sekitar kurang 20 orang jer. Bunyi enjinnya agak bingit. Perasaan? Giler tak kejut. Sempat cover, so orang xnampak la aku takut sgt.

Kurang dari sejam, kedengaran suara pilot dalam keadaan samar2 dek bunyi enjin yang memberitahu bahwa flight akan mendarat di Lawas. Foker ni mcm bus la. So di Lawas tu sebab ade orang yang nak turun dan nak naik to next location.







Nak story pasal Lawas ni xberapa nak tahulah sangat sebab mmg xtahu. Ni firstimekan. Kalu dilihat dari udara, kelihatan Lawas ni sebuah perkampungan kecil yang tersusun dan cantik. Ader masjid yang besar dan cantik kat sini. Tapi Lawas ni tidak ader la bangunan2 yang besar2 dan perumahan. It just kampung di tengah2 hutan. Kemudahan tu ader la sikit2 tapi cantik. Hihihihi.....nak tahu lebih lagi, datang sendiri ok.

Seterusnya kami fly lagi menuju ke destinasi yang sepatutnya iaitu Bakalalan. Penerbangan dari Lawas sekitar setengah jam. Kami selamat landing di Lapangan Terbang Bakalalan ( 3°58'10.72"N, 115°36'51.04"E ) dalam jam 9.45 pagi. Kelihatan satu kereta sorong yang membawa bagasi dan anggota bomba di tepi landasan. Hihihihihi..........





Suhu di Bakalalan ketika itu suam2 sahaja. Tak panas n tak sejuk. Nice la orang kata. Tapi ader sedikit2 gerimis. Di airport tu pelawat digalakkan menulis nama tanda rekod kehadiran di bumi Bakalalan ini. Personaly, aku berasa bangga kerana sampai di sini yang jauh di tengah2 belantara.

Ketibaan kami ditunggu2 oleh guider kami iaitu Abang Gukang. Kami di bawa ke sebuah kedai a.k.a guest house untuk minum2 dan membuat pengurusan diri kali terakhir sebelum memulakan pendakian. Sebenarnya kami dah pakai pakaian trekking dari Miri lagi. Hikhikhik.......




Buat masa dan ketika kami hendak memesan makanan, yang ader hanya maggi sahaja, telah membuatkan aku teringatkan Pulau Aur. Bagi lokasi yang jauh dipedalaman seperti ini, memang susah untuk mendapatkan makanan buat para pelancong sepertimana kita makan di kawasan bandar. Di kedai ini juga, kami dikenalkan dengan sorang lagi guider iaitu Abg Sigar.

Beres semua bagai2, kami pun memulakan pendakian sepertimana yang telah ditetapkan laluannya oleh guider. Sepatutnya kami naik 4x4 untuk ke checkpoint seterusnya. Namun disebabkan tanah runtuh, para pendaki terpaksa melalui trek hutan.

Permulaan pendakian jer dah agak mencanak. Dah ader yang pancit2an. Tidak ketinggalan, trek ini ada sang P A C A T ok......... Hihihihi...... Take 5 plssssss


3 jam berikutnya kami sampai di Natad Gurkha Resting Point.




Lepas itu kami memasuki trek balak. Jalaaaaannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn....... sampai satu point, kami masuk trek hutan dan keluar trek balak semula sehingga sampai satu sungai. Kami berhenti untuk perbincangan sedikit.

Topik perbincangan adalah MANA MAU TIDUR MALAM NI ? Hihihihi......  Menurut plan, destinasi hari ini ialah Church Camp. Tapi masih jauh lagi dan malam pun dah tak lama lagi nih. Tekak punya tekak, bincang punya bincang, maka telah diputuskan bahwa kami stop sini jer dulu tuk hari ni.


Kami pun tanpa membuang masa, membuat pengurusan diri yang sepatutnya. Paling penting mandi. Tak kira sesejuk mana pun. Itu pasti. Guide pun agak terkejut sebab kami mandi. Hihihihi....... Malam pertama yang amat selesa. Tak yah nak susah2 nak fly bagai. Sungai bawah tu jer. Zzzzzzz...... selamat malam semua....


