Monday, November 18, 2013

--- Menawan Puncak Rinjani - Permainan Apakah Ini? ---

**Foto adalah sumbangan saya sendiri (utama), Azizah, Pak Lie, Amin dan Uncle Saidin. Saya edit-edit sikit mengikut kesesuaian. Gambar yang tiada watermark, bukan dari kamera saya. Setiap masa pendakian adalah merujuk kepada masa tercatat dalam kamera.

R I N J A N I . . . Wah! Satu nama gunung yang rasanya semua pencinta alam dan gunung mengetahuinya. Tidak salah juga jika aku katakan yang gunung ini menjadi impian setiap pendaki untuk menjejakkan kaki di puncak. Telah banyak tahun menyimpan impian, akhirnya Allah mengizinkan impian ini dilaksanakan.

Plan punya plan with Abg Jack, maka kami pun bersiap sedia untuk menawan puncak Rinjani. Alhamdulillah..... Tiada tema ekslusif, kami layankan apa yg datang dan termampu. Trip kami bermula 16 ~ 23 November 2013. Line up seramai 8 orang, 3 perempuan dan 5 lelaki. Kita ada Abg Jack (gogo), Pak Lie, Abg Azlan, Uncle Saidin, Aku, Amin, Azizah dan Ewien. Dalam 7 orang ni, 4 orang, aku xpernah trekking bersama. Hihihihi...... Jom baca travel log aku ke RINJANI......

Jalur pendakian yang bakal ditempuh
Just for information, berdasarkan maklumat internet, terdapat 3 jaluran untuk sampai ke Plawangan Sembalun. Jaluran tersebut ialah :

i. Jalur Sembalun
ii. Jalur Senaru
iii. Jalur Torean

Rasanya jalur Sembalun merupakan jalur paling popular. If I'm NOT mistake. Hihihihi.... Bagaimana kondisi jalur lain? Hmmmm....tak pasti sebab aku pun tak pernah lalu.

16 November 2013
Macam selalulah kan, bila nak trekking obersea ni, sila berkumpul di airport LCCT. Flight kami dari KL menuju ke Pulau Lombok pada jam 0835. Abg Jack paling awal sampai. Tahniah...! Rasa nerbes sebab ada yg belom pernah trekking bersama. So kena bina chemistry. Baru la tak bosan ketika mendaki.


Check-in

Pilih destinasi anda

Penerbangan memakan masa 3 jam lebih. Kali ni aku dapat HOT SEAT Air Asia. What so special? Hmmm.... seingat aku just dapat panggilan terawal untuk berjalan menaiki kapal terbang. Then ruang kaki seatnya luas SEDIKIT dari yang biasa. Lagi? Seatnya ada tanda merah. Tu je lah. So, korang rasa-rasa, special tak? Hmmmm......talk to AirAsia Manager. Log kali ni takder pic2 sayap kapal terbang semua tu sebab seat aku tengah. So takleh nak snap.


Hubungi yang tersayang sebelum berlepas



Sudah mahu terbang
Table seat yang melekit....omg AirAsia
Alhamdulillah, kami selamat tiba di Bandar Udara Internasional Lombok sekitar jam 1130. Tiba lebih awal kerana cuaca baik. Kata juruterbang. Ok, ni nak komplain skit. Suara juruterbang bukan main mahai ek? Cakap mcm dalam kelambu. Tak jelas. Adoiiiii......

Arrival


Sebelum tiba di Lombok lagi, Abg Jack dah brief tentang guider trip. Nama panggilan beliau Juan. Islam. So ketibaan kami di airport memang telah ditunggu-tunggu dan disambut dengan senyuman oleh beliau. Cuaca di area Lombok Tengah time ni mendung dan hujan sekali sekala.

Jack n Juan



FYI, di Lombok terdapat 2 airport. Selaparang Airport dan Lombok International Airport. Selaparang Airport adalah airport lama. Sekarang hanya digunakan oleh pihak tentara sahaja.

Selain Abg Juan dan 2 orang driver, terdapat dua org lagi yang tidak dikenali turut menyambut ketibaan kami. So pada fikiran aku, mungkin diaorg ni sampingan pendaki yang nak join kot. Dari mana? Entah.....



Kami bersiap2 dan menaiki kenderaan menuju ke destinasi makan. Yeaahhhh.... Lapar kan...hihihi.... Dalam perjalanan tu beberapa kali hujan turun dengan lebat. Beg plak tak cover ok. Habis laaaaa......

Selesai makan, kami pergi kedai untuk membeli beberapa lagi keperluan group dan persendirian. Biasa la, ada yang terlupa itu ini kan. Selain tu nak support yang lain2. Yang penting, gas. Sebab, gas tak lepas airport. Hihihihi.....

Ok, jom gerak. Sedikit informasi, jam antara Malaysia dengan Lombok tiada perbezaan. Waktunya sama sahaja. Cuma waktu solat jer agak awal sebab Lombok menerima cahaya matahari lebih dulu dari Malaysia. Lebih kurang macam Sabah.

Semasa dalam perjalanan, driver (lupa nama) dan kami sempat berborak-borak. Antaranya, Pulau Lombok ini di kenali sebagai Pulau Seribu Masjid. Dapat diperhatikan bahawa memang banyak masjid di tepi-tepi jalan. Saiz masjidnya pula bukan kecil-kecil ok. Bapak besar. Boleh dikatakan hampir selang 1km, akan ada masjid. Hmmmm....... Satu lagi, driver Kijang yang aku naiki ni, muka dia, iras Tokey Jambu Maharajalawak. Serius. Cara dia senyum pun sama. Kelakar juga orangnya.

