Sunday, March 24, 2013

--- sErvis Tak bAgus Di Satay Kajang Samuri, Taman Warisan, Putrajaya ---

Malam tadi pergi makan Satay Kajang Samuri cawangan Putrajaya di Taman Warisan. Kali ni bawa family yang datang dari jauh Kedah nun. Order la 25 ayam, 25 daging. Then pinggan n mangkuk tak cukup. Aku minta pinggan tambahan.

Ok dapat pinggan. Bila aku dapat pinggan tu, aku lihat masih ada sisa makanan, nasi himpit. Aku pandang jer pinggan tu. Kemudian pak cik sebelah kata, minta pinggan lain. Then aku cakap kat perempuan tu minta tukar. Dia ambil dan bagi yang lain. Tapi masih sama. Aku cakap pada dia. Dia ambil dan lap jer dengan tisu. Aku masih tak puas hati tapi aku ambil juga. Niat aku, xnak guna pinggan tu.

Sambil makan satay, mata aku memerhati pekerja2nya membuat kerja. Then aku nampak seorang pekerja perempuan mengambil pinggan dari bekas yang sama ke sebalik tiang kaunter (pinggan tu lebih dari 2 yg diambilnya). Dari jauh aku perhatikan dia memotong nasi himpit. Memang aku xnampak sbb belakang tiang tapi aku boleh agak. Tapi memang betul pun dia potong nasi himpit dan meletakkannya di dalam pinggan yang dia ambil tadi.

Darah aku menyirap dan aku terus ke kaunter tersebut. Aku terus bertanyakan naper dia guna pinggan yang kotor itu. Then pekerja perempuan tu dengan muka selamba sambil memotong nasi himpit tu berkata, tiadak semua pinggan tu kotor. Hanya beberapa sahaja. Aku kata lagi bahwa pinggan tadi yg aku dapat pun kotor. Dia jawab, dia dah lap. YES, memang dia lap. Lap dengan tisu!

Datang temannya berkata yg mereka lap terlebih dahulu dan tidak semua pinggan tu kotor. Aku terus suruh dia ambil semua. YESSSS..... semuanya ada bekas nasi himpit. Tapi dia kata lagi yg mereka telah lap. Padahal pekerja perempuan td xlap pun masa dia potong nasi himpit tu. Kemudia datang yg lain berkata bahwa set pinggan tu bukan mereka yang basuh, tapi cleaner perbadanan..... Dengan panas aku blah ke tempat duduk.

Kemudian mereka sibuk2 macam nak tutup kedai. mereka menurunkan pintu kedai sebelah kaunter masakan. Tapi xrapat. Aku nampak mereka basuh set pinggan yang aku kata kotor tu.

Di sini aku bukan niat nak memalukan pihak peniaga, tapi ini perlu dinyatakan. Aku dapati semua pinggan pelanggan yang ada waktu tu adalah sama. Kalau pekerja itu nak salahkan cleaner perbadanan sekali pun, takkan la mereka xleh basuhkan. Owh...! Dah tahu kotor, hidang juga pinggan tu? OMG....... Dari segi gaya bahasa, semua pekerja tu adalah Indonesia.

Pada aku, itu adalah salah dan menjadi tanggungjawab kita as customer menunjukkan bahwa pelanggan adalah benar. Yg benar perlu dipertahankan. Kalau dia minta maaf, aku xder la panas sgt sebenar. Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaarghhhh........ !!!

Aku masih mencari Bahagian Pengguna Satay Kajang Samuri dan Perbadanan. Aku nak buat aduan. Sape2 yang tahu, boleh bgtau k.

2 comments:

  1. boleh klik sini http://longkaiboyz.blogspot.com/2013/03/pertandingan-kepenggunaan-sempena-hari.html atau masuk kat website ini http://www.nccc.org.my/v2/

    ReplyDelete
    Replies
    1. OK, tq Mustakim....saya dan mmbuat beberapa aduan berkaitan tersebut.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...