Day 2 13 November 2012
M o r n i n g ! Haaaaaa....... mesti u all tertanya2kan kat mana kami tidur sampai xyah fly2 bagai. Ini lah kediaman kami semalam. Hihihihihihihihi...... terbaik di dalam hutan. Campsite ini dinamakan Parebata ( sorry kalu salah spelling ). Lokasi ni boleh check di koordinat berikut N3 57.622 E115 33.823.


Kami meneruskan perjalanan trek balak ini dengan penuh kegigihan. Destinasi hari ini ialah Church Camp. Antara itu, terdapat satu campsite lagi yg diberi nama Lepo Bunga.





Hampir 3 jam berikutnya, kami pun sampai di Lepo Bunga. Waaaaa......xsangka aku coz ader campsite sebaik ini di dalam hutan. Campsite ini juga dirasmikan oleh YB Dato Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan. Siapakah beliau ? Haaaaa....tugas anda untuk mencarinya ok.



Kami berehat untuk lunch time di situ. Sambil menunggu chef2 masak maggi kat dapur tu, sempat aku melihat2 sekitar Lepo Bunga ini. Rumah camp ini dilengkapi dengan peralatan dapur yang lengkap. Ader bilik air dan ruang pameran.
















12.20 tengah hari, kami kembali berjalan. Untuk pengetahuan juga, di Lepo Bunga ini terdapat heli-pad. Haaaaa....bg mereka yg banyak duit tu, xyah susah2 nak berjalan or mendaki, naik jer heli yer. Campsite ini kira last bagi trek balak. Start dari situ dah kena masuk balik trek hutan. Kami mendaki sambil mendengar cerita2 Abang Gukang.

Dah lepas baru kami tahu bahwa terdapat ladang epal di Bakalalan. Bukan itu sahaja, terdapat perayaan tahunan berkenaan dengan epal di Bakalalan. Sangkaan kami, epal terdapat di Bario. Epal Fest di Bakalalan diraikan sekitar Jun-Julai.

Lagi cerita menarik ialah, orang2 Bakalalan menjalankan upacara keagamaan di Churh Camp sana. So mereka akan berjalan beramai2 menuju ke sana. Mereka akan membawa bermacam2 termasuklah lembu. Mulanya macam xpercayakan, tp itu tidak mustahil bagi mereka.

Kurang 2 jam mendaki, kami tiba di Jambatan Sukahati. Kami berhenti berehat sambil menunggu yang belakang2 sana sampai. Ketika sampai di sini rasa lega skit sebb lepas ni trek dah macam mudah. Terdapat set2 besi di sini. Dikatakan untuk menggantikan jambatan kayu ini yang dah lusuh. Memang lusuh pun. Dah senget2 dan reput.



 


Jambatan Sukacita ini tidaklah sekukuh yang disangka. Menurut guider, jambatan ini akan membawa pejalannya terus sampai ke Church Camp. Namun, dek masa yang terus berlalu, jambatan ini sudah sangat uzur. Sekali sekala kami akan keluar dari laluan jambatan ini kerana ader bahagian2 yang sudah roboh. Trek dari sini sudah tidak sesukar sebelumnya cuma kena berhati2 pada lantai jambatan yg reput. Kurang dari 3 jam, kami sampai di persimpangan antara menuju ke Church Camp dengan Puncak Batu Linanit.




Berehat sekejap jer. Teruskan perjalanan menuju ke Church Camp. Batu Linanit juga meruapakan antara lokasi upacara keagamaan bagi suku kaum di sini.

Jam 5.37 petang, aku n Loe selamat sampai di Church Camp setelah 40 minit berjalan pantas. Hihihihihihi..... For the first impression when i tiba di here ( omputih katanya ), ku sangka Church Camp ni just campsite biasa, rupanya tidak. Church Camp ni dipenuhi dengan rumah2 yang banyak yang bersambung2 dan tersusun. Di atas sana pula ader sebuah gereja yang besar. Sebab itu ia dinamakan Church Camp. Rumah2 ini digunakan ketika upacara keagamaan dijalankan.