Sepanjang perjalanan menuju ke kaki gunung, dapat perhatikan juga terdapat banyak sawah-sawah padi bukit. So boleh dikatakan, penduduk sini mengusahakan tanaman padi sebagi sumber makanan dan sumber pendapatan. Ops..! Terlupa. Masa otw tu juga, kereta satu lagi di belakang, panjit. Maka kami menunggu mereka sekejap.



Perjalanan mengambil masa 3 jam lebih untuk sampai ke kaki gunung. Sempat la aku terhangguk-hangguk tertidur. Dalam perjalanan tersebut, kami beberapa kali sempat melihat puncak Rinjani. Wow....seriusly, wow....... Suhu juga dah semakin rendah. Air-corn dah tutup. Guna udara luar jer dah cukup. 

Sebelum sampai ke destinasi, kami singgah di satu view point untuk melihat panorama-panorama yang indah. Dari kawasan tersebut, kelihatan perkampungan Lembah Sembalun Bumbung (sorry jika salah eja). Kami akan bermalam di sebelah kampung tersebut yang tidak kelihatan dari sini sbb terlindung satu bukit ni. Hihihihihi.....

Suhu ketika itu sangat sejuk sambil hujan renyai2. Perasaan sangat teruja ok.


Perkampungan Lembah Sembalun Bumbung




Kecerian terserlah



Titisan air hujan di cermin kereta
Selesai bergambar dan melayan view, kami meneruskan perjanan menuju ke Pejabat Taman Nasional Gunung Rinjani, 1156 meter dpl. Then, baru cari rest house.

Dalam perjalanan dapat ditafsirkan bahwa perkampungan ini sebenarnya dikelilingi pergunungan yang cantik. Nama kampung pun dah lembah. Hihihihi...... Boleh dikatakan seluruh tanah Pulau Lombok ini mempunyai tanah berwarna hitam yang berasal dari gunung berapi. Ini menjadikan Lombok sangat-sangat subur.




Pintu gerbang Taman Nasional Rinjani








Permit Taman Negara settle, sekarang jom cari rest house.




Selesai mendapatkan rest house, buat pengurusan diri. Pastu gogo panggil untuk sedikit taklimat. Dalam taklimat, semua peserta diminta membaca, fahami dan tanda tangan AKU JANJI. Ko mampu buat macam tu? Hahahahahaha........ Pastu pergi cari kedai makan di sekitarnya. Suasana sepi jer di perkampungan tersebut. 

Selepas makan, kami adakan sedikit sesi taaruf (suaikenal). 2 orang rakan yang menyertai dalam trip kami ni ialah saudara Agni dan Madi. Kedua-duanya berasal dari Kalimantan dan belajar di Jakarta dan Kota Malang. Juga beragama Islam. Welcome to the club.....


Dalam sesi itu juga, Abg Juan, as guider, memberi sedikit taklimat tentang kondisi perjalanan esok. Beliau mohon, perjalanan dimulai pada jam 0700 pagi waktu tempatan. Bekalan air disediakan secukupnya. Dan nak bg tahu bahwa, aku mandi ok mlm tu walaupun pun airnya sejuk giler.

17 November 2013
Lihat jam 6 pagi. owh...awal lagi. Tapi dari tepi-tepi langsir tingkap, kelihatan cahaya matahari cuba menembusinya. Apalagi, terus celapak bangun dan kejutkan Abg Jack. Aaaaaaaaaaaaa.......matahari dah tinggi leerrrr......

Bangun dan buat persiapan. Takder la kalut pun sebenarnya sbb semalam dah packing. Hihihihi....saja dok buat riuh. Selain itu sebahagian barang telah pun dipindahkan ke porter. Haaaaaa....ada yg berlenggang je ok. Hihihihi......

Sarapan pagi disediakan oleh pengusaha rest house tersebut. Kami makan nasi dan...dan...dan.... ok, aku xtahu nama yg lain tu k. Tengok u all makan begitu kusyuk. Sedap la tu. Sebenarnya, tak elok makan banyak sebab nanti gemuk..... hmmmm....





Sarapan pagi


Dari rest house tersebut, kami naik pick-up menuju ke starting point. Sangat jauh kalau nak berjalan kaki. Silap-silap kena satu malam lagi kalau berjalan sahaja. Hahahahahaahha....


Siap sedia memulakan cabaran Rinjani




Lebih kurang setengah jam kemudian, kami tiba di starting point. Telah siap menunggu di situ porter-porter dengan raga. Kami pun menurunkan barang-barang yang telah diasingkan untuk porter. Abang Juan dan Jack sedang berurusan dengan mereka dari segi kos dan sebagainya.






Sementara itu, yang lain sedang membuat sedikit regangan. Walaupun jalan berlenggang, kena juga stretching. Seriusly, kali ni beg aku boleh dikatakan ringan dari trip-trip sebelum ni. Hahahahahaha......

Ok, kita ada wakil dari Johor yang membimbing dalam proses regangan. Slogan yang dibawanya ialah JOHOR LEAD. Mampu ke korang? Haaaaaaaa.....







