Friday, March 21, 2014

--- Hari 1 Jalan Jalan d Beijing ---

20 Mac 2014, Khamis

My friend dah call bertanyakan keberadaan aku. Yup…..aku masih di Lowyat, sedang usha-usha laptop. Jam menunjukkan 1.00 petang. Flight jam 7.10 malam. So, kan awal lagi…

Jam 5, aku masih di Putrajaya. Sedang bersiap-siap dan menunggu teksi. My travelmate call lagi. Then she ask, ‘Ko kat mana? Gate dah nak tutup. Cepat la……' Aku tak ingat yang kena check-in 2 jam sebelum depature. Aku mula cuak dan mohon pakcik teksi cepat sikit. Hihihihihi…….

Sesampai jer, terus turun tanpa mengambil baki duit. My friend memanggil-manggil aku dan kami terus berlari ke kaunter. Dah jam 6 petang lebih. Counter lady tu tanya, ‘kenapa lewat sangat ?… Nanti terus jerit dan minta laluan cepat ok…’ Then aku mohon maaf banyak sebab terlewat. Kami terus berlari ke gate. Kami minta laluan untuk masuk segera sebab takut terlepas flight.
Sampai di gate, polis tu cakap, ‘masih ramai lagi yang nak ke Beijing sedang beratur ni. So, jangan risau…..’ Kami terus hembus nafas lega.

Tapi memang tidak dinafikan, sekatan kali ini lebih banyak berikutan kehilangan MH370. Nak masuk ke ruang menunggu pun ada lagi sekatan. Setiap orang diambil passport dan tengok samada muka dan gambar adalah orang yang benar. Waaaaaaaaaaa…….. Ini sudah bagus. Sepatutnya kena buat dari dulu lagi. Hihihihihi……

Tak lama menunggu, gate dibuka dan kami pun beratur berjalan menuju ke flight. Perasaan takut naik kapal terbang sedikit hilang dek kerana situasi kelam kabut tadi.

Mengingati perasaan sejak kejadian MH370 lalu, aku memang rasa nak cancel jer trip ni. Solat istigharah dan hajat agar diberi petunjuk samada meneruskan atau cancel jer. Yana ada kata, jika kita terlepas flight tadi, itu adalah petanda yang Allah tak nak kita pergi. Smile

Dalam flight, aku dapat tepi tingkap. Horeeyyyy…… Ini firstime naik airbus dengan 3 lajur. Eeeeee…… sama macam dalam movie Non Stop yang aku baru tengok hari tu. Sebelah aku, ada 2 orang auntie China. Mereka berbual dari mula duduk, sehingga sampai airport Beijing. Bayangkan apa yang diaorg bualkan. Benti cakap time tidur jer rasanya. Hihihihi…..

Aku dapat rasakan yang flight ni lebih smooth masa take off berbanding flight yang aku naik sebelum ni. Mungkin sebab besar kot. Selain itu, suara pilot kali ni lebih jelas. Sebelum ni aku ada sedikit xpuashati apabila pilot cakap macam dalam kelambu bila buat pengumuman. Pramugara/i pula kurang senyuman. Masam jer muka. Mungkin takut kot nak fly sejak kes MH370.

Hari pun malam…….

DSC02474 2
DSC02475 2
DSC02477 2
Tadi rancak berbual. Sejam kemudian, senyap…….hihihihihi…..

Sejam kemudian............


21 Mac 2014, Jumaat

Jam 12.00 tengah malam, pilot umumkan akan ketibaan di Capital City Airport of Beijing. Dari tingkap, kelihatan cahaya lampu bandar Beijing. Tak sangka aku. Sampai juga di Beijing rupanya. Kelihatan juga kepingan ais terhasil di tingkap flight. Sejuk sangat kot.

DSC02479 2
Touch down…… Alhamdulillah selamat sampai.

DSC02481 2
DSC02483 2

DSC02488 2
DSC02490 2
Masa masih awal lagi. Owh…! Just want to tell u all, garis masa antara Malaysia dengan China adalah sama. Yang beza, cuma penerimaan cahaya matahari jer. Kompom2 lah, China menerima cahaya matahari dahulu dari Malaysia. Kami lepak dulu di kawasan menunggu.

Kami belum solat. Kami pun ke tandas untuk wudhuk. Dalam pada itu, my friend cakap, kat Beijing tak boleh solat di sembarangan tempat public. Aku macam, ‘ye ker' ?’….. Dia orang ada terbaca dalam blog tentang hal tersebut. Maka, kami pun solat dalam keadaan duduk dengan perasaan yang agak takut-takut. Situasi menjadikan trip ini agak terganggu. Perasaan tak best. Hmmmmm……..
Kami menunggu dan tidur sehingga Subuh…..