 

Walaupun baru jam 6, perlu diingat bahwa masa di sini lebih awal dari Semenanjung. Maka, atas bantu Abg Gukang, kami bermalam di salah sebuah rumah di situ. Kami membuat pengurusan diri yang sepatutnya dan seadanya. Yup, sini memang sejuk. Namun, mandi tetap mandi. Hihihihihihi....

Malamnya segmen masak memasak oleh chef tetap kami, Loe. Selesai makan, sebelum tidur, Abg Jept memberi sedikit taklimat berkaitan perjalanan esok. Oleh itu dijemput Abg Gukang untuk berucap. Hihihihihi....


Zzzzzzzz............


Day 4 14 November 2012
Seawal jam 4 pagi, chef sudah kong kang...kong kang...di dapur. Yang lain pun dah mula bangun untuk buat pengurusan diri dan solat Subuh. Trekking hari ni daypack jer kerna akan bermalam semula di Church Camp ini.




Jam 9.30, kami berhenti berehat di sebuah air terjun. Berhati2 kerna batunya licin. Kasut getah jer yang sesuai tuk semua permukaan. Kasut Colombia yg ratus2 tu pun xleh lawan ngan kasut getah.





Kami menghampiri satu kawasan suci / kudus bagi suku kaum di Murud ini. Kawasan ini juga dinamakan Kebun Batu.


Lagu Tema : Biar Sampai Ke Bintang by Asmidar
Biar mimpi mimpi kita
Jejak sampai ke bintang
Walau harus menggapai awan
Menongkah arus ini

Aku tahu bukan mudah
Tapi mimpi ini harus aku
Tiada gunung yang terlalu tinggi
Tiada laut yang terlalu luas
Tuk mereka memisahkan kita
Dari mimpi-mimpi kita ini

Jangan resah ini takdir
Tuhan mendengarnya
Tuk membawa mimpi-mimpi kita

Biar mimpi sampai ke bintang
Kerna kita semua tahu
Kerana ini impian
Setiap satu dari kita

Tiada gunung yang terlalu tinggi
Tiada laut yang terlalu luas
Tuk mereka memisahkan kita
Dari mimpi-mimpi kita ini

Jangan resah ini takdir
Tuhan mendengarnya
Tuk membawa mimpi-mimpi kita
Menuju ke bintang






Suasana kat sini seolah2 macam Gunung Tahan, area Botak. So sini ader batu2 yang banyak dan pokok2 renek yang sedap mata memandang.












Take a break at Kebun Batu for a while. Saja nak menikmati kesegaran udara dan menikmati keindahan sekeliling Kebun Batu ini. Batu2 di siniterdapat dalam pelbagai bentuk. Ada dalam bentuk Sea Lion, Flower Horn Fish dan bermacam2 lagi.


30 minit dari Kebun Batu, kami pun selamat tiba di Puncak Gunung Murud ( 7946 ft ). Gunung ini merupakan gunung keempat tertinggi di Malaysia. Gunung Murud ini juga merupakan kumpulan gunung yang dikenali sebagai G12. Untuk rekod peribadi, masih ada 3 lagi gunung iaitu Trusmadi, Tambuyukon dan Mulu. Hihihihihi...

Perasaan tu usah cakap la kan. Mana2 gunung, bile dah sampai puncak, mesti la gumbirakan. Hilang segala penat lelah mendaki. Lupa kata2 'last gunung', 'baik dok umah' dan sebagainya.



Buduk

Buduk membawa maksud puncak. Buduk adalah perkataan dari kaum Kelabit di Sarawak ini. So jgn nak keliru ok.

Dah sampai puncak bergumbira snap sana, snap sini. View pada masa kami tiba tu memang xnampak sgt sebab kabus tebal. Walaubagaimana pun kami sempat melihat beberapa kawasan hutan di bawah telah di masuki pembalak. Rasa sedih gak tapi apakan daya, manusia yg tidak berotak ini, tetap melakukan kerja2 tersebut.