Dah puas bergambar kan? Haaaaaa....jangan nak rileks2 sangat k. Jom mulakan pendakian. Jam time ni sekitar 0800 pagi. Target hari ni ialah Plawangan Sembalun.

Semasa di starting point ini, terdapat satu kumpulan pendaki lain. Pendaki Indonesia. Student2 universitas. Menurut Abg Juan, sebenarnya akan ada lagi kumpulan-kumpulan pendaki lain yang bakal mendaki. Maka tanpa membuang masa, kami pun memulakan perjalanan kami sambil melihat puncak Rinjani nun di atas sana.

Suhu ketika ini sejuk bercampur panas. Hawanya dingin, dan dalam masa yang sama ada pancaran matahari yang terik.




Berhenti membuka baju sejuk sebab dah berpeluh







Kurang dari 2 jam, kami sampai di Post 1. Di post ini terdapat sebuah pondok dan satu lagi sedang dalam proses pembinaan. Ok kalu nak story bab cantik pemandangan, memang tak dapat nak bayangkan dengan tulisan ini. Hanya mata sahaja yang dapat melihatnya. Kamera pun xdpt nak snap sepenuhnya. Haaaaaa....ni nak gambarkan bahawa betapa canteknya savana ini.

Bagi pendaki yang baru mendaki gunung di Indonesia, savana membawa maksud kawasan padang yang luas. Ditumbuhi rumput-rumput , pokok renek dan jenis pine. Ada istilah jenis hutannya. Tapi saya tak degree dalam pertanian. Hutan di Indonesia tidak sama dengan Malaysia. Kaki gunung Malaysia, hutannya tebal hingga ke puncak. Tapi tidak di Indonesia.








Kami berehat sebentar di Post 1. Sambil rehat-rehat tu, datang la beberapa porter lain bersama mat salleh. Tadi kat bawah tak der. Haaaa....Sebenarnya area bawah tu banyak rest house. Rest house tu sentiasa dihuni para pendaki. Selang beberapa ketika, datang satu team. Macam pernah nampak kat LCCT. Hmmmm..... Malaysia rupanya. Hihihihi...sempat berbual-bual dan kami meneruskan perjalanan.



Ok, sejam kemudian, tiba kami di Post II. Haaaaaa....macam tak percaya dah sampai Post II. Tak jauh benarnya antara Post I dengan Post II. Perjalanan diantaranya, disajikan dengan pemandangan savana yang sangat cantik. Sekali sekala, hujan renyai-renyai dan kabus tebal. Biasa la musim hujung tahun.


Lunch di Post II. Yup...kat sini ada mata air. Air gunung. Ada rasa belerang sedikit. So boleh la nak apa-apa pun. Nak solat ker.....nak buang air ker...... Nak mandi? Nak mandi tak boleh la kot sebab, airnya kecik jer.





Penghuni alam



Porter-porter sedang menyiapkan makanan tenga hari


Alhamdulillah...semua lunch dimasak dan disediakan oleh porter. Waaaaa.....kalu kat Malaysia, memang tak dapat la kan. Hihihihi..... Menu pun diaorg yang setupkan. Diaorg semestinya dah berpengalaman sebab hari-hari jadi porter. So dah tahu apa yang patut.

Menu first ialah koktail. Kemudian ada mee bersama nasi. Owh!... Nak bagitau u all bahawa di Indo memang dah tradisi, makan nasi berlaukkan mee. Bagi kita macam awkward kan.... Hihihihi.....






Kami melepak di Post II sangat lama ok. Pendaki-pendaki lain yang terkemudian sampai pun dah lama bergerak. Santai sangat kami. Rasanya, kami kumpulan terakhir yang gerak walhal, kami antara terawal gerak dan sampai di sini. Kalau tak salah, kami mula gerak semula jam 1.00 petang.

Setengah jam pendakian atau perjalanan savana, kami tiba di Post III Extra. Hahahahaha...... Post III tapi ada Extra. Hihihihihi.....




Post III Extra
Di Post III Extra, kami berehat lagi. Hmmm....memang santailah. Lebih kurang setengah jam berikutnya, kami tiba di Post III.


Post III
Tiba di Post III




Jika anda baca dalam kebanyakkan catatan Rinjani, menyatakan, selepas Post III ini, pendaki akan menghadapi tanjakan yang tinggi dan memenatkan. Yes...catatan tersebut memang benar. Hahahahahaha.....

Melihat dari Post III, kelihatan trek yang menjanak, dan bermulalah pendakian yang menguji mental dan fizikal pendaki dengan lebih kental. Hahahahaha.....

Jangan rushing kerna tanjakan tinggi ini sampai puncak. So, tabahlah menghadapinya. Kelihatan juga pekerja-pekerja sedang membawa kayu dan papan. Ada juga yang membawa simen. Hmmmm...... syukur la kita. Mendaki berlenggang jer. Tu pun dah penat bagai nak pitam. Hihihihi.....



Sejam pendakian dari Post III tadi, benar-benar memerah keringat kami. Nak kata beg berat, tak sbb dah bagi porter. Tapi, 5 langkah mendaki, berhenti berehat. Arghhhhhhh...... sangat-sangat memenatkan. Seriously.....

Kami berhenti berehat di post yang tidak bernama. Tak siap lagi kot sbb takder bumbung pun. Mungkin post ni bakal diberi nama Post IV.