DSC02492 2
Selesai Subuh, kami mula bergerak menuju ke train. Dari airport subway ni, beli tiket. Jika aku tak salah sekitar RMB 27. If I’m not mistaken. Train akan berhenti di dua station iaitu Sanyuanqiou station dan Dongzhimen station. So, terus ke Dongzhimen station.

DSC02493 2
DSC02494 2
DSC02495
Di Beijing ni, transport awam paling utama adalah subway atau public transport. All the time orang ramai. But don’t worry. Bagi mereka yang dok area KL dan selalu menggunakan train, so di Beijing ni sama jer. bezanya, di sini lebih pantas dan tepat.

Di Dongzhimen, kami beli subway card bagi memudahkan perjalanan. Pengalaman yang sukar bermula di sini. Ketika hendak membeli card tersebut, pegawai jual tiket tu agak tidak faham dan tidak tahu berbahasa Inggeris. Tapi takper, standard la negara orang kan. Kad tu bernilai RMB 20 (refund) dan kami tambah kreadit RMB 20.

Kemudian transit ke Line 2 (Biru tua), ke Yonghegong Lama Temple station. Transit ke Line 5, terus ke Zhangzizhonglu station. Haaaaaaaaa……macam banyak sangatkan transit2 nih. Itulah kota Beijing TAPI yang bestnya, semua station adalah RMB 2. Haaaaaaaa……. murah ok. Mampu…!!!

Beijing Subway
Map ini boleh dimuat turun dari google play
Anda boleh download map ni di smartphone app. store bagi memudahkan hala tuju. Hihihihihi…….
Kami turun di Zhangzizhonglu Station dan terus exit. Kami tak tahu yang exit itu memberi kesan mencari hostel kelak. Kami sangkakan semua exit adalah sama dan satu jer.

Sebaik kami keluar, waaaaaaaaaa……sejuknya. Hihihihihi……. Then, kami mengalami masalah untuk mencari hostel. Dah follow instruction dalam Hostelbookers.com tapi tak jumpa. Aku banyak kali turun tanya pengawai yang bertugas di bawah. Tapi malangnya agak sukar, kerna mereka tak faham.

Aku dapati kebanyakkan orang China tidak memahami huruf ABC. Masa aku tunjuk alamat pun, diaorg memang tak tahu. Aku pula rasa pelik sebab mereka tidak faham ABC. Seriously……… Aku cuba bunyikan ejaan tapi tak boleh juga. Bunyi huruf ABC dengan bunyi China tak sama walaupun ia menunjukkan benda yang sama. Haaaaaaaaaa…….

Satu yang kami tetiba realize ialah terdapat 4 exit di Zhangzizhonglu ni. Hmmmmm……. Baru perasan. Dalam instruction tak ada plak exit yang mana. Nak guna internet? Hmmmm…takder line. Akhirnya, kami berpecah kepada 3 untuk mencari hostel tersebut. Mencari hostel ni sahaja dah lebih sejam. Omg…!!! Cuaca yang sejuk tapi aku berpeluh2 jalan mencari nama jalan tersebut.

Lastly, thank to Yana, kerna berjaya menemui hostel tersebut. Katanya, dia follow satu mat salleh dan berjaya. Hihihihi….. Tapi tidak dinafikan, beliau banyak pengalaman dalam travel nih. Alhamdulillah……

DSC02505 2
Ok…..itu pengalaman kami. So, untuk anda2, jika nak stay hostel yang sama ni, ikuti tip ni k. Bila sampai Zhangzizhonglu station, ikut Exit C. Naik atas, then belok kiri. Follow jalan tu dalam 150 meter. Nanti ada signboard Dongsi Jiutiao Alley. Turn left dan jalan terus sehingga jumpa Happy Dragon Courtyard Hostel. Ada satu lagi hostel dalam lorong tersebut juga. Tak ingat nama tapi ada dragon2 jugak la. Ikut anak panah dalam gambar di bawah.

Map Hostel
DSC02502
Kami check in dan buat payment. Pengurusan diri. Hostel yang kami pilih terdiri daripada 3 katil double daker. Masa tu dah ada sorang pelancong sedang tidur. Sebaik kami masuk, dia bangun sambil berboxer ke bilik air. Room juga menyediakan lockers berkunci. FYI, hostel dalam travel ni, aku booking guna HostelBookers.com. Hihihihi…..

Sambil tunggu giliran aku untuk mandi, sempat berbual dengan pelancong lelaki tersebut. Nama tak ingat tapi dari Korea. Study in US. Now, he in vacation katanya.

Around jam 10 pagi lebih, kami keluar untuk jalan-jalan. Niat aku dari Malaysia lagi, nak solat Jumaat di Masjid Niu Jie Smile.