Curlasssss....




Sebelum turun, kami lunch terlebih dahulu di puncak kerna memang waktu lunch pun.











Aku dan beberapa rakan selamat kembali ke campsite sekitar jam 3.45 petang. Masih terdapat mmber2 yg belum sampai. Kusyuk layan panorama la tu. Takpe2.... Pada masa itu hujan renyai2 mula turun. Kejap renyai2, kejap tidak. Macam gurau2 gitu.

Dikesempatan sampai awal, aku dan rakan2, pergi melawat kawasan Church Camp ni termasuklah gereja. Kumpulan terakhir sampai dikala hujan turun dengan lebatnya. :) Tahniah....












Malam pun menjelang...




Day 5 15 November 2012

Selamat pagi semua...... Matlamat menjejakkan kaki di puncak selesai sudah. Namun xpdc ini belum selesai. Xpdc diteruskan lagi ke destinsi berikutnya. Kami turun sedikit melalui jambatan sehingga jumpa simpang untuk menuju ke Bario. Jika sebelum ini Abg Gukang yang lead, hari ini, Abg Segar diberi kuasa untuk mengepalai line up ini.

Perjalanan turun penuh dengan keceriaan dek nyanyian penyanyi bersuara merdu, Shakey. Sebut je lagu apa, semua boleh. Loe tidak kalah juga dengan suara jantannya. Kerna terlalu asyik dengan nyanyian, Abg Segar terlepas simpang sehingga di tegur oleh Abg Gukang. Kami berpatah balik dan berehat sekejap sambil Abg Gukang dan Segar membuat tongkat untuk setiap orang. Kayu yang terpilih lagi ok. Selain nyanyian, kami juga bergelak ketawa dek Abg Jept yg terjatuh. Penat la tu. Hikhikhikhik......

Kegembira punya nyanyi, bila salah lagu jer, Shakey terus kata boring...boring...boring. Another song plssss... Begitulah sampai ke campsite dan hari2 seterusnya. Treadmark itu juga aku letak pada tajuk entry kali ini sebagai mengingati keceriaan xpdc ini. Haaaaaa....bukan sbb trip ni boring ok.

Seharian berjalan, turun naik gunung, kami selamat sampai ke campsite seterusnya iaitu Long Repong selepas melepasi Gunung Cekelut ( 3°50'43.20"N 115°33'5.46"E ). Alhamdulillah, penginapan malam ni masih lagi selesa. Punca air iaitu sungai sedikit jauh ke bawah sana. Sebenarnya perjalanan esok akan cross sungai tu ok. Pacat? Jangan cakap la kan. Memang port dia.


Day 6 16 November 2012

Bangun pagi dengan penuh ceria walaupun semalam tidur bersama2 dengan agas. Hahahahahahaha...... Rasakanlah. Alaaaaaaa, mcam la xbiasa.

Ok2, jom packing2 sebb hari ni nak jalan jauh kot. Semalam dah briefingkan. So saper xdgr tu, mati la kome. Target hari ni adalah Bario. Whatever pun, mesti sampai Bario. Kalu tak, melepas la flight. Cergas2....



Permulaan trekking, kami kena cross sungai yang besar dan deras airnya. Abang2 gagah berusaha merentang tali dan membuat laluan bagi memudahkan lintasan. Masing2 menunggu dengan penuh kesabaran.


















Nampak tak plastik beg sampah yang dipegang oleh Loe dalam gambar kat atas? Guide melepaskannya dalam sungai ini. Katanya, nnt ambil kat bawah. Wah...! Mudahnya. Katanya lagi, ader perangkap sampah kat bawah sana. So memang diaorg guna sistem cenggitu. :)







Jalan punya jalan, kami pun selamat sampai di Palungan ( 3°48'37.98"N 115°31'19.44"E ), sekitar jam 2 petang. Group belakang tiba setengah jam kemudian. Palungan merupakan perkampungan kaum Kelabit. Masa mula2 sampai tu rasa kagum juga sbb perkampungannya damai dan tenang. Bukan itu sahaja, ianya sangat bersih. Serius.....