Berehat di post yang tidak diketahui


Dari segi kekuatan pendaki, tak semua sama. Ada yang laju. Contohnya Uncle Saidin, Abg Azlan dan Pak Lie. Diaorg antara yang terhadapan. Aku tengah2 jer. Mengah ok mendaki ni. Belakang ada Abg Jack, Ewien, Amin, Agni dan Mady. Azizah? Azizah, kejap tengah, kejap belakang. Ikut mode dan gear dia.


Just want to share, samada depan atau belakang, laju atau perlahan, tak perlu dikisahkan. Setiap individu mempunyai sistem biologi masing-masing. Selain itu faktor ketinggian juga memainkan faktor terhadap tahap kecergasan di mana udara semakin nipis takkala ketinggian meningkat. Risiko untuk mendapat AMS adalah cerah. Maka, jalanlah perlahan.

Aku sendiri merasainya masa pendakian ini. Jalan 5 langkah, aku rehat. Sebab macam tak sempat nafas.

Waktu siang di Lombok terasa begitu panjang. Rasa macam lambat jer nak malam. Padahal dalam trek dah lama giler.

Jam tangan dah menunjukkan jam 6 petang. Hari dah makin gelap. Kami masih dalam trek. Rasanya pendaki-pendaki yang lain dah sampai kot. Argggggghhhhh.......seriously letih dan penat sangat rasanya. Suhu xpanas. Sejuk jer.

Aku mendaki sehingga berjumpa dengan team Malaysia. Ada seoarng pendaki tu dah macam tak larat. Kelihatan teammate nya sedang menarik dan memberi kata-kata semangat. Dari bawah, kelihatan bayang-bayang signboard di atas sana. Time tu memang tak tahu itu signboard kejayaan. So just target biasa jer nak kasi sampai situ.

Daki punya daki, aku sampai akhirnya. Sesampai jer situ, aku terus bersyukur kerana depan mata aku ialah tasik Segara Anak. Itulah pemandangan yang aku selalu lihat di dalam internet atau gambar sahaja. Kali ini aku melihatnya dengan mata sendiri. Real punya. Masya-Allah........ Ya Allah, syukur pada Mu dan segala puji untuk Mu. Rasa sebak dan terharu sedikit tapi cover-cover.....

Horeeeyyyyyyyy........sampai juga aku akhirnya di sini. RINJANI .......... Tapi ni bukan puncak lagi. Ni namanya Plawangan Sembalun, 2600 meter dpl.

Bersama-sama masa tu ada jer pendaki lain yang baru sampai sedang bergambar. Selebihnya dah bergerak ke lokasi perkhemah di balik sana. Suhu masa ni sangat sejuk. Aku cuba tingkatkan jutsu pun tak tahan lama.

Maka snap pic cepat2. Time ni juga, cahaya matahari dah mula hilang. Maka terpaksa la rendahkan shutter speed. Kalu tak, gambar gelap. Ader jer pic yang blur sebab low light dan menggeletar.

Sedang bergambar tu, kelihatan Azizah dan Ewien di bawah. Dah semakin dekat dan sampai akhirnya. Bersorak keriangan.














Tak tahan sejuk dan hari dah makin gelap. Kami bergerak menuju ke tapak perkhemahan. Sedia menunggu ialah Uncle Saidin. Beliau sampai awal sebab power. Beliau selalu kayuh basikal. Tu yang stamina mantap.

Porter-porter pun dah sampai. Kami sama-sama mendirikan khemah. Waaaaaaaa......tak tahan sejuk dengan angin yang bertiup kencang lagi. Boleh beku nih. Deru angin tersebut adalah bunyi pohon cemara. It's that true? Aku buka lagu Rinjani. Yes....dalam bait lagu, ada menyebutkan 'cemara'.

Malam sudah menjelma. Agni, Mady, Amin dan Abg Jack belom sampai.......

Tidak lama kemudian, Agni dan Mady sampai. Abang Juan dan Abg Lan dah pergi rescue. Katanya kat bawah tu dah, cuma tak sampai-sampai lagi.

Malam dah semakin gelap...... Abg Jack pun sampai. Alhamdulillah xder apa-apa. Cuma katanya, kaki jer problem dan sakit dada. Pastu dia rasa macam kena AMS. Huhuhuhu.....selesai medical dan rehat, Abg Jack terus tidur.

Sorry to Abg Jack sbb tak pergi rescue. Saya pun dah sampai agak gelap. Pastu keadaan cuaca yang terlalu sejuk. Diri sendiri pun tak sempat nak cover. So rasanya tak mampu kalau nak gi tolong. Apapun, Abg Jack kuat semangatnya....gi tuuuuuuu......


18 November 2013
Bangun sekitar jam 1 pagi. Membuat pengurusan diri. Isi perut. Terima kasih porter. Bersiap-siap untuk pendakian ke puncak. Sejuk dan angin tetap bertiup agak kencang. Dari campsite, kelihatan lampu-lampu di jaluran atas sana. Waaaaaaa.....awalnya mat salleh ni.

Bismillahhirrahmanirrahim...... kami memulakan pendakian. Pendakian bermula dengan baik pada permulaannya kerana trek masih ok. Sedikit-sedikit mula mendaki, dan kami mula mendaki melalui trek berpasir. Masya Allah....... tak tahu nak citer macam mana. Layankan jer trek berpasir ini. Menurut Juan, mujur ada sedikit kelembapan pada trek kesan dari hujan sebelum ni. Jika tidak, trek ni akan bertambah sukar dan berdebu.


