Saturday, November 23, 2013

--- Bali oh Bali selepas Rinjani ---

sambungan Rinjani......

21 November 2013
Kisah semalam biarkan ia berlalu sebagai satu memori. Kita teruskan kehidupan yang ke hadapan ni. Haaaaa..... novel tak ayat? Whatever.....

Hari ni, hari pertama tour in Bali. Sarapan pagi di hotel. Dah termasuk pakej.

Ops....!!! Before aku terlupa, just peringatan bersama, entry untuk di Bali ni, banyak gambar-gambar patung keagamaan. So, ini bukan bermaksud untuk mengangkat darjat budaya dan keagamaan tersebut. Salah bagi saya sebagai umat Islam, seolah-olah menyemarakkan lagi agama lain dari Islam. Apa yang saya pertontonkan hanya sekadar ilmu pengetahuan sahaja. :)

First place yang kami lawati ialah Kesiman Village. Di sini di adakan persembahan Barong dan Kris Dance, Stage Uma Dewi. Satu kisah berkaitan makluk kebaikan melawan makluk kebatilan a.k.a kejahatan. Bla...bla....bla.... Rasanya ini mitos dalam cerita Hindu Bali. Nanti kalau korang datang, nanti akan dapat helaian kertas yang menceritakan tentang berkaitan. Persembahan ini dipersembahkan dalam bahasa Bali kuno. Aku tak faham. Nanti rujuk dalam edaran yang diberikan ok.





Barong



Kusyuknya menonton



Next destination, Celuk Village. Di sini merupakan tempat penghasilan barangan silver terbaik di Bali. Kreativiti dan style adalah berunsurkan budaya Bali. Tak boleh snap pic di dalamnya. Namun begitu, bahagian luarnya ada pekerja-pekerja sedang membuat design product. So boleh tengok dari mula penghasilan sehinggalah siap. Hihihi.....





Next lagi ialah Tegenungan Waterfall. Tak pasti apakah keistimewaannya. Jika korang google, gambar air terjun, nampak cantikkan. Kehijauan dan kejernihan airnya. Tapi, masa lawatan kami, ianya tidaklah secantik itu. Masa ini airnya coklat. Pastu nampak macam semak-semak sikit la. Airnya keruh, mungkin di sebabkan beberapa hari lalu, hujan yang lebat turun.

Aku pun masa ni tak tahu nak snap macam mana, dari angle mana supaya gambar air terjun ni nampak cantik. Hahahahahaha........ Layankan aje....




Dah siap situ, kami dibawa pula ke Tegalalang. Ada apa di Tegalalang? Haaaaaaaaaa........ di sini pelancong diperlihatkan dengan pemandangan sawah padi bukit. Sebenarnya tak teruja sangat. Tapi dalam blog ni story konon-konon macam so wonderful la gi tuuuu.....

Selain melihat view, boleh juga bershopping..... nampak tak permainannya.....




Ok, masa untuk isi perut. Dari Tegalalang, kami bergerak menuju ke Kintamani Restoran (8°15'39.93"S 115°20'46.96"E). Specialnya lokasi ini ialah kerana berhampiran dengan Gunung Batur. Dekat sangat. Menurut En. Edy, ini merupakan restoran yang HALAL. Restoran lain tak halal ke? Kata beliau, "DIRAGUI"...... hihihihihi........

Sedikit perkongsian informasi, Bali merupakan sebuah pulau yang majoriti penduduknya adalah beragama Hindu. HALAL bukan bermaksud tidak pada babi dan anjing tetapi bermula dari penyembelihan haiwan yang hendak di makan seperti ayam. Di restoran memang kita di sajikan dengan ayam tapi bagaimana penyembelihannya? Adakah orang Islam atau orang yang beragama Hindu?


Tidak dinafikan, hiasan dan deco di dalam restoran ini cantik, menarik dan mewah ala Bali. Banyak juga deco yang berunsurkan patung-patung dewa. Makanannya juga sedap. Hihihihihi..... Kena bayar tak? Owh, ini dah dalam pakej. So tambahlah berapa kali nak tambah pun.