Sempadan perkampungan dengan kawasan pembalakan









Di Palungan ini kami berhenti berehat di sebuah rumah temannya Abg Segar. Kami menerima layanan yang sangat baik daripada tuan rumah. Dari Palungan ini, kami akan mencari bot untuk terus ke Bario. Tapi kami ader sedikit masalah problem takkala ketiadaan bot pada masa itu. Seorang auntie, pengusaha guest house, berusaha menolong kami untuk mendapatkan bot namun disebbkan ketiadaan talian telefon, beliau gagal menghubungi pengusaha bot tersebut.

Plan tuk naik 4x4 juga tidak menjadi kerna tiada 4x4. Huhuhuhuhu...... Cadangan dari auntie, agar kami bermalam terlebih dahulu di sini dan mengambil bot pertama seawal pagi esoknya. Tidak mahu menanggung risiko, kami berjalan sahaja sehingga sampai ke Bario. Jangkaan masa perjalanan ialah 4 jam. OMG.... dah la kaki dah letih2. Huhuhuhuhu......



Menurut auntie ni juga, Palungan ini antara lokasi tumpuan utama pelancong luar. No wonder la beliau pun pandai berbahasa Inggeris dengan baik. Speaking ko. Katanya lagi, ader sekumpulan pelancong dari UK baru jer check out. Kannnn..... nak promote la tu. Apapun like auntie tu sebab baik sgt.


Sebelum menyambung kembali perjalanan, kami membeli 3 ekor ayam hidup dengan niat tuk masak di Bario nnt. Konon2 nak celebrate kejayaan gitu. Malangnya baru jer berjalan sampai depan papan tanda tu, ayam pertama macam dah mati. Tinggal 2. Untuk mengelakkan kejadian sama, 2 ekor lagi disembelih siap2. Yang mati tu Abg Gukang n Abg Segar makan. Nice tak? Curlazzzzz......

Lupa nak bgtau lagi, anak2 orang asli sini, lawa2 ok. Serius. Chinese look macam model pun ader. Gambar? Mmmmm...dah try nak snap tp diaorg malu. Ini disebabkan perkahwinan campur antara orang asli sini dengan orang luar. Kebanyakannya kahwin dengan Chinese.






Trek perjalanan bukan lah trek hutan belantara. It just jalan2 biasa. Boleh di lalui oleh 4x4. Maka berjalanlah kami menuju ke Bario. Bagi aku ok jer jalan2 ni sebb rasa perasaan tu lain skit. Ye la jalan2 kat Sarawak ok. Pedalaman lagi. Tapi kalu jalan2 macam ni kat Rekom or Kg Panjang kat CUS tu, mmg aku mental la kot sbb dah biasa situ. Sini feel dia lain. So layan suasana n viewnya. Berehat...jalan....berehat...jalan..... Hari pun malam. Kami xsampai2 lagi. Team depan dah ke terkehadapan sebab diaorg laju. Kami ni jalan pelan2.


Kami bertemu kembali dengan group hadapan di sebuah jambatan. Time tu xtahu jam berapa. Malam dah ler. Malam pun xmalam sgt la. Abg Segar patah balik untuk membantu gadis2 membawa haversack. Time tu aku ambil peluang pecut bersama2 Abg Segar. Hihihihi..... Dengar citer ader orang menangis sebb mental. Hahahahahaha..... dok cakap bila la nak sampai. Sabaq nooo...

Alhamdulillah, kami selamat sampai di perkampungan Paukat ( 3°44'22.69"N 115°28'6.37"E ). Pukat ni dah kira dalam kawasan Bario. Suasana sini gelap jer. Cuma kelihatan cahaya dari rumah2 penduduk sini. Yang sempat aku ingat, ader sawah padi masa kami lalu tu. Jalan agak becak2. Kelihatan juga beberapa penduduk dan anak2 muda yang berjalan dalam kegelapan malam.