DSC02496 2
DSC02497 2
DSC02498 2
DSC02500 2
DSC02506 2
Dari Zhangzizhonglu, kami ke Changchunjie Station. Then ambil teksi. Nak cakap tak tahu, maka tunjuk gambar masjid jer.

DSC02512 2
DSC02513 2
DSC02515
DSC02516
DSC02517 2
Tak ingat berapa tambang. Semasa di jalan Nui Jie, kami melihat ramai orang sedang beratur di depan sebuah kaunter. Kami teringat, yang busukbackpakers pernah menceritakan hal ini. Ia merupakan sejenis kuih atau makanan seakan-akan pau. Intinya pelbagai. Yan dan Yana pergi usha. Aku tengok dari jauh dan snap2 pic jer sebab tak berapa minat makanan tersebut. Owh…! Makanan tersebut adalah HALAL.

DSC02518 2
Kami tak beli. Kami teruskan berjalan sepanjang bangunan dan mendapati, bangunan tersebut merupakan bangunan yang menjual makanan HALAL. Hihihihi……. Pendek kata, jika nak makan makanan HALAL, boleh datang ke sini. Masjid Niu Jie seberang jalan sana.

Kami lapar, sehinggalah kami terjumpa signboard menunjukkan kedai makanan halal. Terletak di dalam bangunan tersebut juga tapi di tingkat 2. Ada seorang pakcik tu seakan-akan memberitahu dan menyuruh kami naik ke atas. Dia cakap China sambil menunjukkan isyarat. Mungkin sebab tengok kami ni pelancong dan bertudung, so dia tahu yang kami seakan-akan mencari kedai tersebut. Lagipun, dah ramai orang Malaysia datang. Kami pun naik dan…………. Yes! Inilah kedai yang kami baca dalam blog-blog tu. Tak sangka, jumpa juga akhirnya.

DSC02521
DSC02523
Di paras ini, seperti sebuah food court. Ada banyak kedai yang menjual pelbagai jenis makanan. Pilih jer. Seperti biasa, pelancong pastinya akan menarik mata-mata pekedai untuk membeli makanan mereka. Riuh….!!! Hai…! Malaysia. Haaaaaaaa……diaorg tahu jer kami dari Malaysia. Hihihihi…..

Kebanyakan makanan China ni berasaskan sup. Rasa sup dia sama jer. Bezanya cuma samada mee, mihun, daging, sayur. Hahahahaha…… Ada juga jenis masakan lain. Bagi aku ok jer selagi bukan sayur, aku makan jer. Hihihihi…… Harga? Hmmmm……rasanya berpatutan kot. Sesuai dengan ekonomi la. Tapi jika bandingkan dengan Malaysia, kompom la mahal sedikit sebab matawang China memang mahal sedikit dari Malaysia.

DSC02524
DSC02526
Masa untuk solat Jumaat pun dan semakin dekat. Maka, kami pun berjalan menuju ke masjid.

DSC02527 2
DSC02528 2
DSC02529 2
DSC02530
DSC02531 2
DSC02532 2
DSC02533 2
Masjid Niu Jie merupakan masjid tertua di Beijing dan juga China. Di bina sejak Dinasti Liao. Nak tahu sejarahnya? Google jer…….Smile

DSC02534
DSC02535
Antara yang menarik ialah, laungan azan di buat di dataran tengah. Kemudian, selesai azan, barulah mereka ramai-ramai masuk ke dalam masjid. Hihihihi…….

DSC02536
DSC02537 2
DSC02539 2
DSC02540 2
DSC02541 2
DSC02543 2
DSC02545 2
Alhamdulillah, niat dimakbulkan oleh Allah s.w.t. Pengalaman menarik kerana ada sesuatu yang pelik sepanjang berlangsungnya solat Jumaat. Solat Jumaat ni aku rasakan sangat panjang.
Jika ikut waktu solat yang aku tengok kat ternet, Zohor start sekitar 12.30 tengah hari. Namun, my friends said, selalunya diaorg start 1.30 petang. Ok tak pe, follow jer. Agak lama aku dok tunggu bila nak start.

Tetiba bangun seorang Imam, berucap dalam bahasa China. Haruslah tak faham kan….kahkahkah….. Tadi dah azan, so maknanya ni khutbah la kan. Itu sangkaan aku. Lama gak la aku pasang telinga mendengar ucapan. Sempat terlelap beberapa kali. Agak tak selesa kerana hidung pedih dan berdarah.

Habis khutbah, semua orang bangun. So aku fikir, dah nak start Jumaat. Aku pun tunggu la takbir. Tapi tak ada. Makmum yang lain pun solat sendiri dan saf pun gitu2 jer. Eh..! Nak solat apa nih? Aku berdiri agak lama sambil tengok orang lain solat. Aku solat sunat 2 rakaat. Pastu tu aku duduk. Yang lain pun selesai solat.