Di restoran ini ada sijil HALAL daripada Jabatan Agama Islam Indonesia. Di samping sijil itu pula, terdapat juga 'persembahan' buat dewa tersebut. Hmmmm....ni yang muyskil. HALAL tapi ada unsur pemujaan.




Suasana di Kintamani ini boleh dikatakan agak sejuk sebab ia berada di tanah tinggi. Sambil makan, kami di sajikan dengan pemandangan dan kegagahan Gunung Batur dan Tasik Batur ( Danau Batur ). Mungkin next trip kot ke Batur. In shaa Allah....

Ops..! Lupa nak story, setibanya kami di Kintamani ini, kami dihujani dengan Ibu-Ibu yang menjual cenderahati. Omg..! Dia akan mendesak. Siap suruh berjanji supaya beli selepas makan. Walaupun kami dah cakap, 'tak mahu' dan 'terima kasih', mereka tetap mendesak juga.

Rimas tapi itulah keindahan budaya di sini...... Di sini juga di sediakan surau. Alhamdulillah......




Gunung Batur

Danau Batur




Sepanjang kami di Bali, kelihatan ada benda yang digantung-gantung di tepi jalan tersebut. En. Edy menjelaskan bahwa itu melambangkan satu perayaan bagi penganut Hindu, Perayaan Galungan, mengikut kalendar mereka. So, masa tu, mereka dalam mode perayaan tersebut.


Selesai lunch dan solat Zuhur, kami meneruskan tour kami di Bali, menuju ke Kayuamba Village. Di sana kami akan melawati dan merasai Tradisional Bali Luwak Coffee ( 8°24'39.86"S 115°19'9.99"E ) dan melihat sendiri proses dari mula hingga terjadinya kopi. Hihihihi......



Proses penghasilan kopi




Selepas melihat proses penghasilan kopi, kami bergerak pula ke lokasi di mana, semua pengunjung akan diberi peluang untuk merasai pelbagai jenis kopi yang di hasilkan oleh mereka. Bagi aku yang peminat kopi, peluang ini tidak mungkin dilepaskan. Yeaahhhh........ Ternyata, ia satu nikmat kerana dapat merasai kopi yang sedap. Wow......




Kami diberi peluang merasai 11 jenis kopi dengan pelbagai rasa dan campuran sambil diberi penerangan oleh seorang cewek mengenai khasiat setiap kopi. Selepas itu, bagi mereka yang ingin merasai kopi luwak, Rp 50000 / secawan.

Selepas rasa kopi-kopi tu. jika nak beli, boleh ke kedai sebelah untuk beli yang berkenan di hati tadi. Kopi luwak tu, MAHAL ok. Tak mampu nak beli. Bukan tak mampu tapi tak ada cash. Jika convert dalam RM pun herge dia cecah RM70 lebih dengan gram yang sedikit sahaja. Hmmmmm.... so tak beli la luwak tu. Beli yang biasa-biasa jer.

Apapun, aku rasa puashati dengan hidangan kopi tersebut. Nice.....

Kopi luwak



Tidak jauh daripada Luwak Coffee, kami singgah pula di Tirtha Empul Tampaksiring atau Tirtha Empul Temple. Nama pun temple, so ianya tempat beribadat. Untuk temple ini, kena pakai kain yang disediakan. Actually, kain tu tak wajib, wajibnya ialah berpakaian sopan. Omputihkan suka pakai shot. So, diaorg dah sediakan kain kat luar.






Ritual












Dah penat pusing-pusing dalam temple nih. Hari pun dah sore. Jom-jom...... Destinasi seterusnya ialah Batuan Village. Di sini, ia menampilkan rumah tradisi orang Bali. Jam dah 6.30 petang ketika kami sampai.

Perkongsian info, rumah tradisi Bali sangat unik. Kebiasaannya dapur, bilik tidur, toilet, ruang tamu dan ruang makan, ada dalam rumah kan? Haaaaa....tidak bagi rumah tradisional Bali. Bahagian-bahagian ini di bina secara berasingan di luar. Ini bermakna, dalam satu-satu kawasan rumah Bali, akan terdapat blok untuk bilik tidur, blok toilet dan lain-lain. Haaaaaaa...... ini bermakna, ruang perkarangan rumah Bali agak luas. Gi tuuuuu......