Melalui Abg Segar, 4x4 atau apa2 saja jenis tranport segera dihubungi. Asalkan boleh bawa kami ke Pekan Bario. Kami dah xlarat nak jalan kot. Time waktu tu baru melepasi jam 8 malam. Tapi dah rasa macam jam 12 tengah malam. Penat sama kot.

Dari Paukat, kami menaiki sebuah lori ala2 pick up tp bersaiz besar menuju ke Pekan Bario. Terus di bawa ke guest house. Kami bersih2kan kasut dan kaki, terus masuk dalam bilik masing. Buat pengurusan diri. Rasa lega mana2 yang tahan berak tu. Fuhhhhhhhhhh.......... Guest house ni dari luar nampak biasa, tp dalam dia, wow, cantik kot. Fully kayu ok. Nice.

Santapan dah siap di masak oleh tuan punya guest house. Masak2 ni dah termasuk dlm pakej. Ayam td pun dia tolong masakkan sup. Eeeeee...sedapnya. Alhamdulillah kenyang. Selesai makan sambil layan tv, kami berkumpul di ruang tamu bersama2 guider. Kami berbual2 mesra. Maklum la dah lastday bersama guider yang baik giler ini. Di kesempatan itu kami ucapkan terima kaseh tak terhingga kepada our guider sepanjang trekking bersama.





Day 7 17 November 2012

W e l c o m e  t o  B A R I O . . .  Yeah. akhirnya aku menjejakkan kaki di Bario ini. Dari mula2 lagi memang teruja giler nak sampai ke sini sebenarnya. Bario antara kawasan pedalaman yang jauh ke dalam hutan. Pengangkutan utamanya ialah pengangkutan udara. Sebelum ni tgk dalam tv jer, but now, I'm at BARIO. Awesome.

Sementara menunggu breakfast siap, jom jalan2 kawasan Bario ini. Kawasan terdekat jer la. Xleh nak gi jauh sbb xder transport. Ikut hati nak snap pic depan sekolah Bario. Tapi xper.





















Breakfast pagi tu antara breakfast yang paling sedap pernah aku makan. Walaupun ianya hanya nasi goreng sayur campur biasa, tp berasnya yg paling istimewa yang menjadikan nasi goreng itu sedap sekali. Serius ok. Tak pernah makan beras yang sesedap itu.





Sedap punya pasal, kami pun beli la beras Bario tu. Berkilo2. Tidak terkecuali, garam bukit. Beras tu 1kg = RM10. Siap makan, kami pun siap2 nak berangkat ke airport. Owh nak story I punya Colombia. Hmmm...Abg Gukang tertarik masa dalam trek lagi. So dia minta kasut tu. Aku pun sayang gak kasut tu tp xsampai hati nak hampakan permintaan beliau. Baru setahun pakai. Beli masa nak gi Tahan dengan KeReX 2011. Tinggal kenangan je lah.




Masa kat lapangan ni, terjumpe la xstudent UTeM. Kalu xsalah aku MPP. Tegur gak la. Dia pun mcm kenal2 gak. Katanya kijer kat airport tu. Dia memang orang situ. Masa kenal dulu mmg tahu dia orang Sarawak tp xtahu plak kampungnya Bario. Dari segi umur, muda lagi budak tu. Disebabkan xmesra sangat, maka xbual lama sangat. Dia dok layan saper tah. Ada awek lawa time tu. Hmmmm.... whatever.





Sebelum terbang, akmi bersalaman dengan Abg Gukang dan Segar. Kami akan berpisah di sini aja. Terima kasih lagi sekali pada guider kami yg terbaik ini. Jumpa lagi masa Epal Fest tahun depan. Entah datang atau tidak. Masa dalam trek beriya2 plan. Hmmmm.... biasa nak ambil hati dan nak adakan bahan bercerita. Lalalalalalala..... boring...boring...boring....




Letih sangat nih

Seday sebb dah nak balik. Konon la





Yeah... back to MIRI. Sesampai di Miri, kami terus ke lokasi2 menjual cenderahati. Dah plan nak beli macam2. Aku? Xminat beli2 ni. Malas. Sebenarnya kebetulan sama sebab Saiful dah nak berangkat pulang ke KL. Flight di awal dari kami kerna esoknya dia ader kursus.