Jika tadi sejuk nak beku, sekarang dah mula sedikit panas. Aku dah mula membuka butang dan zip baju tebal. Kasi udara sikit. Suhu tak panas. Yang panas adalah badan. Mat Salleh ni pakai shot n singlet jer. Alahaiii..... Pendakian sudah mula sukar akibat pasir ni menggelunsur ke bawah setiap kali aku pijak. Berdiri sahaja pun, akan turun.


Pendakian berpasir, dari campsite ke kaldera, memakan masa sejam setengah lebih. Penat ok. Aku berhenti berehat sanbil menunggu rakan yang lain. Agak lama menunggu. Abg Lan dan Uncle Saidin memang dah depan. Lama skit, Abg Juan, Ewien, Pak Lie pun sampai. Abg Juan nasihatkan aku supaya terus berjalan sahaja. Sejuuuukkkkk........

Pemandangan belum kelihatan kerana masih gelap. Dari tepi jalur, hanya kegelapan yang menyerikan. Aku dan yang lain meneruskan perjalanan di jaluran tersebut. Berbisik di hati ku, alhamdulillah, trek dah padat sikit. So tidaklah susah sangat.

Namun begitu, aku masih mengah juga dan tidak boleh berjalan terlalu pantas. Aku meneruskan perjalanan. Sampai satu puncak, kelihatan di balik sana, di kejauhan , kelihatan lampu-lampu di satu puncak. Perghhhhh....... rupa-rupanya puncak Rinjani masih jauh dan tinggi. Mental down skit. Jika tidak salah, terdapat 2x puncak tipu dan akan melindungkan pemandangan anda dari puncak sebenar.

Trek yang padat tidak selamanya. Tiba di satu jalur, trek mula berpasir KEMBALI dan menjadi sangat sukar. Layankan jer. Tak tahu nak gambarkan keletihan melayankan trek berpasir ni.

Matahari dah mula menunjukkan diri.......







Aku terus mendaki sehingga sampai ke puncak terakhir sebelum puncak sebenar. Dari situ kelihatan satu jalur berpasir mendaki yang panjang sehingga ke puncak. Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa......... Masa tu, matahari dah sedikit-sedikit menunjukkan diri. Time-time penat ni, mendengar pula celoteh Uncle Saidin. Pastu nak bergambar bagai. Arghhhhhh.....stress. Layankan jer. Basikal.....motor....basikal....motor....basikal....motor...... Hmmmmm.....

Jam dah menghampiri 6.00 pagi. Masih dalam jalur yang sama. Ya Allah....lamanya nak habis. Sampai satu ketika, aku terasa nak muntah. Loya-loya......pening sikit-sikit jer. Aku lihat di atas. Nampak Mady sedang berehat di batu atas. Aku target untuk sampai situ. Perlahan-lahan aku langkah.

Aku terfikirkan AMS. Adakah aku kena AMS. Ya Allah! Time ni aku terfikir yang aku tinggalkan solat semalam dan pagi tadi. Pastu teringatkan family. Teringat sape nak bawa mayat aku turun dan bermacam-macam lagi...... aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.........

Dalam masa mendaki tu, mat salleh yang awal sampai tadi, dah turun. Perghhhh....mental dowwww...... Their said, 'good luck', smile, 'u can do it'.....macam-macam lah..... psiko!



Muka letih. Dah nak sampai puncak...
Penat....letih...dan sebagainya....... plus minus 5 jam masa di ambil untuk sampai ke puncak. Akhirnya aku sampai di PUNCAK RINJANI, 3726 meter dpl. Ya Allah....bersyukur pada mu kerana masih diberi peluang untuk hidup. Amin..... Time sekitar jam 7.00 pagi.

Hilang segala penat tadi takkala kaki berjaya sampai di puncak RINJANI. Yang ada di puncak time tu, Mady, Pak Lie, Abg Lan, Uncle Saidin. Pastu ada 2 orang Singapore, mat salleh sorang dan porter mereka. Bawah tu skit ialah Agni.

Dapat melihat tasik Segara Anak dari puncak tertinggi ini, merupakan salah satu nikmat terbaik duniawi ciptaan Maha Agung. Sesi bergambar adalah WAJIB di sini.














Sekitar jam 7.40 pagi, kami pun bersiap-siap nak turun. Rasanya tak elok dok lama-lama kat atas puncak ni. Tak manis. Abg Lan dan Uncle Saidin dah gerak. Mady dan Agni tak nak turun lagi kerana Agni baru jer sampai. Tak puas lagi menikmati keindahan alam ini. Tadi, masa Agni sampai, dia sebak dan hampir menangis sebab terlalu gembira. Hahahahahahaha....... hihihihihi.......



Kaldera








Masa di atas puncak lagi, kami terfikir samada yang lain meneruskan pendakian atau berpatah balik. Melihatkan trek di bawah, cuma tinggal beberapa kerat jer yg sedang meneruskan pendakian. Bayang-bayang Abang Jack, Azizah, Ewien dan Amin tidak kelihatan.

Namun menurut Pak Lie, Abg Jack memang meneruskan pendakian dan akan tetap mahu ke puncak. Oleh itu, aku dan Pak Lie, menunggu mereka seketika. Kami berteduh di sebalik batu, bawah sedikit dari puncak.