After that baru ada orang pegang tongkat dan Imam naik mimbar. Eh…! Tadi bukan khutbah ker? Hahahahahahaha…… So aku pun fikir, mungkin tadi tu pesanan2 kot tentang aktiviti masjid. Tapi peliknya, panjang sangat. Masa ucapan tadi pun, sebenarnya aku terfikir, kenapa orang tu tak naik mimbar.

Layan plak khutbah yang ni. Ok, bezanya khutbah yang sebenar ni ialah, semuanya bahasa Arab dan hadis-hadis sahaja. Tak de bahasa China pun. Then, mula lah Jumaat dan selesai. Settle semua, aku membuat kesimpulan bahwa, yang pertama tadi ialah isi-isi khutbah yang disampaikan dalam bahasa China terlebih dahulu. Then, khutbah yang sebenar tu totally hadis. Maaf jika aku salah……hihihihihi……..

DSC02547
DSC02548 2
DSC02549 2
DSC02550 2
DSC02552 2
DSC02555
DSC02553 2
DSC02554
DSC02556 2
DSC02557 2
DSC02558 2
DSC02559 2
DSC02561 2
DSC02563 2
DSC02564
Selesai solat, kami bergambar gembira di hadapan masjid. Kebetulan ada satu kumpulan dari Malaysia juga berada di situ. Sempat berbual-bual. Dalam kumpulan itu ada pelajar Malaysia yang belajar di Beijing. Beliau yang membawa family tu jalan-jalan. Tour guide gitu la. Beliau ada juga menyebut tentang solat yang tidak boleh di kawasan awam. Kemudian, isu MH370. Walaupun gossip begitu meluas berkaitan hubungan Malaysia – China ada sedikit goyah, namun, kata beliau, keadaan masih selamat buat pelancong-pelancong Malaysia di sini.

DSC02565
Sepatutnya ada beberapa keping gambar selffie dan group yang menggunakan monopod yang cantik-cantik, namun ada peristiwa di mana smartphone ku hilang. Kejadiannya? Aku diceritakan nanti. So sad…….

DSC02566 2
DSC02568 2
DSC02569 2
DSC02570 2
Selesai solat, kami kembali tempat jual kuih tadi. Nak beli kuih yang ‘sedap’ di mana orang begitu ramai beratur tadi. Sekarang dah macam kurang, so boleh la. Diaorang jer beli. Aku tak. Tak nak.
Dah beli, kemudian jalan masuk ke dalam mall untuk cari roti. Roti tu tuk bekalan ke Great Wall esok. Di sini berlakunya kes, Yan tertinggal beg duitnya. Nasib baik pekerja dalam mall tu baik hati dan memulangkannnya. Tq…tq….tq….. (dalam bahasa China).

DSC02574 2
DSC02576
Next destination ialah Kota Larangan atau dalam bahasa omputeh, Forbidden City. Haaaaaaaaa…….. Negara China memang terkenal dengan pemerintahan Maharaja China daripada beberapa dinasti. Tak China la kalau datang Beijing jika tak ke sana. Konon laaaaa…..

DSC02578 2
DSC02579 2
DSC02580 2
DSC02581 2
DSC02583 2
DSC02585 2
DSC02587 2
DSC02588 2
DSC02590 2
DSC02593 2
DSC02594
DSC02595
DSC02596 2
Kami tidak bernasib baik kerana, Kota Larangan TIDAK BOLEH dimasuki atas sebab-sebab kerja baikpulih dan pembinaan yang sedang dijalankan. Ya Allah……… bukan rezeki. Huhuhuhuhuhu……. Sebenarnya itulah matlamat utama aku datang ke China ni. Nak g Kota Larangan. Huhuhuhuhuhu……..

DSC02598 2
DSC02599 2
DSC02600 2
DSC02601 2
DSC02603
DSC02604
DSC02605
DSC02612
DSC02617
DSC02626
Masa untuk pulang ke hostel. Ponek dah haaaaaaaaaaa……….

4 comments:

  1. Salam.... wah seronok nya dapat pergi beijing... saya nak tanya. bulan march masa pegi ni masih musim sejuk ke atau dah masuk musim bunga? sejuk kah? nampak rilek je tak pakai glove hihihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam.....masa ni dah hujung-hujung musim sejuk. Salji dah xder. Peralihan ke musim bunga. Sejuk gak time ni tapi tidaklah sejuk sangat. Bila banyak berjalan, dah rasa panas skit dan berpeluh. Hihihihihi....

      Delete
  2. saya akan ke Beijing pada bulan awal bulan 12 ni.... nak Tanya nape yea x boleh sembahyang ? n

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan tak boleh solat......solat hanya boleh di masjid atau dalam rumah sahaja. Tak boleh solat kat taman-taman atau kawasan terbuka.....

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...