Antara lokasi cenderahati yang dilawati ialah Mini Handicraft. Selain beli magnet peti sejuk dan key chain, aku beli parang. Memang dah target. Hihihihihi... Yup, untuk mak n ayah, aku belikan kain batik n pelekat. Settle tu, kami pusing2 Miri. Kami sempat melawati Muzium Petroleum. Macam lawatan sekolah plak g muzium. Hihihihi.... xper, ok jer. Sebelum pulang, kami dropkan Saiful. Tata.....










Day 8 18 November 2012

Hari ni apa plan? Owh...! Hari ni kami akan ke destinasi pelancongan terkenal di dunia, katanya... Mana lagi kalu bukan Gua Niah. Kami bergerak lewat petang sikit dengan bantuan En Nazri. Sebelum berangkat, kami kemas2 dulu umahnya En Nazri. Takkan la nak tinggal sepah2 gitu jer kan.

Perjalanan ambil masa 3 jam gak. Dalam perjalanan itu kami hampir2 excident. Nerbes sangat that time. Alhamdulillah selamat sampai.





Check-in dan terus rileks2. Malamnya kami masak bersama2. Mengeratkan silaturrahim konon2. Tak kisahlah, janji dapat makan malam. Lepas dinner, lepak2, urut2, update fb, gayut2 dan sukahati aktiviti.



Day 9 19 November 2012

Selamat Pagi Niah...!!! Aktiviti pagi ni mana lagi kalu bukan xplorasi Gua Niah la kan. Ingatkan dekat tapi rupanya kena jalan hampir sejam lagi tuk sampai ke pintu gua. Layankan ajer lah dari dok saja kan. First kena beli tiket, then menyeberangi sungai berbuaya untuk ke seberang. Terdapat juga muzium arkeologi di situ. Tapi time kami pergi tu, tutup plak. Hmmmm.....



 








 



 










Kesimpulan daripada caving Gua Niah ni ialah 'baik gi Gua Tempurung lagi best'. Seriusly. Promosi bagai nak giler. Tapi hampeh. Mungkin aku yg xminat caving sgt kot. Sbb tu xbest. Masa kami caving tu, orang pun bukannya ader pun. Masa nak balik tu ader la sorang dua mat salleh masuk. Hmmmm....


Masa otw pulang, di satu persimpangan kami berhenti tuk makan durian dan membeli cenderahati. Menurut auntie kedai tu, jalan ini menuju ke perkampungan rumah panjang. Dengar sahaja rumah panjang, aku dan beberapa rakan ambil keputusan tuk pergi jalan2. Nampak macam jauuuuuuuhhhhhhhh jer. Takpe, alang2 datang, baik pergi. Biar menyesal pergi dari menyesal xpergi.

Menurut auntie tu lagi, dahulunya jalan ini merupakan jalan utama penduduk kampung tersebut. Tapi setelah jalan baru dibina, mereka jarang2 menggunakan jalan ini. Begitulah kesahnya.



Di sini terdapat sebuah sekolah kecil. Tahap pedalaman tak pasti. Hanya ada satu blok jer. Terdapat rumah panjang. Ini merupakan pengalaman firstime aku melihat rumah panjang Sarawak. Bukan itu sahaja, kami sempat menjenguk ke dlaam rumah panjang tersebut. Cantik, kemas dan bersih. Terdapat tuan rumah panjang ini menjadikan sebahagiannya sebagai guest house.










Balik tengah hari tu kami tidur selepas makan tengah hari. Bangun petang dah pening2 xtahu nak watper. So lepak2 depan tu. Sambil lepak2 sempat la berphotoshoot skit.






Day 10 20 November 2012

Lastday in Sarawak. Siap2 menunggu teksi datang.



Makan tengah hari di airport. Orang kaya2 jer yg cenggitu. Pastu sempat last shopping termasuklah beli kek lapis. Sebelum memasuki balai menunggu, kami sempat bersalaman dengan En Nazri yang banyak membantu kami dari segi transport dan penginapan. Terima kaseh yang tak terhingga kami ucapkan.