Masa terus berlalu....... pendaki Singapore pun dah turun. Kemudian, tiba team Malaysia. Sempat berbual dan bertanyakan Abg Jack. Kata mereka, Abg Jack ada di bawah dan perlahan-lahan mendaki. Cuma kami tak nampak kerana terlindung bukit kecil. Lagipun, kami faham. Trek terlalu sukar. Dah la Abg Jack semalam injured.




Kasut baru, Brook
Puas aku dan Pak Lie menunggu. Agni dan Mady pun dah turun. Kami melihat mereka turun agak laju sehingga ke puncak bukit bawah. Aku n Pak Lie putuskan untuk turun juga. Kami berselisih dengan Abg Jack, Azizah dan Amin di bawah sana. Bagi kata-kata semangat dan bekalan air.

Kemudian, Pak Lie terus turun dengan laju meninggalkan aku. Aku dok sibuk snap sana sini. Lagipun malas nak turun laju. Lutut nak pakai lama. Lagipun, kalu sampai awal, buang masa gak. Sempat bertemu Agni dan Mady. Kelihatan Agni macam injured di bahagian kaki.

Terik matahari tidak terlalu terasa sangat kerana bayu sejuk angin menyejukkan badan. Walhal, matahari dah mula terpacak. Pokok bunga Aldewis tumbuh merata-rata di sepanjang trek Rinjani sehingga ke bawah. Indah....cantik...dan sebaginya.

Jauh juga berjalan turun....huhuhuhuhuhu......




Eldawis aka Bunga Cinta Abadi





Pada fikiran ku, Abg Jack merupakan team last yang mendaki. Rupa-rupanya, ada sahaja yang mendaki semasa kami bergerak turun. Masa tu dah kat jalur yang landai. Ini bermakna, tiada masa yang tetap untuk mendaki ke puncak Rinjani.

Lebih menarik, masa turun tu, kami berselisih dengan seorang anak kecil bersama ibunya. Umur kanak tersebut ialah 6 tahun. Kanak-kanak perempuan. Mengikuti dari belakang ialah ayahnya bersama-sama porter yang telah diupah.

Haaaaaa...gigih ok. Kanak-kanak 6 tahun pun mendaki. Menurut ibunya, mereka sudah mendaki pada tahun lepas, tapi tidak sampai puncak kerana terlalu dingin. Maka, tahun ini, mereka repeat dengan harapan, sampai ke puncak. Semoga Allah bersama mereka.

Porter
Umur 6 tahun







Sedikit perkongsian info, menurut guider lain yang sempat aku dan Pak Lie berbual, tiada catatan tentang bilakah Rinjani ini meletus. Gunung Barujari pula meletus dengan kuat pada tahun 1944 seterusnya membentuk gunung baru ini. Letusan dahsyat tersebut meragut nyawa manusia dan laharnya memusnahkan kawasan sekitar. Gegaran kecilnya pula sentiasa berlaku sehingga sekarang. Boleh google lah ye.

Anak gunung baru, Gunung Barujari Sedang aktif


Aku tiba kembali di campsite sekitar jam 11.00 pagi ke atas. Makanan dan minuman telah siap tersedia. Terima kasih porter.



Toilet. Dalamnya dikorek lubang sederhana dalam. Kencing dan berak dalam lubang terbut, kemudian guna wet tissue or air 'jika ada'.
Masa untuk menunggu Abg Jack, Azizah dan Amin. Selesai makan, aku mula start packing sikit-sikit. Nanti Abg Jack sampai dah mudah la nak gerak. Mengikut jadual, hari ini, kami akan bergerak turun ke Tasik Segara Anak. Tasik kat bawah sana. Wow..... teruja. Kata Abg Juan, ada punca air panas. Boleh berenang lagi. Selain itu, terdapat air terjun lagi. Horeeyyyy.......

Lewat tiba. Tahniah




Tertidur....bangun....tertidur...bangun.... Hmmm....Abang Jack tak pulang-pulang lagi. Sementara dok dalam khemah tu, aku terdengar mereka dok berbincang kat luar berkenaan situasi. Ada cadangan agar bermalam di sini malam ini. Esok terus turun ke starting point. Ini bermakna tak nak turun ke tasik.

Alasannya, kesihatan Abg Jack. Masa dah drag....bla...bla....bla.... Jujurnya pada masa itu, aku rasa agak kecewa sebab jadual diubah. Apa yang lebih kecewa adalah cara mereka melihat situasi terus kepada kelemahan. Tidak ada langsung cadangan yang ke arah semangat. 'Alah....matlamat puncak jer. So dah sampai puncak. So balik la......' Seriusly rasa menanah jer telinga.

Aku di sini bukan menyatakan yang aku ni kuat atau apa, tapi kaedah dan cara memberi pendapat dan cadangan. At least give some spirit.... zzzzzzzz....zzzzzzz....zzzzzz


Alhamdulillah, Abg Jack selamat pulang bersama-sama Amin dan Azizah sekitar jam 6.00 petang. Abg Lan dan Pak Lie, dengan gigih pergi menghantar makanan. Terima kasih pada mereka berdua. Team Malaysia yang sebelah kami telah lama turun kembali ke starting point. Menurut Abg Jack, mereka juga telah mengubah jadual dengan tidak turum ke tasik.

Aku kembali membuka beg kerana kami bermalam di sini. Abg Jack as gogo telah bersetuju dengan perubahan dan hari tersebut di isi dengan bermalam di Gili Trawangan.