Ruang memasak

Ruang sembahyang

Kamar tidur



Reban

Ruang pemujaan


Hari pun malam. Kami mengucapkan terima kasih kepada tuan rumah kerana memberi peluang melawati rumah mereka.

Seterusnya, kami dibawa oleh En Eddy ke restoran yang berdekatan dengan hotel untuk makan malam. Perghhhhh.....!!! Penat seh berjalan-jalan seharian hari ni.

Selesai makan, Uncle Suhaimi mencadangkan kami berjalan-jalan di Jalan Legian. Katanya, ada night market. Kami pun setuju jer...... So Abg Eddy pun menghantar kami ke sana. Balik sendiri. Teksi Rp 40000 jer.

Ok, Legian Road ni merupakan night market. Jika ada yang pernah ke night market Ferringi dan Jonker Walk, so lebih kurang la. Di samping ada jual cenderhati, terdapat juga hotel-hotel, pub-pub, urut-urut dan pelbagai jenis hiburan lagi. Pelancong Eropah paling ramai mengunjungi jalan tersebut.

Zzzzz....


22 Disember 2013
Selamat pagi Bali. Ada lagi tour lagi hari ni. Ke mana? Ikut sahaja...... hihihihihi....

Lokasi pertama ialah Agung Bali (8°42'25.25"S 115°10'58.34"E). Tempat shopping cenderahati. Katanya.....


Lagi jalan-jalan tempat menarik. Kali ini ke UPT. Museum Yadnya.....



















Berbicara dengan ayam lebih mudah katanya...








Next destination is Ulun Danu Beratan ( 8°16'20.01"S 115°10'29.84"E ). Sebelum itu, kami solat dulu di Masjid Besar Al-Hidayah yang berada di atas bukit tu. Selepas itu, kami turun ke bawah untuk jalan-jalan, sekitar tasik tersebut.









Uncle Suhaimi dan Auntie Aini







Habis di situ, kami go to the next wisata location, Obyek Wisata Alas Kedaton. Dalam on the way tu, kami singgah sebentar di tepi jalan apabila ternampak satu kawasan sawah padi bukit yang cantik. Saja berhenti untuk snap gambar. Hihihihihi......



Alas Kedaton merupakan salah satu ribuan pura yang terdapat di Pulau Bali ini. Jika sebelum ini, pura-puranya hanya dihiasi patung-patung, pura ini lain pula. Selain patung-patung, pura ini didiami oleh ribuan monyet yang di anggap keramat. Selain monyet, terdapat juga kelawar-kelawar.





Dalam lawatan ini, kami ditemani oleh 3 orang wanita yang berfungsi sebagai tour guide. Secara automatik kami terbahagi kepada 3 kumpulan kecil. Sambil berjalan tu, mereka akan bercerita la macam-macam tentang pura ini. Bla...bla...bla.....

Sehingga ke hujung lawatan, mereka membawa kami ke kedai cenderahati. Haaaaaaa.....nampak tak permainan di situ. Tapi dont worry, samada nak beli atau tidak, bergantung pada selera. Tapi Abg Lan beli ok. Haaaaa......katanya tak sampai hati nak hampakan perasaan guider tersebut. Huhuhuhuhu.....



Selesai beramah mesra dengan monyet-monyet di Alas Kedaton, kami bergerak pula ke lokasi wisata lain yang boleh dikatakan agak terkenal iaitu Tanah Lot (8°38'22.25"S 115° 6'8.78"E).

Tanah Lot ni, aku sering melihatnya dalam gambar-gambar di internet yang memperlihatkan keindahan dan kecantikan lokasi tersebut. Maka memang agak teruja la apabila nak ke sana.

Mungkin expatiation aku terlalu tinggi terhadap Tanah Lot. Bila samapai jer, rasa macam biasa jer rupanya. Hihihi........ Tapi takpe, layankan aja. Zasssss.......