Flight crew ker ni? Boring...boring...boring...



Mendarat di LCCT jam 4 petang lebih. Sebelum berpisah, kami bersalam-salaman terlebih dahulu. Cium2 semua. Jumpe next trip. Trip kali ni boleh dikatakan antara trip yg harus diingati. Walaupun xbanyak peristiwa2 menarik, namun personally nya, aku suka. View dan udara baru. N I  C E . . . . .

19 comments:

  1. Bestnye. log2 dlm blog ni best. suka baca. ada rezeki boleh la treking skali :)

    ReplyDelete
  2. terbaca plak ada kpg sy kat sini..lawas..hehe..dan kereta sorong tu?ohmaiii tak pnah nampak plak sblm ni diorg guna yg tu kat airport..wat malu plus lucu..haha.biasa diorg guna yg biasa leh tarik tu..naik flight kecik tu mesti cuak kan..rasanya tu twin otter bukan fokker...and yes klu pandang dr atas..akan nampak masjid jadi objek utama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq Nur Edelwelss for that info and correction. Hihihihihi..... apapun ia nya merupakan pengalaman berharga buat saya dan rakan2..... hihihihihihi

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Saya sebagai orang lawas sendiri syiok tgk gambar2 semua ni. belum pernah ke sana pun. Moyang saya dinamakan Murud sempena nama tempat ini (Murud - google Bian Murud - moyang 5 generasi sblm saya) dan seorang ketua (tribal leader) terkenal yang menetap di sekitar gunung ini. harapan saya ialah untuk mendaki gunung ini satu hari nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow......... ok, semoga suatu hari nanti, anda juga akan sampai ke puncak sana.....amin....

      Delete
  5. nampaknya kalian terlepas kebun apple dan merarap hotsprings yang dijalankan oleh uncle dan aunty saya. sila google.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin suatu hari nanti, kami berkesempatan ke kebun apel tersebut...... terima kasih kerna mengunjungi blog saya ini.....

      Delete
    2. AnonymousAugust 2, 2014 at 10:09 AM, awk adik cikgu nancy ke?

      Ben, jom dtg lawas lg...apple fest. Aku tnggu kat Lawas

      Delete
  6. Assalam tuan website,

    Nak tanya bape kos ms trip ke sne tu?
    Ms trekking ke gng murud ambil ms brp lama sbnr yer?
    Kwn sy org Sarawak bgtau dia ad gak nk bwt trip ke sane ingat nk join gak nnti
    Membe2 trekking awk tu sme sy kenal jgak mcm Abg Jack Baling, Loe, Shakey n muka2 yg sy x ingat nme diorg

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok.....untuk trip ni saya bukan gogo....bagi memudahkan mendapa maklumat, saya cadangkan awak terus bertanya kepada Abg Jept Baling. Dia gogo sebenarnya......hihihihihihihi

      Delete
    2. AnonymousSeptember 9, 2014 at 3:14 PM, bila nk pegi tu? Kalau ada kosong, blh ikut?

      Delete
  7. Assallam tn...
    Sy brcadang utk buat solo ke peak murud march 15...ader contact guide sana tak?

    Mohon bantuan, tksh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok...murud adalah dalam taman negara sabah...so segala urusan guide akan ditentukan oleh pihak taman negara tersebut.....so kita xboleh import guide luar...just kontek taman negara then diaorg akan atur....jika ada permintaan just beritahu diaorg...

      Delete
  8. fitrizan azizan...

    Tksh ats info tn....sy sdh dpt guide mlalui rakan dr miri & akn kesana 14-21 mac ini...smoga dpermudahkn...

    Tksh bnyk tn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah........selamat pergi dan pulang......nnt jgn lupa up pic....hahahahaha

      Delete
    2. sy pun ada trip ke G Murud ni 16-21 Mac 2019

      Delete
    3. ok mama nur....semoga selamat sampai di puncak dan kembali...amin....

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...