19 November 2013
SELAMAT PAGI PLAWANGAN SEMBALUN....... Hmmmm...ceria nampaknya semua orang hari ini. Awal-awal pagi riuh-rendah kat luar khemah. Dah nak turun la katakan. Tu yang dok seronok sangat. Nak bergambar dan sebagainya.













Macam style gambar nak ambil. Nak gambar poskad, gambar setem, cover album, poster, iklan, freestyle dan macam2 lagi. Tak kurang, snap pic sendiri, camera dari atas. FB profile pic sangat..... alolololo cute. Kihkihkihkih.....








Ok ok.... rasanya kalau dibiar bergambar nih, mungkin hari akan malam. Jom la turun. Actually, cuaca pagi ni sebenarnya berkabus tebal. Dari tadi, ada sahaja pendaki baru sampai. Ada juga yang turun balik kerana merasakan tidak boleh naik atau jika naik pun, tak ada view. Hmmmm.....

Sekitar jam 9 pagi, kami mula bergerak turun. Perjalanan berjalan lancar. Cuma ada beberapa sahabat yg kakinya kurang elok. Injured. So dok manage-manage tongkat. Hihihihi.....

Dalam dok sakit-sakit turun tu, sempat lagi diaorg bergossip. Hmmm...Mak Jemah sangat. Biasa la gurauan dalam trip. Kalau senyap, nanti bosan plak. Dalam masa kami turun tu, tak putus-putus porter naik. Ada juga porter yg naik semalam. Sempat bertegur. Kuat sungguh. Bukan itu sahaja, pendaki-pendaki baru, makcik-makcik, pakcik-pakcik dan mat salleh. Laku sungguh Rinjani ni. Menurut Abg Juan, Jun dan Julai, paling ramai pendaki sehinggakan tiada ruang kosong untuk khemah di Plawangan Sembalun.

Sedang dok layan turun tu, tetiba dikejutkan dengan Ewien tiba-tiba injured. Tak boleh jalan. Beg Ewien, Mady tolong bawakan. Pastu pas pada porter. Ewien guna 2 tongkat. Agni yang kasi. Maka dia jalan perlahan-lahan.








Berehat di Post III





Di sepanjang perjalanan turun, beberapa kali hujan lebat turun dengan tiba-tiba. Tak lama. Pada ketika ini, puncak Rinjani sudah tidak kelihatan kerana kabus yang tebal. Dari Plawangan Sembalun juga kabus sudah tebal. Kami bernasib baik kerana semalam, cuacanya sangat baik.

Selepas Post III, Ewien dah ok sikit. Maka, tongkat dikembalikan kepada Agni. Agni pun sebenarnya injured teruk. Dia hanya bertongkatkan kayu sahaja. Tongkat kayu seakan-akan tongkat Mak Lampir. Sedaayyy.....

Alhamdulillah....selamat sampai di bawah sekitar jam 3 petang. Transport dah siap menunggu. Uncle Saidin dan Abg Lan, sempat mandi lagi. Dah wangi bagai. Diaorg turun laju. Berlari. Takper la tenaga kuat. Gituuuuu......

Terakhir tiba, Agni dan Mady. Agni cedera parah. Hihihihihihi........


Penat melayan injured

Telefon orang yang tersayang

Bersiap-siap. Bayaran dan tip clear pada porter semua. Beg dah naik Kijang. Lepas ni akan terus ke Gili Trawangan. Apa yang menariknya pulau tu? Hmmmmm.......

Aku try cari batch kain bulat Rinjani. Tapi tak ada. Sedihhhhh.....

Kesimpulannya, pendakian dari starting point menuju ke Plawangan Sembalun tidaklah teruk. Santai jer. Malah, boleh dikatakan tidak jauh. Post I ke Post II, dekat aja. Cuma seksa sikit, selepas Post III. Walaupun dah diupah porter untuk membawa barang, still rasa mengah-mengah. Mungkin suasana baru dan penerimaan sistem badan menjadikan pendakian tidak seperti biasa. Ada porter yang ulang alik naik Plawangan Sembalun, sebanyak 2 kali dalam satu hari. Haaaaaaaa......

Berkaitan porter, adalah disarankan bagi memudahkan pendakian. Tidaklah susah-susah nak bawa berat-berat. Tak kira la gagah ke atau tidak. Tapi terpulang. Dari sudut lain, kita telah memberi sumber pendapatan kepada mereka. Kawasan ini bukanlah kawasan perindustrian yang menawarkan banyak pekerjaan. Faham-faham je lah.

Dari menu pula, tidaklah semewah yang kita sangkakan. Aku pun berfikiran bahawa makan seperti nasi, ikan, ayam dan lain-lain. Hakikatnya, mee merupakan menu utama. Ini kerana memang budaya di sini suka makan mee. Terima seadanya. Jika tak nak, boleh la bawa sendiri dari Malaysia menu sendiri. Dalam pendakian ini, atas keprehatianan gogo, kami bawa nasi himpit dan sambal ikan bilis. Boleh juga kalau nak buat rendang apa ke.

Setelah sampai di bawah, apa yang ralat bagi aku ialah tidak dapat melengkapkan jaluran pendakian dan exit di Senaru seperti yang dirancang. Tasik Segera Anak, kolam air panas dan air terjun....... hmmmmm...... Bila lagi nak pergi kan? Bukannya selalu datang. Mungkin ini kali terakhir. Apa pun, aku terima seadanya kerana ada hikmah yang telah ditentukan Allah.