Sama seperti lokasi wisata lain,  Tanah Lot ni juga merupakan lokasi upacara keagamaan. Ada ular suci, ada air suci dan lain-lain lagi.












Matahari mulai terbenam di ufuk Timur sana. Cahaya merahnya begitu mengasyikkan. Tika itu, kami sudah pun berada di restoran yang berdekatan bagi hidangan makan malam. Masih dalam pakej. Angin sepoi-sepoi bahasa singgah di pipi. Sastera sangat ayat kan?.....hihihihi..... Sambil itu kami sedang dihidangkan dengan minuman.

Lagi asyik apabila suasana senja tersebut dihiburkan dengan nyanyian oleh street band atau dalam bahasa Indonesia, pengamen. Haaaaaaa..... Tidak dinafikan, tahap vokal mereka terbaik. Sedap di dengar. Setakat AF tu, mmmmm.....bye bye je lah. Bagi mereka yang tidak tahu, di Indonesia ni memang banyak pengamen. Dah jadi macam satu kerjaya. Takkala kita sedang makan-makan, akan ada pengamen-pengamen yang datang untuk menghiburkan tetamu. Bayaran? Up to u.... Tapi biar lagik la. Takkan la nak kasi Rp 1000. Minda ti biar celik la. Oh ya! Boleh request lagu juga jika mahu.


Pengamen

Keindahan terbenamnya sang suria




Sedang asyik layan view dan lagu, terasa pula titisan air dari atas. Maka semua pelanggan yang ada di situ, perlajan-lahan bangun dan bergerak ke kawasan bumbung restoran, termasuklah kami. Hihihihi...... Hujan mau turun daaaaaaa........



Sedang asyik layan Pada mulanya, aku tekad tak nak makan sebab dah mula was-was berkaitan halal di Kintamani Restoran semalam. Namun. sedikit lega kerana hidangan malam kali ini berasaskan seafood. So tidak ada isu sembelihan. Haaaaaa.... Alhamdulillah.....

Dah kenyang, kami pun bergerak pulang ke penginapan. Letih punya pasal, kami tidak keluar pada sebelah malamnya. Aku yang tidak keluar, yang lain tidak pasti......time to sleep....zzzzzz.....


23 Novermber 2013
Selamat pagi Hari ni last day berada di Pulau Bali. Ye la....nak dok berapa lama kan kat sini? Balik-balik la, anak bini tunggu rumah nuuunnn.....hihihihi.....

Apapun, jom breakfast dulu. Then, terus packing barang dan check-out. Haaaaaaa.....kami dah tak balik ke hotel sebab akan terus ke airport.





Sebelum ke airport, kami singgah dulu di Kuta Beach. Pantai ini juga merupakan lokasi terkenal para pengunjung jika ke Bali. Apa yang menarik sangat? Haaaaaaa....yang tu kena tanya diaorang yang kata best la. Pendapat aku, biasa-biasa jer. Macam Port Dickson jer.... hihihihi..... panassss....











 

Untung la ada orang tolong urutkan. Kat pantai ni ada makcik-makcik yang dok offer nak picit-picit dan urut-urut. Lagi di cakap tidak mahu, lagi dia offer. Hmmmm....layankan jugalah. Uncle Suhaimi dan Auntie Aini dan Ewien yang diurut.

Ok, dah lama rasanya dok kat pantai ni. Dah rasa macam terbakar. Jom-jom..... Flight uncle jam 1. Nanti ketinggalan plak.

Kami send dulu uncle dan auntie di airport. Kissing-kissing, hugging2 dan seterus. Sampai jumpa lagi dalam trip yang lain. In shaa Allah.

Now, time tuk outdoor shooping. Di Indonesia ni terkenal dengan jenama Eiger. So, tidak sah kalau tidak ada sesuatu yang dibeli di Eiger ni. Muraaahhhhh........ Aku, walaupun dalam niat tak nak beli, tak mampu nak tahan. Beli juga. Wal hal yang ada pun belum guna. Hahahaha..... lagi pun, kalau tak beli, rugi plak Rupiah ni kan. Nampak tak alasan yang kukuh di situ. Hahahahaha......

Like always, jika shopping jer, masa akan mencemburui. Time out. Moh ler kita ke Ngurah Rai Airport (8°44'38.02"S 115° 9'58.82"E). Cantik airport ni dari segi ukiran dan design. I like. Airport baru katanya.


Menunggu dengan sabar sebelum departure and boarding calling time. Terima kasih banyak-banyak kepada Abg Edy yang sporting dan banyak berkongsi info sepanjang tour ini. For sure, aku tidak akan teragak-agak untuk merekemenkan Abg Edy punya Travel Tours Agency ni kepada my friends jika ingin ke Bali. Once again, thank.




Alhamdulillah, kami selamat touchdown di LCCT sekitar 7.45 malam.

Maka dengan ini, berakhirlah trip ke Indonesia for this year. Trip yang ke Indonesia jer yang last. Balik nanti, ada lagi trip. Tapi kecil-kecilan jer dan dalam Malaysia.

Secara keseluruhan, in personally, agak kurang MENYENGAT dari segi KETERUJAAN. Tak tahu sebab apa. Tapi ada rasa kekurangan. Mungkin penat kot. Hahahaha.... so drama sangat. Hihihi...gurau jer. Giler tak best. Mesti la best. Cuma ralat sebab tak dapat ke Tasik Segera Anak, Gunung Jari Baru dan Jaluran Senaru.

Menawan puncak Rinjani, bukanlah sesuatu yang mudah sebenarnya. Untuk melayankan treknya yang berpasir dan panjang, memerlukan kekuatan mental yang kuat. Adalah tidak mustahil jika ada yang gagal untuk sampai ke sana. Ada orang cakap Semeru lagi azab, namun, pada pendapat aku, Rinjani lagi azab. Tapi tak apa. Setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza.

Itu menuju ke puncak Rinjani. Untuk di bawahnya, Rinjani mempamerkan padang savanah yang cantik dan indah. Ini baru sedikit kecantikan dan kekuasaan Maha Pencipta. Terlalu sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Hanya mata kepala sahaja yang dapat menilainya. Subhanallah.....

Jalan-jalan di Gili Trawangan. Tidak ada apa yang terlalu istimewa. Kelainannya cuma banyak mat salleh je lah kot. Kira kelainan la kan....hihihihi.... Pusing-pusing Lombok. Dengar cerita supir.....

Pastu di Bali pula. Melihat kebudayaan. Dapat menambah pengalaman dan pengetahuan. Nice place n culture. Happy.....

Sebelum menutup entry, saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Abg Jept yang sudi mengajak saya untuk join this trip. Satu perhargaan buat saya. Pada teman-teman sependakian, yang baru dan yang lama. Seronok bertrekking dengan anda semua.

Saya mohon maaf sekiranya ada yang terguris, sepanjang trip. Dalam trek, always happen jika sedikit terkasar bahasa. Biasa la mental down dan penat. Tapi itu bukan dari dalam hati. Semoga Allah mempertemukan kita lagi dalam trip yang lain. Amin.

Andai terdapat sebarang kesalahan informasi, jangan segan-segan untuk memberitahu saya. Akan saya perbetulkan secepat mungkin. tq.

Wassalam.....

6 comments:

  1. Pehhhhhhhhhhhhhhhh menarik tempat yang dilawati == Seni masjid macam mana di Bali tak sempat untuk ambik barangkali kesuntukan waktu lawatan - cadangan saya --kalo nak tengok pesta Barongan selama satu minggu adalah di PONOROGO -waktunya adalah 1 minggu sebelum awal MUHARAM -pasti meriah pesta BARONGAN :)

    rj batu pahat

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih pada en rj batu pahat atas komen dan cadangan. Masa kat Bali tu memang tak jumpa sangat masjid yang besar. Mungkin kami terlepas pandang. Apa pun, terima kasih kerana melawati blog saya.....hihihihihihi

      Delete
  2. Salam tn brp ye pakej rinjani tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami pergi ni around RM1500......tiket tidak termasuk.....hihihhihihi

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...