Menurut Abg Juan, 2 hari diperlukan lagi untuk sampai ke Senaru dari plawangan. Turun ke tasik, 4 jam. Bermalam. Mendaki semula 3 jam. Untuk sampai ke Senaru dari situ, 7 jam. Waaaaaaaaaa...........

Oklah, secara keseluruhan, RINJANI adalah terbaik dari alam. Maha Agung Pencipta telah menunjukkan sedikit kekuasaan-Nya. Pada rakan-rakan trekking, mohon maaf sekiranya tersalah berbahasa dan kelakuan sepanjang pandakian. Biasa la, bila dalam trek ni, mudah emosi kerana mental down. Statement 'tak nak mendaki dah' tu, statement biasa. Hihihihi....... tak mungkin la nak gantung beg kan. Kecuali Allah menarik nikmat kesihatan kaki. Hihihihi...... Tidak lupa buat sahabat baru kita Agni dan Mady. Pastinya kita akan merindui detik-detik ini. Jika rindu, dengarkanlah lagu Rinjani ini.....

Berdiri ku di puncak Rinjani
Hawa dingin selimuti aku
Pohon pinus segarkan mata ku
Sepertinya sang dewi tersenyum
Menyambut ramah tamunya

Termenungku di bawah cemara
Air danau jernihkan fikiran
Kabut titis mengitari aku

Sepertinya sang dewi berdendang
Menghibur hati tamunya

*Terima kasih Rinjani
Terima kasih
Rindu ku selalu memanggil ku kembali
Di atas puncak Rinjani ku berjanji
Nantikan aku kembali itu pasti

Tak terasa seminggu berlalu
Kini saatnya ku berpisah
Dan ku petik sekuntum Eldawis
Ooooo....
Bunga cinta abadi milik mu
Untuk gadis ku tercinta

(rangkap yang tak jelas)

ulang *

Sebarang kesalahan informasi, mohon maaf. Sebarang komen dan pendapat, boleh tulis di bahagian komen ok.

Sampai kita jumpa di trek yang lain. Untuk cerita Gili Trawangan dan Bali, next entry ok..... Assalamualaikum.....

14 comments:

  1. terbaik lah entry pasal rinjani ni. akak nak ke sana this sept. your blog banyak membantu.. gambar pun cantik2. too bad tak dapat ke tasik segara anak tu. anyway, TQ very much!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...syukur jika maklumat ini memberi manfaat...... saya sedang berusaha untuk pergi lagi sekali semata2 untuk tasik itu...yes I will......hihihihi....semoga trip akak berjalan dengan baik...amin....

      Delete
  2. Brapa byar utk khidmat porter tu eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok @Hamba....... untuk porter, kami 12 orang, kami shared. Jatuh satu kepala around rm45-60.....tak ingat sangat masa tu. Porter deal masa kat kampung. Bukan di kaunter. Kalau nak kat kaunter pun boleh. Lagi pun, semua tu guide yang deal kan. Best price......

      Delete
  3. Ada contact number porter ka? Kalau 2 org pergi, berapa lah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak deal dengan potter...yg deal dgn potter adalah guide....

      Delete
  4. kita stay kat homestay yang sama di sembalun :D
    congrats ben & zizah! ;)

    ReplyDelete
  5. Brapa semua costing utk naik ke gunung rinjani

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa saya pergi ni rm1.5k..... ini termasuk Bali....

      tapi jika sekadar rinjani, rasanya xsampai 1k...... tak termasuk flight.....

      Delete
  6. SAYA IBU ROMLAH POSISI SEKARANG DI MALAYSIA
    SUDAH 8 TAHUN SAYA KERJA JADI PEMBANTU DI MALAYSIA
    MAU PULANG KE INDO TIDAK PERNA TERKABUL KARNA MASALAH KEUANGAN APALAGI HUTANG MASIH BANYAK SAMA TEMAN DI TAMBAH SAMA MAJIKAN SIANG MALAM SAYA SELALU MELAMUN KARNA TERLILIT HUTANG DAN SECARA KEBETULAN SAYA BUKA INTERNET ADA SESEORANG BERKOMENTAR SUKSES DENGAN CARA PASANG TOGEL KATANYA DI BANTU OLEH MBAH SERO KEBETULAN DI MALAYSIA ADA PEMASANGAN TOGEL JADI SAYA COBA HUBUNGI MBAH SERO SIAPA TAU INI REJEKI SAYA ANGKA YANG DI BERIKAN MBAH 6D TOTO TEMBUS 100% SYUKUR ALHAMDULILLAH SAYA SUDAH BISA MELUNASI HUTANG HUTANG SAMA TEMAN DAN MAJIKAN RENCANA MAU PULANG KAMPUNG UNTUK BUKA USAHA BAGI SAUDARAH SAUDARAH MAU SUKSES SEPERTI SAYA TERUTAMA YANG TERLILIT HUTANG SUDAH LAMA BELUM TERLUNASI JANGAN PUTUS ASA LANSUNG HUBUNGI MBAH SERO DI NO.HP: 082 370 357 999 ATAU BUKA BLOG MBAH KLIK DISINI PESUGIHAN TANPA TUMBAL SAYA JAMIN MBAH TIDAK AKAN MENGECEWAKAN PASTI ANDA SUKSES ATAU BIKTIKAN AJA SENDIRI..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...